Monday, June 11, 2007

Filem dan Mentera Semerah Padi: Seniman Agong dan Pelakun Palsu

Semasa memandu pulang malam tadi, hati tidak tenteram.

Dalam keresahan itu, fikiran ku melayang teringatkan Semerah Padi, filem arahan seniman agong dan luar biasa, P Ramlee pada tahun 1956. Satu-satu filem drama klasik Melayu yang pernah menang anugerah antarabangsa. Sama berlakun adalah seorang lagi Seniman yang benar-benar agong, Nordin Ahmad.

Kenapa ku sebut benar-benar agong?

Bukankah ramai sekarang ini yang beraksi Seniman Agong. Cuma bukan di atas pentas atau filem. Lakunan tiada pengisian nilai, hanya jiwa yang tewas kepada nafsu hingga sanggup menggadai perjuangan, kepentingan dan maruah agama, bangsa dan tanahair.

Sinopsis Semerah Padi oleh Wikipedia ku terakan berikut ceritanya:
Dua sahabat akrab, Aduka (P.Ramlee) dan Teruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman.
Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.
Mungkin cerita ini yang membuat perjalanan pulang ku melayang ke filem lama ini. Aku tidak pernah lupa satu cebisan dialog dari satu babak yang aku sendiri pernah lakunkan di pentas sekolah.

Dalam suasana hujan yang sedang lebat, Aduka membuat pengakuan mengenai hubungannya. Taruna berteriak sedih, "Aduka! Aduka! Lupakah kau pada tuhan! Lupakah kau pada ugama Islam!"

Hati ku tidak tenteram. Ramai yang sudah lupa kepada tuhan. Ramai yang lupa pada nilai-nilai keugamanaan. Ramai yang sudah tinggalkan "perjuangan yang belum selesai." Ramai yang berlakun pura-pura.



Adakah antara mereka tahu menyesal seperti Aduka? Sanggupkah bertaubat dan merelakan hukuman? Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran dan jiwa ku.

Borek dengan kuncu-kuncunya sudah menghuru-harakan negara. Kita bertelanggah perkara remeh hingga lupa dan lalai ancaman yang sudah menjelma. Musuh sudah di dalam pagar!

Tanahair dilanggar "todak"! Dimanakah kau "Hang Nadim"? Sanggupkah anak muda kehadapan, walaupun kamu mungkin terkorban atas pengorbananmu?

Keluarlah "Mat Kilau" dari sembunyian! Berani lagikah "Tok Janggut", walaupun berakhir di tali gantung? "Si Bongkok", jangan semangat mu hanya ingatan dalam "tajuk"!

Radio kereta ku tidak memainkan lagu negeri ku untuk meredakan "fikiran terganggu" dan mengingatkan kesetiaan kepada raja dan negara. Semacam dirancang, "Mentera Semerah Padi" yang berkumandang. Ku kuatkan suaranya ...



Hei kersani! Mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei sepuluh! Helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Habis sebatang rokok untuk meredakan kegelisahan saraf ku.

Ya ... Di mana bumi ku pijak. Di situ langit ku junjung. Alang-alang menyeluk pekasam. Biar sampai ke pangkal lengan. Langkah akan di terus. Berundur jauh sekali ...

Relalah Aduka! Panggilan ilahi menyelamatkan rohani.

6 comments:

  1. Anonymous1:42 PM

    This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Anonymous8:20 PM

    Salam,

    Nyata sekali akan kegelisahan sdra dengan apa yang sedang berlaku disekeliling kita sekarang, memang benar perjuangan belum selesai namun rakyat telah dikaburi dengan berbagai hiasan yang indah belaka, saya amat bangga masih ada insan insan seperti sdra yang cuba menyedarkan yang intan sebenarnya kaca, palsu dan mengelirukan. Bagi saya yang sudah lanjut berumur ini merasa sedeh akan kepincangan yang nampaknya makin menular hinggakan seolah-olah sudah menjadi budaya mereka yang mementingkan diri, keluarga dan sahabat-sahabat terdekat. Agama pada mereka dipaparkan sebagai hiasan semata-mata agar kelihatan alim dan warak, ini kah tuntutan agama? Apakah ini didikan ibubapa mereka?
    Pastinya jawapannya tidak. Manakah sumbangan para Ulamak dan cendikiawan Islam/Melayu, mengapakah mereka senyap dan takut menelanjangkan kejahilan para pembesar kita, adakah mereka beramal kerana Allah atau Tuan mereka yang memberi gaji, mereka harus insaf dan berani memperbetulkan. Pada sdra, teruskan lah usaha murni sdra menyedarkan ummah semampu yang boleh dan saya berdoa agar Allah memberkati insan-insan seperti sdra.

    W'salam.

    ReplyDelete
  3. hope that mat kilau type of material will come out soon before the damage get worse.

    ReplyDelete
  4. Saudara,

    Berapa ramai agak-agak anda yang faham dengan apa yang anda maksudkan? Saya faham kerana saya pun melihat dan merasa apa yang sedang berlaku sekarang.

    Jadi, cuba nukilkan dalam blog anda apa yang sedang merunsingkan anda dari segi perjuangan dan kenegaraan ini.

    Saya pun teringat ada pemimpin kata yang dia cari hanya kedamaian yang abadi, yang dia cari hanya al-ghazali... Betul ke cakap serupa bikin? Dengar-dengar ceritanya, sekarang ni ada kerja-kerja yang cakap tak serupa bikin, seperti yang aku hajati hanya satu, iaitu anak-anak teruna yang jambu-jambu, kerana manusia tu sendiri pun makhluk yang suka benar meratah jambu????

    ReplyDelete
  5. Ada yang tersurat dan tersirat.

    ReplyDelete
  6. Salam pak A Voice:

    Memang benar.Apa yg berlaku sekarang membuat banyak jiwa yg mahu berfikir resah dan gelisah.Di tambah dengan kos kehidupan yg meningkat dan seolah tidak dapat di kawal oleh pemerintah. Juga dgn musibah banjir yg sering menjengah warga kosmopolitan Kuala Lumpur.

    Sememmangnya sajak mencari al-Ghazali dan aS-syafie cuma utk hiburan telinga pendengar saja.Juga sebagai hujjah utk peminat penyajak tersebut mempertahankan tindak-tanduk beliau. Ia cuma " Feel So Good" feeling.

    Cuma saya ragu-ragu tentang masih adakah semangat spt Mat Kilau atau Tok janggut atau bahaman lagi dalam Melayu kita?

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.