Saturday, January 23, 2010
Sultan Johor mangkat, Allah peliharakan Sultan Johor
Tuanku Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail disahkan mangkat petang tadi Januari 22hb, 2010 bersamaan 5 Safar 1431 pada pukul 7:15 petang di dirawat di Hospital Pakar Puteri. Kemangkatan baginda diumumkan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman pukul 11.20 malam tadi.
Khabar kegeringan Tuanku sudah mula berlegar dari tengahhari lagi. Ini disahkan dengan pengumuman perlantikan Tengku Mahkota, Tunku Ibrahim Ismail sebagai pemangku Sultan Johor oleh ahli Jumaah Majlis Diraja Johor petang lebih kurang pukul 4 tadi.
Kemangkatan Baginda yang amat disayangi oleh rakyat Johor akan disambut dengan rasa sedih oleh rakyat Johor. Tuanku adalah seorang yang amat prihatin dengan nasib dan kebajikan rakyat.
Sultan Iskandar mangkat pada umur 77 tahun. Baginda naik takhta sebagai Sultan Johor apabila ayahanda baginda Almarhum Tuanku Sultan Ismail Ibni Almarhum Sultan Ibrahim mangkat pada 10 Mei 1981. Baginda menjadi Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong VIII antara 26 April 1984 hingga 25 April 1989.
Semasa menduduki tahkta Kerajaan Persekutuan, baginda menunjukan keperihatin terhadap rakyat dan pembangunan negara.
Baginda juga mendermakan keseluruhan elaun sebagai Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sepanjang menduduki takhta kepada sebuah NGO, Yayasan Iskandar. Dana ini digunakan sebagai membantu pembiayaan pelajar yang kurang berkemampuan.
Baginda juga merupakan Kolonel Kehormat Rejimen Grup Gerak Khas dan menunjukan minat dalam aktiviti sukan.
Sebelum jatuh gering, Baginda akan diingati akan upacara merasmikan Wilayah Pembangunan Iskandar di Danga Bay pada November 2006 yang mana Tuanku telah meminta diroboh Tambak Johor supaya "biar air lalu". Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi telah mengarahkan projek 'Jambatan Bengkok ' dibatalkan pada bulan Mac 2006.
Dalam ucapan yang membelakang protokol, Baginda memperingati Kerajaan supaya tidak tertipu dengan orang asing sebagaimana keturunannya ditipu oleh orang putih hingga terbina tambak Johor.
Permintaan Tuanku supaya wilayah tersebut dinamakan bersempena Mantan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Dato Abdul Rahman Andak tidak disempurnakan Kerajaan Persekutuan dan Negeri. Wilayah penuh kontroversi tersebut akhirnya dinamakan Iskandar, Johor.
Semasa perasmian Dewan Undangan Negeri Johor ke XII pada tahun lepas, 2009, baginda telah menitahkan agar digunakan saluran perundangan untuk mengambil kembali Pulau Batu Putih yang telah terlepas ke Singapura hasil keputusan Mahkamah Antarabangsa.
Kali ini, baginda menegaskan agar cadangan untuk ‘Jambatan Ke III’ tidak diadakan.
Istiadat pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar Ismail Ibni Sultan Ismail di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah kira-kira pukul 2 petang hari ini.
-------------------------
Patik sebagai anak Johor diperantauan ingin menyembahkan rasa dukacita dan ucapan takziah di atas kemangkatan DYMM Tuanku Sultan Johor kepada keluarga diraja Johor.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh baginda dan dipeliharakan Sultan Johor yang baru.
Alfatihah.
Ak-Fatihah
ReplyDeleteSemoga roh Tuanku Sultan di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh
Moga Allah cucuri rahmat ke atas Duli Tuanku. Tanpa jasa Almarhum Tuanku yang mempertahankan sekolah rendah agama negeri, patik tidaklah mempunyai asas pengetahuan agama yang tinggi. Al Fatihah.
ReplyDeletebetulke 21 januari bukan 22 januari ke
ReplyDeleteTerima kasih. Pembetulan telah dibuat.
ReplyDeleteSemoga roh baginda dicucuri rahmat.
ReplyDeletesebenarnya Ayatollah PAS ni takut terlepas kerusi kesayangannya iaitu MB Kelate.Dah 18 tahun dok kat kerusi tu TAPI Kelate dok macam tu juga... Awat nak pecah rekod Tun DrM ke?
ReplyDelete