tag:blogger.com,1999:blog-19741162.post1767331509356572715..comments2024-02-22T02:33:21.869+08:00Comments on Another Brick in the Wall: No brake pulling on road maintainance investigation, Hajiji! A Voicehttp://www.blogger.com/profile/01780035743502972342noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-19741162.post-44273386318352570392020-10-09T05:16:39.469+08:002020-10-09T05:16:39.469+08:00Setelah kerajaan Warisan Plus Sabah tumbang, satu ...Setelah kerajaan Warisan Plus Sabah tumbang, satu persatu cerita mula terkeluar.

Pada tahun 2017, seorang jurutera yang bekerja di syarikat GCU Consultants direman oleh SPRM kerana disyaki terlibat dalam penyelewengan RM1.5 bilion daripada dana projek pembangunan luar bandar di Sabah semasa Shafie jadi Menteri Luar bandar.

Seleweng RM1.5 bilion: Ahli Warisan ditahan SPRM
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/10/19/seleweng-rm1-5-bilion-ahli-warisan-ditahan-sprm/

Selepas PRU14, jurutera ini yang juga setiausaha parti Warisan bahagian Putatan terus dilantik oleh kerajaan PH Sabah sebagai ketua pengarah Jabatan Air Sabah, iaitu jabatan utama yang disiasat oleh SPRM dalam kes penyelewengan RM1.5 bilion tersebut.

Alasan yang diberi oleh kerajaan Sabah kenapa dia dilantik dari luar untuk menjadi ketua Jabatan Air Sabah ialah "dia adalah jurutera air, orang Sabah dan pilihan betul."
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/08/12/amarjit-ialah-jurutera-air-orang-sabah-dan-pilihan-betul/

Pada bulan 10 Oktober 2019, Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu mengisytiharkan pelantikan jurutera itu adalah tidak sah dan melanggar undang-undang.

Pelantikan Amarjit sebagai Pengarah Jabatan Air Sabah tidak sah
https://www.sinarharian.com.my/article/51294/EDISI/Sabah-Sarawak/Pelantikan-Amarjit-sebagai-Pengarah-Jabatan-Air-Sabah-tidak-sah

Lagi pelik ialah sehari selepas jawatan dia disahkan haram, dia masih boleh tulis surat untuk memberi projek empangan papar RM3 bilion secara rundingan terus kepada joint-venture antara syarikat semenanjung Malaysia yang juga antara pemilik syarikat terowong Pulau Pinang dengan sebuah syarikat tempatan baru ditubuh beberapa bulan lalu di mana pemegang saham terbesar adalah anak muda berumur 26 tahun.

Lalu pemimpin Warisan tersebut terpaksa dipindah keluar dari syarikat Air Sabah ke Kementerian Kewangan Sabah di bawah Shafie untuk menjawat sebagai staff kontrak dengan gred utama C VU7 pada 11 Oktober 2019 juga.

Bukan itu sahaja, dia juga dilantik menjadi COO syarikat Jetama Sdn Bhd milik penuh syarikat Sabah Development Berhad di bawah Menteri Kewangan Sabah Shafie Apdal dengan gaji RM30,000 sebulan + elaun kereta RM3,000 sebulan.

Jetama Sdn Bhd ini juga adalah kontraktor kepada Air Sabah.

Lagi pelik ialah selepas ini, dia pula dipindah balik untuk menjawat semula sebagai pengarah Air Sabah walaupun perlantikan dia telahpun diisytiharkan sebagai haram oleh mahkamah tinggi dan keputusan tersebut tidak pernah dibatalkan oleh mahkamah rayuan.

Hanya selepas Gagalkrasi PH tumbang, baru kerajaan PH Sabah mahu pertimbangkan untuk hentikan dia:

11 Mei 2020: "Ahli politik Warisan ketuai Jabatan Air Sabah jangka ditamatkan kontrak"
https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/05/11/ahli-politik-warisan-ketuai-jabatan-air-sabah-jangka-ditamatkan-kontrak/

Namun cerita belum habis lagi!

Selepas pemimpin Warisan Plus ini dihentikan jawatan pengarah Air Sabah, dia terus dilantik untuk menjawat di Unit Perancang Ekonomi Sabah (UPEN) oleh Menteri Infrastruktur Sabah Peter Anthony walaupun dia masih berkhidmat dengan syarikat Jetama Sdn Bhd milik penuh syarikat Sabah Development Berhad di bawah Menteri Kewangan Sabah Shafie Apdal.

"26 Mei 2020: Sabah water director Amarjit transferred to State Economic Planning Unit"
https://www.thestar.com.my/news/nation/2020/05/26/sabah-water-director-amarjit-transferred-to-state-economic-planning-unit

Selepas kerajaan Warisan Plus tumbang, Amarjit dihentikan syarikat tersebut tetapi pampasan RM132,000 perlu dibayar oleh kerajaan Sabah pada dia.

Agaknya ini semua terkandung dalam konsep "Unity" Warisan/PH kot.

Bacaan lanjut: http://sabahkini2.com/en/news/3100/amarjit-ditamat-kontrak-coo-jetama-sdn-bhd-dibayar-pampasan-rm132-ribu/view

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10157408721110952&id=157851205951Anonymousnoreply@blogger.com