tag:blogger.com,1999:blog-19741162.post4618493668326824326..comments2024-02-22T02:33:21.869+08:00Comments on Another Brick in the Wall: Najib: Dari Mana Hendak Ke Mana?A Voicehttp://www.blogger.com/profile/01780035743502972342noreply@blogger.comBlogger1125tag:blogger.com,1999:blog-19741162.post-72017275916182654942008-04-05T21:36:00.000+08:002008-04-05T21:36:00.000+08:00Perjalanan sejarah wajar dianalisa, untuk cuba mer...Perjalanan sejarah wajar dianalisa, untuk cuba merongkai misteri fenomena 'elegant silence' Pak Najib selama 2 tahun kebelakangan ini.

Pak Najib merupakan seorang pemain poker yang baik. Beliau ada strategi sendiri kenapa memilih untuk meyimpan kad kad terup Ace dan Joker, dekat semat didada, pada masa ini.

Kalau Pak Najib bukan seorang pemain poker yang baik, masakan beliau masih terus relevan berada sebagai seorang anggota pentadbiran Kerajaan, berterusan semenjak 1978? Malah, beliau lebih lama berbanding dengan PM YDP Abdullah Ahmad Badawi Al 'Flip-Flop'py sendiri!

Mungkin Pak Najib ada masalah "Jerangkung dalam gerobok"nya sendiri dan memerlukan lebih masa dan peluang sesuai untuk 'membetulkan' keadaan, agarnya ianya tidak menjadi 'bebanan' lagi kepadanya.

Yang nyatanya, Pak Najib boleh berjaya menentukan 'keujudan'nya dalam keadaan berkuasa lebih relevan dan effektif berbanding PM YDP Abdullah, Anwar Ibrahim, Rafidah Aziz, Samy Vellu, maupun Tengku Razaleigh. Hanya Lim Kit Siang sahaja mendahului rekod kerelevanan sebagai seorang pemimpin.

Siapa yang mampu memberi tafsiran tepat, apa maksud Tun Dr. Mahathir Mohamad di Forum "UMNO Pasca PRU 12" apabila mengatakan "Berfikir dua kali"? Dewasa ini, mantan Perdana Menteri ini memang kerap memberikan mesej mesej yang insinuatif (yang boleh diberikan pelbagai lapisan tafsiran). Ini, menunjukan ada sesuatu yang masih belum terongkai.

Ini agak jelas kenapa Tun Dr. Mahathir masih teragak agak untuk memberikan sokongan penuh dan terang terangan Tengku Razaleigh sebagai calon Presiden UMNO, mencabar Kepimpinan PM YDP Abdullah Al 'Flip-Flop'py.

Pak Najib, seorang strategist, adalah orang jenis "Survivor". Hanya masa yang menjadi penentu apakah 'permainan akhir' (end game) ini.Anonymousnoreply@blogger.com