Ia merupakan satu pertemuan minda pelbagai kumpulan politik dan pertubuhan di Universiti Teknologi Malaysia Jalan Semarak, Kuala Lumpur anjuran Gabungan NGO-NGO Melayu.
Di bawah naungan Tengku Razaleigh Hamzah, pertemuan itu menemukan ketiga-tiga parti politik Melayu - PAS, PKN dan UMNO berserta NGO-NGO Melayu, Bumiputera Malaysia Timor dan Islam. Bagi UMNO, ianya bukan dihadiri keseluruhan UMNO tetapi yang pasti, ia tidak dihadhiri fraksi Musa Hitam/Abdullah Badawi yang sedang memerintah.
Tan Sri Khalid Ibrahim merupakan salah seorang ahli panel beserta Tan Sri Ali Hashim, dan Dato Sulaiman Sujak dalam sesi ekonomi. Tidak dapat saya lupakan Khalid Ibrahim menggelar ahli-ahli lembaga pengarah syarikat-syarikat berkaitan kerajaan yang merupakan bekas-bekas pegawai kerajaan sebagai "lembu".
Ali Hashim menegur Khalid Ibrahim yang tidak sopan dalam memberi pandangan. Semasa itu, Khalid Ibrahim mungkin tengah marah dan berdendam kerana disingkirkan dari Guthrie. Bagaikan roda yang berkitar, Khalid kini dipanggil "Menteri Besar Bodoh" oleh orang kebanyakkan dan tersiar di seluruh negara.
Siapa lembu sekarang? Kenyataan Perdana Menteri Dato Seri Najib amat tepat sekali.
Sedutan laporan Bernama berikut:
PM: K'jaan Pakatan mula dipersoal rakyatKhalid yang dahulu menggelar bekas-bekas pentadbir-pentadbir kerajaan sebagai lembu ternyata sekali tidak boleh mentrasformasikan keupayaannya sebagai mengurus perniagaan untuk menjadi seorang pentadbir awam.
Bernama, Sep 6, 09 6:26pm
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang kini dilihat mula dipersoalkan satu persatu oleh rakyat yang ternyata semakin sangsi dengan kewibawaan mereka mentadbir.
Menurutnya, jika sebelum ini pembangkang dilihat amat mudah mempertikaikan kerajaan BN, kini mereka perlu sedar bahawa bukanlah mudah mentadbir seperti mana mudahnya mereka berjanji sesuatu kepada rakyat setiap kali menjelang pilihan raya umum.
"Sebenarnya bila mereka jadi pembangkang, amat mudah bagi mereka untuk mempertikaikan kerajaan BN, kononnya kita tidak berwibawa dan sebagainya.
"Hakikatnya bila kita (mereka) mentadbir, tidak semudahnya seperti mana sewaktu mereka lakarkan sewaktu mereka jadi pembangkang. Beberapa kes yang berlaku ini (ketika ini) adalah disebabkan janji mereka buat sebelum pilihan raya dan juga kegagalan mereka untuk membuat keputusan yang tepat dalam keadaan setempat dan ambil kira masyarakat berkenaan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai majlis dialog bersama penduduk Seksyen 23 berhubung cadangan pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke kawasan perumahan mereka yang berlangsung dalam suasana kecoh semalam.
Najib berkata apa yang berlaku itu jelas memperlihatkan kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang menghadapi pelbagai masalah dan mereka gagal menangani sesuatu isu yang berlaku.
"Kewibawaan kerajaan pembangkang di negeri yang mereka kuasai sudah dipersoalkan rakyat sendiri.
"Bila mereka ada kuasa, mereka menghadapi begitu banyak masalah, sama ada masalah itu disebabkan mereka gagal menunaikan janji (pilihan raya umum lepas), (atau), masalah keputusan mereka tidak memenuhi jangkaan rakyat, atau masalah itu berbangkit kerana ketidaktepatan dan kecuaian membuat keputusan dalam sesuatu situasi," kata Najib.
Ditanya sama ada kerajaan pusat akan campurtangan atau membantu kerajaan negeri Selangor untuk menyelesaikan isu berkenaan, Najib berkata kerajaan pusat tidak dapat membantu kerana soal tapak baru kuil terbabit adalah bidang kuasa sepenuhnya kerajaan negeri.
Ini masaalah orang korporat yang perasan cara mereka yang pada zahirnya kelihatan lebih cekap, berkesan dan berhasil. Dunia korporat hanya tertumpu kepada operasi pernaigaan dan objektif yang fokus atau sempit ke arah kepentingan pemegang saham.
Bagi pentadbir awam, ruang kepentingan, variable dan sensitiviti yang perlu dihadapai adalah lebih kompleks. Bagi isu yang melibatkan sensitivit ugama dan kaum, ianya memerlukan sesuatu yang menjangkaui hanya rasionaliti tetapi perasaan, kepercayaan kepada pihak berkuasa atau yang menguruskan, amalan dan lain-lain.
Isu seperti ini tidak boleh diletakkan KPI atau tempuh masa segera seperti yang dituduh oleh Khalid Ibrahim, Khalid Samad dan Ronnie Liu terhadap kerajaan sebelum ini kerana ia perlu dilakukan berhati-hati.
Selalunya pembabitan ahli politik pembangkang dan aktivis-aktivis kiri dari luar masyarakat yang menjadikan masaalah itu kompleks.
Kini, tanpa perlu pihak UMNO atau BN terlibat pun, kerajaan yang dahulu pembangkang pun sudah tidak boleh uruskan. Padan muka, Dahulu pandai api-apikan orang ramai. Dengan rakyat biasa saja mereka tidak boleh tangani.
Bagaimana putaran roda, what goes around comes around, kini dikhalayak awam dan dilihat seluruh negara, Khalid IBrahim dipanggil "MB Bodoh!" dan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat dimaki hamun buta-buta oleh rakyat biasa.
Tanpa perlu mengulang hujah-hujah yang sama, kerajaan Pakatan baik menelan kembali slogan yang mereka laungkan kononnya memperjuangkan rakyat.
Dimana DAP sebagai parti yang sering memperjuangkan setinggan dalam isu Kampung Buah Pala? Habuk tak ada. Kini pula isu peniaga-peniaga Melayu tepi jalan yang dihalau oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Seperti kata Uthayakumar, DAP hanya bising jika ianya melibatkan kaum Cina saja.
Dalam isu di Selangor, kerajaan Pakatan tidak langsung mengambilkira timbal balas rakyat dan mudah menerima buta apa yang dikatakan sebelah pihak. Demi politik, mereka korban pihak majoriti. Hanya sebelah pihak diambilkira dan didengari tetapi tidak diambilkira langsung ketidakpuasan hati pihak yang lain.
Sudah masa mereka berhenti berpura-pura dan henti gunakan perkatan Rakyat dalam slogan mereka. Nama pada mereka yang sesuai adalah Pakatan Riot. Disebabkan tindak tanduk Khalid Ibrahim dan jemaah wakil rakyat dan exco, keharmonian rakyat antara kaum di Seksyen 23 kini menjadi riotous.
Tak payah nak tuduh-tuduh UMNO untuk alih pandang, isu ini isu penduduk setempat dan Khalid Ibrahim gagal mendengar dan hanya mengikut cara korporat, yang memintingkan keuntungan, tidak pernah prihatin dengan rintihan rakyat biasa.
Khalid Samad pula terus dengan cara degil dan kaki belit macam abangnya Dato Shahrir Samad.
kahkahkah ...nasib baik tak makan kasut khalid brahim oiii...., itu la, jgn sedap mengata umno lain kali. tak baikk..
ReplyDeleteyg benar
tukangkasut
Tatabahasa 10/10
ReplyDeleteKandungan - HE HE HE
lu pikir sendirilah....
sekarang kita sedar yg puak ameno diketuai oleh songkok tinggi, rambut panjang dan sunglasses yang bertindak menimbulkan pelbagai provokasi, tetapi kita masih menunggu kata muktamad dari kementerian dalam negeri yg sekejap kata ok, sekejap kata tak ok.
eleh buatlah pengumuman resmi - negara dibawah kerajaan junta UMNO. senang orang nak tangkap maskudnya.
Deris
Mcm mana dgn pepatah ibunda, 'Bodoh macam lembu!' Itu pepatah nenek moyang sebelum Keling landed frm Madras
ReplyDeleteDeris
ReplyDeleteBosanlah dgn taktik basi. Balik salahkan UMNO.
Dah terang2 dikatakan ini isu pendudukd an yang terlibat dalam AJK hanya 4 orang UMNO. Lain PAS dan PKR.
Propaganda atau bodoh terencat akal?
Orang mcm deris ni mmg bodoh. Sebab tu dia sokong pembangkang dulu kini Dan selamanya
ReplyDeleteblog pasal Geng Lembu, kah kah kah, ada jugak orang buat blog pasal ni.
ReplyDeletehttp://geng-lembu.blogspot.com/
memang betul sudah dicucuk hidung seperti lembu,,,jelas terang dan nyata,,,ada tiga ekor lembu yg sedang terkial2 mencari arah tuju,,,akhirnya tersembam ketiga-tiga ekor seperti lembu yg akan disembelih,,,kesian....
ReplyDeleteINDIANS KILLING INDIANS
ReplyDelete(from today's newspaper only)
Death Toll : 5
Raped : 1
Drug charge : Many
1. JOHOR BARU: The body of a man wrapped up in a carpet was found stuck in a garbage trap near the Pulai water reservoir here. R. Maniam, 30 is believed to have been murdered elsewhere and dumped into the river.
2. SEREMBAN: A man found guilty for the murders of a politician and his son five years ago was saved from being sent to the gallows — as he was one month short of his 18th birthday when the killings took place. The man, who turns 23 next month, was convicted of killing former Rahang MIC branch chairman D. Balakrishnan, 54, and his 21-year-old son Kartigesan in September 2004.
3. JOHOR BARU: A 30-year-old man was jailed 12 years by the High Court here after he pleaded guilty to causing the death of his month-old son in June. G. Arumugam admitted to the offence. Deputy Public Prosecutor Mohd Fazaly Mohd Ghazaly said the baby suffered multiple injuries caused by a blunt object on his head, chest and abdomen.
4. KUALA LUMPUR: The main suspect in the murder of a woman whose body was found buried in a concrete staircase landing is a violent man with a history of child abuse and assault. The wife of the man had admitted during police questioning that she saw her husband killing the woman after a heated argument. The dead woman has been identified as Chitra, 43, a divorcee
5. KUALA LUMPUR: A 27-year-old woman was being raped by two men in a shed when a passer-by, who heard her screams, alerted the police who rushed to the scene and rescued her. ACP Rahim urged anyone with information on the whereabouts of G. Dyayalan (I.C. No 840410-14-6187), whose last known address is 22-00-09 Gombak Setia, Batu 5, KL, to alert the nearest police station
6. KUALA LUMPUR: A drug trafficking syndicate operating within the compounds of various temples in the city has been smashed following the arrest of five of its members. Initial investigations showed that the members would wait for their clients in areas around Brickfields, Pantai Dalam and Bangsar. Three men and a woman, aged between 31 and 51 years, were nabbed at the temple at 10.45pm. All of them tested positive for opium.
Voicey,
ReplyDeleteNampak gayanya true blue PKR and PAS kempunan nak makan daging lembulah tak lama lagi, sebab hormat kat "kawan" ..........
Salleh Telegu
Permatang Tok Kandu
"Khalid Samad pula terus dengan cara degil dan kaki belit macam abangnya Dato Shahrir Samad."
ReplyDeleteAyat yang terakhir seperti saya petik di atas menunjukkan dan membuktikan bahawa paparan ini ditulis berdasarkan perasaan marah dan bukan apa yang sebenarnya berlaku. Begitu marahnya penulis sehingga orang yang tiada kena mengena dengan isu ini pun di babitkan sekali.
Kesian.