Friday, June 15, 2007

Membina Imej Pemimpin “Mediocre” II: Kubur Tun Razak Saja Belum Di Geledah

Penulis memang peminat filem klasik, tidak kira dari Hollywood, Jalan Ampas, Kowloon Tong, atau Mumbai. Namun, minat itu hanya untuk menonton, bukan untuk main wayang atau mereka poster wayang. Maka, jangan dianggap tajuk posting ini untuk main wayang atau menarik perhatian kerana ada kebenaran disebalik tajuk. Nama dan legasi Tun Abdul Razak sudah disalahgunakan oleh pentadbiran Pak Lah, hanya kuburnya sahaja belum digeledah dan mayatnya di curi.

Persepsi Kembali Ke Era Tun Abdul Razak


Sejak Pak Lah naik menjadi Perdana Menteri, tidak habis disebut-sebut Tun Abdul Razak seolah-olah dialah protégé Tun Abdul Razak. Sebenarnya dia adalah hanya pegawai dan kemudiannya Pengarah Belia saja, satu peranan sokongan dalam organisasi kerajaan.

Bila dia mahu berbalik kepada polisi pertanian, dia sebutkan Tun Abdul Razak. Bila dia menyebut Agenda Melayu di Perhimpunan Agong UMNO, seolah ianya senada dengan Dasar Ekonomi Baru Tun Abdul Razak. Tahun berikutnya Khairy pula meluahkan slogannya Semangat DEB.

Bila dia meleka hingga tidak menyedari kedudukkan Melayu, Islam dan hak keistimewaan dipersoal bertubi-tubi, Khairy hanya diam sahaja dan Pak Lah bercakap seolah-olah menyanyikan lagu “Muhibbah” yang sering kedengaran masa zaman Tun Abdul Razak.

Terkini adalah mengubah penjenamaan bahasa Melayu balik kepada bahasa Malaysia. Tun Abdul Razaklah yang menaikkan mertabat Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Tidak habis-habis Tun Abdul Razak. Hanya mengeledah dan ambil mayat Tun Abdul Razak di makam pahlawan saja yang belum Pak Lah dan balacinya buat. Betulkah mereka sungguh menyayangi Tun Abdul Razak? Betulkah mereka benar mahu kesinambungan legasi Tun Abdul Razak?

Realiti Disebalik Persepsi

Jika kita lihat intipatinya, ini semua hanya mainan wayang. Ianya lebih hebat dari mainan wayang seorang blogger.

Polisi pertanian sesuai dimasa itu untuk menyelamatkan masyarakat luar bandar dari kemiskinan. Semasa itu, ekonomi kita masih ekonomi agrarian dan subsistence. Tun Abdul Razak juga menyediakan tapak awal untuk perindustrian. Orang yang diberi tugas mendalaminya adalah Tun Dr Mahathir. Tun Musa Hitam, Tengku Tan Sri Razaleigh dan banyak yang lain diberi tugasan dalam sektor tertentu.

Apabila Pak Lah mahu kembalikan orang Melayu kepada pertanian, sedarkah dia berapa peratus sumbangan sektor pertanian kepada GDP negara sekarang? Sedarkah dia bahawa kita sudah meningkatkan ekonomi ke fasa industeri dan menuju ke fasa perkhidmatan? Adakah ini membawa kembali Melayu kepada kemiskinan yang berkait rapat dnegan sektor pertanian?

Dalam dia melambung-lambungkan istilah DEB, secara rasmi DEB sudah berakhir dan betul Khairy katakan keperluan kesinambungan semangat DEB. Dalam tiga tahun, cuba kita lihat pencapaian Pak Lah dalam kesinambungan DEB.

Polisi mereformasikan GLC melihat beribu-ribu pekerja dan professional Melayu diberhentikan. Ah! Mungkin itu maksudnya pembangunan modal insan ia-itu meruntuhkan modal yang sudah berpengalaman dan berpakaran dan bangunkan yang baru. Kita lihat entiti kerajaan seperti Proton dan MAS yang merupakan apparatus kerajaan untuk membangunkan sektor-sektor tertentu dihancurkan untuk mengkayakan AP King dan Tony Fernandez dengan entah siapa pula dibelakangnya.

Kalau kita sedari, pembangunan modal insan zaman Pak Lah tidak ada pengisian lain dari program-program pelajaran dan pendidikan. Hairannya, mengapa dizaman Pak Lah, sekolah-sekolah sudah “reverse gear” dari peranan untuk membawa perpaduan kaum dan sosial mobiliti? Penyata Razak, dengan lulusan kabinat Pak Lah, dikatakan ketinggalan zaman. Integrasi kaum tidak bertambah baik disekolah-sekolah. Timbul fenomena pendidikkan untuk kelas elit. Lain pula masaalah mutu pendidikkan .

Mengapa Dato Hishamuddin, anak saudara dan anak salah satu panglima Tun Abdul Razak, dipaksa menjadi alat mengundurkan usaha-usaha Tun Abdul Razak? Penulis adalah hasil produk usaha Tun Abdul Razak dalam bidang ini dan sentiasa teramat terima kasih kepada Allahyarham dalam usaha ini. Sedih rasanya melihat perkara ini berlaku.

Satu perkara yang menjadi kehairanan penulis ia-lah dimana semangat nasionalisma Pak Lah sekarang? Adakah sudah hilang ditenggelami pragmatisma seperti Tun Musa Hitam?

Mengapa diam saja apabila sosial kontrak dipersoalkan bertubi-tubi? Mungkinkah semasa itu, dia sedang asyik mengkhayalkan Jeanne, bakal isterinya. Perkara-perkara kontrak sosial, yang sepatutnya dipersetujui penerimaan oleh kaum pendatang yang inginkan kewarganegaraan, dipersoalkan. Bukankah perkara-perkara in terlindung dalam Akta Hasutan? Terlinding juga isu mempersoalkan kewarganegaraan kaum bukan Bumiputera.

Penulis sebenarnya tidak gemar istilah kontrak sosial yang dipopularkan oleh Khairy. Istilah, yang dimulakan oleh Roesseau, falsafah revolutioner Perancis bermaksud “gentlemen agreementantara kelas memerintah dan yang diperintah. Ianya lebih kepada perjanjian mitos antara Demang Lebar Daun dan Sang Sapurba. Gentlemen agreement” boleh dirunding kembali. Mungkin itu maksud disebaliknya?

Padahal, kerakyatan kaum pendatang bukan “kontrak sosial” kerana tidak boleh dirunding kembali. Malah, kerakyatan mereka adalah anugerah raja-raja Melayu bersama rakyat Melayu dan penerimaan dan syarat mereka itu telah dinobatkan di dalam Perlembagaan. Negeri-negeri Melayu tidak ditakluk tetapi secara teknikal undang-undang, British hanya penasihat atau trustee untuk mentadbir.

Bukankah Tun Abdul Razak yang telah mengoperasikan kesemua-semua hak-hak orang Melayu ini dan bukan hanya perhiasan seperti Artikel 152 Perlembagaan Singapura? Mengapa Pemuda UMNO diam menikus dan Pak Lah berdiam saja kepada persoalan-persoalan ini? Mengapa apabila Dr Kua Kia Soong melakukan pembohongan sejarah, Pak Lah dan jentera UMNO berdiam saja dan membiarkan pembohongan sejarah? Inikah semangat mengingati Tun Abdul Razak?!

Inilah sahaja yang pemerintahan Pak Lah tahu. Ambil yang lama, diubah suai (kadang hingga ranap) dan dibungkus dan jenama balik sebagai jenamanya. Tidak ada yang di bina dan buat. Sedih, apabila tiada kesinambungan dalam satu-satu usaha baik.

Malah sekarang, sesuatu bersejarah yang tiada ternilai pun mahu diambil. Nasib baik Stadium Merdeka masih belum diroboh. Mana mungkin Hong Leong boleh masuk cadangan membangunkan tanah Universiti Malaya, kalau tidak ada persetujuan dahulu untuk memasukkan cadangan?

Kata lawak seorang penggiat politik lama, Aspan Alias, nasib baik Pak Lah bukan Perdana Menteri Saudi Arabia. Harus dipindahkan Kaabah ke Taif kerana harga tanah di Mekah sudah mahal dan baik dibangunkan shoping complex. Bandar Mekah dan Taif boleh ditukar jenama menjadi bandar Pak Lah I and II.

Konspirasi Di Sebalik Seminar

Hari ini bermulalah kononnya Seminar Legasi Tun Abdul Razak Kepada Pembangunan Negara anjuran Akademi Pemuda dengan kerjasama Alumni Yayasan Tun Razak. Ianya akan dibuka oleh anak Allahyarham Tun, Dato Seri Mohd Najib.


Ramailah akan membentangkan kertas kerja mengenai polisi pelajaran, politik, kemasyarakatan, perpaduan kaum, pembangunan dan hal ehwal antarabangsa semasa zaman Tun ABdul Razak. Petang ini Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah diberi satu sesi pada pukul 5 petang, semasa peserta dah selalunya berkurangan.

Penulis berterus terang kata mesti ada “udang disebalik batu”. Sebelum ini, penulis telah bongkar usaha menjatuhkan legasi Dr Mahathir untuk menaikkan Pak Lah di sini. Kali ini, mungkin sekali beberapa perkara akan berlaku.

Memburukkan Tun Dr Mahathir itu sudah pasti tetapi mungkin sekali ia akan juga mencuri atau merosakkan jenama Tun Abdul Razak dari Dato Seri Seri Mohd Najib dan Tengku Tan Sri Razaleigh Hamzah. Sekiranya diperhati dari kenyataan Khairy Jamaluddin semalam bahawa Seminar ini adalah untuk mengenalpasti dan memperbaiki kelemahan disebalik polisi Tun Abdul Razak, maka kemungkinan besar, ianya untuk melukiskan Pak Lah sebagai Tun Abdul Razak baru.

Kebenarannya jauh dari yang akan orang ramai lihat dari media. Penulis menyedut tulisan rakan karib dan rakan blog Biggum Dogmannsteinberg berkenaan jawapan Pak Lah kepada satu soalan wartawan semalam di Majlis Makan Malam Kelab Perniagaan Kuala Lumpur:

Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi bersetuju bahawa Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) adalah merupakan model dan peluang terbaik untuk dimansuhkan dan proses meleraikan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dikatakan ‘membelengu’ pertumbuhan positif ekonomi pasaran bebas Negara.
Untuk pengetahuan pembaca, Pak Lah tidak menghadhirkan diri pun ke Seminar ini.

Penulis serahkan sahaja kepada anak-anak muda yang bijak tidak boleh di tegur dan di bimbing di Pusat Konvensyen Sime Darby di Bukit Kiara. Celik atau buta mata hati mereka kepada perkara sekeliling? Adakah mereka tahu dan faham apa objektif UMNO yang sudah tertera dalam Perlembagaan UMNO? Jangan pula selesai perjuangan Tun Abdul Razak.

Buat Allahyarham Tun Abdul Razak, penulis mengajak pembaca membacakan Al Fatihah sebagai doa untuknya. Al Fatihah.

Thursday, June 14, 2007

Membina Imej Pemimpin “Mediocre” I: Risalah Norza AMN Di Tulis Oleh Pembangkang

Di ruang komentar posting Sabtu lepas, “Arahan Kamal dan Risalah Norzah Terbongkar Ilusi Pak Lah”, seorang komentar bernama jolokkan, hamba Allah, mengingatkan penulis jangan busuk hati.

Bila dtanya maksud oleh komentar Tunku, tidak pula diterangkan. Penulis rasakan panggilan Risalah Bodoh Norza dianggap kasar, maka akan ditukar panggilan kepada Risalah Norza AMN. AMN? Maksudnya bukan Ahli Mangku Negara. Biarlah yang makan cili berasa pedas.

Selepas risalah Datok Paduka Norza AMN mula terbongkar hari Sabtu lepas, bak kata orang Jawa, geger pejabat. Biasalah Melayu bila berlaku perkara seperti ini, mudah membuat teka meneka, syak mengesak, marah memarahai, dan akhirnya tuduh menuduh.

Kasihan jika yang tidak bersalah dituduh dan dihukum. Biarlah penulis katakan seekor burung kecil yang membawa mesej, siap dengan fotostat dan disket gambar muka depan.

Cuba fikirkan. Kalau bahagian sendiri undi tidak percaya boleh timbul dan hanya ditewas dengan satu undi, cuba fikir-fikirkan betapa setia penyokong yang diingatkan ramai. Tidak ada konspirasi bocor keselamatan, hanya kesetiaan yang tidak pernah ada. Hanya banyak burung-burung berterbangan.

Bila mengenangkan kegegeran, penulis teringat satu rangkap dalam sajak Melayu oleh Usman Awang.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Perkara lain penulis tidak ingin huraikan. Hanya berfikir: Kenapa agaknya Norza berani melakukan sedemikian? “Berani kerana benar” atau “Melayu itu berani jika bersalah”.

Menjatuhkan Tun, Menaikkan Pak Lah

Seperti yang saya katakan sebelum ini, risalah Norza AMN ini satu usaha memberi penerangan yang menggunakan pendekatan memburukkan Tun Dr Mahathir untuk menaikkan Pak Lah.


Risalah Norza AMN yang ditulis Pembangkang

Para keempat Surat Pendahuluan Norza AMN sudah disebut “krisis keyakinan … perlu ditangani …” Seterusnya, mukasurat ke 2 menyebut “Pak Lah dalam masa tiga tahun memimpin terdedah kepada serangan …” Kesimpulan penulis menjadi jelas bila mukasurat ke 6 memanggil pemerintahan Tun Dr Mahathir hanya sebagai “… pentadbiran yang meletakkan pembangunan infrastuktur fizikal” dan mukasurat ke 7 memanggilnya sebagai “…value neutral…”

Dalam Norza AMN mendefinasikan pemerintahan Tun sebagai “empiricist”, “positive” dan “value neutral”, Pak Lah dipanggil sebagai pendekatan “normative” dan “value laden”. Dalam dunia berteknologi maklumat, hanya lakukan saja carian di Wikipedia untuk mendapatkan latarbelakang istilah-istilah ilmu politik dan falsafah ini.

Apa maksud “normative” untuk pemimpin yang profil sebenarnya berlawanan kepada pengakuan mengenai dirinya yang disajakkan dalam “Damai Abadi”? Satu petikan dari definasi Wikipedia mengenai normative seperti dibawah ini:

“Normative is usually contrasted with positive (i.e. descriptive) or explanatory when describing types of theories, beliefs, or propositions. Descriptive (or constative) statements are falsifiable statements that attempt to describe reality. Normative statements, on the other hand, affirm how things should or ought to be, how to value them, which things are good or bad, which action are right or wrong.”
Dari petikan diatas, Tun Dr Mahathir (TDM), yang digolong Kenichi Ohmae sebagai “Mind of a Strategist”, didefinasi sebagai “positivism” hanya untuk dituduh “falsifiable” yang bermaksud palsu atau impian.

Bukankan bagi membandingkan TDM dengan Pak Lah perlu dibandingkan dari sumbangan masing-masing dalam hal-hal pendidikan, politik, ekonomi, sosial, pentadbiran, pengurusan krisis, kepimpinan, hal-hal antarabangsa, dan lain-lain? Kalau tidak adil membandingkan 22 tahun dengan 3 tahun, bandingkan 3 atau 4 tahun pertama saja.

Blogger Jeff Ooi dalam posting sini pula menyedari bukan sahaja TDM yang kakinya dipotong, malah Perdana Menteri yang lain pun dipotong, supaya Pak Lah kelihatan tinggi. Entah! Apa pulak motif disebalik program Akademi Pemuda pada hari Jumaat dan Sabtu ini ingin membincangkan Legasi Tun Abdul Razak?

Norza AMN Bersuara Bagai Pembangkang

Perspektif yang ingin penulis beri disini adalah dari UMNO. Mungkin tidak bersesuaian dengan pendapat mana-mana komentar yang membicarakan dari perspektif ideologi dan falsafah politik masing-masing.

Penulis berani berkata Norza AMN bersuara bagaikan pembangkang kerana penulis tahu identiti penulis sebenar. Institiut mana dia pernah dan kini bekerja? Apa arah tujuan institiut-Institiut itu? Siapa boss sebenar institiut itu dulu? Dimana condongan pemikiran politiknya? Siapa dia? Biarlah penulis menghormati identiti seorang blogger yang lain.

Dato Rozabil, Khairy dan Dato Paduka Norza AMN di Pilihanraya Kecil Ijok

Perkara yang pasti adalah Norza AMN sudah bersekongkol dengan reactionis anti TDM yang sudah menghayati politik pembangkang, yang sama mempersoalkan hak Melayu dalam perlembagaan. Risalah Norza AMN ini penuh dengan argumen-argumen dan kecaman pembangkang yang dihalakan terhadap TDM semasa pemerintahannya.

Dalam risalah ini, tidak henti-henti dikatakan pemerintahan TDM hanya mementingkan “penbangunan infrstruktur”, “pembangunan fizikal”, “pambangunan material”, dan lain-lain. Bagaikan suara PAS yang dulunya mengkritik pemenrintahan TDM sebagai menyebabkan krisis nilai, keruntuhan akhlak dan ketirisan sistem keluarga di dalam masyarakat?

Rupanya tidak perlu ada pembangkang, dalam mukasurat 8 risalah yang dimajukan oleh seorang Ahli Majlis Tertinggi UMNO pun turut menuduh seperti pembangkang - “… nilai-nilai lain adalah kecil atau bersamaan dengan “sifar”. Masyarakat diasak berlumba-lumba mengejar pembangunan fizikal …”

Disamping itu, risalah Norza AMN menyarankan bahawa zaman TDM melihatkan pengagihan peluang itu terbatas kepada hanya beberapa orang sahaja. Kononnya zaman Pak Lah ini tidak ada Kalimullah dan Scomi. Bukankah ini tuduhan yang sama dibuat oleh Anwar Ibrahim semasa sedang membuat asakan terhadap TDM.

Tidak ingat ke kita akhirnya TDM pampangkan senarai benefisiari pengswastaan di satu Perhimpunan Agong UMNO?

Pak Lah Konon Penyelamat Bangsa dan Parti

Penulis tidak ingin menulis panjang lebar langkah-langkah yang mahu diwar-warkan dalam risalah ini.

Pertama, penulis tidak langsung percaya dengan seorang pemimpin yang membiar kedaulatan dan maruah agama, bangsa dan tanahair tergadai. Kedua, biarlah Norza AMN yang sudah dibayar beratusan ribu oleh KJ menjalankan kerjanya memikir, menyiasat dan melakukan penyebaran yang termasuk nyusup kedalam organisasi belia dan pelajar yang berhaluan kanan dan kiri.

Penulis hanya mahu memetik tiga langkah yang disaran konon Pak Lah lakukan ia-itu Islam Hadhari, nilai-nilai insaniah dan rohaniah, dan pembagunan kemanusiaan. Dah panjang lebar dunia siber membincang ironi dan percanggahan langkah-langkah ini dari sudut karakter, kepimpinan, dan pentadbiran Pak Lah.

Sudah agak mual untuk membicarakan Islam Hadhari yang TDM katakan mengelirukan dan tiada pelan tindakan dan program tertentu. Yang penulis tahu, program Islam Hadhari hanya Kampung Hadhari di Kelantan dan Terengganu yang sebenarnya hanya program bodoh Sure Heboh TV3, dan pembaziran wang ehsan untuk Masjid Kaca RM200 juta di Pulau Duyong, Terengganu yang dibina Dato Patrick Lim, penganjur parti Monsoon Cup yang mengiurkan orang-orang Terengganu.

Untuk yang minat memahami geo-global politik disebalik Islam Hadhari, sila baca blog lama penulis berjodol “Is Islam Hadhari Submission to Neo-Con Theological Warfare?

Risalah Norza AMN ini mengaku bahawa Pak Lah lah yang penerus Wawasan 2020, pelengkap kepada pembangunan fizikal, adil mengagihkan peluang kepada UMNO, pengisi kekosongan nilai, dan lain-lain.

Kalau dilihat program ekonomi dalam Risalah Norza AMN ini, hanya suruh orang Melayu jadi balik petani seperti yang sudah diatur British seratus tahun dahulu. Dengar juga akhirnya orang Melayu herdikan penunjuk perasaaan pembangkang DAP pada 10, 11 dan 12hb Mei, 1969 supaya “balik kampong”.

Setelah lebih 3 tahun sebagai Perdana Menteri, Norza AMN hanya alasan apologetik terhadap keresahan orang ramai berkenaan ekonomi dengan alasan-alasan supaya bersabar menghadapi perubahan dan transisi memerlukan masa.

Bukankah seorang pemimpin dah boleh dinilai dalam 100 hari samada dia ada hala tuju dan objektif? Pak Lah bukan saja tidak “deliver”, dia sendiri tidak ada “deliverables”. Sudahlah Norza AMN! Sampaikan pada boss dan chief kamu, Undur … Lah!

Monday, June 11, 2007

Filem dan Mentera Semerah Padi: Seniman Agong dan Pelakun Palsu

Semasa memandu pulang malam tadi, hati tidak tenteram.

Dalam keresahan itu, fikiran ku melayang teringatkan Semerah Padi, filem arahan seniman agong dan luar biasa, P Ramlee pada tahun 1956. Satu-satu filem drama klasik Melayu yang pernah menang anugerah antarabangsa. Sama berlakun adalah seorang lagi Seniman yang benar-benar agong, Nordin Ahmad.

Kenapa ku sebut benar-benar agong?

Bukankah ramai sekarang ini yang beraksi Seniman Agong. Cuma bukan di atas pentas atau filem. Lakunan tiada pengisian nilai, hanya jiwa yang tewas kepada nafsu hingga sanggup menggadai perjuangan, kepentingan dan maruah agama, bangsa dan tanahair.

Sinopsis Semerah Padi oleh Wikipedia ku terakan berikut ceritanya:
Dua sahabat akrab, Aduka (P.Ramlee) dan Teruna (Nordin Ahmad) ditugaskan mentadbir kampong Semerah Padi berpandukan aspek-aspek keislaman.
Dara, anak ketua kampong mempunyai hubungan cinta dengan Aduka tetapi ditunangkan kepada Teruna. Dara merahsiakan hubungan mereka supaya tidak durhaka kepada ayahnya dan Aduka, supaya tidak menyakiti sahabat akrabnya.

Negeri dilanda lanun dan Teruna dikerah ketua kampong berkhidmat dengan Sultan. Semerah Padi pula diserang Borek dan kuncu-kuncunya yang menculik Dara. Aduka pergi menyelamatkannya. Cinta membawa kecundang bila nafsu mengatasi segalanya. Aduka dan Dara terlanjur berzina.
Mungkin cerita ini yang membuat perjalanan pulang ku melayang ke filem lama ini. Aku tidak pernah lupa satu cebisan dialog dari satu babak yang aku sendiri pernah lakunkan di pentas sekolah.

Dalam suasana hujan yang sedang lebat, Aduka membuat pengakuan mengenai hubungannya. Taruna berteriak sedih, "Aduka! Aduka! Lupakah kau pada tuhan! Lupakah kau pada ugama Islam!"

Hati ku tidak tenteram. Ramai yang sudah lupa kepada tuhan. Ramai yang lupa pada nilai-nilai keugamanaan. Ramai yang sudah tinggalkan "perjuangan yang belum selesai." Ramai yang berlakun pura-pura.



Adakah antara mereka tahu menyesal seperti Aduka? Sanggupkah bertaubat dan merelakan hukuman? Pelbagai persoalan timbul dalam fikiran dan jiwa ku.

Borek dengan kuncu-kuncunya sudah menghuru-harakan negara. Kita bertelanggah perkara remeh hingga lupa dan lalai ancaman yang sudah menjelma. Musuh sudah di dalam pagar!

Tanahair dilanggar "todak"! Dimanakah kau "Hang Nadim"? Sanggupkah anak muda kehadapan, walaupun kamu mungkin terkorban atas pengorbananmu?

Keluarlah "Mat Kilau" dari sembunyian! Berani lagikah "Tok Janggut", walaupun berakhir di tali gantung? "Si Bongkok", jangan semangat mu hanya ingatan dalam "tajuk"!

Radio kereta ku tidak memainkan lagu negeri ku untuk meredakan "fikiran terganggu" dan mengingatkan kesetiaan kepada raja dan negara. Semacam dirancang, "Mentera Semerah Padi" yang berkumandang. Ku kuatkan suaranya ...



Hei kersani! Mengalir lah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei sepuluh! Helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi

Habis sebatang rokok untuk meredakan kegelisahan saraf ku.

Ya ... Di mana bumi ku pijak. Di situ langit ku junjung. Alang-alang menyeluk pekasam. Biar sampai ke pangkal lengan. Langkah akan di terus. Berundur jauh sekali ...

Relalah Aduka! Panggilan ilahi menyelamatkan rohani.

Saturday, June 09, 2007

Arahan Kamal dan Risalah Norza Terbongkar Ilusi Pak Lah

Pak Lah semasa membuat kenyataan mengenai perkahwinannya. Semuga bahagia, Pak Lah (diambil dari AgendaDaily)

Hari ini sepatutnya hari bahagia buat Pak Lah. Dengan pernikahannya, sepatutnya termaaflah penafian "bohong sunat" untuk menutup segan, dan keanihan yang berlaku semasa dua sesi dengan wartawan.

Sepatutnya pembantu Perdana Menteri menggunakan perkahwinan ini untuk memperbaiki imej peribadi Perdana Menteri dengan diwar-warkan apa saja sudut yang mahu diperbaiki. Jika pandai dialih perhatian masyarakat kepada kehidupan barunya, ia boleh membina suasana “feel good” untuk kehidupan dan harapan baru untuk membina keyakinan sementara kepada masyarakat, cukup untuk PRU.

Kemungkinan Disebalik Larangan Kamal Khalid

Mengapakah tidak dilakukan? Mengapakah seperti diberitakan oleh dua blogger gergasi, Rocky dan Jeff Ooi, Ketua Unit Kommunikasi JPM, Kamal Khalid cuba menguasai pengeluaran berita oleh media massa utama mengenai sesuatu yang baik?




Baik kawan atau lawan dalam politik pasti mengucapkan kebahagiaan buat Pak Lah dan teman hidup barunya, Jeanne Abdullah. Mengapakah ada yang tak kena dengan tindak tanduk Kamal Khalid?

Ada yang mungkin mahu menyingkap kembali kepada peritiwa perkahwinan ini yang terbocor di portal Malaysia Today awal tahun ini. Semasa khabar angin ini terbocor, begitu banyak peristiwa-peristiwa kontroversi silap sendiri yang menggoyang personaliti dan reputasi Pak Lah. Dari periswiwa-peristiwa lucu lawatan Pak Lah ke Venezuela, ke peritiwa semasa percutian di Perth akhir tahun lepas. Masa itu timbul kontroversi kapal layar mewah “Cobra King”, mangsa banjir Johor tidak dilawati para pemimpin, pembukaan kedai nasi kandar Perth, pembelian kapal terbang mewah, dan rumah Perth. Belum habis kontroversi utama dalam perkara-perkara polisi dan tersebar gambar-gambar kekerapan Pak Lah tidor di majlis-majlis dan memegang bahu Michelle Yeoh. Betul semua betul, Zam dan Shaziman ditugas mencaci dan mengata blogger.

Mungkin atas permintaan Pak Lah sendiri, ia tidak mahu majlis pernikahan bagi dua pengantin yang sudah berumor dibesar-besarkan. Maklumlah Pak Lah tidak mahu teralih pandang dari fokusnya untuk memastikan kejayaan Rancangan Malaysia Ke 9. Ahli politik tetap ahli politik, tidak ada aspek kehidupan dan masa terjaganya yang tidak mahu di politikkan.

Mungkin tindak tanduk Kamal Khalid itu boleh difahami dengan persoalan-persoalan.

Kamal Khalid, Ketua Unit Komunikasi atau "Thought Police"
(Diambil dari laman web JPM)


Bukankah dengan mengawal liputan pernikahan ini, ia akan mengurangkan pendedahan mengenai latarbelakang bakal isteri Pak Lah, Jeanne Abdullah? Bukahkah ini mengurangkan perhatian kepada ahli-ahli keluarga Mahmud Ambak, khususnya bekas suami Jeanne, Osman? Apa peristiwa mungkin berlaku disebalik berita suratkhabar Straits Times, Singapura bahawa Jeanne dan Osman berpisah belum bercerai selama 15 tahun? Mungkin akan ditanya siapa dalam bekas keluarga mertuanya, Jeanne masih rapat? Noni ke? Kalau mahu di singkap kembali, ingat lagikah pertalian Noni dengan skandal Program Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menukar minyak kepada makanan (“Oil for Food”) bagi mangsa perang Iraq?

Anihnya, kenapa KJ perlu membuat kenyataan pada akhbar berkenaan perkahwinan bapak mertunya? Kenapa kenyataan akhbar Khairy dibuat dengan membaca dan bukan caranya biasa yang akan keluar spontan dan yakin dari diri sendiri? Sampai ke khabar pada penulis, KJ tidak senang ditahniahkan perkahwinan bapa mertuanya dan memberi amaran "I do not want to talk about it anymore". Gosip gosip ... apa pula gosip jika Pak Lah mendapat dua lagi menantu dari dua anak perempan Jeanne dan Osman?


Persoalan, persoalan, persoalan. Ia bagaikan gula menarik semut.

Betulkah Ilusi Kekuatan Politik Pak Lah?

Setelah setahun lebih sejak menahan kehadhiran Tun Dr Mahathir sebagai perwakilan ke Persidangan Agung UMNO, persepsi ramai adalah seolah-olah Pak Lah sudah dapat mengkonsolidasi kuasa dan pengaruhnya. Suara bangkangan dikalangan pemimpin dan broker-broker kuasa telah dapat disunting dan ketidak puasan hati ahli-ahli UMNO terutama berkenaan isu Singapura telah dapat dipenyitkan. Tiga pilihanraya kecil begitu enteng dimenangi? Tun pun nampak terbatas kesihatan hingga beliau tersebut semalam “The heart is willing but the flesh is unwilling to cooperate” dalam ucapan di Yayasan Kepimpinan Perdana. Bukankah ini menunjukkan Pak Lah sudah kuat dan tak boleh ditentang?

Dalam beberapa minggu lepas, kalau tak bulan lepas, UMNO telah mengadakan sambutan ulangtahun ke 61 penubuhannya. Padahal sambutan ke 60 sudah di adakan dengan hebat tahun lepas. Dalam politik, sambutan untuk satu-satu perkara mempunyai signifikan atau peranan politiknya. Kalau diamati tajuk berita suratkhabar yang meliputi sambutan, nampak agak cetek. Apalah setakat Pak Lah meminta ahli UMNO jangan meminta-minta bayaran dalam berkhidmat untuk parti? Adakah ianya hanya masaalah kelemahan komunikasi Pak Lah? Banding dengan Tun Dr Mahathir, lama sudah para wartawan merungut mengenai kelemahan Pak Lah menjana berita dan kata petikan yang mempunyai nilai berita.

Akhirnya tersebar khabar bahawa, seperti biasa, apa yang dilihat tidak sama dengan yang berlaku disebalik tabir. Disebalik tabir adalah usaha penerangan secara negatif. Hari itu hanyalah hari untuk “networking” bagi program yang telah dirancang dan akan dilakukan sekejap masa. Hari itu adalah untuk menyebarkan gezet cerita wayang yang akan ditayang. Secara kebetulan, gezet wayang itu terjatuh kepada tangan penulis dan iannya sebuah risalah berjodol “Meniti Kesinambungan Perjuangan: Mendefinasikan Pak Lah”.

Memang baik, usaha melakukan penerangan untuk menerangkan ketidak fahaman para ahli UMNO mengenai halatuju kepimpinan UMNO. Jika ia boleh diterangkan dengan baik, ia boleh menjawab kononya tomahan terhadap kepimpinan Pak Lah.

Risalah Bodoh Norza

Risalah itu kononnya ditulis oleh Dato Norza Zakaria. Tak perlulah penulis cerita lagi siapa dan politik Dato Norza. Perkara yang menjadi keanihan penulis adalah stail penulisannya yang membuat perbandingan selari dengan Tun Dr Mahathir. Bukankah ianya satu pembunuhan diri untuk menggunakan pendekatan itu?

Yang dapat penulis faham hanyalah ianya satu petunjuk bahawa pengaruh dan argumen Tun telah sampai ke akar umbi dan hanya cara kekerasan saja yang dapat membandungnya sementara. Tidak ada cara lain untuk meyakinkan ahli-ahli selain dengan mengkritik habis-habisan Tun. Bagaimana akan dilakukan?

Perkara menarik mengenai risalah ini adalah pengunaan terma-terma intelek dan rujukkan yang canggih tetapi stail penulisan yang bukan ketepatan bahasa intelek. Sebagai contoh, dalam membandingkan kepimpinan Tun dan Pak Lah. Mereka menggunakan terma “empiricism”, “positivism” dan “value-neutral”. Manakala, kepimpinan Pak Lah ini dikatakan kepimpinan “normative”, dan “value laden”. Tercampaklah nama tokoh seperti Foucoult, ditengah-tengah perbincangan yang kosong dengan pelan tindakan yang jelas dan tidak bersikap konsep. Entah, faham ke siempunya badan tulisan mengenai dirinya itu?

Adakah Dato Norza tidak sedar kepala-kepala dalam UMNO bukan gemar membaca risalah begitu panjang dan susah difahami? Aluran komunikasi yang terbaik untuk memberi penerangan kepada orang-orang UMNO adalah secara lisan dan persendirian. Kalau tepat bacaan penulis, kemungkinan besar sudah ada rancangan untuk membuat kepala-kepala UMNO ini faham dahulu diam-diam dan mentarbiyahkan kebawah secara besar-besaran. Mungkin juga, ada usaha mentarbiyah anak-anak muda di IPTA/IPTS yang lebih terdedah kepada maklumat Internet.

Penulis masih ada pertanyaan berkenaan risalah ini lagi. Dato Norza, adalah seorang akuntan bertauliah dan selalunya akauntan bersifat kering (dry) dan berlogik pemikiran yang agak mekanikal. Betulkah dia boleh berpolemik secara ilmiah atau setidaknya pseudo ilmiah?

Setakat siasatan awal, mungkin betul sangkaan penulis. Disebaliknya, ada orang lain dan penulis rasa boleh kenalpasti siapa disebaliknya. Mungkinkah ia seorang intelek? Atau pengkaji sosial? Atau seorang ahli politik? UMNO atau pembangkang? Tak lupa, blogger atau pengurus portal sosio-politik? Biarlah buat sementara kerana banyak lagi yang perlu penulis pastikan.

Antara yang penulis mahu pastikan adalah bagaimana kecaman terhadap Tun akan dilemparkan? Jika salah silap, ia boleh melantun balik (“backfire”) dikalangan akar umbi UMNO yang sudah bertambah sedar akan kehancuran yang Pak Lah bawa. Mungkinkah mereka meresapi saluran-saluran politik dan aktivis halaun kiri untuk melontarkan kecaman dapat megelakkannya? Atau mungkin tidak?

Satu perkara yang sudah mula terungkai adalah kepimpinan Pak Lah berada ditahap desperado. Produk “mediocre” telah diketahui kelemahannya dan taktik jenamaan dan bungkusan tidak dapat mengekalkan persepsi dan pasaran. Opsyen untuk mengekalkan ilusi jenama dan bungkusan sudah berkurangan. Kualiti produk masih ditahap lama kalau tidak bertambah teruk. Sepatutnya, sudah lama ditarik dari rak-rak pasaraya dan diganti produk lebih baik.

Friday, June 08, 2007

Tun's Reminder on the Spirit of "Malaysia Boleh"

Tun Dr Mahathir, the Patron of the Kelab Kembara Malaysia ("KKM") welcomed the safe return of its President, Dato Khalid Yunos and his team of Malaysian climbers from their recent Mt. Everest conquest at the Perdana Leadership Foundation in Putrajaya today.

Ever since the Dr Mahathir-inspired conquest by M Magendran and N Mohandas of the world's highest peak in 1997, this is already the third group of Malaysian that successfully reached the highest peak in the world. In 2004, KKM managed to get UiTm students, Muhamad Muqharabbin and Ahmad Reduan to reach the peak.



This time around six climbers - RTM cameraman Idris Said, 51, Ahmad Reduan Rozali, 25, Ahmad Fakhri Abu Samah, 25, Mohd Rofi Kori, 35, Muhammad Fauzan Hasan, 39 and Marina Ahmad - was successful in this Merdeka de Everest expedition. Marina became the first Malaysian women to sucessfully do so and incidentally, she is from Pendang, part of Tun's former Parlimentary constituency.


In his welcoming speech, Tun Dr Mahathir gave the audience a reminder of the rationale behind the "Malaysia Boleh" spirit. The slogan serves to inspire Malaysian youth. An inspired person has belief in themselves and the confidence to pursue and achieve anything in their life.

As he recollects his initial reservation when toying with idea of the first attempt, he said success requires one to make initial tries and effort to test to ones capability and potential. That was the underlying message behind the "Malaysia Boleh" slogan, that has since been pun into many cynical versions like Boleh-land.

Tun reminded the successful climbers, who will be part of the youth motivation programs, to stress in their message the need for effort and hard work when asked of their "ilmu" and "petua".

When he spoke of "Malaysia Boleh" is about knowledge and effort to compliment ones "doa" (prayers), he was making a direct reminder to certain segmen of the Malays. Allah will not help those who do not make any effort. This attitude need to be implanted in Malaysian youth, particularly Malays, for without the willingess to take up challenges, youth would fall astray as success in life requires conquering many "peaks."

Tun repeatedly expressed his thank and relief to Allah for there was no casualty. I have observed for a long time, Tun is not overgenerous with congratulation at victorious moments but usually repeat his "kesyukuran" to Allah.

Dato Khalid, who spoke later, described the danger and challenges in reaching the peak. They had a near death incident at the Kerumbu Ice Fault. Even, the final assault to the peak is a dangerous 85 degree inclination climb. Then, there were the thin air or montain sickness. 68-year old Dato Khalid, who climbed together with the team, succumbed to the mountain sickness but respectfully managed to reach the 3rd Base Camp, which is 7,200m of the 8,200 peak.

The video footing of the climb showed later clearly showed the dangers the climbers faced. At the end, the image of RTM Idris Said calling the "azan" left in indelible sentimental mark mixed with a sense of victory on the audience.

"Malaysia Boleh" is about effort and hope (or prayers to the spiritual ones). The way so many unspiring easy way cope out of the current administration in facing up to problems and challenges, Malaysian must ensure the "Malaysia Boleh" spirit lives on!

Tuesday, June 05, 2007

Thank You For The Music ... Loga

Loganathan Arumugam or simply Loga of the Penang group, Alleycats died at 54 on June 4th, 2007 at 10:50 am after a long hard battle with lung cancer.

His voice and the Alleycat will always be remembered as that sound from home to "mengubatkan rasa rindu" when studying abroad.

The thing that impress me of Loga and David is that they are not just non Malays rendering Malay song, but they are rendering sentimental Malay ballads in those typical Malay tunes. They made those tunes reach to all Malaysians.

Among my favourites are:

Sampaikan salam



Sekuntum Mawar Merah (as performed by Hattan)



Hingga Akhir Nanti



Kerana Kau (as performed by Misha Omar)



Andainya Aku Pergi Dulu Sebelum Mu



Search You Tube here for your own available favourites.

I had the pleasure of meeting and chatting him but just do not quite remember where and when. My impression of him was that for a celebrity, there is no air about him. He is very casual, warm and friendly.

The obituaries from the newspaper: Sun, The Star, and Utusan Malaysia. My fellow bloggers: Jeff Ooi, Elizabeth Wong, Walski, Lulu, Mahaguru58, Galdriel, Pak Idrus, and many others here.

I will not "...bersedih hati" or "...memencilkan diri." For the happiness that your music has brought to me, I pray for God blessing on you Loga.

Trimakassihhhh!!!!!!

Sunday, June 03, 2007

Altantuya Murder: Stop Speculating, Let The Court Decide!



Few days before the arrest of Abdul Razak Baginda for alleged murder of Altantuya, I received an SMS alerting me of something "big" about to happen. On the day of the arrest, November 7th, 2007, my buddy SMS of it. I thought this must be that "big" event.

My first impression was .... Whoo! This Razak has close working relationship with Dato' Najib, by virtue of his Defense Strategic work. He is also a Director of Perimekar Sdn Bhd, the Project Management Company related to the two submarines purchased. This man handles sensitive information regarding the defense of the realm.

To be charged for murder, then it is no laughing matter. It is a capital offense and the burden of proof is on the prosecutor and murder judgement requires proof beyond reasonable doubt. Read Wikipedia's article on burden of proof here. This is not stuff for "ring" of spin and speculation for "clowns in political circus".

Expectedly a day later, I received an SMS from such clown attempting to link Dato' Seri Najib visit to Cherboug, France the town seaside the submarine is being built a year earlier with Altantuya's son which is one year old at that time.

I can only suspect that SMS like this cannot come from people outside but inside the circle of power or authority. As it turns out, Dato Seri Najib did make a visit but the kid couldn't possibly be biologically Najib's. The rules of the birds and bees need at least additional 9 months for fertelised egg to grow into a baby!

Since then I became suspicious of any discussion and analysis of the Altyantuya case unless it is based on fact. As I see, only the parties involved and investigating police knows the fact. The truth is always within God's knowledge. It is safe bet to suspect that behind that SMS rumour are people with interest to see the downfall of Najib. Most popular theory that have been making its round is Khairy needing a reason to chop off Dato Seri Najib for his quest for the Premiership by 40.

No doubt that the case attracted speculations and controversies - court outburst by Mrs Razak, a former Magistrate; the bail allowed and later disallowed; trial date pushed back and later brought forward; Razak's affidavit that account his first meeting with Chief Inspector Azilah at Dato Najib's office; and even rumours of KL law firms refusing to take up the defense for Razak.

However, these are all talks. Again, I reiterate to remind that this is a murder case. Murder is not a fodder for power play. Peoples' lives are at stake. The prosecution file charges because they have some 100 witness. On trail are members of the police force and a public personality.

The burden of proof on the three suspect is already tough and yet there are those attempting to link to Najib without any iota of proof. Just like the sender of that strange SMS I received, many are trying to gain mileage and opportunity out of peoples lives - the victim, and suspects.

Biggum described in his posting here of a fading star politician, and a dejected wannabee politician turn drama queen blogger doing the sub-judicial act of not only discussing the case but unabatedly dramatising and spinning in their speeches and blog posting to infer Dato Najib's involvement. These two have no locus standi but mere locus trying to disrupt the process of law by pre-emption.

Even those with locus standi, like politico cum sensationalist lawyer to the defendent Azilah, Zulkifli Nordin are looking at the case from a political angle, if I could judge his comment in the June 2nd, 2007 International Herald Tribune. For Godsake Zulkifli Nordin, set aside your politics! Your client's life is at stake and their interest should be foremost. Do your "drama" in the court room where it really matters, not outside to the press.

I did do some "asking around". Sources told me Razak is not really in Dato' Najib's political inner circle. As political strategist, he lost credibility in his analysis and recomendation on Soviet political transition. One sensational info presented to me was Razak has a bit of talking too much after few glasses of wine. HE shot himself in the foot when talking in separate companies of Kalimullah, Brendan and Khairy. He did request for help to Dato' Seri Najib but was suggested to do a police report.

This version of information just proof to tell that the rumours doing its rounds is suspect. So, the long and short story and the FACT to the matter is:

This is a murder case against two members of the police force and against Abdul Razak Baginda on abetting a murder charge. There is no Dato Seri Najib on trial. Prosecution only need to prove and link the actual links, then issues of motives and political conspiracy becomes irrelevent. This case is to be decided by the court and only they are authorise and capable to decide, not the noisy Bar Council members and more so, nosy press and bloggers.

As the title of Herbie Hancock fusion jazz number, I say "Rockit"! Let justice takes its course!

To others without understanding and access to anything, just listen up and shut up! Lives are at stake here! No drama script and cinematic screenplay, please. To Razak, Azilah and Sirul, I wish all of you the best. The prosecutor and police did a substantial amount of work to build up a case. I wish them the best in discharging their duty.

Selected initial blogger postings: Rocky, Damian Yeo, and Linken Lim

My Say