Tuesday, June 24, 2008

Pak Lah Dikritik Akar Umbi UMNO Johor


Pada hari Ahad lepas, Jun 22hb, 2008, satu lagi siri perjumpaan dengan Ketua-Ketua Cawangan diadakan di PWTC, Kuala Lumpur yang dipanggil Majlis Ramah Mesra melibatkan UMNO Johor bersama Pak Lah.

Dari 2,000 yang dijemput, adalah dalam 1,000 yang hadhir. Dalam suasana ekonomi yang sedang menyuram, siapa pula yang belanja begitu besar untuk membawa begitu ramai Ketua-Ketua Cawangan.

Kata sumber-sumber dari Johor, mereka ditempatkan di Hotel Vistana berbintang tiga. Setiap seorang dihadiahkan sehelai kain pelikat cap jenama Wali Songo dari seorang Menteri dari Perak dan wang jajan (duit berbelanja) sebanyak RM100 seorang.

Setelah teruk dibelasah akarumbi dalam sesi-sesi sebelum ini, harus disanjungi kecekalan Pak Lah untuk meneruskan program ini yang hanya akan mengulang kritikan dan kecaman terhadap kepimpinannya.

Namun, majlis untuk negeri Johor yang dihadhiri oleh Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani Othman, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Sri Khalid Nordin, dan Datuk Seri Adnan bertindak sebagai Juruacara tidak jauh berbeza. Malah, lebih terus terang dan tegas mereka menuntutnya mengundur.

Menurut MyKMU Johor, usul dari seorang ketua cawangan menuntut Pak Lah segera melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri mendapat sorakan kuat dari para hadhirin. Alasan mereka adalah susah untuk ahli-ahli UMNO akar umbi mempertahankan Pak Lah dari dikritik oleh rakyat Johor.

Isu-isu lain yang begitu lantang disuarakan adalah isu kenaikan harga barang yang tidak dapat kawal oleh kerajaan, isu pemencilan orang-orang Melayu Johor di Iskandar Malaysia, dan isu ketuanan dan hak-hak masyarakat Melayu di Iskandar Malaysia.

Satu usul mengenai Iskandar Malaysia yang mendapat sorakan hadhirin adalah menuntut dikajisemula pelaksanaannya yang rata-rata dilihat menyebelahi Singapura dan menjadikan Iskandar Malaysia sebagai "Woodland" kedua.

Kebanyakan usul dan pertanyaan dari para hadirin begitu jelas perasaan ketidak puasan hati ahli-ahli akarumbi UMNO di Johor.

Melainkan Ketua-Ketua Cawangan dari Bahagian UMNO Pasir Gudang yang diketuai oleh Dato Khaled Nordin, boleh dianggap rata-rata akar umbi Johor menolak kepimpinan Pak Lah dan inginkan peralihan kuasa disegerakan.

Pak Lah sudah perlu berhenti mempercayai nombor 13 itu nombor bertuah untuknya lagi. Jika akarumbi UMNO Johor, negeri yang begitu pekat kesetiaannya kepada UMNO sudah menolaknya, begitu jugalah orangramai di Johor.

Mengekalkan Pak Lah untuk PRU13, tidak menjanjikan kemenangan untuk UMNO. Janganlah berdegil lagi dan memutarbelit di suratkhabar seolah-olah ada sokongan, kerana sebenarnya tidak ada sokongan. Baik berundur sahajalah kalau sayangkan UMNO.

8 comments:

  1. Salam..

    Sungguh kah bagai dikata?

    Rakyat akan tunggu dan lihat kesungguhan UMNO Johor mempertahankan UMNO di peta Malaysia..

    Keep the rakyat update!

    ReplyDelete
  2. Susah kalau tak faham signal. Bagi signal kanan, dia pergi belok kiri. Lampu merah dah menyala, ehh degil, jalan juga. Patut digantung lesen orang macam ni,

    ReplyDelete
  3. Anonymous4:04 PM

    Salam perjuangan,

    Sememangnya itulah suara sebenar ahli-ahli UMNO.

    "Retak PKR"
    http://umnodu.blogspot.com

    Dari ahli akar umbi UMNO D.U

    ReplyDelete
  4. Ahli UMNO Johor dah bersuara. Bila pula Ketua - Ketua UMNO Johor nak ambil tindakan untuk memaksa Pak Lah mengundurkan diri?

    Muhyiddin Yassin dan Abdul Ghani takkan nak jadi tunggul lagi??

    UMNO Johor merasa rugi bila Jambatan bengkok dihentikan.

    ReplyDelete
  5. Anonymous4:27 PM

    Cakap berdegar-degar. UMNO Cawangan dan Bahagian kalau benar dan berani, sila lah dalam mesyuarat cawangan dan bahagian mendatang ini, calunkan orang lain sebagai Presiden UMNO. Kita cabar UMNO Johor sekelian. Jangan hanya retorik saja.!

    Saya berani bertaruh segala harta yang saya ada bahawa UMNO Johor tetap akan mencalunkan Abdullah sebagai Presiden UMNO nanti.

    ReplyDelete
  6. baguslah umno johor brani bersuara..harap2nya akan diteruskan..apa nak heran dgn pasir gudang...sapa ketuanya? kan tu anak didik sharir n musa hitam...maka nampak lah hasilya

    ReplyDelete
  7. baguslah..cepat2 lah dia turun...dia tu sedang merosakkan malaysia

    ReplyDelete
  8. Pak Lah awal-awal telah melanggar etika buku nerahnya kerana berselindung disebalik JASA dengan menganjurkan majlis ramah mesra bersama pak lah

    Bas disediakan

    Penginapan di sediakan , Vistana Hotel, Legend, Grand Season.

    Makan Minum juga disediakan

    Wang saku berbeza-beza RM100, RM130,RM150

    Kain Pelikat seorang sehelai

    Yang seronoknya apabila suara sebenar rakyat berkumandang, tanpa prejudis, tanpa kepentingan.

    Berbeza dengan perhimpunan agung UMNO dimana hanya suara-suara berunsur mengampu sahaja yang kedengaran.

    Mesej jelas telah disampaikan oleh rakyat akar umbi PAK LAH BERUNDUR

    Tapi aku kurang yakin perubahan akan berlaku kerana ramai perwakilan UMNO masih bersultankan duit

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.