Sunday, February 02, 2020

How to dissolve Parliament, and dismiss or appoint a Prime Minister?


It is February and the fight for the position of Prime Minister between Tun Dr Mahathir and Dato Seri Anwar Ibrahim has begun for few months already after several losing by-elections by PH.

The real show is expected to begin soon. It should end by May, and could possibly end earlier at the  March Parliament seating.

Today is February 2nd, a day after Federal Territory's Day and there is an ambitous demonstration dubbed as Perhimpunan 020222 to demand dissolving of Parliament. For NGOs without backing of large organisations or political parties, it is considered ambitous to display the more than 300,000 anti-ICERD crowd in their promotion.

With government and administration in such a disarray due to internal bickering within the ruling coalition, Pakatan Harapan over power transition and sheer incompetence of cabinet Ministers that is leading to near breakdown of public administration, their call is to return back to the voters to decide.

However, dissolution of Parliament could terminate Mahathir's party from the political scene.

Political moves

In the meanwhile, Anwar Ibrahim should be more aggresive in his move to demand for Mahathir to vacate the position. His supporters are already open, vocal and assertive.

As he did in 2009 after the 2008 election, Anwar claim to have enough numbers.

In what seemed to be a psychological game, Rafizi Ramli told media they have 92 seats and awaiting merely 20 more to reach the magic number of 112.

On the other hand, funder for Kongress Maruah Melayu, Dato Yahya Jalil then claimed Mahathir has 124 MPs supporting him to stay on.

Most political observers believed both do not have 112 seats yet, but between the two, Anwar is believed to be closer to the finish line.

Logically, PPBM is a minority and has the smallest number of MPs in PH. Anwar is strongly backed by PKR, DAP and PAN.

If Mahathir is to barely survive, his strong support will come from PPBM and PAS with potpourri of support from breakaway groups of various parties and Sarawak's GPS and UMNO as the much needed important blocks.

Mahathir can claim to be close to Pehin Seri Taib Mahmud. While Anwar is said to be close to Chief Minister, Datok Patinggi Abang Johari Tun Openg. And, BN and GPS remained friendly at personal level.

However, GPS interest is not merely Federal politics but next year's state election and the interest of Sarawak. Which side could they trust? And, which side have not offended GPS or its leaders?

Currently, there are those for and against the idea of working with Mahathir within UMNO. The faction led by Dato Seri Hishamuddin Hussein Onn is on a road show to convince key members at division level the need to support a new coalition with Mahathir.

Will UMNO go enbloc or fractionalised?

Agong's Call

Whether there will be a vote of no confidence or dissolution of Parliament, His Majesty DYMM Yang DiPertuan Agong has a key role in the dismissal or appointment of a Prime Minister.

The Federal Constitution has provision for the process. Before getting carried away by political play, one need to know how it could be done.

Constitutional expert, Prof Shamrahayu A Aziz wrote recently in her blog. It is in Malay and reproduced verbatim below:


Adakah Yang di-Pertuan Agong boleh memecat Perdana Menteri?

Hubungan antara Yang di-Pertuan Agong sebagai Ketua Utama Negara dengan Perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Perkongsian saya di sini ialah tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong berkaitan pelantikan dan pemecatan Perdana Menteri.

Peruntukan berkaitan lantikan Perdana Menteri dapat dilihat dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan. Namun begitu, tiada peruntukan yang boleh disebut secara spesifik tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Perdana Menteri.

Seperti yang dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan, Perdana Menteri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong melalui kuasa budi bicara baginda. Kuasa budi bicara di sini bermaksud kuasa yang dilaksanakan oleh baginda Yang di-Pertuan Agong tanpa nasihat daripada mana-mana pihak. Kuasa pelantikan ini diamanahkan kepada Yang di-Pertuan Agong menerusi Perkara 40(2) Perlembagaan Persekutuan. 
 
Perkara 40(2) menyatakan;
Yang di- Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicaranya pada melaksanakan fungsi yang berikut, iaitu:

(a) melantik seorang Perdana Menteri;

(b) tidak memperkenankan permintaan bagi pembubaran Parlimen;

(c) meminta diadakan mesyuarat Majlis Raja-Raja yang semata-mata berkenaan dengan keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dan apa-apa tindakan pada mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang disebut dalam Perlembagaan ini”.
 Peruntukan ini adalah jelas memberikan kuasa kepada Yang di-Pertuan Agong.
Sementara itu Perlembagaan menyatakan dalam Perkara 43 bahawa;
(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik suatu Jemaah Menteri untuk menasihatinya dalam penjalanan fungsinya.

(2) Jemaah Menteri hendaklah dilantik seperti yang berikut, iaitu:

(a) Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu; dan

(b) atas nasihat Perdana Menteri, Yang di-Pertuan Agong hendaklah melantik Menteri-Menteri lain daripada kalangan ahli mana-mana satu Majlis Parlimen;”.

Menerusi Perkara 43(2) Perlembagaan Persekutuan yang dipetik di atas, agak jelas bahawa, Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melantik sembarangan orang yang baginda sukai sebagai Perdana Menteri. Seseorang itu hanya boleh dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sekiranya dia seorang Ahli Dewan Rakyat dan pada hemat baginda seseorang yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Syarat penting yang perlu diberikan perhatian besar oleh Yang di-Pertuan Agong ketika melantik Perdana Menteri ialah “kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat”. Persoalan yang timbul di sini ialah, bagaimanakah Yang di-Pertuan Agong boleh menentukan sama ada seseorang itu mempunyai kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Perlembagaan tidak menyatakan secara khusus tentang mekanisme atau metod yang wajib dipatuhi oleh Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan siapa yang mempunyai kepercayaan majoriti. Oleh yang demikian, ia adalah terbuka kepada budi bicara baginda sendiri.

Malah, tiada mekanisme yang mempunyai kuasa untuk menyemak keputusan yang diambil oleh baginda apabila baginda yakin bahawa seseorang itu mempunyai kepercayaan majoriti. Misalnya, Parlimen tidak mempunyai kuasa khas untuk menilai keputusan yang diambil oleh Yang di-Pertuan Agong dalam menentukan seseorang Ahli Dewan Rakyat mempunyai kepercayaan majoriti.

Kuasa menentukan ‘kepercayaan’ tersebut adalah sebenar-benarnya budi bicara baginda. Dengan itu, kebijaksanaan baginda jualah yang boleh menentukan siapa yang memiliki kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat. Misalnya, baginda boleh memanggil dan ‘menemuduga’ setiap Ahli Dewan secara individu bagi memberikan baginda keyakinan kepada keputusan yang akan diambil dalam menentukan kepercayaan mereka kepada calon Perdana Menteri.

Pemecatan Perdana Menteri

Mengenai pemecatan Perdana Menteri daripada jawatannya, Perlembagaan tidak menyebut tentang kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk memecat Perdana Menteri.

Persoalan yang dibangkitkan ialah, adakah satu autoriti yang mempunyai kuasa melantik akan juga mempunyai kuasa memecat?

Prinsip umum ialah, sesiapa yang mempunyai kuasa melantik akan juga mempunyai memecat. Namun begitu, sekiranya kuasa melantik itu disandarkan kepada pengaruh atau syarat-syarat lain, maka kuasa memecat adalah juga tertakluk kepada syarat lantikan tersebut.
Prinsip ini dapat dilihat dalam Seksyen 29 pada Jadual Kesebelas Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan:

Kuasa untuk melantik termasuklah kuasa untuk membuang kerja

Jika suatu undang-undang bertulis memberi mana-mana orang atau pihak berkuasa kuasa untuk membuat perlantikan bagi memegang apa-apa jawatan atau kedudukan, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa itu hendaklah ditafsirkan sebagai termasuk kuasa untuk membuang kerja atau menggantung mana-mana orang yang dilantik dan melantik seorang lain buat sementara bagi menggantikan mana-mana orang yang digantung sedemikian atau bagi menggantikan mana-mana pemegang jawatan atau kedudukan yang sakit atau tidak hadir.

Dengan syarat bahawa jika kuasa orang atau pihak berkuasa itu untuk membuat perlantikan itu hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan seseorang atau sesuatu pihak berkuasa lain, maka, melainkan jika terdapat niat yang berlawanan, kuasa untuk membuang kerja itu hanya boleh dijalankan atas syor atau tertakluk kepada kelulusan atau persetujuan orang atau pihak berkuasa yang lain itu
Jika diperhatikan peruntukan di bawah Perkara 43(2) yang dipetik di atas, kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk melantik adalah bergantung kepada “kepercayaan majoriti Ahli Dewan.” 
Maka jika dibaca Seksyen 29 di atas, pemecatan Perdana Menteri juga adalah bersyarat, iaitu, ia hendaklah dengan kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan. Ini kerana lantikan adalah bersyarat kepada adanya kepercayaan majoriti Ahli Dewan, maka pemecatan juga boleh berlaku sekiranya syarat lantikan itu telah tiada. 
Sebagai contoh, perdana Menteri telah kehilangan kerusi di Parlimen sebagai Ahli Dewan Rakyat, maka beliau telah hilang kelayakan sebagai Perdana Menteri. Begitu juga sekiranya Perdana Menteri tersebut telah kehilangan kepercayaan majoriti. Maka beliau juga telah kehilangan kelayakan untuk menjadi Perdana Menteri.

Hilang Kepercayaan

Penegasan yang perlu dibuat di sini ialah kepercayaan majoriti hendaklah datangnya daripada Ahli Dewan, bukan mana-mana pihak di luar Dewan. Sebagai contoh, sekiranya pemimpin Parti Politik Perdana Menteri itu sendiri tidak mempunyai kepercayaan kepadanya, Perdana Menteri masih lagi sah sebagai Perdana Menteri sekiranya beliau masih lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan.

Proses hilang kepercayaan daripada Ahli Dewan Rakyat boleh berlaku di dalam atau di luar Dewan. Keputusan Mahkamah Persekutuan dalam kes Dato’ Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin v. Dato’ Seri Dr Zambry Abdul Kadir; Attorney General (Intervener) [2010] 2 CLJ 925 menjelaskan bahawa tiada peruntukan dalam Perlembagaan negeri Perak yang mensyaratkan bahawa undi tidak percaya, atau undi hilang kepercayaan hendaklah dinyatakan secara formal di dalam Dewan Undangan Negeri.

Sebelum ini, kes Datuk (Datu) Amir Kahar Tun Datu Haji Mustapha v. Tun Mohd Said Keruak & 8 Ors [1995] 1 CLJ 184 HC juga telah membuat prinsip yang sama, iaitu pernyataan hilang kepercayaan boleh berlaku di luar dewan, dalam keadaan yang dinamakan sebagai “extraneous circumstances”. Keadaan ini berlaku apabila beberapa Ahli Dewan telah menytakan mereka telah tidak lagi memberikan kepercayaan kepada Ketua Menteri.

Secara langsung, keputusan kes dari negeri Perak, yang merupakan kes yang diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan ini boleh dijadikan rujukan dan ikutan bagi menjawab persoalan bagaimana Perdana Menteri boleh dianggap telah hilang kepercayaan daripada Ahli Dewan Rakyat. Oleh yang demikian, Yang di-Pertuan Agong boleh merujuk kepada apa juga bukti yang menunjukkan bahawa Ahli Dewan Rakyat telah hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri. Yang di-Pertuan Agong tidak semestinya menunggu hilang kepercayaan kepada Perdana Menteri berlaku di dalam Dewan Rakyat.

Sekiranya Yang di-Pertuan Agong tidak berpuas hati tentang hilangnya kepercayaan Ahli Dewan kepada Perdana Menteri, maka baginda tidak boleh memecat Perdana Menteri sedia ada dan sekali gus baginda juga tidak boleh melantik seorang lain sebagai Perdana Menteri.
Sebagai rumusan, kuasa memecat Perdana Menteri daripada jawatannya tidak tertakluk kepada kuasa budi-bicara Yang di-Pertuan Agong walaupun kuasa melantik adalah kuasa budi-bicara baginda. Yang di-Pertuan Agong hanya boleh memecat Perdana Menteri sekiranya baginda yakin tentang kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan dan baginda enggan membubarkan Dewan sekiranya diminta oleh Perdana Menteri. Keadaan ini disebut dalam Perkara 43(4).
Does it mean Mahathir could stay on without the need for PH Council support should he command the majority of the Dewan Rakyat members?

It means Anwar will have to propose a vote of no confidence for the March Parliament session. May will be too late. From media report, PAS intend to propose a vote of confidence for Mahathir to finish his term.

Parliament will convene for March 9th to April 16 2020. Tic toc tic toc .... clock is ticking ⏲️

No comments:

Post a Comment

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.