Thursday, April 26, 2007

Ijok II: Persoalan Yang Memohon Jawapan Tan Sri Khalid

Tempoh hari, saya telah dapat berjumpa Cikgu Parthiban untuk mengenalinya. Maklumlah, dia seorang tempatan yang tidak dikenali tetapi akan berhadapan dengan seorang tokoh peringkat nasional. Lawatan kami itu adalah atas inisiatif sendiri dan bukan mewakili sesiapa selain diri kami sendiri. Perkara ini perlu dijelaskan supaya tidak ada salah faham dan kaitan kononnya mewakili All Blog.

Hari ini saya sepatutnya berkunjung ke Ijok untuk bertemu Tan Sri Khalid Ibrahim, tetapi oleh kerana empunya kenderaan dilanda lelah, maka terpaksa dibatalkan. Diharap kami dapat bertemu dengan Tan Sri Khalid besok. Memandang hari mengundi sudah hampir tiba, masanya mungkin agak ketat. Dengan demikian, biarlah saya paparkan persoalan-persoalan saya dahulu.

Pada posting lalu selepas dapat bertemu Cikgu K Parthiban, saya bertanya samada Tan Sri Khalid seorang yang sesuai untuk masyarakat Ijok. Perolehi di sini. Pada kali ini, saya mahu jawapan agar "apa yang Tan Sri kata adalah juga yang dia kota". Saya tidak ada persoalan utama semasa Tan Sri berada dalam PNB tetapi tumpuan kali ini adalah urusniaga beliau di Guthrie.

Suratkhabar hari ini melaporkan Dato Najib, dengan kehadhiran Dato Desa Pachi CEO pertama PNB, mendedahkan Tan Sri Khalid Ibrahim, dengan bantuan Dato Seri Anwar, telah membeli saham sebanyak 6.7% dalam Kumpulan Guthrie dengan option sepenuh sebanyak 20%. Pembelian saham 6.7% itu sudah berharga sebanyak RM175 juta.

Bagi saya, persoalannya adalah bagaimana beliau membiayai pembelian ini?

Bank tidak akan memberi pembiayaan sepenuh untuk pelaburan dalam saham. Semasa itu, Bank hanya membiayai setinggi pun 80% nilai saham. Sekiranya 20% kos pembelian yang berjumpak sebanyak RM35 juta perlu keluar dari “kocek sendiri”, maka persoalannya bagaimana Tan Sri dapat memperolehi jumlah sedemikian dengan hanya gaji PNB yang lebih sedikit dari sekim gaji kerajaan.

Tentu sekali Tan Sri perlu bantuan dari sumber-sumber tertentu.

Isu memperolehi pinjaman itu satu. Setelah meminjam, bagaimana pula Tan Sri memperolehi wang untuk membayar faedah dan sedikti sebanyak pembayaran semula pinjaman pokok. Aliran masuk untuk pelaburan hanyalah dari dividen yang setiap tahun tidak seberapa.

Ada satu cara yang dipanggil pinjaman cara “bullet repayment” bermakna pembayaran balik dibuat sekali gus saja diakhir tempoh. Oleh kerana Tan Sri adalah seorang ternama, mungkin sekali Tan Sri dapat memperolehi kemudahan sedemikain. Maka tentu sekali, Bank mahu tahu apa rancangan Tan Sri untuk dapat mempertingatkan nilai saham dan dividen syarikat. Menjadikah perancangan Tan Sri?

Tan Sri perlu menjelaskan kerana sering berlaku kecurangan dalam pengurusan syarikat dimana tuan punya terpaksa meniris syarikat sebagai sumber untuk membayar Bank. Antara cara yang lazim dilakukan adalah dengan pemberian kontrak kepada diri sendiri melalui proxy.

Dalam Tan Sri cuba mempertingkatkan nilai saham dan dividen syarikat, Tan Sri dilihat melakukan pengembangan kegiatan syarikat yang agak cepat ke dalam hartanah, perladangan di luar negara, perlombongan marmar, dan lain-lain kegiatan. Ini juga perlu kerana ia berkait dengan pinjaman seterusnya untuk peratusan selebihnya 13.3%.

Adakah dalam usaha ini, Tan Sri telah meningkatkan profil risiko syarikat PNB Guthrie ini? Risiko boleh berupa meminjam wang dengan banyak, menipiskan tenaga dan keupayaan pengurusan, menjejaskan effisiensi syarikat, pendedahan kepada risiko pelaburan dan matawang luar negara, dan lain-lain.

Guthire dikatakan telah menghadapi masaalah kecairan dan tuntutan membayar dividen kepada pemegang saham telah menyebabkan Tan Sri perlu menjual aset syarikat. Adakah kebenaran disebalik khabar angin yang tersebar dikalangan ahli korporat dan penganalisa saham semasa itu?


Satu perkara yang menjadi tandatanya dikalangan ahli-ahli korporat adalah pertalian rapat Tan Sri dengan Lim Kin Hong. Lim Kin Hong melalui syarikatnya Sumurwang menguasai sebuah syarikat tersenarai bernama Kanzen. Kanzen terlibat dengan industeri keluli dan mereka menjalankan juga kegiatan pembuatan tilam. Malah, nama asal Kanzen adalah Dreamland Holdings.

PNB mempunyai kepentingan dalam syarikat ini dan wakil PNB dalam Lembaga Pengarahnya adalah Dato Sulaiman Sujak. Dato' juga adalah ahli lembaga pengarah dalam Kumpulan Guthrie.

Kanzen mempunyai syarikat membuat tilam di Tientsin, Cina. Sebelum Tan Sri membeli Guthrie, Tan Sri ada mengatur satu lawatan ahli Lembaga Pengarah PNB ke kilang ini. Sepulangnya dari Cina, PNB dikatakan telah mengambilalih kilang tersebut dari Kanzen. Kilang itu dikatakan tidak berdaya maju selepas pembelian oleh PNB dan mempunyai masaalah yang tidak diketahui oleh PNB.

Selepas itu, Kanzen atau lebih tepat Sumurwang dengan Guthrie telah membuat satu Expo Angkasalepas Antarabangsa pada tahun November 95-Januari 96. Untuk expo ini, sebuah tanah estet Guthrie di tepi Highway di Shah Alam telah dibersihkan dan diratakan untuk Expo ini. Apa jadi pada tanah ini? Adakah dia kini masih kepunyaan Guthrie dan kemudian dimajukan? Atau ia dimajukan oleh orang lain?

Selepas penjualan kilang tilam di Cina itu, Kanzen telah membuat perubahan korporat dengan menjalankan kegiatan pembuatan barangan elektrik runcit (consumer electric) dan hartanah. Nama syarikat kini berubah kepada I Berhad. Mereka kini sedang membuat satu pembangunan hartanah di Shah Alam, tidak jauh dari Kota Kemuning. Tanah yang dibangunkan mereka itu tanah siapa asalnya? Kenapakah seorang orang kepercayaan Tan Sri bernama Dato Mat Hasan Esa berada sebagai seorang ahli Lembaga Pengarah I Berhad? Dato Mat Hasan adalah CEO PUNB pertama pilihan Tan Sri yang kemudiannya berpindah ke PNS.

Persoalan-persoalan ini perlu di jawab supaya manifesto kempen Tan Sri di Ijok berkenaan rasuah itu betul-betul ikhlas (genuine). Pertalian rapat Tan Sri dengan Lim Kin Hong perlu dijelaskan supaya keraguan ini selesai.

Semasa Tan Sri mengepalai Guthrie, salah sebuah anak syarikat adalah Guthrie Malaysia Trading. Asalnya orang putih datang ke Malaysia untuk kegiatan berdagang. Dari berdagang barulah mereka menceburi kegiatan lain untuk menyokong kegiatan perdagangan. Syarikat ini amat bermakna dari segi nilai sejarah.

Anak syarikat ini terpaksa menanggung kerugian dan hutang kerana program payung Guthrie Furniture dulu gagal kerana katanya pengurusan yang tidak amanah. Ini bukan salah Tan Sri.

Tan Sri dikatakan telah menjual anak syarikat ini kepada beberapa bekas staff Tan Sri. Demi kesetian mereka kepada Tan Sri, mereka telah sanggup menanggung hutang sebanyak RM13 juta dari Maybank. Tan Sri dikatakan berjanji untuk memberi mereka kontrak-kontrak seperti pembekalan urea, bahan binan, dan lain-lain sebagai balasan untuk membantu membersihkan buku kewangan Guthrie dan juga untuk mereka bertapak. Selepas itu, baik juga untuk Guthrie bekerjasama dengan mereka.

Persoalannya, adakah kontrak kepada staff Tan Sri ini dikekalkan atau telah diselokkan ke syarikat lain? Apa jadi dengan usahawan Melayu yang mahu bekerjasama dengan Tan Sri? Katanya mereka telah di bankrupkan oleh Bank dan syarikat sudah tutup dengan pekerja-pekerja semua dibuang. Adakah kebenaran disebalik khabar ini?

Semasa Tan Sri mengepalai Guthrie, adakah Tan Sri telah mempertingkatkan kehidupan pekerja-pekerja estet? Adakah mereka mendapat gaji minima asas atau masih sistem gaji harian? Masa pengembangan Guthrie untuk membangunkan perladangan menjadi hartanah, apa pula nasib pekerja-pekeraj estet ini?

Soalan ini amat perlu Tan Sri jawab kerana reputasi dan keikhlasan Tan Sri dalam pengurusan yang cekap dan tulus yang sering Tan Sri sebut-sebut di forum dan ceramah korporat, dan dalam membantu rakan-rakan dan rakyat marhaen diuji.

Katanya ada Pengurus Tan Sri mempersoalkan antara persoalan-persoalan saya ini. Dia telah diberi tekanan hingga berhenti. Apabila dia hendak bekerja di tempat lain, dia menuduh Tan Sri mengenakan pengaruh menghalang dia untuk dapat bekerja di mana-mana dalam Malaysia. Akhirnya dia dikatakan terpaksa berhijrah ke New Zealand. Kalau benar, sayang sekali negara kehilangan satu anak muda Melayu yang berkebolehan. Dia ini kawan sekolah saya, kenalan pulohan tahun dan seorang yang amanah, berani dan dedikasi. Adakah dia berbohong atau adakah ini kebenaran?

Akhir sekali Tan Sri, saya pernah masuk rumah Tan Sri semasa ia sedang dibina. Semasa itu kita sedang menghadapi krisis kewangan 1997-98. Guthrie tidak berapa baik keuntungan kerana masaalah hutang dalam US Dollar. Pasti Tan Sri masa itu sedang tercungap-cungap membayar hutang Bank. Mana dapat duit untuk membayar rumah yang diberitahu pengurus disitu harga pembinaan asas tanpa ukiran, interior decoration, landscape, perhiasan-hiasan, dan lain-lain tambahan sudah mencecah RM3 juta? Betul ke harganya RM8 juta?

Atas semangat setiakawan dan semangat All Blog, saya harap saudari Susan Loone, seorang blogger yang dikatakan telah melawat Ijok secara virtual (buka di sini) dapat menyampaikan persoalan-persoalan ini kepada Tan Sri.

Tak ada aparal, saya harap dapat mendengar sendiri jawapan Tan Sri. Kalau ada maklum dan khabar yang kurang betul, maaf dan sila jelaskan.

9 comments:

  1. Anonymous6:18 PM

    encik:
    kalau-lah ada soalan yang begitu banyak, jumpa Tan Sri Khalid dan tanya beliau sendiri. Kan jimat masa? Lagi pun pilihanraya Sabtu ini, tak payah lah nak tunggu Susan Loone, boleh tak? Lagi pun, saya nak dengar jawapan beliau dan sudah tentu akan link blog anda dalam blog saya bila ada jawapan-jawapan tersebut.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:34 PM

    Satu permintaan yang tepat. Minta Tan Sri Khalid Ibrahim selesai teka teki lama yang bersarang dalam kepala orang ramai kenapa dan bagaimana Guthrie boleh diMBOnya dan minta Susan Loone membuktikan bahawa beliau sebagaimana diwar warkan dalam blognya "Susan Loone has no political master, a slave to no ideology, an admirer of no politician, but a great believer in humanity".

    Nampak jelas Tan Sri Khalid bertanding atas tiket PKR kerana kecewa, cita cita peribadi gagal dan Susan Loone pula adalah political spinner yang jenis sentiasa memperkudakan NGO kearah agenda politik walaupun berkata disebaliknya.

    Ini lebih nyata dipertontonkan apabila Khalid sendiri menyebut "Undilah calon Barisan Nasional", kerana sebegitu lama beliau berkecimpung dengan UMNO dan BN, yang selama ini mendukung kejayaan beliau dari orang makan gaji menjadi jutawan.

    Kebebasan berkata tidak bermaksud bebas spin cerita dan laporan. Apa yang tersirat dan tersirat lain. Namun begitu, amat jelas dan orang boleh menilai.

    Kedua dua manusia ini pernah terjun kekancah politik PKR (yang bersekitar kepura puraan) kerana lain lain niat dan matlamat dan kedua duanya gagal. (Khalid pusingan ini diperKeldai Anwar Ibrahim untuk Ijok sementara Susan Loone berangan menjadi calon PRU 2004 tetapi kena KENCING disaat akhir!). Mungkin kedua dua insan ini sepatutnya lebih terbuka kepada diri masing masing sebelum bermuka muka dan memperolokan orang ramai.

    ReplyDelete
  3. Ingat kalau saudari Susan Loone sudi sampaikan persoalan ini, mudah Tan Sri bersedia untuk jawab apabila dapat kita bertemu. Namun terima kasih.

    Saya harap dapat berjumpa Tan Sri Khalid Ibrahim. Dulu saya pernah berjumpa dengannya. Bekas2 staff dan manager dia saya kenal. Dia memang orang yang geliga berfikir dan jauh kehadapan. Dia pun cekap dalam organisational politics.

    Dari segi bercakap dan menulis, dia tidak selaju dia berfikir. Dia ada sedikti gagap. Ciri gagap ini ketara dalam suasana private. Namun selalunya orang gagap cerdik2 juga.

    Disebabkan dia cepat berfikir dari bercakap, dia boleh menjajar masa sedang bercakap dan ayat dia tak habis dan dia insist staff dia faham apa yang dikatakan.

    Itulah apabila kita membaca, bercakap dan menulis, kita jangan tumpukan fikiran kita jauh kedepan.

    Dengan demikian, semasa membaca, tumpukan membaca. Semasa bercakap, tumpukan. Dan, semasa menulis tumpukan pada tulisan kita. Barulah tersusun dan tidak lah yang keluar tu putarbelait.

    Will you be at BUM, Susan? Till we meet, take care.

    ReplyDelete
  4. Bro,
    I have asked my friends in KeAdilan to pass your questions to Tan Sri. Kalau beliau tidak sempat menjawab sekarang, masih perlu dijawab minggu depan atau bulan depan.

    Tan Sri Khalid is not in KeAdilan just for Ijok; he's known for staying in one place for the long term. So if your questions beg answers, he should answer them.

    Lebih elok kalau kita dapat bertemu beliau.

    Thank u.

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:07 AM

    BigDog,

    Budaya UMNO/Melayu suka menghina peribadi musuh politiknya. Kalau benar satu hal..tetapi banyaknya fitnah.

    Saya harap anda berubahlah jadi seorang muslim yang adil terhadap semua termasuk musuhnya!

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:18 AM

    i dont know mannn, but this guy is
    rich and people in ijok may want him in more because of his financial status.

    ReplyDelete
  7. Anonymous11:46 AM

    Tiada siapa hina sesiapa disini.

    Focus on the topic. Too many unasnwered questions. Yes, Khalid is "kecewa". Khalid lost his bid for Head of UMNO Kuala Selangor Division once and he even lost his Branch seat. A few years ago, he lost Guthrie. That is the fact.

    Would Khalid likely to join PKR if today he still remained Exec Chairman of Guthrie and allowed to practice his almost absolute power management, just like 10 years ago?

    So to say Khalid is "kecewa" is "hina"?

    ReplyDelete
  8. kociriemann

    Sebagai menyokong kesimpulan/tuduhan anda bahawa big guy telah membuat fitnah, apa kata anda terangkan kesimpulan/tuduhan anda menuduh bigdog membuat fitnah.

    Kadang2 kita jangan terlalu sensitif dengan cara, sepatutnya meniliti isi kandungan.

    Saya tidak akan censor blog ini. tetapi ia terpulang kepada anda untuk menunjukkan kematangan dalam berbicara, berkomen dan mengkritik.

    Kesimpulan tanpa alasan menghampiri tuduhan melulu. Tak semua orang UMNO layak di generalisasikan dengan perkara negatif. Tak semua orang PAS alim. Tak semesti orang PKR adil. Dan tak semesti DAP menghayati Malaysian Malaysia.

    ReplyDelete
  9. yes, i really truly have to agree with what was said.

    Tan Sri needs to answer all the questions posed..he has to come out clean if that is what they are preaching about.

    His involvement in few cases of "estate clearning" (forced evacuation) puts him and PKR in bad light.

    Harap Tan Sri akan menjawab persoalan2 yang dikemukakan, dan tidak lari daripadanya.

    bmahendran.com

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.