Oleh Iblis Kecik
KEMPEN Barisan Nasional dan pembangkang di pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok dihangatkan dakwaan pembangkang bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad kini menyokong dan mahukan pembangkang menang.
Ini berikutan kenyataan Dr Mahathir kepada media-internet Malaysiakini bahawa pengundi harus menggunakan peluang menghantar isyarat kepada kerajaan bahawa tidak semuanya dalam keadaan baik, walaupun Dr Mahathir tidak secara terus terang menggesa pengundi di Ijok supaya tidak menyokong BN.
"Jika anda tidak berfikir (mengenai) apa yang anda lakukan, maka anda tidak akan memanfaatkan undi anda secara bijaksana, dan tentunya, anda yang patut dipersalahkan (kemudiannya)
"Kecuali jika anda menghantar isyarat kepada kerajaan –"Lihat sini, jika kamu buat perangai, kamu mungkin tidak akan dapat undi saya dalam pilihanraya akan datang" – maka kerajaan akan kata –"Lihatlah, rakyat mengundi menyokong kita. Kami dalam keadaan yang cukup baik – ," katanya seperti yang dipetik Malaysiakini.
Walaupun enggan mengatakan sama ada kenyataan beliau itu bermaksud menggesa pengundi Ijok memberi 'undi protes', Dr Mahathir berkata, BN tidak diharuskan diberi sokongan secara membuta tuli.
"Jangan undi BN secara membuta-tuli, Jangan undi PAS secara membuta-tuli, Jangan undi DAP secara membuta-tuli. Gunakan kebolehan anda untuk berfikir," katanya.
"Jika anda mengundi kerana anda mendapat banyak wang atau kerana anda mendapat banyak projek, maka anda mungkin mendapat kerajaan yang tidak baik yang menggunakan wang untuk membeli undi anda," kata Dr Mahathir.
"Mereka tidak kisah sama ada ianya kerajaan yang baik atau tidak. Kami orang Barisan. Kami undi Barisan. Tiada penilaian, tiada kajian dibuat. Kami undi kerana kami mesti. Itu sebabnya saya kata, rakyat akan mendapat kerajaan yang dipilih mereka sendiri."
"Jika ada tidak berfikir (mengenai) apa yang anda hendak lakukan, anda tidak menggunakan undi anda secara bijak, maka tentulah, anda sendiri yang patut dipersalahkan (akhirnya)," tambahnya.
Kenyataan umum Dr Mahathir jelas. Beliau mahukan pengundi menggunakan akal untuk menentukan nasib mereka dan bukannya menyokong mana-mana pihak secara membuta-tuli. Ini adalah pendapat dan nasihat seorang negarawan.
Tidak timbul isu Dr Mahathir menyokong pembangkang dan menolak BN.
Keghairahan kedua-dua belah pihak, BN dan pembangkang, mengeksploitasi kenyataan Dr Mahathir kini membangkitkan pelbagai soalan dan juga tohmahan.
Tiba-tiba sahaja kedua-dua pihak kini menganggap "suara" Dr Mahathir sebegitu kuat sehingga boleh mengubah hala tuju keputusan pilihanraya kecil ini.
Mungkinkah gabungan Dr Mahathir dan Malaysiakini ini terlalu kuat sehinggakan dapat menggugat kekuatan jentera BN?
Sebelum ini pimpinan BN dengan angkuh menepis apa sahaja yang Dr Mahathir suarakan. Pemimpin-pemimpin BN amat yakin bahawa rakyat menolak apa sahaja teguran dan kritikan Dr Mahathir terhadap Kerajaan.
Jadi bagaimanakah di Ijok terdapat suara-suara keraguan yang mula menuding jari terhadap Dr Mahathir, bahawa kenyataan beliau menyokong pembangkang? Adakah BN tidak faham permainan politik pembangkang atau mula mencari "scapegoat", pihak yang boleh dipersalahkan jika keputusan tidak menyebelahi BN?
Seperti kata Dr Mahathir, jika BN menang maka kemenangan ini akan dikatakan sebagai sokongan terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, tetapi kekalahan sudah tentu kerana kelemahan kepimpinan negeri diketuai Dato Seri Mohd Khir Toyo.
Kewibawaan pimpinan Timbalan Perdana Menteri merangkap timbalan pengerusi BN Dato Seri Najib Tun Razak juga akan turut dipersoalkan kerana akan ada pihak di dalam BN/Umno sendiri yang akan mendapat keuntungan.
Apapun bagi pihak pembangkang apa sahaja akan digunakan dan dieksploitasi untuk meraih keuntungan. Ini jelas dilakukan akhbar pro-pembangkang, begitu juga dengan penceramah-penceramah pembangkang yang akan memanipulasi fakta agar Dr Mahathir ternampak seolah-olah menyebelahi mereka.
Tidak pernah timbul persoalan tentang sokongan Dr Mahathir. Apa yang baik untuk negara sudah tentu menjadi keutamaan baginya. Berkali-kali beliau ditanya di dalam forum terbuka mengenai sokongannya terhadap Umno dan jawapannya tetap sama.
"Saya orang Umno. Saya akan terus menyokong Umno, tetapi sokongan untuk Umno haruslah membawa kebaikan untuk Umno."
"Kita tidak harus menyokong kepimpinan Umno jika ianya akan membawa kerosakan dan kehancuran kepada parti. Kepimpinan yang merosakkan parti harus ditolak kerana ianya hanya akan membawa kehancuran kepada Umno," begitu jawapan Dr Mahathir.
Beliau juga sering mengulangi bahawa penolakan pucuk pimpinan yang membawa kerosakan kepada parti tidak harus disamakan dengan penolakan terhadap Umno.
"Jika pemimpin tidak boleh ditegur maka tidak akan ada lagi demokrasi dalam Umno. Ini bukan tradisi Umno".
Menurut Dr Mahathir juga semasa beliau menghadapi tentangan daripada Tengku Razaleigh Hamzah dan Musa Hitam, kedua-dua mereka turut menyatakan bahawa mereka hendak "menyelamatkan" Umno, tetapi ahli Umno juga yang menolak menyebabkan kedua-dua pemimpin ini terkeluar daripada Umno.
Begitu juga semasa beliau menghadapi tentangan daripada Dato Seri Anwar Ibrahim. Hakikatnya, kesemua penentang-penentang ini diberi peluang bercakap dan menentang dan akhirnya ahli Umno sendiri yang membuat keputusan muktamad.
Dan setiap kali terjadinya krisis kepimpinan di dalam Umno, Umno biasanya akan bangkit dan akan menjadi lebih kuat.
Dato Onn Jaafar, pemimpin yang terlalu besar jasanya kepada orang Melayu tetap ditolak Umno apabila dirasakan yang kepimpinannya sudah menyimpang daripada matlamat asal penubuhan Umno. Dan selepas itu Umno bersatu semula di bawah pimpinan Tunku Abdul Rahman.
Apabila Tunku, pemimpin yang membawa kemerdekaan kepada negara, dirasakan tidak lagi berdaya melindungi orang Melayu, maka beliau pun ditolak orang Melayu, dan Umno tetap kuat dan tetap berjaya memperjuangkan nasib orang Melayu.
"Pemimpin datang dan pergi tetapi parti Umno harus terus hidup untuk memperjuangkan nasib orang Melayu. Ahli Umno mempunyai tugas dan tanggungjawab untuk menentukan pucuk pimpinan parti tidak menyimpang dari matlamat perjuangan parti".
Tidak perlulah mana-mana pihak cuba mengeksploitasi kenyataan Dr Mahathir. Yang penting rakyat harus bijak memilih pimpinan dan Kerajaan, dan Kerajaan yang dipilih harus bijak memimpin rakyat. Rakyat tidak harus ditipu dan pemimpin tidak harus menipu.
Sure take along explanation for a simple statement. Mahathir could have just said "Vote for BN. Don't believe the Opposition, blah, blah, blah..." but he didnt. So read between the lines, unless that concept is alien to you. Or maybe you just proved the saying 'the difference between stupidity and genius is genius has limit'
ReplyDeleteGOM can't say the obvious as he knew how the machinery works. It pays to be an informed voter and ultimately the gov must realised that it influx of info(with or against them) will be determine a voter's choice. Preventing that from happening is akin to telling a horny 18-yr old he/she can't have 'those little romps' and we know how THAT went. heheheh
ReplyDeleteIni bezanya antara orang berseni atau tidak. Orang berseni melihat yang tersurat dan tersirat. Orang berfikir tidak melihat dari yang jelas dan mudah, tetapi lebih luas.
ReplyDeleteApa dimakan itulah budi bahasa dan cara berfikir mereka ...
ReplyDeleteKamu nampak sendiri kebobrokan UMNO/BN tapi masih nak mempertahankannya ..... Saya tak faham kenapa otak Tuhan bagi tapi masih tak mahu pakai!!!!!
ReplyDeleteAnak Bapak
ReplyDeleteAdakah Khalid dan Anwar Ibrahim jawapannya?
150% tidak!!!!!!!
Ini bukan perjuangan main bola dengan dua kaki, tapi octopus dengan 8 tangan yg membolehkan pelbagai kemungkinan.
Sesuatu yg terlepas tidak akan dapat balik. Itu kekangan perjuangan kami dan ia memerlukan pemikiran dan kebijaksanan untuk memahami.
Sekarang say atanya kembali, siapa yang tak guna otak yang tuhan kasi?
Kalau TS Khalid dan Anwar bukan jawapan nya pun, hakikatnya BN terlalu sangat membuat atau membiarkan perbuatan korup, salahguna kuasa, sombong dan tidak adil sebagai kumpulan pemerintah. If one cannot see that during the last 2 weeks, one must be blind at heart. Mahathir menyarankan supaya diberi mesej yang jelas agar BN kembali menyedari tanggungjawab. Ini bukan soal Anwar atau Keadilan saja. Kalau DAP atau PAS pun bertanding, saranan kita semua sama sahaja.
ReplyDeleteBuat masaalah guna otak, tapi lebih kepada menilai your 'inner conscience'.