Persuratan Melayu pertama bergambar di hadapan Istana Besar Johor,
Johor Baru pada tahun 1952
Perhimpunan Agung MCA Kebangsaan ke 44 baru-baru ini mengemukakan 12 resolusi yang mana separuh darinya melibatkan isu pendidikkan. Salah satu dari isu-isu itu menuntut pengajaran matapelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Cina dalam bahasa Mandarin. Dari sebelum Merdeka, sekolah Cina adalah modal politik yang tidak habis-habis dijaja oleh kesemua parti politik Cina - MCA, Gerakan dan DAP. Niat tuntutan ini jelas untuk mengekalkan identiti Sekolah Cina tetapi implikasi tuntutan ini melebihi itu.
Syarat Bahasa Mandarin
Sebahagian isu ini telah dijawab secara tidak langsung oleh Pengerusi Barisan Nasional, Dato Seri Abdullah Ahmad (Badawi) di hari penutup perhimpunan. Beliau menegur syarikat swasta yang meletakkan penguasaan bahasa Mandarin sebagai syarat memohon pekerjaan. Sebaliknya, kaum Cina terlalu sedikit memohon pekerjaan kosong di sektor kerajaan. Menurut beliau, peluang pekerjaan seharusnya terbuka untuk semua kaum.
Teguran Abdullah seharusnya disokong semua dan diterima dengan ikhlas oleh kaum Cina. Setelah 50 tahun Malaysia merdeka, seharusnya legasi pecah dan perintah penjajah dengan menjuruskan satu-satu kaum kepada satu-satu pekerjaan, sektor ekonomi dan kelompok masyarakat seharusnya sudah lama dikikis.
Sekiranya amalan syarikat swasta yang kebanyakkan pemiliknya terdiri dari kaum Cina tersirat niat diskriminasi balas (reverse discrimination), tindakan ini tidak mempunyai alasan dan tentunya tidak patut sekali.
Diskriminasi Terhadap Melayu
Setelah lebih 30 tahun kerajaan memberi peluang kepada orang Melayu dengan pelajaran pengajian tinggi dan pendedahan dalam kemahiran dan professionalisma, masyarakat Melayu sudah ada tahap keyakinan untuk melakukan apa sahaja yang boleh dilakukan oleh kaum lain, jika diberi peluang. Ini adalah kemajuan yang baik memandangkan orang Melayu, khususnya rakyat marhaen, telah dipinggirkan dari arus kemajuan akibat penjajahan selama lebih dari 450 tahun.
Walaupun polisi kerajaan memberi bantuan dan peluang kepada orang Melayu, diskriminasi di peringkat operasi sungguh meluas sepanjang DEB diimplementasi. Selain diskriminasi dari kaum lain, orang Melayu menghadapi diskriminasi dari prejudis, ketirisan dan kritikan tidak adil dari segelintir kaumnya sendiri. Inilah rungutan yang sering didengari dari para professional, peniaga dan usahawan Melayu. Bukankah kebolehan seseorang terletak kepada individu itu dan bukan kepada kaum?
Orang Melayu sering distereotaip kepada peranan yang berhubung kait dengan pemasaran, lobi dan perhubungan (liaison) dengan sektor kerajaan atau syarikat-syarikat GLC. Mereka yang sering memainkan peranan sedemikian adalah orang-orang politik dan bekas-bekas pegawai tinggi kerajaan. Orang Melayu yang berkebolehan sering diguna untuk hanya memenuhi syarat lesen perniagaan atau kontrak. Apabila tiada keperluan itu, tiadalah orang Melayu akan diambil bekerja dan berkongsi.
Orang Melayu juga terlalu sedikit diberi peluang kenaikkan pangkat atau berperanan dalam operasi yang lebih strategik atau mencapai tahap pengurusan yang tinggi dalam organisasi yang dikuasai Cina. Fenomena ini berlaku dalam organisasi yang pemegang saham utamanya bukan Melayu mahu pun kadang-kadang orang Melayu sendiri dan juga syarikat Multinasional. Akhirnya orang Melayu hanya boleh mengharap peluang yang adil dari syarikat-syarikat kerajaan dan yang ada penglibatan atau pensyaratan kerajaan. Apabila ini dilakukan, polisi sedemikian dianggap perkauman.
Kini, Abdullah harus menyedari bahawa syarikat-syarikat GLC pun melakukan amalan diskriminasi sedemikian. Penulis sendiri pernah memaparkan anak syarikat MAS baru, Firefly, mengiklankan jawatan kosong dengan syarat bahasa Mandarin. Padahal tidak ada justifikasi untuk meletakkan syarat demikian (sila baca posting saya Airasia, Firefly and Malay Agenda Charade bertarikh 30 Mei 2007)
Reformasi korporat Khazanah pun membiakkan diskriminasi perkauman. Satu contoh yang pernah ditimbulkan oleh YB Senator Dr Fuad Zarkashi di Perhimpunan Agung UMNO tahun 2005 adalah CIMB.
Bank ini adalah gabungan Bank of Commerce, United Asian Bank dan Bank Bumiputera, dan diterajui oleh Dato Nazir Tun Abdul Razak dari Bumiputera Merchant Bankers. Hari ini, lapisan-lapisan pengurusan atas hampir tidak ada dari orang-orang Melayu. Padahal pengurus-pengurus Bank Bumi mempunyai pendedahan perbankan yang jauh lebih mendalam dan meluas. Alasan yang bakal didengari akan menyalahkan mereka, padahal Bank Bumi tumbang kerana penyalahgunaan kuasa segelintir mereka di puncak organisasi Bank.
Sungguh anih sekali ini berlaku di bawah pentadbiran yang menyahutkan slogan Agenda Melayu. Sudahlah peluang yang adil berkurangan, diskriminasi terhadap orang Melayu menjadi-jadi. Bukankah memberi dan membuka peluang kepada orang Melayu sesuatu yang positif? Bandingkan dengan amalan negatif, seperti mengenakan syarat bahasa Mandarin, untuk menafikan peluang kepada orang Melayu?
Kaum lain tentu akan marah sekiranya tindakan affirmatif masih diteruskan. Persoalannya bagaimana kesamarataan untuk orang Melayu akan tercapai, sekiranya diskriminasi dan sabotaj masih berleluasa? Selagi keadilan sosial dan sejarah tidak tercapai, kesamarataan hanya menguntungkan kaum dan puak yang sudah jauh lebih berupaya. Mungkinkah ada puak-puak tertentu yang tidak mahu melihat orang Melayu maju dapat bersaing dan berganding bahu dengan kaum-kaum lain? Ada sadis yang mungkin gemar melihat orang Melayu merempat di tanah tumpah darahnya sendiri.
Sehubungan dengan ini, satu lagi persoalan yang timbul. Adakah dengan menggunakan bahasa Mandarin untuk pelajaran Sains dan Matematik di Sekolah Cina akan timbul di kemudian hari pula diskriminasi terhadap mereka yang mempelajari matapelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris?
Sekolah Cina, Legasi Minda Kaum Pendatang
Mungkin Pemuda MCA harus ditanya dan disoal keperluan mengekalkan sistem persekolahan Cina?
Setelah 50 tahun Merdeka dan lebih lama sedikit kaum Cina menjadi rakyat Tanah Melayu atau Malaya yang kemudian menjadi Malaysia, mengapakah perlu pengundi Cina mahu mengekalkan institusi yang mempunyai legasi dari zaman penjajahan British? Adakah ini akibat pengaruh puak-puak tertentu atau berpunca dari minda kaum Cina?
Walaupun sudah ada penempatan kecil musafir pedagang Cina sebelum itu, kaum Cina mula datang ke Tanah Melayu dengan pembukaan lombong-lombong timah di Perak pada tahun-tahun 1780an. Dengan meluasnya pengaruh British di Tanah Melayu dan amalan polisi imigresen yang amat terbuka, berlakulah penghijrahan besar-besaran kaum Cina dan India di fasa tahun-tahun 1830an dan 1870an.
Kaum Cina hidup berasing dari kaum-kaum lain dalam kelompok-kelompok mereka sendiri. Mereka membina sekolah-sekolah Cina yang berdasarkan sukatan negara Cina. Pada mulanya pihak British membenarkan sekolah-sekolah ini bagi membolehkan anak-anak pendatang ini mendapat pelajaran yang perlu untuk mereka kembali semula.
Lama kelamaan sekolah-sekolah Cina menjadi pusat penyebaran nilai dan politik yang tidak sesuai dengan suasana tempatan. Sekolah-sekolah Cina dijalankan oleh puak-puak Kuomintang (KMT) yang mula menapak di Tanah Melayu dari tahun 1912 untuk mengajar fahaman Nasionalis Cina. Malah pada tahun 1929, kerajaan KMT telah mengumumkan undang-undang bahawa semua kaum Cina yang bermastautin di Malaya, samada lahiran tenpatan atau tidak, di anggap mengikut prinsip jus sanguinis, sebagai rakyat Cina.
Kehadiran immigren kaum Cina yang terlalu ramai menimbulkan kebimbangan kepada orang-orang tempatan akan pencerobohan kepada nilai hidup dan hak kepentingan mereka. Pada banci penduduk tahun 1931, pihak British menyedari kaum pendatang sudah melebihi kaum tempatan dan selepas didesak oleh penduduk tempatan, baru pihak British mula menyekat kedatangan mereka. Apabila puak KMT menimbulkan sentimen anti-British, barulah mereka campurtangan dan menyelia pentadbiran sekolah-sekolah Cina.
Setelah Perang Dunia Kedua, pihak British mula menyedari kesan buruk dari polisi pecah dan perintah mereka dan perlunya kepada satu sistem pelajaran yang sekata. Jawatankuasa Barnes telah mengesyorkan kanak-kanak berbilang bangsa harus menghadiri sekolah kebangsaan. Pada tahun 1951, Sir Henry Gurney melantik beberapa Jawatankuasa Khas untuk mengkaji sistem pelajaran sekolah Cina dan didapati penentangan kepada sekolah kebangsaan adalah kepada penggunaan bahasa Melayu dan Inggeris.
Setelah bertolak ansur, akhirnya sekolah Cina dan India dikekalkan dalam sistem sekolah diluar sistem sekolah kebangsaan dalam Ordinan Pelajaran 1952. Tolak ansur ini mungkin mengambilkira status kaum Cina dan India yang bukan rakyat Tanah Melayu dan bagi mereka yang lahir di Negeri-Negeri Selat, berstatus subjek British. Pada tahun sebelum tahun kemerdekaan 1957, kaum Cina telah diberi kerakyatan.
Apabila berlaku peristiwa pahit 13 Mei 1969, salah satu perkara yang telah dikenalpasti perlu dilakukan adalah menyatupadukan rakyat melalui pendidikkan sekolah kebangsaan. Sekali lagi aktivis-aktivis sekolah Cina berdalih memohon masa tetapi meminta bantuan kerajaan. Setelah dirunding lagi, mereka hanya mengalah untuk mengubah menjadi sekolah jenis kebangsaan jenis Cina yang mewajibkan matapelajaran bahasa Melayu dan sekolah ini mendapat bantuan kewangan kerajaan. Kesediaan kerajaan beralah adalah disebabkan masaalah politik MCA.
Persoalannya sekarang, setelah 50 tahun menjadi rakyat atas dasar jus soli dan bersetuju menerima perjanjiaan keramat yang diperlembagakan (sering dipanggil kontrak sosial) berkenaan hak warisan Melayu – dari bahasa, agama Persekutuan, institusi Raja dan hak keistimewaan, tuntutan khusus Pemuda MCA ini menggambarkan sikap mundur sebahagian besar kaum Cina yang masih berminda sebagai musafir dan pendatang yang mahu kekal dalam “alien enclave”. Tuntutan Pemuda MCA sekali adalah satu pengunduran minda dan mengekalkan sistem Sekolah Cina bercanggah dengan sahutan-sahutan aktivis bukan Melayu.
Bahasa Jiwa Bangsa
Pada tahun-tahun 1960an, sering kedengaran slogan yang berbunyi 'Bahasa Jiwa Bangsa'. Bahasa yang akan mencerminkan jiwa Bangsa Malaysia hanyalah Bahasa Melayu. Dalam konteks ini, Bangsa Malaysia membawa maksud “Malaysian Nation” dan maksud Kaum Malaysia tentu sekali diluar fitrah manusia.
Mutakhir ini, segolongan aktivis-aktivis bukan Melayu lantang kuat mempersoalkan "kontrak sosial" dengan mantra-mantra Bangsa Malaysia, “Malaysian Malaysia”, pluralisme dan integrasi kaum yang terlalu luas definasi dan kononnya bersesuaian dengan nilai kemanusian sejagat. Mantra yang serupa boleh didengari datang dari aktivis-aktivis Sekolah Cina.
Jika diamati, ini adalah rangka pemikiran kolonial yang tidak mengaku kesinambungan sejarah dan warisan budaya negara setempat. Hak bukan Melayu untuk mengamalkan budaya, agama, dan bahasa mereka tidak pernah dipersoalkan dan hak ini termaktub jelas di dalam Perlembagaan Malaysia Artikel 3, 11, 152 dan lain-lain.
Jika slogan “Malaysian Malaysia” mahu diamati, bukankah ini bermaksud me-Malaysia-kan sesuatu yang tidak berciri Malaysia. Minda pemikiran masyarakat negeri Cina atau India diseberang laut harus dihentikan dan seharusnya berfikir sebagai sebuah masyarakat Malaysia. Orientasi pemikiran yang dipupuk dizaman penjajahan ke arah kepentingan penjajah dan negara asal harus di buang.
Kemerdekaan juga bererti kembali kepada asal dan menyambung kembali warisan sebuah Bangsa yang Merdeka. Negara ini mempunyai tradisi tamaddun yg tinggi nilai tentang budi bahasa. Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung. Tanpa menghayati dan berbuat demikian, ia dianggap tidak beradab atau tiada bertamaddun atau kurang ajar.
Antara banyak-banyak bahasa di Malaysia dan rantau ini, hanyalah Bahasa Melayu sahaja yang luas penggunaan dan boleh berperanan sebagai bahasa komunikasi, perpaduan dan untuk menyatupadukan pelbagai kaum. Bahasa Inggeris yang merupakan bahasa warisan penjajah tentu sekali tidak sesuai. Begitu juga bahasa yang bukan bersal dari perut di alam budaya Melayu. Demi peranan ini, Bahasa Melayu telah sedia mengorbankan identiti untuk digelar Bahasa Kebangsaan dan kemudiannya menjadi Bahasa Malaysia.
Bahasa Melayu adalah manifestasi tradisi sebuah negara dan tamaddun yang merdeka yang seharusnya diwarisi turun temurun dan perlu dipertahankan oleh semua yang sedia menjadi warganegara alam budaya dan melaungkan kemerdekaannya. Jika di Thailand, bahasa dan budaya utama adalah Thai. Tentulah anih dan janggal, bahasa, budaya dan pendidikkan asing menjadi teras negara itu. Begitu juga di Malaysia.
Di dalam alam budaya Melayu, bagaimana boleh dikata wujud perpaduan dan integrasi kaum, sekiranya ada anak-anak pergi ke sistem sekolah Cina bersama kaumnya sahaja, melanjutkan pelajaran ke Kolej New Media tajaan Dong Jiao Zhong atau ke Universiti-Univeristi di Taiwan atau Hong Kong dan kembali bekerja di syarikat yang mensyaratkan bahasa Mandarin? Bolehkah tercapai satu Bangsa Malaysia dan mencorakkan orang Malaysia berciri Malaysia (Malaysian Malaysia)?
Penulis berpegang kepada kata-kata Voltaire, “I do not agree with what you have to say, but I'll defend to the death your right to say it.” Walaupun reaksi pemimpin tertentu agak keterlaluan, penulis tidak setuju dan rasa terhina dengan pencemaran lagu Negara ku dalam video-video ciptaan Meng Chee. Persoalan yang timbul, adakah ini sikap yang ditunjukkan oleh hasil keluaran sistem Sekolah Cina yang mahu dikekalkan dan dipertahankan selama-lamanya oleh sebahagian besar kaum Cina?

Hidupkan Warisan Kemerdekaan!
Daulatkan Bahasa, Bangsa dan Negara Malaysia Yang Merdeka!
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka!
tahu kah kenapa mereka begitu mahu mengekalkan bahasa cina dalam sekolah mereka?
ReplyDeletekerana itulah budaya yang cina takut mereka hilang.
cuba anda kompare cina yang masuk sekolah kebangsaan dengan cina sekolah cina?
ada beza nya.
cina sekolah kebangsaan ni, kurang dihormati oleh cina2 lain. tak serupa cina sekolah cina yang masih mengekalkan ke'original'an dan aduan cina tu.
yang hishamuddin pun dok bising tak tentu hala.
bukak mata dan minda.
jangan menyalak pada bukit yang salah!
Helo Brick, artikel kamu telah menarik perhatian orang ramai. Marilah bedebat kat malaysia-today.
ReplyDeleteutk aku cuma satu saja aku nak komen, bukan melayu patut bersyukur kerana org melayu erlalu tolerance, mana ada negara lain yg mcm malaysia, ada sekolah jenis kebangsaan, kalau ada pun semua fully private.
ReplyDeleteKawan baca dalam Malaysia Today, teruk anda kena balun. Jangan bimbang, itu kerja cybertroopers dia orang. Bukan Umno je ada cybertroopers. Ca ya nun alif pun ada - ada yang berpangkalan di sini ada juga daripada seberang.
ReplyDeleteBaik. Soal bahasa mandarin ni memang sentiasa dijadikan bahan utama dia orang. Kerajaan kita kompromi sangat. Demokrasilah katanya.
Mca pun gitu juga. Bila nak pilihanrya, dia orang pun pasang lukah dan menangguk di air keroh. Ini taktik dia. Kalau Mca tak suarakan, Gerakan yang bersuara. Kalau tak, Dap la...
Dah sampai masanya kita kaji semula semua hal yang nak hakiskan kemelayuan Malaysia. WPI kalau tak kita waspada, akan jadi satu lagi faktor yang akan hakiskan ciri-ciri kemelayuan negara ini, baik kedaulatannya, kemerdekaannya atau sosio-budayanya.
Saya harap anda akan terus tulis pasal soal-soal Melayu ni. teruskan perjuangan. Jangan patah semangat. MERDEKA!!!!
Keep the good work "brick"! After 50 years of merdeka, the mind-set of the majority of the Chinese in good ol' Malaysia is still... guess what? CHINESE!!!! Their tembelang about having "Malaysian Malaysia" is just rhetoric. Kalau really nak Malaysian Malaysia, come on lah, why push a sensitive and Chinese-centric issue at the expense of hurting the other part of "Malaysian Malaysia"?... Hopefully mainstream Malays would realize by now after 50 years of 'sharing" their 'tanah tumpah darah'[yang dinyanyikan dalam Negaraku] with the 'pendatang haram yang di halalkan oleh mat salleh british' that the Chinese mindset (at least the great majority of them) are after all, CHINESE! and NOT really "Malaysian Malaysia". Kalau ini pun Melayu tak realize, aku give up!
ReplyDeleteZam Maidin Terima Anugerah Ketua Goblok Malaysia
ReplyDeletebaca Goblog Station
http://goblogmania.blogspot.com
The Chinese are practical people. They learn languages that will make them employable. Bahasa Malaysia, as it is, is used only by the govenment which most, if not all, Chinese have no hope of getting a job in. Don't tell me all the cock and bull stories of Chinese not keen on government jobs. The whole world knows about the prejudices perpetrated by the government to the Chinese.
ReplyDeleteI encourage my children to be proficient in not only Manderin, but also Engligh, not becasue I am not patriotic, but because I believe these languages will give them added advantages in the competitive job market. They can study BM by all means, but neglecting the other languages is only deceiving themselves and limiting thier abilities to compete.
Tell me, how can proficiency in BM help the future of the non-malay young? Jobs in in the government? High hope! Jobs in multi-national companies? No way.
I am not belittling BM. But it is still a nascent language which is not widely used internationally. Just look at the amount of words it has to borrow from English to see my point.
So let us get real and don't deceive ourselves with the big word ' NATIONALSIM ' or 'PATRIOTISM'. Our children have to be able to survive on thier own, not on goverment hadouts, in future.
Great article bro ... ini yg sepatutnya dilakukan , walaupun ada yg kata bro teruk dihentam tapi bro telah melakukan dan meyuarakan sesuatu.
ReplyDeletesetuju mengatakan hak mereka ni utk mengamalkan agama , kebudayaan mahupun bahasa tak pernah dihalang ...
Tertanya juga saya adakah manusia seperti Meng Chee yg hanya ingin dihasilkan mereka ini .huh menakutkan ...
Pandangan saya terhadap isu yang diketengahkan
ReplyDeleteTajuk: Mengapa "Sekolah Jenis Kebangsaan" Masih Wujud?
Link: http://sagaladoola.blogspot.com/2007/08/mengapa-sekolah-jenis-kebangsaan-masih.html
sewaktu saya mengpos komen di MT, yang saya maksudkan ialah para komentator yang gemar menuduh etnik lain rasis sedangkan mereka sendiri tidak bersedia dan sanggup mengikis fahaman dan amalan perkauman
ReplyDeleteOrang berlainan, pendapat pun berlainan. Setiap rakyat Malaysia mempunyai tanggapan berbeza mengenai "bangsa Malaysia". Ada yang berpendapat "satu bangsa, satu bahasa"; tapi ada yang tak bersetuju dengan tanggapan ini. Ini bukan isu perkauman, ini cuba kepelbagaian pendapat manusia. Mengikut pendapat saya: sekolah Cina di Malaysia juga pusaka negara ini, ia dimiliki rakyat/negara kita, bukan "pendatang" lagi. Ada orang boleh kata Islam itu "agama asing".

ReplyDeleteBukankah isu bahasa ini seringkali digunakan oleh DAP sebagai satu isu perkauman ... yg kesiannya ada jugak yg turut terpengaruh ...
ReplyDeleteapa susah bukan dihalang pun utk bercakap dan belajar bahasa masing-masing ...
Cerita pasal perpaduan dan hak bukan main .. tapi yg ironiknya sokong pula pengasingan budak-budak ni pada awal peringkat umur .