Sukacita disiarkan disini artikel menarik berjodol "Ekonomi Merdeka Bukan Liberalisasi Melulu" sumbangan penulis pena Taming Sari. Artikel ini mahu menyedar dan meniup semangat percaya kepada kebolehan kita dan berwaspada kepada komplot jahat disebalik klise-klise kebaikan liberasasi yang dimajukan oleh kuasa-kuasa Barat.
Apa yang sedang dilalui oleh kebanyakan negara Barat terutamanya Amerika Syarikat semenjak krisis “sub-prime mortgage” melanda sepatutnya membuka mata kita rakyat Malaysia. Krisis perbankan ini memang sudah lama dihidu, yang menjadi tanda tanya ialah sejauh mana impaknya kepada ekonomi AS dan ekonomi dunia.
Ramai yang berpendapat walaupun Federal Reserve atau lebih kenali sebagai Fed, sudah pun memotong kadar faedah sebanyak 50 mata, tapi tindakan ini seolah-olah mengiayakan teori bahawa AS adalah diambang kelumpuhan ekonomi.
Kalau mengikut petunjuk ekonomi, sepatutnya sudah lama ekonomi AS lumpuh dengan defisit kembar dalam akaun imbangan bayaran dan badget tahunannya. Berapa lama ekonomi AS dan nilai Dollarnya boleh bertahan adalah untuk tekaan semua? Buat ketika ini, hanya harga minyak mentah yang tinggi sahaja dapat mengapungkan nilai Dollar.
Namun, penulis sebenarnya lebih berminat melihat reaksi pendukung-pendukung ekonomi AS dari Rumah Putih, ahli akademik, ahli korporat, ahli perbankan dan media massa mereka bila berhadapan dengan krisis yang makin meruncing ini. Bandingkan pula apa reaksi mereka 9 tahun yang lepas semasa negara kita menghadapi krisis kewangan dan matawang Asia 1998.
Politikus dan media massa AS begitu cepat mengutuk dan memperkecilkan hampir kesemua yang negara kita dan jiran-jiran “Ekonomi Harimau” lakukan. Walaupun sebelum ini, pertumbuhan ekonomi begitu baik dirantau Asia Tenggara yang diransang oleh dasar ekonomi yang baik, namun negara-negara ini dihujani dan dituduh sebagai negara korup yang dasar ekonominya selama ini silap semuanya.
Begitu kuat tuduhan ini sehingga ada pihak yang beranggapan bahawa negara-negara ini wajar “diajar” supaya lebih berdisiplin. Tuduhan dan gembar-gembur ini lebih mendorong kepada panik dan hilang keyakinan yang menjadikan krisis matawang itu bertambah teruk. Spekulator matawang menggunakan peluang ini untuk mencipta dan menambah keuntungan mereka.
Syukurlah ketika itu negara ini dikemudi oleh Tun Dr. Mahathir, Perdana Menteri yang tidak mudah menyerah kalah dan menerima tohmahan orang luar begitu sahaja. Walaupun diasak dari luar dan dalam untuk menerima “ubat pahit” yang dibawa oleh IMF termasuk menaikkan kadar faedah yang amat tidak masuk akal (pada suatu ketika mencecah 18 peratus) dan mengetatkan kecairan kewangan, Tun lebih yakin dengan ubat buatan sendiri yang nyata lebih mujarab untuk negara ini dalam bentuk Kawalan Dana/Matawang terpilih (Selective Capital Control).
Ketika itu ramai (termasuk bekas Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara) yang begitu obses dengan cadangan pakar luar terutamanya dari IMF dan Bank Dunia yang mahukan negara ini mengamalkan liberalisasi ekonomi yang menyeluruh. Sejarah menjadi hakim yang adil. Kejayaan negara mengekang kelumpuhan ekonomi dan keadaan kacau bilau (seperti di negara jiran) tanpa menyerah diri kepada IMF dan mengamalkan liberalisasi ekonomi sepatutnya dijadikan antara highlite penting dalam kita menyambut 50 tahun kemerdekaan. Kedegilan pemimpin nombor satu negara yang amat patriotik ketika itu menjamin kesenambungan kemerdekaan ekonomi Malaysia . Kejayaan kita ini akhirnya diakui juga oleh IMF sendiri dan pakar ekonomi seperti Ethan Kaplan & Dani Rodrick dari Harvard University melalui kertas kerja mereka “Did the Malaysian Capital Control Work?”.
Ternyata setelah hampir 9 tahun, kita sedar betapa hipokrit-hipokrit dari dunia Barat ini tidak pernah ikhlas dan hanya mahu mengambil kesempatan dari kelemahan kita. UN Conference on Trade and Development (UNCTAD) sendiri baru-baru ini memberi amaran betapa bahayanya liberalisasi kewangan tanpa kawalan kepada negara membangun.
Dengan keterbukaan pasaran kewangan, aktiviti spekulasi dan pelaburan berisiko tinggi akan lebih senang menjerut ekonomi negara membangun ini. Dengan modal yang begitu besar, spekulator ini boleh bebas menaik dan menurunkan matawang dan pasaran kewangan mana-mana negara mengikut kehendak mereka. Disamping itu, dengan liberalisasi kewangan mutlak ini juga, ekonomi kita akan begitu bergantung kepada ekonomi negara mereka.
Lihatlah juga bagaimana langkah mereka apabila berhadapan dengan krisis ekonomi. Walaupun dulu mereka mahu kita diajar disiplin ekonomi sehingga mahu dibiarkan sahaja syarikat dan bank yang menghadapi masalah menjadi bangkrap, namun apabila perkara yang sama berlaku kepada mereka, bukan sahaja mereka ini di “bail-out” (seperti apa yang berlaku kepada LTCM dan bank-bank mereka), kadar faedah juga diturunkan dan suntikan kewangan berbillion dollar dilakukan untuk menjamin kecairan dipasaran kewangan mereka. Begitu berlawanan dengan apa yang mereka mahu kita lakukan 9 tahun yang lalu. Kenapa bank-bank mereka tidak dibiarkan sahaja bangkrap?
Marilah kita belajar untuk menjadi degil, sekiranya berbuat begitu memberi lebih kebaikan kepada negara dan bangsa kita sendiri. Tidak perlu terlalu mendengar nasihat tidak ikhlas dari hipokrit-hipokrit besar ini baik dari dalam mahu pun luar negara. Semoga dengan itu Malaysia akan lebih merdeka dalam erti kata yang sebenar-benarnya.

Adakah akhirnya kita tinggal berharap?
Ekonomi negara kini sedang diliberalisasi secara melulu atas pengaruh Menantu, operatif Tingkat 4 dan pemikir mereka seperti Ethos Consulting. Tindakan yang dilakukan begitu membahayakan terhadap kepentingan masa depan rakyat serta keselamatan negara. Kita pula menghadapi Perdana Menteri begitu cetek aptitude dan lemah kebolehan pengurusan. Manakala, yang menjadi penasihat mereka hanya tahu memainkan ungkapan "copycat", satu terma yang begitu lumrah diperkenalkan oleh seorang ahli Panel Penasihat Wilayah Pembngunan Iskandar, Tun Musa Hitam.Fikirkan ...
No comments:
Post a Comment
Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.
Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.