Saturday, November 17, 2007

Catatan Ku: Apa Kata Pakai Merah di Hari Jumaat?

Merah yang sentiasa juara, gagah dan perkasa

Susulan peristiwa 10-11 (atau Perhimpunan Bersih) pada hari Sabtu lepas, timbul polemik dan perdebatan mengenai permit polis, hak berhimpun, kuasa polis menyurai, tuduhan kekasaran oleh polis, pembabitan Raja-Raja Melayu, dan lain-lain. Pelbagai kenyataan-kenyataan yang membawa pelbagai maksud, interpretasi dan ada yang melucukan telah dikeluarkan oleh pelbagai pihak - istana, kerajaan, penganjur, parti-parti politik, dan rakyat jelata.

Kalau semasa zaman reformasi dahulu, penulis adalah penentang tindak-tanduk politik jalanan yang berlaku susulan pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim. Secara ikhlas, kali ini penulis bersikap agak tawar untuk bersungguh-sungguh mempertahankan dan berhujah untuk Abdullah Ahmad Badawi.

Apa ertinya untuk penulis mempertahankan kerajaan kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi?

Secara langsung, tindakan mempertahankan akan diputarbelit sebagai memberi legitimasi kepada kepimpinan dan tindak tanduk Dato Abdullah Ahmad.

Dengan mempertahankan Dato Abdullah Ahmad, ia bermakna bersekongkol mempertahankan kelemahan dan kecuaian kepimpinannya; amalan korupsi yang berleluasa; ketidak cekapan pentadbirannya; polisi-polisinya yang menjejaskan kedaulatan negara, negeri dan masa depan orang Melayu; amalan pembohongan yang lazim oleh pucuk kepimpinan; dan meleluasakan amalan nepotisma. Penulis tidak rela melakukan perbuatan sedemikian.

Di bawah kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi, negara, bangsa, agama dan parti UMNO sudah tidak disegani dan dihormati. Kelalaian, sikap ambil mudah dan penyerahan penuh perjalanan parti dan kerajaan pada kaum kerabat dan sahabat-sahabat tertentu telah meniriskan perjuangan asal parti untuk memertabatkan agama, bangsa dan negara.

Abdullah tidaklah seterbuka, setulus, dan sedemokratik yang dia war-warkan. Suara ahli UMNO dan rakyat tidak mahu didengari. Beliau menyuruh Menteri dan Pegawai Kerajaan mengistiharkan harta tetapi tidak untuk dirinya. Bukan sahaja amalan demokrasi tidak dipertingkatkan, tetapi telah dimatikan dalam UMNO.

Kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi adalah satu pengkhiantan (betrayal) kepada agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair Malaysia. Janji-janji dalam manifesto pilihanraya tahun 2004 semua tidak dipenuhi walaupun dia mengaku telah penuhi. Melalui WPI, kepentingan rakyat Johor telah diketepikan, dan kedaulatan negeri dan negara telah dipertaruhkan untuk menarik pelaburan Singapura. Keadaan pemerintahnnya kucar kacir dan tiada hala tuju yang jelas.

Walau apa sekali pun, penulis tidak sedia melihat UMNO jatuh. UMNO sahaja satu-satunya wadah perjuangan kebangsaan Melayu dan pembela Islam yang berkesan di negara ini. Hanya kepimpinan parti UMNO sahaja yang akan dapat membawa kemajuan dan keadilan yang hakiki di negara ini.

UMNO sebagai parti pemerintah dan pemimpin kepada gagasan Barisan Nasional sepatutnya sedia memperbaiki kepincangannya. Kepentingan diri tidak seharusnya mendahului tanggungjawab dan perjuangan. Keresahan, peringatan dan teguran rakyat dan ahli-ahli UMNO tidak boleh tidak diambil peduli oleh kebanyakkan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Ramai antara mereka yang leka dan tamak mengejar harta dan pangkat hingga cuai dalam tanggungjawab dan perjuangan.

Di peringkat akar umbi, kebanyakkan ahli-ahli UMNO sedar akan masaalah yang ditimpa negara, prihatin terhadap keresahan rakyat jelata menghadapi kenaikkan harga barangan, simpati kepada para peniaga yang begitu pahit meghadapi suasana ekonomi yang muram, profesional yang telah dibuang kerja, dan kedaulatan negara yang terhakis.

Keresahan dan keprihatinan ahli-ahli UMNO biasa sering tidak diambil endah. Suara mereka di majlis parti ditahan dari keluar ke pengetahuan cawangan, bahagian dan parti. Suara akar umbi tidak langsung dihormati.


Gelombang Kuning kini mahu dijadikan manifestasi keresahan rakyat dan simbol protes terhadap kepimpinan Abdullah bin Ahmad. Kempen terbarunya adalah memakai kuning pada hari Sabtu. Kuning suatu warna yang membawa suasana keceriaan dan menjadi simbol kepada pembaharuan dan harapan. Ini lebih baik dari mengadakan perhimpunan awam yang haram yang boleh mencetus kepada keadaan anarki dan kurang selamat kepada awam.

Gelombang kuning harus bersih dan sifar dari imej dan agenda berbau politik kepartian. Ia perlu benar-benar mencerminkan gelombang suara ketidak puasan hati rakyat dan bukan coup d' etat atau menghidupkan kembali absolute monarchy atau membawa suasana anarki dalam negara. Walaupun Perhimpunan Aman Rakyat yang merupakan pemula Gelombang Kuning mungkin tercemar dan terculik, namun semangat keresahan rakyat harus di beri perhatian.

Dikhabarkan kepada penulis, ramai ahli-ahli UMNO yang ikut bersama di Perhimpunan Sabtu lepas. Penglibatan mereka mungkin agak tidak bersesuaian dari kacamata UMNO, tetapi keprihatinan mereka tidak boleh diketepikan begitu sahaja dan pasti tujuan mereka bukan selari dengan tujuan Bersih yang agak samar-samar. Jika Dr Mahathir, seorang negarawan, pun disekat sana sini untuk memberi teguran, pasti banyak ahli sudah terfikir apa pula diri mereka?

Mungkin, perhimpunan itu sahaja cara mereka boleh meluahkan rasa ketidakpuasan hati. Penulis sendiri pernah secara tidak diatur berarak bersama parti pembangkang di bawah banner NGO menunjuk perasaan terhadap perbuatan akhbar NSTP menghina Nabi Muhammad kerana UMNO hanya menunjukkan bangkangan yang hanya token sahaja.

Kekangan sistemik yang dilakukan terhadap ahli-ahli UMNO tidak bermakna keresahan para ahli UMNO tidak boleh diluahkan. Satu cara perlu dilakukan untuk keresahan akar umbi dapat disedari pucuk kepimpinan parti dan seterusnya membawa perubahan yang baik. Mereka sudah tidak boleh mengambil sikap apologetik dan menafikan keadaan tenat dalam parti.

Apa kata hari Jumaat menjadi hari "Gelombang Merah" bagi ahli-ahli, pejuang-pejuang dan pecinta-pecinta UMNO meluahkan ketidak puasan hati mereka dengan memakai sesuatu yang merah.

Gerakan simbolik ini menyerupai "civil disobedience" ala Gandhi yang lebih aman. Warna merah itu memberi perbezaan sedikit kepada suara ini. Warna merah memang sudah warna simbol perjuangan UMNO. Merah itu juga warna keberanian, dan perjuangan.


Pada hari Jumaat sekurang-kurangnya, pakai sesuatu yang berwarna merah – baju, baju kurung, tali leher, tudung, skaf, sweater, vest, tie pin, dan kasut wanita. Jika “Gelombang Merah” ini pula begitu signifikan kelihatan, kita boleh bersama menyedarkan pucuk kepimpinan parti. Dengan perbuatan yang sedikit usahanya, mungkin kita boleh menyelamatkan agama, bangsa dan negara.

Tidak ada undang-undang yang boleh menyekatkan kita untuk memakai sesuatu yang merah. Baik undang-undang negara atau undang-undang parti. Tidak ada undang-undang yang boleh menahan kita sama-sama menyuarakan ketidak puasan hati kita! Kita tidak melanggar mana-mana undang-undang.

Mari bersama-sama memakai merah sekurang-kurangnya di hari Jumaat! Apa kata?

Terkini 18/11/2007:

Ralat
Ide ini bukan merupakan ide asli penulis tetapi diilhamkan dari blog Gerbang Ruhanie dan perbincangan di Forum MyKMU. Maaf kerana tidak memberi penghargaan yang sepatutnya.

11 comments:

  1. Saudaraku yang dikasihi

    Masa aku rajin buat direct selling dulu-dulu (la ni malas dah), yg paling aku ingat ialah pesanan motivator sebuah syarikat: "Kita kena ceritakan kelebihan barang-barang kita, jangan pulak kita kutuk barang orang sebab nak promote barang kita. Cerita betui2 kelebihan barang2 kita!"

    You are doing exactly that!

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:01 PM

    Tidak bersetuju. Tapi bukan pasal baju merah pada Jumaat, gue neutral tentangnya. Tidak bersetuju sebab A Voice letakkan Arsenal di tangga ketiga pada urutan foto merah. Ia sedikit mengganggu semangat posting anda.
    Pada gue selain Barcelona, Arsenal mewakili kelab bola dunia yang tinggi tahap demokrasinya di atas padang. Nisbah kekerapan bola berada di kaki setiap unit pemainnya tinggi berbanding pasukan lain, ambil MU dan Liverpool sebagai bandingan misalnya.
    Di Arsenal aspek kreativiti sangat menonjol. Seolah-olah itulah roh gaya permainan mereka. Jika Arsene Wenger tidak bermazhab demokratik, bagaimana permainan kreatif mereka mampu dipersembah ibarat air yang bebas mengalir? Lihat bagaimana persembahan demokratik sesama mereka waktu menentang MU dan Liverpool tempohari. Mereka tidak tertekan sebaliknya terus bermain tanpa kehilangan tempo meskipun dalam kedua perlawanan itu mereka ketinggalan gol di belakang lawan.
    Jadi gue sebagai seorang demokrat sepertimana Wenger dan barisan pemainnya sangat berbesar hati jika foto merah Arsenal berada di tangga atas mengiringi semangat posting anda.

    ReplyDelete
  3. Salam Pak Voice:

    Kata Pak Voice:
    "UMNO sahaja satu-satunya wadah perjuangan kebangsaan Melayu dan pembela Islam yang berkesan di negara ini. Hanya kepimpinan parti UMNO sahaja yang akan dapat membawa kemajuan dan keadilan yang hakiki di negara ini."

    "UMNO sebagai parti pemerintah dan pemimpin kepada gagasan Barisan Nasional sepatutnya sedia memperbaiki kepincangannya. Kepentingan diri tidak seharusnya mendahului tanggungjawab dan perjuangan. Keresahan, peringatan dan teguran rakyat dan ahli-ahli UMNO tidak boleh tidak diambil peduli oleh kebanyakkan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO. Ramai antara mereka yang leka dan tamak mengejar harta dan pangkat hingga cuai dalam tanggungjawab dan perjuangan."

    Kata tokasid:
    Saya perhatikan para pemimpin tertinggi memang tahu bahawa terdapat banyak rungutan dan ketidakpuasan hati samada oleh ahli-ahli UMNO sendiri atau oleh rakyat am nya.
    Namun kita dapati samada ahli-ahli UMNo sendiri mahupun rakyat tidak berjaya mengubah perangai dan kebobrokan kepimpinan yang ada.Bukan setakat pemimpin tertinggi malah kebanyakan mereka seolah-olah merasakan mereka tidaj boleh disentuh oleh ahli-ahli atau rakyat.

    Cuma buat masa ini saya tidak nampak mekanisma yang bagaimana yang boleh merubahkan mindset barisan pemimpin UMNO yg ada sekarang. Jika sesuatu positif handak di lakukan, bermakna sebilangan besar pemimpin-pemimpin tertinggi UMNo sekarang perlu di sisih pada pemilihan parti yang akan datang. Adakah ahli-ahli UMNO berani dan mampu melakukan itu?

    Saya rasa ahli-ahli tidak akan mampu menendang keluar pemimpin secara en-bloc beramai-ramai dan di gantikan dgn lapisan baru.Jika hanya Presiden sahaja di gantikan, apa jaminan kita ,apa yg sedang berlaku tidak akan berterusan? Kita hanya boleh berharap, tetapi jika yg bersifat 'penyangak' masih ramai walau bertukar ketua saya tidak nampak akan boleh terjadi perubahan.Yang mungkin berubah ialah siapa yg akan menduduki Sri Perdana Putrajaya dan juga kita akan mendapat slogan baru untuk di tayang kepada rakyat.

    ReplyDelete
  4. Sdr Bakaq - Perbezaan kita dari segi tujuan tidak banyak tetapi lebih kepada kepercayaan masing-masing kepada ideologi/falsafah dan realiti cara. Mungkin susah untuk berakhir jika kita binangkan sedemikian. Terima kasih dengan komen tuan.

    Cik Nik - Maaf saya terletak pasukan kegemaran tuan di susunan ketiga. Ianya tidak dibuat dengan sengaja. Bagi meletakkan Arsenal ke susunan pertama, itu adalah agak premature. Sehebat mana Chelsea yang pernah mendominasi liga tetapi hanya sementara. Yang pasti dan kekal hanyalah MU ... :-)

    Tokasid - Terima kasih dengan komen panjang lebar tuan. Mustahaknya adalah jangan berputus asa dan takut terkorban dalam menyelamatkan agama, bangsa tanah air dan juga parti UMNO dari kemusnahan. Insya Allah kita kan berjaya.

    ReplyDelete
  5. walaupun byk rungutan terhadap umno, ketidakpuasan tetapi tidak dpt dinafikan pihak pembangkang masih belum dpt menandingi kehebatan serta track record umno sehingga ke saat ini.that's a FACT

    ReplyDelete
  6. Tunku

    To quote your interesting response to a comentator in Biggum Dogmannsteinberg's blog:

    it’s funny that a born loser is still leading, that means the opposition is worst….what to call them born with mental disorder?

    UMNO surely need to do some reengineering to ensure it will still persist to carryout its vision and mission.

    I am afraid "Sleepless in Putrajaya" could destrpy what UMNO have fought and strive for for 50 years.

    ReplyDelete
  7. Buddy....how come I dont see youin public? Hibernating or preparing the Red vs Yellow campaign. I thought we Malaysians are of one color?

    ReplyDelete
  8. Zorro - Even if I am willing to risk participating in an illegal assembly, its not worth risking a gout attack from fatigue joints in an event hijacked by Anwar Ibrahim.

    The really last significant public rally I participated was an Anti-Apartheid Rally in Washington in late 70s/early 80s.

    Although that movement had global consensus, it was devt in South African politics and progress beyond the sight of public. the global street protest did no change.

    That experiance has long mature me to not be astrayed by theoretical idealism and reactive rhetorics to pursue profound change in realpolitik.

    Appreciate you comb through my present and last posting.

    ReplyDelete
  9. I sure hope it is not due to a poor command of the National Language that Zorro miss the point in your posting that your suggested mini Gelombang Merah is meant for orang UMNO to express their dissatisfaction with UMNO leadership.

    The problem with UMNO is thats the top leadership is hijacked by a group of misguided young turks and has strayed away from the original struggle of UMNO for alif, ba and ta.

    I can't see why Zorro had such ill feelings towards a proposed movement by UMNO members for the good of UMNO and subsequently the nation.

    UMNO had maintained the delicate balance of its interest for the faith, race, and nation; maintain a fair and just balance with people of other races and religion; and lead this country to peace and prosperity as not only an independent nation, but with its own rich history worthy of continuing its independent tradition.

    UMNO is the present torch bearer from our past history and tradition. In fact, it represent the majority, if not almost near all, of the original citizen and people of these land.

    Zorro's insinuation to assume your proposed Gelombang Merah has adversarial intentions reflects the spectical and prejudicial nature of so-called activists.

    Gelombang Kuning could have been a great symbol of people's power, if it is not robbed by selfish opposition leaders wanting their day in the limelight and spolied by the illegal assembly. Why does a Perhimpunan claimed to involve many NGOs had Opposition leaders and ex-con Anwar Ibrahim delivering the people's petition?

    Whether it is red, white, blue and yellow, it is all colours of our flag, a symbol we are united under. It is all colours that are symbolic of good values. AFter all, our flag is not black with skull and dagger.

    The problem with Malaysian activist or certain activistic minded Malaysians is that it is seeking unrealistic ideals, and ignore and even oppose the interest and sentiment of the majority of the people.

    In their conquest for their utopia, which usually are mere Western mindgame to recolonise, they tend to be mere pressure group steadfast only to their own ideals and narrow interest, without giving much considerations to the unique mosaic of Malaysian society and it's delicate socio-polico-economic sensitivities.

    Pressure groups seldom offer significant solutions to societal problem. Although they claim they do, their proposed solution are unworkable and require to many pre-qualifications that it is seldom completely unrealistic.

    That is the different between true wisdom and mere rhetorics.

    Anyone keen to read my blog posting on a satirical colour of patriotism?

    ReplyDelete
  10. Husin - I m not sure if he is a dedicated activist, but Zorro is a concerned Malaysian, just like you, me and many others.

    ReplyDelete
  11. A good idea ! aku cuma takut2 nanti, ada yang dipanggil masuk dalam bilik bos je ... Pemuda UMNO perlu lebih proaktif dalam menjadi pemangkin penyerlahan semua UMNO. Mungkin itu yang Khairy sedang buat sekarang ?

    Dari segi urutan gambar, rasanya aksi lakunan (seperti berbaris dalam satu kumpulan untuk gambar MU) diutamakan daripada nama kumpulan. Apapun aku tak kisah, aku tak minat bola. Hu Hu..

    Satu Kelainan Pemikiran - Fair

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.