Monday, November 05, 2007

Pengakuan Khairy Bermakna Pak Lah Bohong

Di dalam temuramah Khairy dengan suratkhabar The Star pada Jumaat lepas, November 2hb, 2007, beliau mengaku menggunakan “perlindungan” yang diperolehi untuk membawa perubahan dan merasakan dia telah berjaya membawa perubahan ketara (“push the envelope”).

Laporan itu disiarkan berikut:

Khairy: I want to use ‘protection’ to change things

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin says that being the Prime Minister’s son-in-law has provided him “protection” which he wants to use to change things for the better.

The Umno Youth deputy chief said he was able to “push the envelope now” partly because of that relationship with the prime minister.

“There’s a certain extent (to which) these people in Umno will not go after me. So it gives me ‘protection’ to change things.

“If I don’t use this ‘protection’ to change things for the better, then I’m just wasting time and marking my time to go up the ladder of politics. That’s not what I am about.

“I want to use this time that I have while I have this ‘protection’ to change things, to change Umno for the better,” he said yesterday during a question-and-answer session at the Kancil Awards Festival Speakers series.

Khairy, who is married to Nori, the daughter of Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, said it was true that this relationship meant he knew which buttons to push and which leaders to pull in to make a particular programme a success.

He was asked if his MyTeam football project would have received sponsorship and the wide TV3 coverage that it did had he not been the prime minister’s son-in-law.

Khairy said that even though he leveraged on the family ties, “it would have been embarrassing all-round if it didn’t work – I’d be finished.”

Thankfully though, he said, the idea was right and its execution worked well, so much so that viewership for the MyTeam programme even topped that of Siti Nurhaliza’s wedding.

He said people opened doors in many different ways and sometimes for him people opened the door because his father-in-law is the Prime Minister.

“People will tell you connections matter but at the end of the day, it’s the results (that matter).”

He said his goal in life was to contribute in whatever way he could to make Malaysia reach its potential and this was not necessarily through politics.

“I always tell my friends and family that if everything comes crashing down in politics, it’s not the end of the world.

“If after one day, my father-in-law retires and all of Umno decide to go after me, that’s reality ... politics is my profession and passion but I can live outside it,” he added.

He said that having a baby had put things in perspective.

“I hope to be in politics as long as possible to change as much as possible and see how things can be improved. But there’s always something else to life than going up the ‘greasy’ pole of politics,” he added.

Khairy also said that he felt strongly about wanting to start a genuine national conversation among people of different backgrounds, ethnicity and religions on Malaysians as a people.

“There must be a middle ground somewhere,” he added.

He also wanted to push for Malaysians to become automatic voters upon reaching 21, without having to register.

Pengakuan Khairy ini jelas menunjukkan Pak Lah telah merela memberikan perlindungan dan kebenaran, dan tidak membangkang penglibatannya dalam politik, kerajaan, sukan dan perniagaan. Tanpa segan silu, Khairy meng”halalkan cara” kepada amalan nepotisma dalam parti, kerajaan dan perniagaan asalkan tercapai tujuan.

Baik kita kembali kepada penafian-penafian yang dibuat oleh Pak Lah dalam rakaman temuramah tersiar di TV3 pada Ogos 7hb tahun lepas yang telah mengakhiri pendekatan “elegent silence” dalam menangani kritikan rakyat. Sedutan dari laporan temuramah itu dari The Star (maaf tiada versi bahasa Melayu dalam simpanan) adalah seperti berikut:



Q: Some believe that you still have the clean image. Others say that people around you are very influential on you. For example, your son-in-law Khairy Jamaluddin.

A: Khairy once worked with me. All officers have their roles. They give their reports and views but it is my decision whether to accept or reject their views and decision. When stories came up about an influential 28-year-old in the Government, he resigned and did not want to work with me anymore. But he has to make a living like the others. He bought a small amount of shares and became a partner in ECM Libra and he took his own loans. But there is no proof that he hijacked and took over a government project.

Q: Is it a dilemma to have a family member as a member and political influence in Umno?

A: I've spoken frankly when he wanted to become a youth member. I remember when Hishammuddin was angry with me, he would say that he decided and suggested that Khairy should be the deputy youth chief. He told me not to interfere. "Pak Lah don't interfere. This is a youth matter and the youth chose who they want. We want him…" he told me. As a youth deputy, he has to do work and how far of an influence he has on the government depends on what he can do and the work he has achieved. I don't think him being the son-in-law is the number one factor. We can't do something just by assuming that he is so-and-so's child. But as someone's child, people want to know how far is his capabilities. First, he was booed at the Umno AGM. But when he has the capability to raise a motion on youth and economy, he was cheered and praised. Before that it was another story all together.

Q. Where is the line between a family relationship and the relationship between a party president and the deputy youth chief. For example, when he comes up with business-related proposals. Does this happen and what happens then?

A: When he attended youth meetings, I was told that he never took part in pushing for this or that. When he attends youth meetings, he stands and speaks as an Umno youth representative. He has never spoken, asked, pressurised or threatened the government to give him anything. He has not come to me and said "this is my project and I want you to approve. No, he has not done that as he knows I will not give it to him.

Dalam sedutan temuramah ini, Pak Lah menafikan pengaruh Khairy keatasnya dengan menyatakan dia sahaja yang membuat keputusan kepada laporan dan pandangan dari pegawai-pegawainya. Secara tidak langsung, Pak Lah menyatakan Khairy boleh mempengaruhi kerajaan berdasarkan apa yang dia boleh dan berdaya dilakukan. Pak Lah tiada menyatakan dengan tegas bangkangan kepada Dato' Hishamuddin untuk meletakkan Khairy kepada kedudukkan Naib Ketua Pemuda UMNO tanpa tentangan.

Walaupun Pak Lah menyatakan permintaan Khairy untuk sebarang cadangan perniagaan akan pasti ditolak, Khairy melibatkan diri dalam ECM Libra yang telah mencolek dan mengambil harta kerajaan, Avenue Asset Berhad. Penulis menesyorkan pembaca melakukan carian di dalam blog ini menggunakan kata kunci “ECM Libra”.

Ramai yang mengenali Pak Lah dengan intim sering menceritakan sifatnya yang amat defensif, sensitif dan berahsia apabila membabitkan kaum keluarganya. Pengalaman penulis Keris Merah yang ditulis dalam KMU dalam tulisan bertajuk “Pak Lah diserang apabila Khairy di sayang” bertarikh Julai 22hb, 2006 menjadi bukti. Sedutannya adalah seperti berikut:


Dalam satu pertemuan dengan para sahabat dua tahun lalu, Pak Lah terkejut kerana tiba-tiba dia dikritik keras terutamanya mengenai peranan Khairy yang dilihat sahabat sebagai akan merosakkan Pak Lah. Tanpa segan silu Pak Lah mempertahankan Khairy. Pak Lah kecewa dengan sikap sahabat-sahabat pada malam itu dan mengambil keputusan tidak akan bertemu mereka lagi. Lagi pun dia merasai dia sudah tidak perlu lagi kepada para sahabat ini.

Pak Lah hanya perlu kepada sahabat-sahabatnya semasa beliau jatuh dan mahu mencapai kedudukan. Setelah dapat, sahabat-sahabat tidak lagi diperlukannya.

Tanyalah sahabat-sahabat Pak Lah yang berselerak di seluruh negara yang kini terumbang ambing mencari rezeki dan rata-rata yang mempunyai syarikat telah terpaksa gulung tikar.

Pada Julai 10hb, 2004, sebelum pemilihan UMNO, tiga suratkhabat perdana - Mingguan Malaysia, New Straits Times dan Berita Minggu – seolah-olah telah dikerah memaparkan temuramah dengan Khairy untuk membantu calon Naib Ketua Pemuda UMNO. Semasa itu, dia hanya setahun terlibat dengan Pemuda UMNO.

Di dalam temuramah itu, Khairy mengaku pernah terlibat dalam "assisting the PM in carrying out studies and research, writing his speeches, formulating strategies and policies, and such". Peranan sedemikian tentu sekali mempunyai banyak pengaruh terhadap Pak Lah yang diketahui ramai bukanlah seorang yang cekap dan fasih dalam pelbagai subjek, mempunyai sifat malas membaca dan mempunyai minda berfikir yang ambil mudah dan tidak mendalam.

Sebagaimana tersiar dalam Malaysiakini bertarikh July 12hb, 2004, seorang ahli Puteri UMNO, Adiba Basir di dalam tulisannya "Pendedahan budaya elitis Khairy Jamaluddin", dia mendedahkan keinginan Khairy untuk menjadi nombor satu dalam apa yang diceburi, suka di puji, dan ianya seorang yang sukakan kuasa dan tahu menggunakan kuasa.

Suatu pengetahuan umum dikalangan ahli-ahli UMNO bahawa Hishammuddin and Abdul Aziz Sheikh Fadzir terpaksa memujuk calon-calon lain untuk mengundur dari bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO untuk memberi laluan. Maka menanglah Khairy tanpa di tentang. Walaupun dia menyatakan adalah baik sekiranya dia bertanding sebagaimana yang dilakukan oleh Dato Mukhriz, jelas sekali ia suatu pembohongan kerana tahun ini Khairy dipilih sebagai Timbalan Presiden FAM tanpa pertandingan.

Penulis masih ingat dalam satu temuramah dengan Mingguan Malaysia sebelum Perhimpunan Agong UMNO tahun 2005, tahun berikut selepas peristiwa Khairy di boo, Pak Lah sendiri mempertahankan Khairy dengan meminta ianya diberi peluang. Suatu lagi bukti Pak Lah tidak berselindung mahu mengetengahkan Khairy.

Apakah yang membuat Khairy berani membuat pengakuan sedemikian tidak dapat dijangka? Kemungkinan sekali kedudukkan Khairy sudah begitu kuat hingga sebarang perkara negatif tidak dapat mengegarkan kedudukkannya di dalam Pemuda UMNO dan parti. Suatu yang mungkin adalah pengakuan ini menumpulkan tuduhan hubungan anak menantu terhadapnya kerana ia sudah diakui dan terbuka.

Penulis boleh memberi toleran dan menyedari realiti disebalik sesetengah amalan nepotisma kerana penerimaan masyarakat kita. Namun, bagi anak menantu sendiri diberi peranan yang begitu komprehensif dalam "assisting the PM in carrying out studies and research, writing his speeches, formulating strategies and policies, and such" adalah tidak professional sekali.

Adakah sepatutnya proses perancangan dan perlaksanaan kerajaan diletakkan hanya kepada bahu seorang sahaja? Maka tidak menghairnkan polisi dan rancangan yang sedang diimplementasi, khususnya polisi awal membatalkan jambatan Johor, polisi kerajaan mengenai MAS-AirAsia, polisi AP/“downsizing” Proton, dan mereformasikan GLC, amat pelik dan janggal sekali justifikasinya. Apa yang boleh diharap dari fikiran anak muda 28 tahun yang tidak pernah ada pekerjaan tetap dan tiada berpengalaman dalam perangkaan dan implementasi polisi.

Memandangkan polisi-polisi ekonomi kerajaan mutakhir ini yang hanya lebih persepsi hasil taktik penjenamaan dan pembungkusan, tanpa pengisian strategi pembangunan yang benar-benar jitu dan komprehensif, tidak hairan ianya dilahirkan oleh rakan-rakan anak muda ini yang lebih selesa sekali dengan budaya media dan pemasaran.

Dari penelitian penulis kepada laporan temuramah Khairy dengan The Star berkenaan kepelbagaian kaum dan agama, ia telah jelas memberi imbasan sebab kesunyian Pemuda UMNO dalam isu-isu yang begitu jelas “Malay and Islam bashing” dan telah membawa kucar kacir keamanan dan kedamaian antara agama dan kaum. Adakah kebenaran disebalik kata-kata Khairy serta rakan-rakannya di tingkat empat mahu mendalangi kemasukkan agenda sosial barat yang liberal?

Ramai yang berpendapat Khairy dan rakan-rakan seangkatannya ini begitu tiris sekali ciri nasionalisme dan patriotisme mereka. Tidak hairan anak-anak muda yang begitu kebaratan pemikiran menerima pendekatan liberal dan laisse fairre tentu sekali asyik untuk membawa perubahan yang “push the envelope” dari kemajuan yang hakiki.

Pengakuan Khairy memberi bayangan bahawa mereka sudah tidak ada malu dan berselindung lagi. Penulis tidak dapat dibayangkan apa akan terjadi, selepas pilihanraya umum dan mandat baru telah diberikan kepada Pak Lah. Adakah UMNO sedar dan mahu melakukan sesuatu?

7 comments:

  1. Bro, pengakuan Khairy sebenarnya memperlihatkan sejauh mana kecerdikannya. Umum tahu kedudukan sebenar. Umum juga tahu ramai yang bermain wayang tongkol dan umum tahu siapa disebalik permainan itu.

    Siakap, senohong, gelama, ikan duri; Bercakap bohong lama-lama membinasakan diri (diubah sedikit dpd lama-lama jadi pencuri).

    Orang politik sering terperangkap dalam perkara ini. Sebaik mana sekalipun, orang politik pasti akan berbohong demi kelangsungan hidup kerjaya politiknya.

    Boleh dikatakan hampir tiada orang politik yang mengaku dia berbuat silap, atau mengaku dia guna wang ringgit untuk memajukan kerjaya politiknya?

    Inilah hakikat dalam dunia politik yang penuh dengan penipuan, penyalahgunaan kuasa, rasuah dan amalan pilih kasih.

    Pak Lah tidak terlepas daripada gejala ini kerana dia memilih untuk sama-sama bermain dalam sandiwara politik. Seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Sambil menyelam minum air.

    ReplyDelete
  2. I remember that interview, the one most Malaysians had looked forward too. That was a real disappointment.

    Did Pak Lah think he could fool us? Lol! In fact, he made a bigger fool of himself.

    That interview was pre-recorded, yet he screwed it up big time.

    From his demeanour - the shifting of his eyes, the stammers & the clearing of his throat - I knew he was lying through his bloody teeth.

    Oh Khairy-- give him enough rope, he will hang himself.

    ReplyDelete
  3. This remark of Khairy indicates himself at the peak of arrogance. He must be lost in his power and arrogance.

    It could be the beginning of his downfall. And we shall await with renewed sense of hope.

    God save Malaysia!

    ReplyDelete
  4. sebijak mana pun si KJ tu akhirnya, terperangkap juga dengan penipuan yang dibuat...

    itu lah, terlalu banyak menipu sampai dah tak tahu mana pucuk pangkalnya...

    ReplyDelete
  5. Anonymous3:39 PM

    It's so scary to think of how influential this KJ is... He can make other veterans made way for him to have an easy ride in BN... I'm scared really, thinking what kind of improvement and betterment that he mentioned if not to start with fulfilling his own needs? I find it hard to take him as a selfless person though...

    Damn...It's so scary!

    ReplyDelete
  6. said..
    ha tu dok tunggu lagi nak lantik si KJ jadi ketua pemuda. Awat geng pemuda ni bengong sangat ka sampai tak tau nak pikiaq....awat pemuda ni dah tukaq jadi pemudi kot...kalu macam ni sah memang nazak dah umno. sia-sia saja ajak bdk2 sej, perjuangan umno kalih-kalih diperlingkop oleh org yg bernama KJ..
    Sayang-sayang....

    ReplyDelete
  7. cikgu syon nak tanya,
    ha tu dok tunggu apa lagi geng yg bingung nak pilih kj jd ketua pemuda.. tu pun hampa nak sokong lg? Yg kaki bodek pun sama... oi ingatlah bila mati duit n kuasa tu x ikut hampa.. dah tak selamat akhirat dunia pun orang meluat... banyak-banyak la bertaubat ......

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.