Rocky Bru telah melaporkan dalam usaha Ketua Puteri UMNO untuk membuat laporan polis terhadap kain rentangan yang menuntut pengunduran Pak Lah, sebuah kain rentangan dijumpai di Muar, Johor. Laporan Bernama mengenai laporan Noraini juga melaporkan Ketua Penerangan Puteri Bahagian Tun Razak membuat laporan untuk kain- rentangan yang timbul di Wangsa Maju.
Sudahlah orang kawasan lain membuat laporan ke atas kawasan lain, adakah meletakkan kain rentangan suatu kesalahan di bawah ordinan polis atau hanya suatu kesalahan membuat kecil di bawah undang-undang majlis tempatan?
Surat Mukhriz
Sementara itu, Dato Mukhriz yang telah menulis surat peribadi menuntut pengunduran Pak Lah nampak gaya akan di kenakan tindakan disiplin. Pak Lah telah pun mengarahkan Dato Hishamuddin untuk melakukan sesuatu.
Mengikut laporan berita ini, jelas Pak Lah blurrr akan intipati maksud istilah-istilah isi hati rakyat dan melakukan sesuatu yang patut. Malah, beliau seolah-olah percaya kepada pembohongan dan putaran fakta yang telah dibuat oleh TV melaporkan Mukhriz menyokong Pak Lah.
Adakah Pak Lah yang dikatakan berpangkat ayahanda tertinggi di dalam organisasi Pekida mengarahkan ancaman terhadap Mukhriz di Seberang Jaya pada Isnin lalu hingga Mukhriz terpaksa meredakan keadaan dengan kenyatan yang lebih lembut? Maka dengan tersalah pemahaman orang ramai, Pak Lah sengaja melakukan amalan lazim berbohongnya? Blogger Bigdog memberi penjelasan di sini.
Ahli UMNO Ditipu Bila Diajak Kumpul
Dalam hal ancaman dan pembohongan, kononnya satu tunjuk perasaan protes telah diadakan oleh UMNO Pulau Pinang di kawasan bangunan Komtar Penang terhadap kenyataan Lim Guan Eng untuk membubarkan DEB di Pulau Pinang. Ramai ahli-ahli politik ternama UMNO Pulau Pinang yang hadir dan FRU perlu terlibat untuk menyuraikan keadaan.
Entah dimanakah pembodek-pembodek dan khinzir-khinzir UMNO ini semasa Tun Musa Hitam dan Pak Lah mengakhirkan DEB di WPI? Dimana?!!!
Dalam keadaan sedemikian, ada juga pihak yang mahu mengambil peluang dari kemarahan rakyat terhadap kepimpinan Dolah untuk masih membodek. UMNO Pulau Pinang telah membuat kenyataan untuk terus memberi sokongan kepada Pak Lah. Mereka ajak orang UMNO bersatu tetapi bukankah orang UMNO mahu Pak Lah pergi dahulu?
Pada Ahad Mac 9hb, ratusan ahli-ahli UMNO dan rakyat telah ditipu untuk hadir memberi sokongan kepada Pak Lah di Putra Jaya. Untuk mengajak mereka datang, mereka dibakar untuk datang mendesak Pak Lah berundur.
Pagi Sabtu ini, satu perhimpunan UMNO juga dikatakan dibuat Padang Polo, Ipoh. Adakah ini satu lagi usaha manipulasi pihak yang masih ingin menyelamatkan pucuk kepimpinan ini yang lemah pemikiran, tidak cekap, korup dan nepotisma?
Pak Lah Masih Degil dan Angkuh
Bahagian ini untuk Khairy?
Nampaknya pihak kepimpinan masih tidak mahu belajar dari kesilapan. Dengan angkuh, Pak Lah mahu berselindung disebalik sokongan terpaksa oleh Majlis Tertinggi dan parti komponen yang lain. Dia masih enggan mahu menerima kenyataan bahawa beliau dan menantunya adalah penyebab utama rakyat rata-rata menyampah dan memberikan undi kepada pembangkang untuk mengajar Barisan Nasional.
Dilaporkan blogger Pasquale bahawa Pak Lah akan meletakkan Khairy sebagai Timbalan Menteri Kewangan. Kalau dia berkata dia tidak melantik mereka-mereka yag kalah ke dalam kabinet, adakah Khairy layak? Khairy kalah tipis lebih kurang 100 undi dan diselematkan dengan beberrapa ribu undi pos!
Hari-hari terakhir Pak Lah sudah bertambah jelas. Walaupun dia mengaku mendengar suara hati rakyat, mengapa dia mengatakan dalam laporan Reuters "It could be the last of him if ..."? Blogger Kuda Kepang melaporkan Pak Lah sedia berundur tetapi Khairy mesti mendapat tempat sebagai Menteri Kabinet. Parti-parti komponen Barisan Nasinal lain dikatakan membantah.
Sementara itu, berawas dengan pendakyah "ugama sesat" menghebahkan hadith-hadith yang tidak bertauliah dan berfahaman cetek untuk memberi justifikasi menyokong Pak Lah walaupun dia sudah tidak berhak untuk jawatan Perdana menteri dan Presiden lagi. Tafsiran sedemikian bercanggah dengan intipati dan asas amar makruf nahi mungkar di dalam Quran!
Tanggungjawab Pak Lah Adalah Undur!
Presiden MCA telah menolak pelawaan jawatan Menteri dan ahli-ahli menuntut pengunduran Dato Seri Ong Ka Ting. Dato Samy Vellu menolak perlantikan sebagai Senator untuk membolehkan beliau dilantik Menteri. Tan Sri Koh Tsu Koon menawarkan perletakkan jawatan sebagai Pemangku Presiden Gerakan. Dato Kayveas terus diam menerima kekalahan dengan hormat. mereka menjauhkan diri bagai memberi signal suruh mengundur.
Dengan Pak Lah dan menantu menjadi penyebab Barisan Nasional kalah dengan amat teruk dan keadaan berada dihujung tanduk, tidak malukah Pak Lah mahu kekal sebagai Perdana Menteri?
Adakah Pak Lah mahu diingati sejarah sebagai Hitler Melayu yang mempertahankan kubu hingga negara, bangsa dan parti hancur berderai?
Sabarlah, Mengucap Banyak banyak. Tak baik panggil sesama Islam "Khinzir". Berdosa.
ReplyDeletePesan Rasulullah saw kalau kita terlalu marah, wuduk. Kalau masih marah lagi, cuba tidur. Bila bangun nanti InsyaAllah redalah.
Janganlah benci sangat pada UMNO. Ingatlah jasa jasa UMNO pada Bangsa, Agama dan Negara. Tak kanlah tak de yang baik langsung.
BerSabarlah. Pegang pada Prinsip Allah swt Maha Melihat, Maha Mendengar dan Maha Mengetahui APA APA pun kita buat.
Terimalah Qada Qadar kita. DiTakdirkan Allah swt rezeki Pak Lah jadi PM. Terimalah dan kalau ada rezeki Khairy adalah.
Macamlah rezeki Lim Kit Siang, anaknya yang dapat jadi Chief Minister dan menantunya yang MP Melaka dan juga First Lady Penang.
Karpal Singh dan anaknya dan Isteri Anwar Ibrahim dan anak perempuannya. Rezeki masing masing dapat pegang kuasa. Rezeki masing masing.
Jangang marah marah sangat, nanti cepat tua dan Umur pendek. Bertenang. Ingat Allah swt. Hidup ini bukan dunia sahaja, kita orang Islam ada dunia dan akhirat. Salam.
pak la pak la kamu ini masih tak faham-faham lagi ke..raayat nak kamu berundur...jangan la kamu berdegil lagi...sumbangan kamu tidak perlu lagi dan jangan lupa bawa bersama dengan anak menantu kesayangan itu...faham!!!! belum bangkit dari tidur lagi ke...
ReplyDeleteKhairy should not be allowed to hold a cabinet minister post because he is very volatile. The Ketuanan Melayu is deeply embedded within him which may impair his judgement and understanding about race relations issues in a multi-cultural society like Malaysia. Besides, in such a young age he has never been far from controversy involving women, personal business venture etc.
ReplyDeleteSome people l heard as saying that Khairy is power mad. He will resort to all kind of dirty tricks to get power and this we have seen during the election he won in Rembau after losing in the first two vote counts. As Raja Petra said, even David Copperfield would not have been able to perform a magic like that. Even Einstein would not have been able to conjure-up a winning formula like what happened in Rembau. I felt very sorry indeed for Cik Gu Bad. He has been robbed !. You and l know it.
Khairy also has been seen behaving like a hooligan and was the ring-leader behind the big demonstration when the US Secretary of State came to visit Malaysia a while ago. This certainly is no good for International Relations that Malaysia is trying to bridge with America.
Khairy maybe an Oxford graduate and the SIL of PM but it takes more than that to be a good leader. A good leader will sacrifice himself for the benefit of the rakyat.
Barisan Nasional Leaders as the whole world knows wants glamour, power, wealth and all the good living and benefits that comes with the Minsterial title. Some people say that his involvement meddling with his FIL duties has led to the defeat of many BN seats in the previous GE.
It will take a while for Khairy to mature and grow-up. His behaviour reminds me of Nazri Aziz - that pompous arrogant, megalomaniac, egocentric, rascist MP - another trade mark of BN leaders.
hai cucuwaktelu! .... bahasa lu ngalahkan pihak barisan Rakyat.
ReplyDeletebro, kasi ler gambar banner tuh besar sikit......
ReplyDeleteSaya guna bahasa Melayu. Macam nana pula gaya pencadang dan pembangkang.
ReplyDeletePerdana Menteri dengan budibicaranya boleh melantik Khairy menjawat jawatan dalam kabinet. Sama ada dia boleh memimpin dengan baik .. itu faktor boleh ubah. Dia ada pilihan untuk sama ada memporak peranda masyarakat ataupun menyatupadukan semua manusia di Malaysia. Kerana Syaitan pun boleh menyatupadu manusia menentang Tuhan maha esa... yang mengakibatkan kemusnahan dan kehancuran dirinya selama-lamanya.
ReplyDeleteMereka menyuruh Pak Lah berundur. Pada masa yang yang sama mereka memaki hamun apa yang UMNO buat. Saya nampak tindakan anda adalah pembangkang sebab cara-cara anda dan bahasa yang anda gunakan tidak menampakkan yang anda adalah ahli UMNO. Anda adalah seperti juga parti pembangkang yang lain dalam tindakan dan cara anda. Sama anda meminta Pak Lah berundur atau tidak, saya tidak menerima cara yang begini.
ReplyDeleteANonymous 10:29 am
ReplyDeleteYou have said nothing to convince me and my reader that I am a not an UMNO man.
Present and substantiate your argument or you are merely making accusation and taknik labeling.
Substantiate it or I will rid of your two comments, coward!