Thursday, May 22, 2008

Jangan Mengeloh, TDM Hendak Selamatkan UMNO

Anwar dan Azmin ajak lompat parti. Ezam mahu kembali dan Nalla mohon masuk BN. Tun sedang lakukan "killing two birds with one stone".

Seorang Ketua Wanita merintih resah dengan tindakan Tun Dr Mahathir keluar UMNO. Bertubi-tubi SMS masuk memberitahu tindakan Tun untuk minta ahli keluar parti dan bubarkan cawangan boleh melumpuhkan UMNO.

Apabila diberitahu Tun juga mengajak MP lompat jadi bebas untuk dudok bersama YB Dato Ibrahim Ali, bukan ikut ANwar Ibrahim, dia bertambah resah memikirkan jawapan yang hendak diberikan kepada pertanyaan-pertanyaan yang diterima dari ahli-ahli UMNO lain Bahagian dan rakan-rakan.

Selain reaksi dari pemegang jawatan utama dalam UMNO, demikian adalah antara reaksi di akar umbi yang berbelah bagi antara sayang mereka kepada Tun tetapi tidak mahu lihat UMNO hancur.

Malah ada aktivis politik pengikut Tun yang reaksi segera setuju dengan tindak tanduk Dr M tetapi kesal Tun ajak orang keluar parti. Setelah dilihat beberapa perkembangan terbaru termasuk desakan Tun dalam blog berjodol "Lompat", reaksinya berubah. Katanya, "Brilliant!"

Dengan satu imbas, saranannya itu boleh menyelamatkan masaalah dalaman UMNO dan ancaman MP BN lompat ke PKR. Oleh yang demikian, Tun bukan hendak menghancurkan UMNO seperti yang dikatakan oleh mereka-mereka yang berkepentingan.

Masaalah dalaman UMNO yang difahami ramai secara langsung dan tidak langsung adalah kelemahan kebolehan pentadbiran dan kepimpinan Pak Lah. Kedua, campurtangan keluarga dan penyusupan anasir-anasir asing dalam pentadbiran dan polisi-polisi ekonomi, sosial, hubungan hal ehwak asing, keselamatan, dan parti.

Selama beberapa tahun lepas, pemerhati-pemerhati politik yang berwibawa jelas nampak Pak Lah diugut untuk mengikut kehendak dan agenda asing.

Sebagaimana yang disarankan oleh Dato Ruhanie Ahmad di Forum MyKMU Johor Baru, Pak Lah telah mengetepi kepentingan negara dan menggadaikan kedaulatan negara dan bangsa dalam geo-global politics untuk mengikut rentak irama kuasa-kuasa Zionis-Nasara.


Pak Lah berada dalam keadaan diugut oleh kuasa-kuasa asing akibat pembabitan Kamaluddin dalam skandal nuklear Scomi dan skandal Oil-for-Food yang mana adik iparnya mendapat bahagian membekal barangan dibayar dengan bahagian 16 juta tong minyak berbanding 6 juta tong untuk Petronas.

Di peringkat politik tempatan, ancaman lompat parti oleh Anwar Ibrahim itu berkemungkinan berlaku. Khabarnya 43 ahli MP BN sudah dapat dipujuk. Kebanyakkan mereka ini dikatakan mempunyai pelbagai tuntutan dan isu.

Adakah Pak Lah berupaya untuk negotiate dengan baik dan tangani tuntutan dan keresahan mereka? Bolehkah Pak lah selesaikan tuntutan seperti tuntutan peningkatan royalti minyak dari 5% ke 20%? Bagaimana pula dengan tuntutan otonomi? Pasti tidak dan mereka sendiri tidak yakin Pak Lah boleh selesaikan. Adakah mungkin tawaran ini adalah sengaja sesuatu yang tidak dipenuhi?

Jika diamati nasihat Tun, adalah lebih baik mereka jadi bebas dan tunggu hingga Pak Lah undur untuk kembali semula. Dengan berada sebagai bebas, MP yang tidak puas hati tidak tertakluk kepada telunjuk disiplin parti ala Pak Lah dan putarbelit Anwar dalam politik Pakatan Rakyat yang rapuh tetapi bebas menegur.

Tun ingatkan Anwar tidak dapat memenuhi kehendak mereka untuk jawatan-jawatan. Seorang pemerhati politik, Datuk Dr Cheah See Kian menyedari tindakan Tun. Laporan The Star bertarikh hari Rabu. Mei 21, 2008 berjodol "Expert: Dr Mahathir’s decision will hasten rise of Anwar". Sedutan seperti berikut:
Dr Cheah said Dr Mahathir was keen to see a “reshuffle” within Umno.

He added that Dr Mahathir was hopeful that his “preferences” would move up the ranks.

Dr Cheah believed that Dr Mahathir would not like to see his nemesis Anwar rise and gain control, but at the same time, he also did not like Abdullah to be at the helm.

Selain dari ancaman ini, semalam Dato Nallakaruppan, rakan baik Anwar selama 30 tahun, telah berjumpa Pak Lah untuk memohon partinya MUIP memasuki BN. Ezam Md Nor telah mengumumkan pengunduran dari NGO anti korupsi, GERAK pada Mei 15hb, 2008 baru-baru ini dan mungkin merupakan langkah untuk masuk UMNO.


Telah lama diketahui aktivis-akstivis politik bahawa Ezam dan Azmin sudah lama berhubungan dengan Khairy Jamaluddin. Melalui sebuah syarikat Kaswa Motors di Taman Tun Dr Ismail, Azmin dikatakan memperolehi AP impot kereta yang banyak. Mungkinkah sepupu Khairy, AP King berikan?

Kemasukkan kembali Ezam ke UMNO kemungkinan hanya permulaan fasa kemasukkan kembali Anwar Ibrahim ke dalam UMNO. Musoh besar UMNO dan ejen Zionis/Neo-con akan kembali ke dalam UMNO dan bukan dipinggiran lagi.

Dato Nallakaruppan yang dikatakan rakan 30 tahun Anwar semalam menziarahi Pak Lah untuk menyuarakan baiah. Dia sedang mengusahakan partinya MUIP untuk masuk BN.


Agak susah untuk jurublog ini untuk percaya Ezam dan Nalla meminggirkan Anwar. Begitu juga mereka-mereka yang sudah kembali kepada UMNO seperti Roslan Kassim, Lokman Adam, Hanafiah Man dan lain-lain.

Kehadhiran mereka dan bekas aktivis-aktivis Semangat 46 hanya digunakan Pak Lah untuk kempen memalukan Mahathir.

Ini memungkinkan Anwar kembali ke UMNO. Hasrat Anwar ini sebenarnya diketahui oleh kumpulan-kumpulan tertentu. Dikatakan Anwar telah menyatakan hasrat ini secara tertutup kepada beberapa orang kuat UMNO tidak beberapa lama baru-baru ini. Selama ini pun Anwar tidak betul-betul mengkritik Pak Lah dan Khairy.

Sehingga hari ini, peranan Khairy menghantar paspot kepada Anwar masih menjadi tandatanya sehingga hari ini. Khairy sudah lama disedari dan diintip berhubong dengan orang-orang tertentu kem Anwar.

Malah jurublog ini pernah melihat soalan di blog Anwar yang bertanyakan status keahliannya dalam PKR dipadamkan. Sudahkah Penasihat Anwar memohon menjadi ahli PKR? Kalau sebelum ini dia berhelah tidak boleh lakukan sebelum Black 14, April 14hb, 2008, apa pula kali ini?

Anwar mungkin dikembalikan untuk membantu Pak Lah.

Pada Pak Lah, asal dia dapat berkuasa, dia tidak peduli agenda atau orang apa yang akan membantu. Biar pembaharuan yang dilakukan tidak menguntungkan Melayu dan UMNO. Dan, tidak kira Anwar tidak diterima orang UMNO dan agenda Anwar lebih kepada agenda special interest dan tidak menguntongkan orang Melayu.

Pak Lah orangnya tidak cerdik. Dia nampak lembut di luar tetapi siapa tidak tahu kedegilannya? Inilah kedegilan Pak Lah yang enggan turun kuasa.

Siapa tidak tahu Kamaluddin merempoh pertemuan Pak Lah dan Tun Musa dan menjerit kearahnya menyurohnya kekal. Musa menyoal siapa yang PM ni. Cerita rahsia ini keliling diceritakan Musa Hitam sebagaimana rahsia Rafidah dimarahi ibu Khairy kerana menulsi surat kepada Pak Lah.

Pak Lah tidak berubah.

Harap-harap Ketua Wanita tersebut dan rakan-rakannya dapat memahami niat Tun dalam hal ini. Dari dalam sudah diusahakan teguran. Kritikan dan pendedahan telah dilakukan. Akarumbi dan rakyat sudah bersuara melalui kotal undi. Pertemuan dengan ahli-ahli telah dilakukan. Jelas sudah Pak Lah harus turun, tetapi dia enggan turun. Apa cara lagi?

Tun tidak lakukan sesuatu tanpa melihat beberapa tapak ke hadapan. Tun tidak ada lain yang dia mahu dan risaukan selain dari kepentingan bangsa. Kalau dia fikirkan politik anaknya, mengapa perlu dia mengambil risiko yang boleh menjejaskan kerjaya politik Mukhriz? Masaalah tuduhan terhadapnya pun tidak menjadi masaalah kepadanya.

Percayalah perjuangan ini murni dan ikhlas untuk selamatkan agama, bangsa dan tanahair. Ini bukan retorik.

Kalau sudah marah benar dengan Tun hingga tidak dapat dibendung, suarakan sekuat-kuatnya hingga dilihat media dan rentang poster sana sini untuk mengutuk Tun.

Mungkin itu juga yang Tun mahukan ...

3 comments:

  1. Anonymous8:30 PM

    nak selamatkan karier politik kawan konon, sampai rumah sendiri tergadai

    ReplyDelete
  2. Anonymous11:13 PM

    It is clear that Tun has become the sacrificial lamb to save UMNO from Anwar's coup detat.

    Yet he remain with his calling to remove the virus named Abdullah.

    UMNO, the Institution will not fall if UMNO members at the grassroot think more strategically.

    The immediate impact from Tun's action is that Abdullah will continue to be on his toe and under immense pressure of continual onslaught till the July branch meeting.

    There is more coming. He claimed to have 101 tricks up his sleave. Make that 100 since he has already used one.

    With more cards to be revealed, Pak Lah will lose control of the branches by July. Voices of dissent at the grassroot he has suppressed will be in no fear of punshment or reprimand. These voices will rise to the top.

    The feudal structure of top bottom hierarchial control will crumble. Democrasy will be restored and UMNO will regain strength. It will come out stronger.

    The impact on UMNO from this onslaught will be surgical and short lived. It should be enough to change the top.

    This move by Tun is difficult to read. Thus far none has come up with a strategic explanation of his move, let alone read its strategic next move.

    The closer to the UMNO meetings, more unexpected happeninsg will occur. By that time, be it Dolah or his MKT or even his set of claimed genius will be unable to quash anything.

    ReplyDelete
  3. Maaf cakaplah ya! Pak Lah tu memang lemah, bebal dan semakin menjadi suatu beban atau 'liabiliti' kepada negara kita.

    Kalaulah menurut penulis blog ini yang mengatakan bahawa:-

    " Pak Lah berada dalam keadaan diugut oleh kuasa-kuasa asing akibat pembabitan Kamaluddin dalam skandal nuklear Scomi dan skandal Oil-for-Food yang mana adik iparnya mendapat bahagian membekal barangan dibayar dengan bahagian 16 juta tong minyak berbanding 6 juta tong untuk Petronas. "

    Sekiranya keadaan ini benar, maka amat jelas bahawa negara kita juga akan turut 'diugut' oleh Kuasa-kuasa Asing itu! Nescaya negara mungkin 'tergadai' pula akibat ugutan terhadap pemimipin negara, iaitu Perdana Menteri kita sendiri!

    Tetapi kalaulah Pak Lah itu seorang yang bijak, maka beliau tidak perlu takut dengan ugutan Barat tentang pembabitan Scomi dalam isu 'aluminium centrifuge' yang dibekal olih Scomi ke sebuah negara asing. Menurut seorang pakar penyiasat senjata nuclear untuk Bangsa-bangsa Bersatu (Mr. Scott Ritter), bahawa alat 'aluminium centrifuge' itu TIDAK BOLEH digunakan untuk membuat senjata nuclear! Maka apakah sebabnya Pak Lah perlu takut dengan ugutan Barat itu, kalau apa yang diujar oleh Mr. Scott Ritter itu adalah perkara yang benar!?

    Mengenai isu skandal 'Oil-For-Food' pula, ianya adalah merupakan suatu taktik kotor yang sama juga digunakan oleh pihak kerajaan Amerika (Neo-Cons) untuk mengugut dan memburuk-burukkan seorang Ahli Parlimen Britain (Mr. George Galloway), yang telah dengan begitu lantang dalam menentang kerajaan Perdana Menteri Tony Blair kerana Britain telah turut bersama Amerika menyerang negara Iraq pada tahun 2003.

    Namun, Mr. George Galloway dengan begitu berani (bukan semacam Pak Lah yang penakut tu), telah berhadapan dengan tuduhan Amerika itu, lantaran beliau telah menafikan segala tuduhan mereka malah beliau telah memalukan pula Senate Sub-Committee Amerika yang cuba membuat tuduhan melulu terhadap beliau mengenai pembabitan beliau dalam skandal ‘Oil-For-Food’ program di Iraq. Mr. George Galloway 'tidak lari dari masalah' namun telah berdepan terus dengan masalah (iaitu kerajaan Amerika), lantas beliau telah membidas serta mengaibkan kerajaan Amerika pula akan tuduhan mereka yang melulu dan tidak berasas itu terhadap beliau.

    Apakah Pak Lah berani & sanggup mempertahankan diri sebagaimana Mr. George Galloway telah lakukan? Sekiranya beliau berani kerana benar, maka Pak Lah tidak perlu lari dari masalah ini, malah beliau perlu berdepan dengannya dan tidak jadi seorang pemimipin negara yang dayus! Sekiranya beliau terus mengelak-elak dari masalah ini, nescaya dikhuatiri negara kita pula yang akan turut terjejas akibat Perdana Menteri kita sendiri turut ‘terugut’ dengan dua isu yang boleh mencemaskan negara kita.

    Apakah Pak Lah akan meletakkan negara kita dalam suatu keadaan cemas dan bahaya oleh sebab hendak menyelamatkan diri beliau sendiri atau ahli keluarga beliau!? Kalaulah sedemikian, maka suatu ‘act of treason’ atau perbuatan mengkhiati negara sendiri mungkin akan berlaku! Sungguh menakutkanlah!

    Bersama-samalah kita fikir-fikirkan persoalan ini!

    Wassalam.

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.