Tuesday, May 27, 2008

Sticky: Kepulangan Dr Mahathir Dari Tokyo


Masih ingatkah kita imej sambutan menyambut kepulangan beliau dari Eropah pada Julai 22hb, 2006? (Sila lihat di Jinggo Fotopage.)
Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir dan Tun Dr Siti Hasmah akan kembali ke tanahir dari Tokyo pada petang Selasa Mei 27hb 2008 di Terminal Persendirian Petronas di Lapangan Terbang Sultan Salahuddin Abdul Aziz, Subang. Kapalterbang Tun dijangka mendarat 5:30 petang.

Kami mengajak rakyat Malaysia memberi ribuan sambutan kepada negarawan kita sebagai menandakan kasih sayang kepada Tun. Kita mula berkumpul dari pukul 4:30 petang.

Walaupun agak susah untuk ramai turun dihari dan waktu kerja, kehadhiran anda yang dapat hadhir adalah sokongan dan rangsangan kepada perjuangan beliau untuk menyelamatkan kedaulatan negara dan mengelakkan kehancuran dari pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi.