Ingatkah kita peristiwa di Persidangan Agong UMNO tahun 2006 yang mana Dato Mukhriz mahu dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin kerana ulasannya mengenai ucapan Presiden?
Jeanbara, penulis blog Depa Kata telah membandingkan kenyataan Pak Lah hari ini berkenaan langkah kerajaan untuk meringankan beban rakyat dengan kenyataannya pada 2006. (Sila lihat di sini dan sini.)
Tidak ada beza bagi tahun 2006 dan 2008. Ia mengulang pra-pengumuman dan pengumuman yang sama.
Ini hanya petanda Pak Lah hanya cakap saja, tidak faham dan hayati apa yang dikata. Nampakkah kita langkah-langkah yang dijanjikan dan hasilnya?
Adakah sesuai langkah-langkah am dahulu digunakan untuk senario sekarang yang berbeza? Tidak bolehkah "punah"sihat-"punah"sihatnya yang kononnya pandai memikirkan langkah yang unik dan tepat kepada permasaalahan sekarang?
Baca seterusnya apa perkara-perkara yang sama itu.
Pra-Pengumuman Sama
2008, Hari Ini
Ringankan Beban Rakyat - 4 Langkah segera atasi kenaikan harga minyak akan diumum2006
PUTRAJAYA 6 Jun – Kerajaan akan mengumumkan butiran mengenai empat langkah segera awal minggu depan yang bertujuan untuk meringankan beban pengguna berikutan kenaikan mendadak harga minyak dan tarif elektrik, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.(Utusan Malaysia, 7 Jun 2008)
Langkah Bantu Rakyat: PM akan umum tindakan hadapi kesan kenaikan harga minyakSedarkah kedua-duanya masaalah yang sama?
PUTRAJAYA 10 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, kerajaan akan mengumumkan beberapa langkah tertentu tidak lama lagi bagi membantu golongan yang memerlukan untuk menghadapi kesan kenaikan harga minyak baru-baru ini.(Utusan Malaysia 11 Mac 2006)
Rancangan Yang Diumum
2008, Hari ini
Dalam pertemuan dengan para editor kanan di sini, Perdana Menteri berkata, empat langkah itu melibatkan tindakan penjimatan kos oleh jabatan dan agensi kerajaan, memperluaskan jaringan jaminan sosial bagi rakyat dalam golongan berpendapatan rendah dan mereka yang kurang bernasib baik seperti ibu tunggal serta orang kurang upaya, menambah senarai bahan kawalan untuk mengekalkan harga rendah dan meningkatkan jumlah pengangkutan awam seperti bas.2006(Utusan Malaysia 7 Jun 2008)
"Kita akan pulangkan balik kepada rakyat, gunakan wang ini untuk projek yang akan menelan kos agak banyak iaitu pengangkutan awam yang pada hari ini keadaannya tidak memuaskan hati sehingga menyusahkan rakyat dan memaksa mereka membeli kereta.”-Datuk Seri Abdullah Ahmad BadawiLangkah am yang dikata masih perkara yang sama.(Utusan Malaysia 1 Mac 2006)
PUTRAJAYA 6 Mac - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu kakitangan awam mengamalkan kaedah pengawalan kos yang berkesan bagi mengelakkan pembaziran dalam kerajaan ekoran kenaikan harga minyak diesel dan petrol.
Perdana Menteri berkata, perkara itu perlu dilaksanakan melalui penguatkuasaan yang lebih tegas bagi mengelakkan harga barangan terus meningkat sehingga membebankan para pengguna.(Utusan Malaysia 7 Mac, 2006)
Dalam senarios sekrang, logikkah kenyataannya sekarang?
Tidakkah dia sedar kenaikkan ini adalah kerana kerajaan tidak mahu lagi memberi subsidi dan mengurangkan senarai barangan terkawal.
Jangan salahkan Mukhriz, jika ia berkata, "tiada beza".Begitulah UMNO sekarang di bawah kepimpinan serba tak tahu dan serba tak ingat yang sudah dibayang P Ramlee pulohan tahun dahulu.
Selepas itu, kita tunggu saja burung-burung kakaktua seperti Ismail Sabri, Azalina, Zahid Hamidi, Mat Taib, Ali Rastam, Ketua Muafakat Tan Sri Tajuddin Ali dan lain-lain yang akan menyanyikan ... letrum letrum mul lala ... menyuruh supaya setia, jangan kritik dan tidak menghina Presiden parti.
Burung kakaktua yang betul-betul tua seperti Bekas Senator Musa Sheikh Fadzir akan menyambut ... burung kakak tuuuaaaa ... menuntut langkah disiplin terhadap Mukhriz.
Alif tendang mim, nun tendang wau, sarkas.
Undurlah Ketua Sarkas!
No comments:
Post a Comment
Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.
Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.