Mutakhir ini saya tidak dapat kemaskinikan blog. Isteri saya menjalani sedikit pembedahan dan saya ada komitmen lain yang perlu diberi perhatian. Mohon maaf.
Sementara saya kembali blog dalam sedikit masa, hayatilah Gurindam Dua Belas karangan ulama, ahli sejarah, pujangga, dan negarawan Raja Ali Haji (1808-73).
Fasal pertama:
Barang siapa mengenal yang empat
Maka dia itulah orang ma'rifat
Barang siapa mengenal Allah
Suroh dan tegah-nya tiada ia menyalah
Barang siapa mengenal diri
Maka telah mengenal akan Tuhan Yang Bahari
Barang siapa mengenal dunia
Tahulah dia barang yang terpedaya
Barang siapa mengenal akhirat
Tahulah dia dunia melarat
Fasal Kedua:
Apabila terpelihara mata
Sadikit chita chita
Apabila terpelihara kuping
Khabar yang jahat tidaklah damping
Bersunggoh sunggoh engkau memeliharakan
Tangan daripada segala berat ringan
Apabila perut terlalu penoh
Keluarlah fo'il yang tiada senonoh.
Fasal ketiga:
Hati itu kerajaan didalam tuboh
Jikalau dzalim segala anggota pun roboh
Apabila dengki telah bertanah
Datanglah daripadanya beberapa anak panah
Mengumpat dan memuji hendaklah fikir
Disitulah banyak orang yang tergelinchir
Pekerjaan marah jangan dibela
Nanti hilang 'akal di kepala
Jika sadikit pun berbuat bohong
Boleh diumpamakan mulutnua pekong.
Fasal keempat:
Barang siapa meninggalkan sembahyang
Sapert rumah tidak bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa
Tidaklah dapat dua temasha
Barang siapa meninggalkan zakat
Tidaklah hartanya boleh berkat
Barang siapa meninggalkan haji
Tidaklah ia menyempurnakan janji
Fasal kelima:
Jika hendak mengenal orang yang berbangsa
Lihat kepada budi dan bahasa
Jika hendak mengenal orang yang berbahagia
Sangat memeliharakan yang sia sia
Jika hendak mengenal orang yang mulia
Lihatlah kepada kelakuan dia
Jika hendak mengenal orang yang ber'akal
Didalam dunia mengambil bekal
Juka hendak mengnal orang baik perangai
Lihat pada ketika berchampor dengan orang ramai
Fasal keenam:
Chahari oleh mu akan sahabat
Yang boleh dijadikan ubat
Chahari oleh mu akan guru
Yang boleh tahukan tiap seteru
Chahri oleh mu akan kawan
Pileh segala orang yang setiawan
Chari oleh mu akan abdi
Yang ada baik sadikit budi
Fasal ketujuh:
Apabila banyak berkata kata
Disitulah jalan masok dusta
Apabila banyak berlebeh lebehan suka
Itulah tanda hampir duka
Apabila kita kurang siasat
Itulah tanda pekerjaan akan sesat
Apabila anak tiada dilateh
Jika besar bapanya letah
Apabila banyak menchela orang
Itulah tanda dirinya kurang
Fasal kedelapan:
Barang siapa khianat akan diri nya
Apa lagi kapada lainnya
Kapada dirinya ia aniaya
Orang itu jangan engkau perchaya
Lidah yang suka membenarkan diri nya
Daripada yang lain dapat kesalahan nya
Kejahatan diri sembunyikan
Kebajikan diri diamkan
Ke'aiban diri handak lah sangka
Ke'aiban orang jangan dibuka
Fasal kesembilan:
Kejahatan saorang perempuan tua
Itulah iblis punya penggawa
Kebanyakan orang muda2
Disitulah shaitan tempat tergoda
Ada pun orang tua yang hemat
Shaitan ta' suka membuat sahabat
Jika orang muda kuat berguru
Dengan shaitan jadi berseteru
Fasal kesapuloh
Dengan bapa jangan durhaka
Supaya Allah tidak murka
Dengan ibu hendaklah selamat
Supaya badan dapat selamat
Dengan anak jangan lah alpa
Supaya malu jangan menimpa
Dengan kawan hendaklah adil
Supaya tangan jadi kepil
Fasal kesabelas:
Hendaklah berjasa
Kapada yang sabangsa
Hendaklah jadi kepala
Buang perangai yang chela
Hendaklah memegang amanat
Buanglah khianat
Hendaklah mulai
Jangan melalui
Hendak ramai
Murahkan perangai
Fasal kedua belas:
Raja bermuafakat dengan menteri
Saperti kebun perpagar duri
Betul hati kepada raja
Tanda jadi sebarang kerja
Hukum adil kepada ra'ayat
Tanda raja beroleh inayat
Kasehan orang yang ber'ilmu
Tanda rahmat atas diri mu
Hormat akan orang yang pandai
Tanda mengenal kasa dan chindai
I miss your posts.
ReplyDeleteI understand now. I pray all will be well on your part, because another brick in the wall can mean a great deal to me and possibly us too.
All the best to you, blogger!
Penuh dengan nasihat berasaskan rohani!
ReplyDeletesemuga isteri dapat melalui masa kesukaran dengan tabah dan cepat sembuh.
ReplyDeleteTuan izin kan kiranya dapat memberi pendapat saya ini jika tidak keberatan,
ReplyDeletejika salah tolong per betulkan maksud `mengenal yang empat' :
`Barang siapa mengenal yang empat
Maka dia itulah orang ma'rifat'
Syariat;
Adalah pakaian ku dalam kehidupan tidak boleh ku tinggal kan Sunnah Nabi, Rukun Islam dan Iman.
Tarikat;
Adalah perjalanan ku untuk mencari cinta ku bersama mu ya Allah S.W.T
Hakikat:
Adalah pengakuan ku bahawa sa nya Engkaulah yang satu Kekasih ku ya Allah S.W.T.
Ma`rifat :
Kecintaan, Kebahagian, Kesusahan Hidup ku ini semua nya datang dari MU ya Allah S.W.T,
Bersyukur atas segala anugerah mu,
Siapa lah hamba mu ini disisi mu.......
Apabila Solat Manis dan Nikmat rasa nya tiada bandingan.
Tiada apa lagi yang ku perlukan di dunia ini....
Semoga semuanya selamat, InshaAllah.
ReplyDeleteBro Voicey,
ReplyDeleteHope evryting will turn up fine n may Allah bless u wth patience & strenght to come back blogging..in the mean time I pray to Allah for ur wife n family's wellness..be safe..
SAY NO TO NWO!!
Semoga dikurniakan Allah kesihatan yang baik.
ReplyDeleteKadang kita tak perasan bahawa kesihatan adalah rezeki yang lebih bermakna daripada wang ringgit.
Salam,
ReplyDeleteSemoga isteri segera sembuh.