Bahang kemarahan terhadap Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum reda. Kalau Khalid hanya 10%, Anwar menjanjikan 20%.
Malam tadi, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam siri kempennya di pasar malam Seberang Jaya 2 membuka mulut pula menjanjikan kuota 20% untuk kaum bukan Bumiputera masuk belajar di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kenyataan Ahli Parlimen Bebas dan bekas pemimpin pelajar ITM, Dato Ibrahim Ali yang bersemangat mempertahankan status Bumiputera untuk UiTM dalam wawancara di Bernama TV semalam dicemik-cemikkan oleh Anwar.
Anwar tidak langsung sensitif dengan tunjuk perasaan yang dibuat oleh anak-anak penuntut pelajar UiTM di cawangan-cawangan seluruh negara. Dia ketepikan perasaan kecewa pulohan ribu anak bangsanya dengan menuduh ia hanya caturan Naib Cansellor UiTM, Prof Dato Ibrahim Shah untuk mendapat lanjutan kontrak yang akan habis.
Disamping itu, Anwar mengulangkan janji jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada kaum Cina dan India, disamping satu jawatan Timbalan Perdana Menteri untuk Melayu yang sedia ada, jika ia naik menjadi Perdana Menteri.
Memang Anwar Baru sudah begitu sekali pemikirannya. Seolah-olah dia bukan lagi orang Melayu dan naluri semulajadinya sudah berubah menjadi orang Malaysia tanpa mempunyai bangsa.
Atau mungkinkah Anwar mula merasa terdesak kerana kesunyian PAS hingga sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan undi bukan Melayu?
Keengganan Anwar melakukan mubahalah dalam isu liwat mungkin sekali telah mengubah perasaan simpati orang ramai menjadi curiga terhadap sandiwara dan dolah dalihnya.
Dengan pekerja parti PKR begitu bersungguh-sungguh dan bersemangat, Anwar mungkin tidak menyedari rintihan dan kesusahan kaumnya di Pulau Pinang, termasuk di Permatang Pauh yang berada di bawah pemerintahan DAP. Pelbagai kemudahan dan bantuan untuk orang Melayu telah dihentikan atas polisi sama rata.
Kalau di bawah Gerakan ada empat orang ahli exco Melayu, kini hanya tinggal dua orang Melayu-Islam. Bagaimana dua orang ini dari parti yang begitu liberal dan mentah dalam pentadbiran boleh membela kaum Melayu yang rata-rata serba kekurangan di Pulau Pinang?
Bagi orang Melayu, baik UMNO atau PAS, UiTM adalah sebahagian dari perjuangan bersama untuk mendapatkan keistimewaan bagi memberi orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera peluang.
Berdasarkan pasaran bebas, meritokrasi dan persaingan, berapa kerat sahaja orang Melayu yang boleh mendapat pelajaran pengajian tinggi? Begitu juga dalam hal-hal professionalisma dan ekonomi.
Dengan polisi yang memberi peluang dan mempunyai toleran kepada kegagalan supaya ada yang akan berjaya, dapatlah kita lihat orang-orang Melayu menjadi professional.
Dalam keasyikan ahli korporat, Tan Sri Khalid terhadap kualiti, effisiensi komersial dan keupayaan bersaing, ia hanya mendedahkan kekecamukan pemikirannya yang tidak dapat membezakan antara polisi dunia perniagaan dan polisi awam yang melibatkan bidang pendidikan dan sosial.
Adakah persaingan yang telah menjadikan dirinya di mana dia berada sekarang? Tentu tidak.
Tanpa polisi yang mempunyai toleran untuk gagal, Khalid mungkin sebaik-baiknya hanya baru pencen dari jawatan Guru Besar Sekolah Melayu di Kuala Selangor. Malah tanpa DEB, Khalid tidak berupaya memiliki rumah RM16 juta di Damansara Heights atau rumah bungalow di Seksyen 16, Petaling Jaya yang dijadikan pejabat PKR.
Pemikiran komersial hanya mendahulukan keuntungan dan tidak ada dalam minda orang berniaga untuk peranan sosial memberi peluang kepada mereka yang perlu dibantu dan untuk membangunkan masyarakat. Dunia komersial hanya melihat manusia itu sebagai sumber dan bukan sebagai insan yang mempunyai pelbagai keperluan, keinginnan dan harapan.
Jelas sekali Anwar, Khalid dan PKR berada di alam impian teori yang jauh dari realiti untuk mengharap usaha mengurangkan jurang perbezaan antara kaum boleh berlaku berdasarkan ekonomi bebas dan pendekatan “survival of the fittest”.
Kaum yang hanya lebih 30 tahun dahulu hanya mempunyai kurang dari 5% kekayaan dan pegangan ekuiti tanahair dan kini masih dalam keadaan bertatih tidak boleh diharapkan berlari untuk bersaing di sukan Olimpik.
Baik budak-budak Tingkat 4 atau pun "Parti Keldaikan Rakyat", masing-masing terlalu sempit pandangan kerana melihat polisi awam dari perspektif komersial dan pasaran bebas.
Untuk Melayu mendapatkan sesuatu keistimewaan seperti UiTM, ia bukan proses yang mudah. Disebalik sesuatu kemudahan dan kelonggaran yang diperolehi oleh orang Melayu, ia adalah hasil penat lelah pengorbanan, perjuangan dan kebijaksanaan pemimpin-pemimpin, pejuang-pejuang dan rakyat sebelum ini.
Banyak perundingan, tolak ansur dan pengorbanan perlu dibuat dengan kaum-kaum imigren, dan penjajah untuk mendapatkan kemerdekaan.
Selepas kemerdekaan, ianya tidak menjanjikan penduduk asal negara ini kemakmuran dan kesejahteraan. Orang Melayu dan bumiputera rata-rata masih dalam keadaan miskin, daif, dan serba ketinggalan. Kesusahan ini masih berterusan hingga terjadi satu rusuhan kaum yang membuka peluang untuk dapat kita berunding bagi mendapatkan keistimewaan ini.
Kalau masih menggunakan pelampung untuk berenang di pinggiran pantai, jangan pula mahu ditarik pelampung untuk berenang ketengah. Kalau sudah tahu berjalan pun, jangan cepat mahu dibuang tongkat itu. Satu hari masih diperlukan. Kalau tidak pun, masih ramai yang memerlukan.
Inilah PKR.
Begitu rakusnya PKR inginkan kuasa hingga tidak sedar bahawa hanya 5 bulan sebelum ini, mereka hanya mempunyai satu kerusi di Parlimen.
Kini mereka mahu menguasai kerajaan dengan apa cara saja. Bangsanya sendiri pun sanggup dijual. Padahal pemimpin-pemimpin utama PKR adalah pemimpin-pemimpion Melayu yang juga meraih kekayaan dari polisi-polisi DEB dan hasil amalan kronisma Anwar.
Inikah yang mereka faham sebagai makna peribahasa “Membujur lalu melintang patah” yang mereka nyanyi-nyanyikan?
bro,
ReplyDeletewhy not? teruk sangat ke Melayu sampai tak berani nak bersaing dengan kaum lain? I think it's a good idea. I'm sure those Malays that graduated from many universities that have multi-racial composition harbor the same feeling.
Posted comment At Haris Ibrahim on the same issue:
ReplyDeleteOne must understand the concept of formation of Uitm.
Its for the Malays and the bumiputeras.
Currently we have government universities UM, UTM, UPM, UKM, UUM, UMS sabah, UMS sarawak, UTAR, and many others.
We also have private university like state of the art UTP, MMU, Uniten, LKW and lots of overseas university programme like Nottingham University, and Many others.
Its open to all and we are spoilt for choice!
Yes, I miss out IIU- International Islamic University, maybe we should pressure OIC to provide 10% quotas to enroll non-muslim so that the muslim students become can finally be competitive.
Being an employer myself, Uitm has always been choice graduate.
ITM (formerly) was my first choice after SPM, if not getting accepted for UK universities.
Competitiveness is a non issue for Uitm. Ask any scholars in Malaysia, Uitm ranks high!
Khalid Ibrahim does not do his homework! He’s a political puppet.
Does he mean universities, say in China, must provide quotas for other races in order to become competitive? Does it have to have another skin colour to be competitive? Oxford and Cambridge does not need Africans or Arabs in the victorian era to be competitive. Isn’t Khalid Ibrabim statement racist in a way?
And to the Malays, 10% means more than 10,000 malay student lost their place in that university. That’s the core issue behind the 10% furore. It has nothing to do with competitiveness.
(over 20,000 now?)
So think again!
mwrmmg
OK, macam tu suruh dia janjikan quota 20% bumiputera dalam semua company2 bukan bumiputera.
ReplyDeleteBukan tukang sapu sampah, tapi management level.
Dia berani ka?
MM
To JAB:
ReplyDeleteI am anak MARA, and they send me to UK to compete with the world.
The issue is not competition. It is about "space" and opportunity!
Dulu Melayu pandai mana pun, no space, no opportunity. Then the Gment sent to every western world for Malays to compete!
So UiTM is about Space and Opportunity for Malays. On seat to non-bumi, is 1 seat less to Bumi!
mamak pun nak mintak quota
ReplyDeleteWow...semakin menarik....errrr atau semakin terdesak?
ReplyDeletePoliticians would have bundle of promises to attract supporters. But then, the policy is up to the institute authorities to decide. Its not because the reason of malay is scared competing with others, but the purpose of the institute being built to achieve its goals and objective which is to aid and give help for bumis to compete with other races. Don't you guys see in that way? We should not make this issue more fussy.
ReplyDeletesila baca prof. Azly's comment dalam MalaysiaKINI ...
ReplyDeleteHe makes a lot of sense ... MARA means move forward.
Poorah UiTM!
ReplyDeleteWhat do you mean by ranked high?
UiTM graduates performance in employment are not that good, except in Arts & Design, Hotel & Catering & probably Law.
Technical graduates from UiTM sucks
Azly Rahman?
ReplyDeleteYuck!
Arrogant pompus ass ... sama sewaktu dengan anti Social Contract Farish Noor, lawyer Melayu rambut tocang Azmi Shahrom, lawyer ajak murtad Harris Ibrahim, dan blogger Raja Petra Kamaruddin.
Ini semua sebakul!
ramai yang tidak faham kenapa UITM tidak dibuka kepada non-bumi.memang sudah sejak dari awal-awal lagi termaktub yang UITM adalah untuk bumiputera sahaja.
ReplyDeletelagipun masih banyak lagi universiti di Malaysia yang menerima kemasukan bukan bumiputera.
seperti univeristi yang lain,UITM juga ada polisinya yang tersendiri.Tan Sri Khalid pasti tahu akan hal ini.
jadi,apa masalahnya sekarang?
Nampak sangat Anwar ni jenis yang main cakap je, apa kerajaan tawarkan, Anwar akan pasti counter balik, siap bagi tawaran yang lebih heabt.
ReplyDeleteIngat ni pasar malam ke, boleh selamba main tawar-tawar je, nanti esok-esok buat-buat lupa.
Nak tunikan janji belum tentu lagi.
bro Nuar,
ReplyDeleteMu buka MCKK 20% kat non-bumi pulak bila jadi PM. Bior YamTuan Pancung pala bawah dan pala atas mu.
Labu Sayong
Anu ni memang BARUAH !!!!!!!!!!!!!!
ReplyDelete"Abang Awar" ni sengal ke ape? dah le kes ngan "adik Epul" tak selesai... buat janji kosong lak. Uitm tu Malay punya sejak azali lagi... so let it be... U lain kan melambak.
ReplyDeleteni taktik nak memancing pengundi je ni.
ReplyDeleteAnwar bukan main lagi cemuh BN cakap jangan main isu race...tapi ni apa?
Cakap tak serupa bikin.
NI la sikap Anwar, dah terbukti sangat...Sanggup cakap apa saja untuk mendapat undi. Kita nak ke PM macam ni menerajui Malaysia?
ReplyDeleteSalam semua.
ReplyDeleteDaripada maklumat MoHE dan MoHR yang tidak begitu didedahkan kepada umum, didapati setiap tahun lebih 80% fresh graduate UiTM berjaya settle down (either land their 1st job or get admitted into further studies) dalam masa 6 bulan selepas bergraduat. Universiti lain yg menandingi rekod ini hanya MMU, UTP dan UNITEN. Other universities (some big names included, in spite of their so-called "rankings"), only 55-60% of their fresh grads successfully settle down within 6 monts upon graduation. Sorry lah kalau maklumat ni sensitif kepada yg berkenaan yer...
Hence Mr/s. Anonymous #1 was ultimately right, what more with experience as a hiring employer himself/herself.
Jab and Mr/s. Anonymous #7, clearly you're the ones who sucks big time. Which run-off-the-mill college you graduated from?! Have you ever looked at the facts and figures?!
Azly Rahman yg mana satu pulak tu? Oooo yg kena tendang dari UUM tu ke?
Prof Diraja Ungku Aziz iktiraf UiTM
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0821&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm
KUALA LUMPUR 20 Ogos - Cendekiawan negara, Prof. Diraja Ungku Aziz menyifatkan cadangan untuk membuka kuota 10 peratus kemasukan ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) kepada bukan bumiputera sebagai satu cadangan gila dan tidak masuk akal.
Bekas Naib Canselor Universiti Malaya (UM) selama 20 tahun sejak 1968 itu me- nganggap cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim itu sebagai lari daripada matlamat asal penubuhan institusi itu untuk membela orang Melayu dalam bidang pendidikan.
"Walaupun UiTM pada masa kini tidak dibuka kepada kaum lain, namun kita nampak ia telah terbukti mampu melahirkan ramai tokoh dan intelektual Melayu dalam pelbagai bidang.
"Malah siswazah UiTM juga mempunyai pasaran kerja yang tinggi di syarikat-syarikat terkemuka dan mampu bersaing dengan kaum lain,", katanya kepada Utusan Malaysia di kediamannya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas cadangan Abdul Khalid yang mahukan UiTM membuka 10 peratus kuota kemasukan ke universiti itu kepada bukan bumiputera dengan alasan untuk mempertingkatkan mutu dan kualiti pendidikan tinggi di UiTM.
Walaupun pelbagai pihak mahu beliau menarik balik cadangan itu, Abdul Khalid tetap dengan pendiriannya serta enggan memohon maaf kerana berpendapat pelajar UiTM perlu lebih terbuka dan berani untuk bersaing dengan pelajar asing.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim turut mempertahankan kenyataan Abdul Khalid itu dan menyifatkan angka itu kecil sahaja.
Menurutnya, syor yang dibangkitkan oleh Abdul Khalid itu tepat dan kena pada masanya.
Ungku Aziz yang banyak memberi sumbangan dalam bidang pendidikan di negara ini termasuk mencetuskan penubuhan Pusat Asasi Sains dan Akademi Islam UM secara sinis berkata:
"Untuk membina ketahanan dan kecergasan diri, seseorang itu tidak perlu melakukan 'senaman' dengan kaum lain kerana yang penting ialah kekuatan minda dan keazaman individu itu sendiri."
prof Azly minta 30% MRSM do buka kaum lain!!!!
ReplyDeleteRetrogressive ideologies
In MRSM as well, a predominantly Malay-elite secondary institution for the best and brightest young Malays, similar things have been happening since the 1980s as well. Kursus Kesedaran (Self Awareness Courses) are conducted to instill the questionable idea of Ketuanan Melayu, making the children afraid of "Malaysian boogeymen and boogeywomen" and their own shadows.
Open-mindedness is rarely encouraged and students take control over each others' lives transplanting retrogressive ideologies into each other's head, with the help of ultra-nationalist and anti-multiculturalist teachers.
Even if these children survive the ideological ordeal and experience 'tough love' and go on to get their degrees from top American and British universities, they will still be Malays with a shallow understanding of multiculturalism or become more sophisticated Malays with more complex arguments on Ketuanan Melayu. http://azlyrahman-illuminations.blogspot.com/2008/02/155-malay-view-of-ketuanan-melayu.html
They will then design policies to affect the needed sustenance of ideology in order to protect the interests of the few. Neo-feudalistic cybernetic Malays are then new creation of the political-economic ruling class. They run the country and many are now running it down.
As an educator wishing to see Malays progress alongside in peace and prosperity with other races, I call upon us all to put a stop to all forms of indoctrination held especially by the BTN; an organisation that is of no value to the advancement of the Malays they claim to want to liberate.
It should be taken over by progressive Malaysians and replaced with a systematic effort to promote not only racial understanding through teaching respect and deep reflection on the cultures of the peoples of Malaysia, but also teach conflict resolution and mediation through cross-cultural perspectives. All must question the presence of BTN on campuses. All must reject BTN's programme for indoctrination.
Let us no longer allow any government body of that sort to set foot on our campuses or our schools. As Malaysians we have to demand an end to the further dissemination of racist ideologies.
Open up, not only UiTM and MRSM but also Umno to more cultures. We will have a great celebration of diversity and respect for human dignity in decades to come. I speak as a silent reproduction and capitalised human of both MRSM and UiTM; a product of the human capital revolution of the Mahathir era.
MARA means progress. Malays are now sick of contradictions and doublespeak. They do not wish to Undur. Let us all protest against the stupefication of the Malays. Let us dismantle racist institutions.
The issue is not so much about competitiveness or 'space' and opportunity for the bumiputera. It's about meritocracy. No point having a tertiary institutional that is trying to make a person a doctor/engineer/lawyer when he/she are not capable (academically) of becoming one. Hence in every country we have pre-tertiary examination. Every citizen in Malaysia are given the opportunity to take the exam and to excel academically that will open the door to their choice of tertiary education. So please do not see it that one seat to non-bumi, is one seat less for bumi.
ReplyDeleteNot every child can be a doctor/engineer/lawyer just because they inspire to be one. Hence the general education system have every screening process that based on meritocracy. I believe most of the child whom embark in their journey of education wanted to become a doctor/engineer/lawyer, if the education system is based on inspired/wanted instead of ability then our nation will be full of doctors/engineer/lawyer (albeit the quality of these professional are in serious doubt). Then there will be no clerk, chef, cleaner, bus driver etc. Every jobs have its opportunity to excel or success in life. It all up to individual hardwork and effort. By being from a certain race will not get you the success that you want or inspire in life.
So at the mentioned of quota is very misleading. It is going to be very unfair to the all Bumi who excel academically in their tertiary institution. We need to strive for a higher institutional that based on meritocracy instead of race-based.
Hereby a quote from Anwar:‘Anak Melayu, anak kita, anak Cina anak kita, anak India, pun anak kita. Mengapa harus kita bezakan?”
anon ... thank you for posting my comments
ReplyDeleteI therefore call, all great minds of the Malay race to think forward and move forward and reconsider the role of UITM. We are not from zaman tok kadok anymore. We can compete! No need to bumiputera policies anymore ..
Prof Azly Rahman, Columbia University
Azly Rahman,
ReplyDeleteDUIT RAKYAT RM 1.2 JUTA yg kau laki-bini SONGLAP tu kauorang dah bayar balik ke belum hah?
[August 2008] UUM press statement, a revelation on Azly Rahman & Mutiara Mohamed
Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini memberi penjelasan sebab-sebab mengapa Dr Azly Rahman dibuang kerja sertai isu berhubung keengganan beliau menandatangani surat Akujanji.
Penjelasan tersebut diberikan dalam satu kenyataaan oleh Pengarah Perhubungan Awam Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohd Zaini Nasri kepada malaysiakini melalui emel hari ini.
Berikut adalah kenyataan penuh Mohd Zaini yang bertajuk Isu Azly Rahman: Bukan janji tetapi hutang beliau RM1.2 juta:
Universiti Utara Malaysia (UUM) ingin menjelaskan beberapa perkara berkaitan dengan artikel yang disiarkan portal internet, malaysiakini pada 30 Julai 2007 bertajuk: “UUM VC: Apologise or we’ll slap you with an injuction”; dan `I want to serve...’ oleh Azly Rahman serta `UUM bersikap anti-intelektual’ oleh Lee Ban Chen pada 1 Ogos 2007.
Perkara pertama berkaitan kenyataan-kenyataan Dr Azly bahawa beliau dibuang daripada UUM kerana enggan menandatangani Surat Akujanji pada Disember 2004 dan UUM menghalang beliau menulis sesuatu yang menfitnah UUM ekoran notis firma guaman Azam Aziz & Co pada 5 Julai 2007.
Perkara kedua, Jabatan Perhubungan Awam UUM ingin menjelas dan memberikan kronologi isu ini begini: Dr Azly dibuang kerja atas dua pertuduhan 1. Tidak balik bertugas pada waktu yang ditetapkan walaupun UUM berkali-kali memberi peluang kepada beliau untuk kembali bertugas. 2. Beliau tidak menandatangani surat akujanji.
Perkara ketiga, Dr Azli dan isteri Dr Mutiara Mohamad belum membayar hutang RM1.25 juta kepada UUM.
Sebagai seorang pekerja dengan majikan, apa lagi dengan institusi ilmu seperti UUM, menjadi satu kesalahan jika seseorang di Malaysia tidak datang bekerja. Oleh itu, Dr Azly dan Dr Mutiara tidak boleh diberi keistimewaan untuk tidak datang bekerja seperti rakyat lain di Malaysia. Soal sekiranya institusi ilmu seperti Columbia University, tempat dikatakan Dr Azli bekerja sekarang, membenarkan beliau untuk tidak datang bertugas, tetapi ini tiada berkaitan di Malaysia.
Dr Azly yang disahkan dalam perkhidmatan sebagai pensyarah UUM pada 20 Januari 1996 telah diluluskan pembiayaan menyiapkan ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) di Columbia Universiti USA selama 36 bulan mulai 2 Disember 1997. Begitu juga dengan isterinya, Dr Mutiara Mohamad yang disahkan jawatan pada 1 Disember 2005 diberi pembiayaan yang sama untuk menyambung pengajian.
Mana-mana pembiayaan yang diberikan oleh sesebuah organisasi dengan kakitangannya di Malaysia, akan ada surat perjanjian, sama seperti perjanjian di antara peminjam wang dengan bank. Yang melanggar perjanjian mengikut amalan di UUM, mestilah ada implikasi tertentu.
Pada 2 September 2000, kedua-dua mereka patut memiliki Ph.D dan pulang mengajar anak-anak bangsa di UUM, tetapi mereka tidak juga pulang.
Bagaimanapun, UUM dengan murah hati memberi lagi tempoh pelanjutan kepada mereka berdua selama 12 bulan lagi, dengan pembiayaan dan dibayar gaji penuh oleh UUM.
Siapa yang menzalimi siapa?
Walaupun sudah habis tempoh berkenaan, Dr Azli dan Dr Mutiara merayu untuk melanjutkan lagi tempohnya berada di USA, UUM memberi peluang sekali lagi selama enam bulan mulai 2 September 2001, dengan pembiayaan dan dibayar gaji penuh.
Siapa yang menzalimi siapa?
Mereka berdua tidak juga mahu balik bertugas dengan UUM. Pada 2 Mac 2002, mereka berdua sekali lagi merayu dan atas belas kasihan universiti sekali lagi mempertimbang dan meluluskan sekali lagi tempoh pelanjutan selama enam bulan dengan dibayar gaji mereka.
Siapa menzalimi siapa, sedangkan mereka dibayar pembiayaan menggunakan wang universiti.
Pada 2 September 2002, dan atas sebab rayuan mereka, sekali lagi universiti dengan penuh perikemanusiaan memberi peluang kepada mereka diberi tempoh sembilan bulan pelanjutan tempoh kepada mereka berdua sebelum kembali bertugas di UUM.
Ini bermakna mereka telah diberi empat kali diberi peluang untuk memanjangkan tempoh pengajian berada di sana, tetapi mereka tidak juga pulang untuk mengajar anak-anak bangsa yang sangat memerlukan bimbingan mereka berdua, pada waktu itu. Isu sama ada beliau seorang ahli akademik yang cemerlang dengan mengambil masa begitu lama untuk menyiapkan Ph.D tidak pernah dibangkitkan oleh UUM sebelum ini, berbanding dengan pensyarah lain.
Jika dari 2001 beliau pulang dan mengajar anak-anak bangsa, sudah berapa ramai UUM dapat mengeluarkan graduan yang cekap berfikir dan bertanggungjawab terhadap hutang. Atas apa jua alasan yang diberikan, UUM dengan penuh rasa kemanusiaan memberi peluang kepada beliau untuk masih berada di sana.
Universiti mengeluarkan surat untuk mereka kembali bertugas pada 31 Oktober 2003, tetapi mereka berdua tidak jua pulang ke Malaysia dan UUM untuk bertugas.
Oleh sebab biasiswa dan perbelanjaan untuk mereka berdua diberikan dalam tempoh berkenaan menggunakan wang universiti iaitu wang rakyat Malaysia, UUM terpaksa membawa kes ini ke Jawatankuasa Tatatertib Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan mendapati kesalahan mereka berdua patut dikenakan hukuman buang kerja, pada 5 November 2003. Mesyuarat Jawatankuasa tatatertib pada 16 Mac 2004 mendapati adanya kes prima facie dan surat pertuduhan dikeluarkan pada 17 Mac 2004.
Oleh sebab engkar kembali bertugas dan melanggar perjanjian belajar di bawah Skim Latihan kakitangan Akademik dan Pentadbiran, UUM telah menghantar notis tuntutan ganti rugi kira-kira RM1.25 juta kepada mereka berdua pada 16 November 2005.
Oleh sebab mereka memohon masa untuk mendapat bantuan guaman, maka sekali lagi atas dasar perikemanusiaan, universiti pada 22 Disember 2005, setuju memberi masa sehingga 30 Jun 2006. Apakah ada universiti dalam dunia ini sebaik ini meluluskan sebegitu banyak rayuan daripada kedua-dua mereka? Adakah mereka berdua ini terlalu istimewa berbanding para akademik lain yang lebih cemerlang daripada mereka?
Namun begitu, sehingga setahun kedua-duanya tidak juga membayar hutang itu kepada universiti. Mungkin Universiti di Amerika tidak akan menuntut hutang sebanyak RM1.25 juta kerana universiti itu kaya, tetapi universiti di Malaysia bukanlah sekaya itu untuk membiarkan wang pembayar cukai sebanyak RM1.25 juta kepada hanya dua orang, Dr Azly dan Dr Mutiara.
Selepas setahun tidak juga kedua-dua mereka membayar balik ganti rugi kepada universiti ini, UUM melalui firma guaman Bahador Omar & Co menghantar notis tuntutan pada 23 Julai 2007 sebanyak RM1.25 juta kepada kedua-dua mereka.
Tidakkah Dr Azly dan Dr Mutiara tidak merasa kesian kerana akan menzalimi kedua-dua penjamin mereka iaitu Mohamad bin Salim dan Ahmad Azmi Ariffin yang akan terpaksa membayar bagi pihak mereka?
Kes ini akan dibawa ke mahkamah dalam masa terdekat ini.
Dalam tempoh sehingga ini, Dr Azli bukan sekali menulis artikel menyatakan UUM mengambil tindakan kerana engkar menandatangani surat akurjanji, seolah-olah universiti mengekang kebebasan bersuara.
Sebagai ahli akademik, apa lagi yang beragama Islam, bukankah satu keaiban akademik jika hanya menyiarkan sebahagian fakta dan menyembunyikan fakta lain? Bukahkah prinsip akademik perlu mendedahkan semua fakta.
Bukan sekadar tidak berterima kasih kepada UUM yang telah memberikan begitu banyak kebajikan dan menerima rayuan berkali-kali daripada beliau, Dr Azly memilih untuk memburukkan reputasi UUM di seluruh dunia.
Beliau juga sanggup menghina semua ahli akademik di universiti di negara ini dan kerajaan Malaysia kerana rata-rata ahli akademik menandatangai surat akujanji.
Oleh sebab UUM terus ditohmah Dr Azli walaupun mereka berdua bukan lagi kakitangan UUM, UUM meminta firma guaman Azam Aziz & Co untuk meminta Dr Azli tidak lagi memburukkan nama UUM.
Ringkasnya, Dr Azli dan isterinya Dr Mutiara mesti membayar ganti rugi kira-kira RM1.25 juta kepada universiti kerana engkar untuk balik bertugas dan beliau kini bukan lagi kakitangan Universiti Utara Malaysia. Kenyataan beliau bahawa beliau tidak akan menandatangani Akujanji selagi beberapa kluasa tidak diubah, sudah tidak relevan. Itu kenyataan `melukut di tepi gantang’ kerana beliau adalah bekas kakitangan yang telah dibuang kerana kesalahan tatatertib. Beliau tak perlu lagi berbuat demikian.
Kes Dr Azli Rahman ini tiada kaitan dengan Naib Canselor sekarang dan Naib Canselorpun tidak mengenali siapakah Dr Azli, walaupun Dr Azli ada merayu-rayu untuk kembali menjadi kakitangan UUM dengan memuji-muji Tan Sri Dr Nordin Kardi.
Malah, dalam satu emel kepada Tan Sri Dr Nordin yang turut disalinkan kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dr Azly menulis: `I was also, during my two weeks stay here in Malaysia, been made aware that you are an educational leader who is open enough to work out peaceful solutions to the issue; unlike your predecessor.’ Beliau seolah-olah cuba membeli hati Dr Nordin yang tidakpun kenal siapa Dr Azly.
Yang memberhentikan Dr Azlipun bukanlah Tan Sri Naib Canselor tetapi oleh jawatankuasa tatatertib dan diperakukan dalam Lembaga Pengarah Universiti, yang pengerusinya bukanlah Naib Canselor UUM.
Dr Azli dan Dr Mutiara berhutang dengan UUM, maka sebagai penghutang beliau perlu bertanggungjawab terhadap hutang itu. Memang di atas planet bumi ini semua orang mahukan pelbagai kebebasan seperti ditulis Lee Ban Chen, tetapi kebebasan untuk tidak membayar hutang hampir tidak ada.
Meminjam ayat Dr Azly `we must continue to help the poor, the oppresed dan the marginalised of all races…’ UUM bersedia menjadikan RM1.25 juta yang dihutang oleh Dr Azly dan Dr Mutiara sebagai biasiswa kepada mana-mana kaum termasuk kaum Cina di Ulu Lenggong atau kaum India miskin dan anak pekerja ladang untuk belajar di UUM.
Dengan menyembunyikan fakta, bolehkah disoal dan menulis berkali-kali mengenai orang tidak mengenali beliau dan beliaupun tidak kenal dengan orang yang ditulisnya, maka siapakah yang lebih politically motivated?’ Siapakah yang membela rakyat? ‘Class’ masyarakat mana yang selalu meminta diri dilayan dengan istimewa?