Thursday, August 14, 2008

Kalau Anwar kalah ...

Izinkan saya meraban sebelum pergi makan tengahhari.

Kalau Anwar kalah dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh yang mana penamaan calun adalah pada hari Sabtu Ogos 16hb, 2008 ini, saya boleh bayangkan dia akan membuat pelbagai tuduhan terhadap Barisan Nasional.

Pasti disebut pelbagai kesalahan-kesalahan amalan pilihanraya dilanggar oleh BN tetapi dibiarkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, polis, dan lain-lain agensi.

Sudah pasti disebut jentera-jentera kerajaan ini bias. Dia akan mengatakan partinya Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah dianiayai dan dinafikan pelbagai hak. Tak pedulilah bahawa Pulau Pinang adalah negeri yang dikuasai pembangkang dan sempadan atas, tepi dan bawah adalah juga negeri-negeri Pemanagkang.

Kita mungkin mendengar Anwar berkata, "Saya mendapat maklumat bahawa kemungkinan ada pengundi-pengundi hantu yang dibawa dari ...". Kata kunci di sini adalah "mendapat maklumat" dan "kemungkinan". Ia menuduh tetapi dengan caveat untuk mengelak liabiliti undang-undang.

Belum apa-apa, Anwar sudah preempt dalam syarahan-syarahannya mengatakan media telah mula membuat serang peribadi. Semasa kes liwat, Anwar sudah preempt dengan pelbagai sandiwara hingga mendapat perhatian dunia dan media dunia sudah memihak kepadanya untuk menggambarkannya sebagai mangsa. Ramai pemimpin ejen Dajjal Al Masih, Amerika Syarikat pun sudah menyuarakan amaran.

Anwar akan kata macam-macam fitnah (penting beri label negatif fitnah) telah mula dilemparkan dan direka (reka satu lagi label negatif) mengenai konon pertaliannya dengan kuasa besar, IMF, CIA, Wolfowitz, dan lain-lain.

Lepas itu, dia akan kata, "Padahal masa dahulu Dr Mahathir ... gini. Tengok kerajaan sekarang pun ... gitu."

Ini semua hanya pembuka cerita untuk saya mengajukan satu pandangan luar kotak. Bagaimana kalau Anwar dikalahkan?

Probabaliti Berpihak Anwar

Kalau ikut kebiasaan politik, susah untuk mengalahkan seorang nama besar yang bertanding di tempat tumpah darahnya. Pertalian peribadi dalam politik ala Malaysia mendahului prinsip dan isu.

Ini pula melibatkan seorang yang penuh aura dan karisma seperti Anwar.

Jika seseorang menyanjungi sifat beraninya sebagai pemimpin, perlu diakui Anwar adalah seorang yang berani dan pasti mejadi idolanya. Anwar enggan mengundur secara terhormat tetapi memilih untuk hadapi proses mahkamah terhadap dirinya dan lawan dengan apa saja yang ia boleh lakukan.

Dari merengkok dalam penjara, Anwar dapat dilepaskan mahkamah dan sedikit demi sedikit bangun dan kini adalah "defining moment" untuknya berada dalam Parlimen.

Jika usahanya selama ini untuk memujuk ahli-ahli parlimen BN melompat berjaya, hasil dari "defining moment" akan membolehkan Anwar menjadi Perdana Menteri pintu belakang.

Kemungkinan ini ada walaupun kecil. Kalau Najib dapat ditamatkan politiknya, ia melincirkan perjalanannya. Najib pun mengetuai jentera pilihanraya permatang Pauh UMNO. Ramai menganggap, walaupun tidak tepat dan tidak samarata probabiliti, ini pun "defining moment" untuk Najib.

Mengikut rancangan, boleh tidak boleh, Abdullah atau sesiapa sekali pun perlu akhirnya menerima Anwar.

Begitulah Anwar dalam istiqamahnya untuk mencapai sesuatu. Jawatan tertinggi negara adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan adalah impian dan cita-citanya yang ia sangguip lakukan apa saja.

Anwar pun berjaya dalam psywar apabila Nurasidi Salim, Timbalan Ketua Bahagian Bandar Tun Abdul Razak dan 150 orang ahli UMNO sudah lompat ke PKR. Malah katanya ada 200 lagi akan lakukan yang sama.

Tidak kiralah Nurasidi ini melompat kerana marah dengan Ku Nan kerana membenarkan seorang yang telah habis penggantungan keahlian menentangnya. Usah diambilkira, Nurasidi mempunyai track record buruk sebagai CEO yang bersekongkol dengan seorang ahli politik hingga menyebabkan musnahnya sebuah Bank Saudagar pada pertengahan tahun 90an.

Desas desus mengatakan Nurasidi akan menjadi calun tempatan PKR untuk pilihanraya kecil Bandar Tun Abdul Razak apabila Khalid Ibrahim mengundur dari kerusi Parlimen tersebut.

Bolehkah Anwar dikalahkan?

Walaupun realitinya sentimen tidak menyebelahi BN dan Anwar adalah calun yang terlalu formidable, saya rasa tidak mustahil Anwar boleh diturunkan majoriti kepada hanya 3,000 undi dan tidak hairan untuk dia kalah.

Saya rasa rata-rata orang Melayu Pulau Pinang sudah merasa bagaimana rasanya duduk di bawah kerajaan pimpinan DAP.

Dalam lima bulan, mungkin ada yang menyedari tiada lagi program khusus untuk membantu orang Melayu dalam negeri "sama rata sama rasa". Ada yang akan menyedari PKR menyerupai DAP, walaupun ia parti Malay-based.

Mereka faham implikasi Khalid Ibrahim mahu cadang UiTM dibawa masuk kaum bukan Melayu. UTAR tak ada pula kuota untuk Melayu. Walaupun alasannya merit, maksudnya supaya Melayu tidka boleh masuk.

Ada pengundi yang menyesal melihat begitu banyak negeri-negeri jauh dari tangan UMNO ke tangan DAP dan menjadi kerajaan negeri boneka bukan Melayu.

Mungkin ada yang sudah dengar dan lihat pertalian rapat Anwar dengan kuasa-kuasa asing dari episod tuduhan liwat terbaru Anwar.

Jangan dipadang rendah orang Permatang Pauh untuk melampaui retorik murah dan slogan rakyat yang dilaungkan PKR.

Mana pergi PAS?

Saya merasakan satu faktor yang boleh menjadi pengubah adalah PAS.

Sebelum kedatangan Anwar dan PKR ke senario politik Permatang Pauh, PAS sudah lama menapak. Ada kawasan tertentu di Seberang Prai yang PAS kuat menapak. Hanya tak jauh di hinterland Perak terdapat kawasan-kawasan kuat PAS.

Kita sedari PAS tidak puas hati dengan layanan PKR, khususnya Anwar sendiri, terhadap pembahagian kerusi exco untuk Pulau Pinang yang tidak diberi pun satu untuk PAS. Anwar kata, "PAS mana ada di Pulau Pinang?"


Padahal PAS bersetuju memberi beberapa kerusi exco kepada PKR di Perak.

Muzakarah atau Muaqabalah antara UMNO dan PAS tidak boleh dipandang ringan. Apa pun terjadi sekalipun di Muzakarah PAS di Ipoh dari hari ini hingga Sabtu, amaran Ustaz Hadi untuk undur dari Pakatan Rakyat jika tuntutan Negara Islam diketepikan tidak boleh dipandang enting.

PAS pun ada hati dan perasaan apabila DAP tidak ada langsung sebarang penghormatan kepada perjuangan PAS.

Adakah "orang-orang" PAS di Permatang Pauh akan mengundi UMNO? Itu tidak boleh diteka lagi. Mereka punya pilihan untuk terus undi PR atau buang undi kepada AKIM. AKIM pun adalah bekas rakan-rakan mereka.

Satu perkara yang saya pasti, yakin dan faham benar adalah PAS tidak bodoh untuk tidak mengetahui Anwar yang sebenar?

Pemimpin mereka tahu Anwar memang ada cita-cita akan kembali ke UMNO jika pintu itu terbuka. "The path of least resistance to the Premiership still lies at PWTC." Orang pertama yang mendedahkan salahlaku seks Anwar bukan Dr Mahathir tetapi Mat Sabu yang menggelarnya Al Juburi.

Jangan pula tidak tertutup mata kepada peristiwa terbaru dimana orang PAS, pemimpin PKR dan NGO UMNO menunjuk perasaan di luar bangunan pejabat Majlis Peguam yang mengadakan Forum yang biadap sekali tajuknya

Jangan Bongkak


Ini semua mungkin.

Hanya Abdullah Badawi jangan silap kata dan termegah diri.

Jika sentimen sudah berubah kepada UMNO pun, hanya satu insiden saja boleh mengubahkan keadaan. Tanggungjawab ini kita serahkan kepada Khairy untuk kasi orang benci kepada UMNO semasa pilihanraya.

Seperti ramai pemimpin-pemimpin lain, Khairy tidak boleh ketinggalan untuk berada di Permatang Pauh. Kalau mereka bersunggh dan ikhlas datang berkempen, tidak apa juga.

Selama sepuloh hari dari Sabtu ini, Permatang Pauh adalah pengumpulan orang UMNO dari seluruh negara yang terbesar sebelum PAU pada bulan Desimber. Ini "platform utama untuk kempen pemilihan UMNO."

11 comments:

  1. Anonymous2:47 PM

    Mengetahui perangai AI, sekiranya dia kalah memang dia akan buat mcm2 lagi tuduhan kepada kerajaan BN. Rasa mcm dah biasa pula dengan perangai mamat sorang ni. Semua serba tak kena, asyik lah buruk sangka dengan orang. Tapi rasanya AI akan menang disana.

    ReplyDelete
  2. Ditelah mati emak, dibuang mati anak.

    Kalau Anwar kalah, Paklah naik tocang. Bermaharajalela dia & kelurga

    Kalau Anwar menang, HINDRAF, Bar Council, DAP, PAP, USA, IMF, Israel,
    Lee Kuan Yew yang untung besar.
    Khlaid Ibrahim pun boleh jual UiTM pada DAP.

    ReplyDelete
  3. DSAI mana ada achievement masa jadi menteri dulu

    ReplyDelete
  4. Anonymous5:13 PM

    kebaringkalan Anwar kalah tu tipis.menang tu besar.kita pon tahu kredebiliti Anwar macamamana di Permatang Pauh.cuma yang kita nak tau berapa banyak undian yang akan Anwar dapat nanti.saya percaya UMNO/BN takkan biarkan Anwar melalui jalan yang mudah.

    ReplyDelete
  5. Anonymous5:53 PM

    Dijangkakan Anwar mungkin akan menang dengan tipis dalam pilihan raya nanti menentang Arif Shah kelak. Maka ini akan menjadi kemenangan yang tidak formal untuk BN kerana ANWAR sepatutnya mempunyai pengaruh yang besar dan mendapat sokongan padu daripada golongan pembangkang dan rakyat jelata di permatang pauh. Ini juga menunjukkan bahawa hanya minoriti golongan sahaja yang menyokong ANWAR untuk meraih kemenangan di pilihanraya nanti.

    ReplyDelete
  6. Anonymous9:02 PM

    Kalau Anwar kalah atau jatuh atau tumbang, orang-orang yang menyokong Pak Lah akan mewar-warkan Pak lah ini pemimpin besar yang boleh menyelesaikan Masaalah dalam UMNO:

    1. Dia, telah mengenal pasti permasaalahan bersesuaian dengan masa dengan memilih calon yang sesuai seperti Arif Shah.

    2. Dia telah mendapatkan dan menganalisa maklumat dengan mahir sebelum memutuskan nama calon.
    3. Dia telah berjaya membawa penyelesaian alternatif kerana memilih calon yang menang itu.
    4. Dia memang bijak dan dapat mennyelesaikan masaalah diperingkat lebih awal berhubung dengan calon di Permatang Pauh.

    5. Inilah buktinya, kemenangan ini bahawa Pak Lah diterima dengan baik, dalam setuasi apapun oleh Ahli UMNO dan Orang Melayu.

    -makangaji

    ReplyDelete
  7. bro Voicey,

    I tink apa pun bro AnWar akan kalah sebab dia tak nak jd PM..dia akan sabotage diri sendiri untuk kalah..kalo tekaan saya betul bro AnWar akan guna proxy PM untk mentadbir negara supaya dia bebas untk brgerak ke seluruh dunia sebagai Messenger of Illuminati bagi menghancurkan Islam.. to me he is still d Devil's advocate..iblis yg menjalankan kerja bagi syaitan, heheh..apo nak dikato.. DS Azizah dh fedup ngan bro AnWar ni tu sebab dilepaskan kerusi tu supaya dia tak rasa malu lg involved ngan politik atas nama dan populariti suami macam bro AnWar ni.. ape pun TIME WILL TELl..i mite be wrong but i doubt i'm wrong, heheh..bukan ape bro Voicey tapi kalo kita tengok cara neocons ni banyak depa pakai proxy..kalo bro AnWar jd Pm camne dia nak brgerak kesini kesana atas pembiayaan CFR..jd PM kena concentrate kat Mlaysia je la so camne nak buat fulus banyak2...apo nak dikato, heheh..(,")

    SAY NO TO NWO!! SAY NO TO AnWar!!

    ReplyDelete
  8. I anticipate Anwar to lose... in a fair election, but CT theorises that he sabotaged himself to lose? Mindboggling but logic, but still... no, he WANTS to win for the sake of reputation, but he wont become PM for sure. CP, he doesn't want to be PM, not only because he will be discarded by his superiors but he knows he will bring this country further into oblivion. But he will want to win the by-election to show his peers how popular he is still.

    I always thought CP and voice is the same person because he links all responses to his blog to this blog, and same interest in progressive music, though diffrnt style in writing, but I'm not sure now. Or Voice has split personalities?

    Anyway conspiracy theory in Malaysia is still an unknown subject eventhough we are actually living in a land of mysteries.

    From my initial observation, everyone is connected, and people are pawns.

    ReplyDelete
  9. CT, it occurs to me now that if you pronounce AnWar's name the way you spell it, it sounds uncanningly similar to nWO if you spell it like you spell UFO (you-fo)

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:17 PM

    Permatang Pauh bakal dicatatkan dalam sejarah nanti.semua orang mahu berada dan menyaksikan pilihanraya kecil yang menjadi pertarungan antara UMNO dan PKR.

    Sebenarnya matlamat utama Anwar adalah untuk menjadi PM dengan apa cara sekalipun.Sebab itulah kita tengok ambil mana-mana peluang yang terbuka untuk membolehkan dia mencapai cita-cita itu.kita maklum yang sebelum Permatang Pauh dia ada menyatakan hasrat untuk bertanding di tempat lain tapi akhirnya di Permatang Pauh juga kerana harapan lebih cerah.

    Kalau dikaji,Anwar memang ada peluang untuk menang.tapi kenapa UMNO mahu bertanding juga?kerana untuk tidak memberi jalan yang mudah untuk PKR dan Anwar serta menggunakan peluang yang ada dari segi undang-undang untuk melawan Anwar.tak salah bukan untuk bertanding di pilihanraya?.

    ReplyDelete
  11. Anonymous12:45 AM

    Kononnya di paksa tidur atas simen beberapa jam dan esoknya sakit pinggang. Ini nak kempen, tentulah kena berjalan berpuluh kilometer, berdiri entah berapa lama pula. Kalau dia kalah, pasal sakit pinggang bukan pasal apa-apa yang lain.

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.