Monday, August 04, 2008

Politik UMNO Ketandusan Kematangan

Muhyiddin nampaknya sudah tarik brek tangan. Najib nampaknya seolah-olah merelakan peralihan kuasa 2010. Mukhriz mungkin terbantut untuk mendapat pencalunan. Kini seolah-olah tinggal Ku Li untuk membawa perubahan.

Peristiwa-peristiwa terbaru ini hanya menunjukkan politik UMNO yang tidak bertambah matang. Walaupun keputusan PRU12 yang mengecewakan dan kemarahan akarumbi dengan pucuk kepimpinan UMNO, akhirnya UMNO masih tetap begitu juga.

Abdullah menghadapi krisis keyakinan yang sangat teruk dengan bancian Merdeka Centre menunjukan peratusan keyakinan Abdullah menjunam dari 60 lebih peratus (terendah) sebelum PRU ke 28 peratus (terendah baru). Seteru utama UMNO, Anwar Ibrahim menunggu hari untuk menjelma di Parlimen, walaupun menghadapi tuduhan liwat sekali lagi.

Itu pun tidak boleh mengejutkan UMNO untuk berubah menjadi matang dan berobjektif dalam politik. Mereka masih tidak mahu menerima kenyataan dan leka dengan amalan politik yang bermoral rendah.

Jika perjungan politik UMNO tidak sedar dan mahu kembali kepada asas moral, berpendirian dan berperjuangan, ia menjemput ajal untuk datang segera.

Muhyiddin Hanya Untuk Naib Presiden

Semalam Tan Sri Muhyiddin mengumumkan bahawa dia hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO.

Bagi ramai akarumbi UMNO yang mahukan seorang pemimpin yang berani bersuara dan diharapkan akan membawa perubahan, ini pasti amat mengecewakan. Semasa awal bermula mesyuarat UMNO peringkat cawangan, Muhyiddin sudah menyatakan telah melakukan yang perlu dan menyerahkan kepada akarumbi.

Adakah Muhyiddin sudah menjadi kecewa bagai ditikam belakang? Jauh sekali kemungkinan, tapi adakah dia sudah menjadi takut untuk berjuang? Sebagai seorang yang sudah dijelaskan situasi politik dalam parti, mengapa ia menarik brek? Apakah rasional dan helah disebalik pendiriannya? Bukankah kedudukkannya untuk Naib pun tidak menjaminkan?

Dari cakap-cakap di serambi politik UMNO, Muhyiddin diharapkan untuk melakukan suatu Sulaiman Palestin. Memandangkan semua jawatan yang ditandingi agak sukar, Muhyiddin seharusnya memikirkan strategi kalah yang terhormat yang memungkinkan ia untuk kembali semula. Ini bukan kali pertama ia terpelanting keluar.

Adakah realiti umurnya yang jauh lebih tua dari Najib menjadi penyebab utama?

Najib Tidak Kesampaian?

Sudahlah Dato Seri Najib dianggap sebagai rela menerima formula peralihan kuasa 2010 dengan penyiaran secara besar-besaran kata-kata terharu. Mengikut seorang veteran politik UMNO, interbiu Najib di Utusan Malaysia keesokkan hari selepas pengumuman peralihan kuasa agak “open ended”.

Mengapa pula ucapannya di Pekan pada hari minggu lepas meminta cawangan supaya tidak mencalunkannya untuk jawatan Presiden? Ini mengelirukan akar umbi yang menyokongnya. Adakah mungkin katanya telah diputarbelitkan oleh media perdana? Mungkinkah maksudnya hanya menerangkan kuasa mencalunkan jawatan di peringkat kebangsaan terletak kepada Bahagian?

Dengan keadaan di bawah menjadi bingung disertakan dengan tekanan, rasuah dan pujuk rayu, sayang sekali Najib tidak dapat mengetengahkan diri. Jentera politik Najib adalah yang terkuat dalam UMNO tetapi tidak setaksub jentera Anwar menggempur Ghaffar.

Masaalah Najib yang nyata adalah imejnya yang telah menjadi buruk dari propaganda jentera Anwar memfitnah peribadinya dan menuduh pembabitan isterinya dalam kes pembunuhan Altantuya. Begitu mudah Anwar memfitnah Najib hinggakan orang ramai mudah menerima tuduhan konspirasi Najib dalam laporan polis sodomi oleh Saiful terhadap Anwar.

Adakah Najib percaya dirinya akan selamat hingga ke Jun 2010 untuk menyambut peralihan? Adakah Najib sebenarnya risau akan timbul sesuatu dari tuduhan kes Altantuya. Kini Raja Petra tidak perlu menunggu bulan Oktober tetapi Ogos 15hb, 2008 ini untuk mendapat harinya di mahkamah untuk membuat pendedahannya?

Membandingkan Najib

Jika dibuat perbandingan dengan pemimpin-pemimpin utama UMNO, Najib memang layak untuk jawatan Perdana Menteri. Dia merupakan satu-satu pemimpin yang sudah cukup terlatih dan terdedah dengan pelbagai aspek operasi kerajaan.

Hari ini, Najib mempengerusikan 37 Jawatankuasa Kabinet, tetapi akuan sedemikian boleh memantulbalik kerana Abdullah sering membuat keputusan sewenang-wenang tanpa mengambilkira proses pentadbiran. .

Muhyiddin lebih diingati sebagai Menteri Besar Johor dan portfolio utama sebagai Menteri hanya baru didapati baru-baru ini menggantikan Tan Sri Rafidah Aziz sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa.

Kalau dalam suasana korporat, dia boleh dianggap seorang Pengurus yang baik tetapi tidak menyerlah kebolehan strategik. Berbeza dengan Najib sudah dapat tunjukkan, Muhyiddin masih belum dapat menunjukan visi kepimpinannya.

Tengku Razaleigh memang tidak dapat tidak perlu diperakui kebolehannnya dalam merealisasikan visi Tun Abdul Razak. Jaringan Ku Li dalam kerajaan dan dunia perniagaan amat luas hingga ke dalam parti-parti pembangkang.

Malah ia lebih dipercayai oleh pemimpin-pemimpin pembangkang dari Anwar Ibrahim. Ciri-ciri ini penting untuk suasana politik sekarang yang memerlukan seorang yang berkeupayaan berunding. Walaupun umor sudah menjangkau 71 tahun, Ku Li masih kuat dan sihat.

Masaalahnya Ku Li terlalu lama berada di luar kerajaan sejak 1986. Walaupun Abdullah Badawi dan ramai lagi yang memulakan usaha menyaman UMNO hingga diharamkan, imej itu lebih dikaitkan dengab Ku Li. Ramai ahli UMNO yang kematangan berpolitik agak terbatas memandang politik Ku Li sebagai sombong. Ku Li dikatakan hanya timbul di musim pemilihan UMNO dan mahu bertanding jawatan Presiden sahaja.

Ramai menganggap Ku Li adalah “spent force” dan agenda perubahannya agak nostalgik dan susah untuk tercapai. Ku Li pun tidak nampak bersungguh dalam kempennya. Adakah anak raja ini mengharapkan jawatan Presiden ini datang di atas dulang perak? Atau ia mempunyai perancangnya sendiri?

Banyak kelebihan ada pada Najib. Tetapi ianya hanya di atas kertas. Dari tulisan blog terbaru Dr Mahathir, walaupun bukan suatu “endorsement”, nampaknya seolah-olah tinggal Ku Li sahaja untuk menyelamatkan UMNO.

Suatu yang menarik berlaku di mesyuarat cawangan-cawangan Gua Musang adalah tidak diusulkan regu untuk Ku Li. Adakah ini bermakna sesiapa yang dipilih ahli diterima Ku Li? Dia pun menyatakan kesediaan untuk bekerja dengan Najib.

Kebantut Politik Mukhriz

Masaalahnya, politik UMNO bukan satu politik yang matang dan analisa politik yang saintifik dan rasional boleh digunakan.

Bagai ramai pemerhati politik, Mukhriz dikatakan sebagai “pemain politik” yang tidak matang dan agak naif. Dia dilihat tidak realistik untuk menentang arus ombak dan terlalu idealistik dalam mahu menjaga etika dalam amalan politiknya. Malah, ada yang menyatakan akarumbi tersinggung Mukhriz, yang merupakan seorang ahli perniagaan korporat yang berjaya, tidak boleh menurunkan wang untuk di”kongsi” bersama akar umbi.

Dato Mukhriz Mahathir telah menyatakan kemungkinan dirinya tidak mendapat cukup pencalunan. Menurutnya, Tataetika UMNO terbaru telah menahannya untuk berkempen.


Sementara, politik wang sudah menular di peringkat Pemuda Bahagian dan pelbagai amalan salah sedang dilakukan dalam perjalanan mesyuarat cawangan. Tambahnya, tempat dimana dia kuat sudah diberi “perhatian istimewa” untuk menafikannya pencalunan.

Samada kenyataan ini satu taktik “reverse psychology” untuk menimbulkan keadaan panik diakarumbi Pemuda kepada kemungkinan Khairy menang mudah untuk Ketua Pemuda, tidak dapat diketahui. Mungkinkah Mukhriz tidak matang memahami ahli-ahli UMNO akan meninggalkan calun yang tidak mempunyai daya menang?

Kematangan politik

Jika itu strategi Mukhriz pun, kenyataan itu bukan tiada kebenaran. Jika dahulu permainan rasuah wang besar-besaran Anwar Ibrahim serta politik ugutan dan wayang kulit untuk menjatuhkan Ghaffar Baba pada berlaku diperingkat nasional, kini ia berlaku diperingkat cawangan.

Sejak Tengku Razaleigh melakukan taktik politik untuk menyerang melalui cawangan, semua pihak mula memberi tumpuan kepada cawangan. Dengan pemegang jawatan peringkat Nasional dan Bahagian dipenuhi pembodek, pengampu dan penakut, hanya cawangan saja harapn untuk melakukan perubahan dalam UMNO. Cawangan mempunyai peruntukkan-peruntukkkan tertentu dalam Perlembagaan UMNO untuk melakukan sesuatu.

Sedikit sebanyak sudah ada impaknya. Shaziman, sepupu Khairy dikatakan hampir pasti dikalahkan sebagai ketua cawangan Tampin bandar kepada Fadzil @ Koya. Dia telah menangguhkan mesyuarat ke Ogos 24hb dan kerana takut kalah, memberikan jalan untuk Talib Black, seorang kontraktor.

Norza Zakaria, seorang kroni Khairy dikatakan tewas untuk jawatan Ketua Cawangan dua minggu lalu di Wangsa Maju. Hamzah Zainuddin dikejar keluar dari Ipoh Barat untuk bertanding di Larut pula.

Malangnya keberanian dan kematangan adalah komoditi yang berkurangan dalam UMNO. Politik yang matang sepatutnya jelas dan berani dalam pendirian, beretika dan bermoral, dan diketahui kecenderungan prinsip dalam satu-satu perkara dan isu.

UMNO memang bersikap pragmatik dalam penyampaian cita-cita perjuangan tetapi bukan semestinya pragmatisma harus menjadi cara politiknya. Rata-rata dalam UMNO, kematangan berpolitik dilihat dari kepandaian taktik politik berhelah dan bukan kandungan pengisian dan hala tuju politik. Belum lagi dicerita mengenai amalan rasuah, ugutan dan tipu helah.

Jika itu ukurannya, Mukhriz harus dilihat sebagai ahli politik yang matang tetapi persekelilingannya yang tidak matang.

Adakah tidak cukup kepala UMNO terantuk di PRU12? Yang jelas sekali, UMNO masih belum bergadah. Dimanakah ertinya berpolitik jika kepentingan yang diperjuangkan adalah perjuangan persendirian?

6 comments:

  1. serba salah orang melayu.

    dah masa timbul satu lagi parti nasionalis kalau umno tidak boleh perbetulkan diri.

    ReplyDelete
  2. Anonymous3:24 PM

    Betul. Nampaknya perjuangan yang berbentuk persendirian nampaknya payah meraih untuk meraih sokongan.

    Dengan tindakan agresif yang telah dijalankan oleh pihak BPR telah menyebabkan beberapa ahli-ahli politik diberkas atas tindakan penyelewengan dan penggunaan wang politik. keadaan politik pada masa kini memang sedang mengalami perubahan yang ketara dibawah pentadbiran AAB.

    ReplyDelete
  3. Ramai yang sedang bersedia meninggalkan Umno sekiranya bulan Disember ini masih kekal dengan keadaan yang ada sekarang.

    ReplyDelete
  4. Anonymous4:40 PM

    Nampaknya Pak Lah berjaya membuat reformasi terhadap BPR. Sekarang ini nampaknya BPR lebih tegas menjalankan tanggungjawab termasuk menangkap ahli politik yang menyeleweng menggunakan wang..

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:57 PM

    pandai cakap kat orang tak matang tapi tengok la muka sendiri.

    Semua engkau je betul. Orang lain semua salah.

    Tengok diri sendiri dulu sebelum komen orang lain.

    Tahun 2003 dulu engkau sayang Pak Lah gila-gila.

    ReplyDelete
  6. Anon 6:57 PM

    I have a feeling I know who you could be. IT's not your first sniping here. Sori if it offend you, but it is an immature manner of expressing "I told you so."

    I believe you can comb through every written words and opinion here to find fault and spin words out of context. Thats the disadvatage situation of having ones view written in full view of the public. Passing commenst in comment box is easier.

    Nvertheless, allow me to but again be "engkau saja betul". We are continually in a cnstant state of dilemma antara istiqamah (consistency/continuity) vs perjalanan mencari kebenaran (process/journey for truth) serta fakta vs pendapat/hujah (opinion/argument). I believe I am being istiqamah. Am I factually wrong or it is just mere pendapat/hujah/analisa?

    I had been directly supportive of Pak Lah, yes key word here is directly and I am not directly, my bigger sin would be to continue to support Pak Lah after the grave danger he put the country in.

    Let it be clear that it is Pak Lah the PM that is of concern. The Pak Lah before being a PM is a fine person. Save his soul and turn him back to that nice person he is. Undurkan Pak Lah

    If my guess who you are is right, you are defensive of Pak Lah and prefer to join the band of denial to blame Dr Mahathir exclusively. You may have "fought" against the alleged bad practises of Dr Mahathir but why did you turn defensive on Pak Lah?

    If you are not the person I think you are and is another, why are still being istiqamah of Anwar Ibrahim. Has your position comprehensively taken account of all fact?

    Perhaps you are another person who while remain all the above, even decide to do business with KJ's boys on the ground and be part of the corrupt practise. I can however understand (but not agree) if you have to resort to such pragmatism becasue you do not wish to change thinsg but just go along.

    Maybe I am just fortunate to not ever have to stoop to corruption and be depart or benefit not a brass farthing from corruption.

    Finally, your logic to say "tengok diri sendiri sebelum tegur orang lain."

    The question with that statement is: When do you exert your right as citizen and grassroot people? When you have achieve the near perfect insan kamil and maqam of "hakikat"? Are only maksum like Nabi Muhammad entitle to question public figure and public representatives?

    When it comes to rights as citizen, even a sinner or an imperfect person have right to speak on what is wrong. A question of public acceptability is issue number 35 or 45!

    Enjoy responding to you. It helps improve further my resolve.

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.