Tuesday, September 09, 2008

Bila PM "roti kosong", mudah dihelah "Cina" dan maruah Melayu tergadai! Kenyataan penuh Ahmad.

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru menyatakan rasa "sangat tidak gembira" dengan kenyataan Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera Datuk Ahmad Ismail semalam. Abdullah, yang bakal bertemu dengan Ahmad bersama Dato Seri Dato Najib petang ini, sudah menyatakan pendirian bersedia mengambil tindakan tegas.

Ahmad Ismail pula tetap dengan pendiriannya dan bersedia menerima apa jua tindakan terhadapnya. Dalam sidang akhbar semalam Ahmad Ismail menyalahkan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden Parti Gerakan dan enggan meminta maaf ke atas kenyataannya telah dituduh sebagai "rasis" oleh suratkhabar Sin Chew Jit Poh, dan Parti Gerakan.

Ikutan kenyataan tersebut, Gerakan Pulau Pinang telah mengumumkan memutuskan hubungan dengan UMNO Pulau Pinang yang mana 14 Ketua Bahagian UMNO Pulau Pinang dan Naib Ketua Perhubungan Pulau Pinang hadhir memberi sokongan. Pada hari minggu, Gerakan yang mengadakan Mesyuarat Agong hanya menyatakan akan menyemak kedudukannya Barisan Nasional dan menuntut Ahmad meminta maaf. Dalam perkembangan terbaru, Pemuda BN Pulau Pinang dari Gerakan, Huan Cheng Guan meletak jawatan.

MCA yang sedang mengadakan mesyuarat di peringkat negeri pada hari minggu pun turut mendesak Ahmad Ismail supaya meminta maaf. Ong Ka Chuan menyatakan orang Cina pun turut berkorban untuk mendapatkan kemerdekaan yang mana ada pihak menyangkal dari fakta sejarah.

Berdasarkan pendirian Abdullah sedia menghukum Ahmad Ismail tanpa mendengar penjelasan lebih dahulu, ini menunjukkan Abdullah sebagai pemimpin yang lemah. Isu seperti ini tidak pernah menjadi besar dan mudah dapat ditangani dan diselesaikan oleh pemimpin-pemimpin sebelum ini.

Sepanjang pentadbiran Abdullah, perkataan-perkataan sensitif dan biadap begitu mudah keluar dan dibiar keluar dari pemimpin-pemimun UMNO seperti Nazri, Said, Bung Mokhtar, Khairy dan lain-lain. Ini menyebabkan parti-parti politik bukan Melayu menyimpan dendam terhadap UMNO. Tetapi apabila mereka membuat tuduhan yang salah, Abdullah tidak berlaku adil terhadap bangsanya. Demi untuk mengambil hati pengundi bukan Melayu, dia sanggup memgikut desakan suara-suara bukan Melayu.

Amaran Tentera

Terbaru diterima dari perkhidmatan pesanan ringkas SMS, Ketua Turus Angkatan Tentera, General Abdul Aziz Zainal mencadangkan kerajaan mengambil langkah yang tegas ke atas mereka-mereka yang menimbulkan isu perkauman yang boleh menyebabkan huru hara.

Isu ini bertitik tolak dari suratkhabar Sin Chew Jit Poh yang telah menuduh Ahmad memanggil orang Cina sebagai pendatang semasa sedang berkempen di PRK Permatang Pauh. Ahmad telah menafikan dan menyatakan kenyataannnya hanya berdasarkan persepktif sejarah sebelum merdeka.

Dari sumber yang boleh dipercayai, penafian Ahmad ada kebenaran. Jika tidak pun, yang nyata suratkhabar dan parti-parti politik Cina terus dengan Ahmad-bashing untuk menunjukkan kekuatan politik dan mengambil peluang dari kelemahan pucuk kepemimpinan UMNO, khususnya Abdullah Badawi.

Pendirian Tan Sri Koh Tsu Koon pun flip flop dari tidak menuduh dan kemudian menuduh Ahmad mengeluarkan kenyatan rasis. Yang nyata, dia telah memulakan tegangan kaum ini dengan ugutan seperti menyatakan "BN reaching to a point of no return" pada September 4hb.

Sin Chew Jit Poh masih berkeras dengan pendirian mereka dan terus mendesak Ahmad Ismail dengan tiap-tiap hari menujahkan kritikan dan artikel-artikel provokatif yang jelas berniat untuk membesar-besarkan isu ini.

Dalam mempersoal penafian Ahmad, mereka menulis, "What's So Difficult About Saying Sorry?" pada September 7hb. Memetik kenyatan Anwar Ibrahim, mereka dengan biadap menuduh Ahmad sebagai "... Low Class Politician" Mereka memanaskan keadaan dengan tuduhan-tuduhan rasisma, "Stop Racism" dan hasutan, Can't Afford To Go On This Way. Hari ini, mereka menunjukkan keangkuhan dan kebanggaan dengan A Lesson That Ahmad Taught Me.

Langkah dan cara Sin Chew Jit Poh jelas bertujuan untuk mengeruhkan keadaan dan menaikkan suhu perkauman.

Isu ini ditimbulkan setelah PRK Permatang Pauh selesai dan tatkala Anwar sedang melakukan perang psikologi untuk mendapatkan ahli Parlimen BN lompat parti. Jelas, suratkhabar vernacular Cina ini mempunyai motif politik dan telah menggunakan isu perkauman untuk mencapainya.

Kelemahan Abdullah Menangani Isu

Dari mula, kelemahan Abdullah menangani isu ini begitu terserlah. Kenyataan pertama Abdullah berkenaan isu ini hanya untuk menjauhkan diri. Kemudian dari itu, dia berkali-kali flip flop dalam kenyatan-kenyataan, dari puas hati dan tidak puas hati dengan kenyataan Ahmad Ismail dan akhirnay akan bersikap tegas.

Manakala, Najib pula telah meminta maaf dan memberi kenyataan apologis menyatakan orang Cina bukan kaum pendatang, yang mana tidak boleh disangkal asal usul walaupun mereka sudah dianugerah kewarganegaraan.

Ini telah dipersoalkan oleh Tun Dr Mahathir dalam blognya. Katanya, mengapa orang Melayu saja yang perlu minta maaf. Padahal gerakan seperti Hindraf adalah gerakan perkauman dan ugutan kekerasan yang terang dalam dokumen hitam putih tiada dituntut maaf oleh kaum bukan Melayu.

Beliau megingatkan kembali Abdullah pernah mengarah Dato Radzi Sheikh Ahmad pergi ke Beijing meminta maaf ke atas tuduhan kekerasan polis terhadap seorang perempuan yang mulanya dianggap dari China. Mangsa tersebut rupanya didapati adalah seorang perempuan Melayu.

Kenyataan Dr Mahathir itu di "kendurikan" beramai-ramai dengan kritikan bertubi-tubi dari media perdana Inggeris dan bukan Melayu yang rata-rata dikuasai oleh bukan Melayu hasil caturan "Raja Pemutarbelit" Abdullah, Kalimulah Hasan. Mereka mengambil peluang dari sikap kebanyakkan pemimpin-pemimpin UMNO yang bacul dari mempertahankan bangsa sendiri kerana pengcut dan takut dilihat menyokong Dr Mahathir.

Sebelum ini, orang UMNO rata-rata tidak setuju dengan tindakan Dato Hishamuddin Hussein Onn meminta maaf kerana menghunus keris di Perhimpunan Agong UMNO. Kebanyakkan sumber-sumber dari UMNO yang boleh dipercayai dari UMNO menyatakan Abdullah yang mengarah Hishamuddin lakukan.

Adakah Abdullah sekali lagi memaksa Najib pula meminta meminta maaf dan bersikap apologis untuk merosakkan reputasi Najib?

Kenyataan Penuh Ahmad Ismail

Dalam kenyataan penuh Ahmad semalam, beliau rata-rata telah mendedahkan niat jahat dan sikap bertukar-tukar pendirian Koh Tsu Koo. Beliau juga mendedahkan putarbelit Koh Tsu Koon yang menggunakan fakta yang salah. Ahmad turut menyuruh Gerakan supaya keluar dari BN. Tatakala, UMNO sedang lemah akibat kelemahan pucuk kepimpinan dan masaalah dalaman, inikah sikap rakan kongsi dalam persepakatan BN untuk mengambil peluang?

Kenyataan penuh Ahmad Ismail dalam sidang akhbar semalam, September 8hb, 2008 seperti di bawah ini:
















10 comments:

  1. Anonymous4:30 PM

    pak lah knows what he is doing...

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:03 PM

    Kes ini perlu ditangani segera bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini dari berlaku. Tindakan tegas harus diambil kepada sesiapa sahaja yang memainkan isu sensitif perkauman...

    ReplyDelete
  3. Anonymous9:53 PM

    Beri peluang kepada Pak Lah untuk menilai perkara ini. Perkara ini kalau terus dibiarkan akan mencemar nama parti dan juga akan membuatkan keadaan bertambah buruk dengan ugutan2 dari parti2 komponen.

    ReplyDelete
  4. Anonymous9:56 PM

    Sikap media sepertin Sin Chew Jit Poh beginilah akan memanaskan lagi keadaan. tidak perlu begitu rakus dalam mengeluarkan berita2 yang berbaur hasutan untuk menaikkan kemarahan orang ramai. Patut mereka lebih bijak dalam membantu mengawal keadaan.

    ReplyDelete
  5. Hidup Ahmad Ismail !!!pejuang bangsa menyokong Dato Ahmad Ismail

    ReplyDelete
  6. Sejak sorang ni keluar dari tahanan, macam2 berlaku ...

    Mungkin Malaysian Malaysia akan terlaksana ???

    Jiran selatan semakin "bankrupt" agaknya ... maklumlah terdesak

    ReplyDelete
  7. Dear Bro,

    Thanks for the info. Pak Lah memang lemah dan lembab. I don't think yhis will happen if we still under Tun administrator.

    Regards.

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:21 AM

    setuju 1000%

    apabila pemimpin yang tegas dan kuat dan cenge' ('garang' dalam lorat kedah) ada di atas, masakan akan keluar perkataan dan akan kedengaran halwa tidak baik ditelinga.

    apabila dikata suruh berhenti, budak2 ni tidak berhenti jugak. jadi itu menandakan kamu itu tiada authority.

    yang lagi sorang, tukang gabuih pungkoq.

    ntah la disuruh atau tidak, tapi dah mintak maap. apa kejadahnya kalau apa2 pun taktau, terus mintak maap?

    bukan nak kata kamu taktau apa dan terus aja mintak maap, tapi analisa la dulu apa kebenda ni. sapa yg mula. sapa yang cakap. bila cakap. di mana cakap. check dengan orang ahmad itu. betui ka. dll.

    aku tak mahu PM yang macam itu. jangan sampai hilang kepercayaan dan harapan, walaupun sekarang hanya ada dalam 5-10% lagi saja.

    dulu depa kata dia zalim. terlalu mengongkong. tiada kebebasan. freedom of speech. tapi perlu ka freedom of speech kalau apa yg nak keluaq dari mulut hampa, benda2 lagu ni?

    baik tak payah cakap.

    tak mature. jadi baik sengap.

    malangnya ketua tak kuat. suruh sengap pun orang buat taktau ja.

    kalau buat2 taktau saja itu dah kurang ajaq. tapi kalau teruih depa buat tak heran, itu kamu yg tiada kuasa.

    sudah sudah la tu.

    ReplyDelete
  9. Anonymous1:51 AM

    hebat sangat la kau mencaci PM kita. Baik u jadi PM. Pasti jadi PM yang saksana. Gunakan blog hebat kamu dapatkan undi ya. Berjuanglah!

    ReplyDelete
  10. Anonymous11:27 AM

    Dr M hit the jackpot with his points..when there's a weak malay leadership, 'kaduk akan naik junjung'.
    To Dr M, pls continue with your views, there are still people like me who are willing to support your views when it come to 'Malay rights' in our own country..Tanah Melayu

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.