Friday, September 05, 2008

Ku Li menegur pencabulan hak Negeri Johor oleh Kerajaan Persekutuan

Semasa Majlis Peguam mengadakan Forum Sosial Kontrak, kebanyakan ahli panel Forum rata-rata mempersoalkan kewujudan Sosial Kontrak atau menghukum Sosial Kontrak sebagai konspirsi untuk kepentingan kelas sosial tertentu atau menyatakan Sosial Kontrak itu patut dihapuskan.

Sebenarnya apa yang dipersoalkan tidak berasas langsung. Perkara yang mahu dipertikai mereka sebagai perjanjian "Sosial Kontrak" pra Merdeka adalah sebahagian dari Perlembagaan Negeri.

Menyedari perkara ini, salah seorang anak muda Melayu yang hadhir menimbulkan satu senario yang kemungkinan tidak berlaku tetapi boleh berlaku dimana salah sebuah negeri Melayu keluar dari Malaysia. Dia bertanya apakah relevan hujah-hujah kesemua ahli-ahli panel dalam senario tersebut?

Soalan itu tidak terjawab dan mungkin tidak berdaya dan berani untuk ahli-ahli panel menjawab.

Isu hak dan kuasa kerajaan negeri sudah begitu jelas tetapi pentadbiran kerajaan begitu naif tentang kuasa kerajaan negeri ini. Isu hak raja-raja memilih Menteri Besar mahu dipertikaikan.

Pembangunan koridor, khususnya Iskandar Malaysia adalah misalan pencabulan hak negeri yang jelas. Ku Li menegur mengenai pencabulan hak negeri Johor dalam isu Pulau Batu Putih.

Adakah kerajaan pusat mempunyai perancangan untuk memusnahkan hak dan kuasa kerajaan negeri dan me-Malayan Union-kan negara ini?

Asas Perlembagaan Negeri

Selepas Kesatuan Melayu (Malayan Union) yang dutubuhkan berjaya dihapuskan, ianya diganti dengan penubuhan Persekutuan Tanah Melayu pada Januari 31hb, 1948. Penubuhan itu menggabungkan ke 11 Negeri-Negeri Melayu dan Negeri British Settlemnt (melainkan Singapura).

Malaysia adalah Persekutuan Negeri-Negeri dan kewujudannya adalah berasaskan kewujudan negeri-negeri berdaulat. Pada negeri-negeri ini adalah terletak struktur asas dan kedaulatan Persekutuan Malaysia.

Perlembagaan Malaysia yang kita kenali hari ini berasal dari Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948, kemudian menjadi Perlembagaan 1957 selepas Merdeka, dan diubah untuk mengambilkira penggabungan dengan Sabah, Sarawak dan Singapura pada September 16hb, 1963. Tarikh sepatutnya adalah Ogos 31hb tetapi tergendala kerana protes dari Indonesia.

Sebelum Januari 31hb, 1948, Negeri-Negeri Melayu adalah Negeri-Negeri Berdaulat dengan perlembagaan masing-masing. Bermula semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar, negeri Johor telah mewartakan Undang-undang Tubuh Negeri Johor dan ianya berkuatkuasa pada April 14hb, 1895. Johor menjadi negeri raja berperlembagaan yang pertama dan ini telah menjadi asas yang dikuti negeri-negeri lain.

Ini telah menjadi asas yang telah diikuti dengan perbezaan sedikit oleh kesemua negeri-negeri Melayu yang lain, walaupun ada adjustment khusus untuk negeri-negeri tertentu.

Mencabar Kuasa Negeri

Kewujudan Perlembagaan Negeri mendapat perhatian selepas PRU12 apabila Raja-Raja Melayu menggunakan hak masing-masing untuk membuat pilihan untuk jawatan Menteri Besar di Terengganu, Perlis, Perak dan Selangor.

Di dalam pertembungan antara kehendak Kerajaan Barisan Nasional di Persekutuan, dan Sultan Terengganu dan Raja Perlis, ia berakhir dengan hak memilih Sultan dan Raja kekal mengikut Perlembagaan Negeri.

Menteri Jabatan Perdana Menteri dan de facto Menteri Undang-Undang, Dato Zaid Ibrahim ada membuat kenyataan undang-undang negeri ini adalah ketinggalan zaman dan perlu dikajisemula.

Kenyataan ini adalah satu kenyataan politik yang bahaya dan naif sejarah.

Ku Li Menegur Menteri Luar Negeri

Baru-baru ini, YBM Tengku Razaleigh Tengku Hamzah menegur Menteri Luar, Dato Rais Yatim tentang perkara ini berhubung hak negeri Johor dalam urusan Pulau Batu Putih. Menurutnya, perbicaraan Mahkamah Antarabangsa berkenaan Pulau Batu Putih tidak sepenuh kerana tiada penglibatan Negeri Johor sebagai Negeri Berdaulat.

Surat Ku Li adalah seperti berikut:

YB. Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim,
Menteri Luar Negeri,
Kementerian Luar Negeri,
No. 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 PUTRAJAYA

Post & Fax No. 8889 2855

I read in today's newspapers that you have issued a statement that you will respect the decision of the ICJ and that Malaysia will be engaging in technical discussions on various aspects of Singapore's claim to territorial waters and their Economic Zone.

No doubt this has been done with the approval of the Prime Minister and the Cabinet.

I wish to state that I am unhappy and concerned with the outcome of the international arbitration on the state of Batu Putih.

I am deeply dismayed that the interests of the state of Johor were never brought to the attention of the Court.

Perhaps I should point out to you that Malaysia is a Federation of sovereign states and Johor retains territorial jurisdiction on some matters, including its territorial seas. This interest is paramount.

It is for this reason that I think that the arbitration proceedings are still incomplete. Johor has a right to be a party to these proceedings and to seek the necessary variations, particularly in relation to sovereignty over the seas surrounding Batu Putih, which has always been in the hands of Johor and never surrendered to the British Government nor to Singapore.

By stating that you accept the ICJ's decision without any reservation, and participating in technical discussions with Singapore on matters that involve the sovereignty of Johor, the Government has committed a serious infringement of the Constitutional rights of the state of Johor.

I hope the Government will refrain from making any further statement or participating in technical discussions with Singapore on these matters.

I want to record my disappointment and disapproval of the manner in which the Government has conducted the case in the ICJ and acted subsequently.

These are serious matters of sovereignty and there are grave repercussions if the present conduct continues.


Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)


-------------------------------------

Terjemahan

Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim,
Menteri Luar Negeri,
Kementerian Luar Negeri,
No. 1, Jalan Wisma Putra,
Presint 2,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62602 PUTRAJAYA
Post & Fax No. 8889 2855

Yang Berhormat Datuk Seri Utama

PENCABULAN KEDAULATAN DAN HAK KERAJAAN NEGERI JOHOR

Kenyataan Yang Berhormat Datuk Seri seperti yang dilaporkan oleh akhbar arus perdana hari ini terhadap ketetapan Kerajaan Malaysia menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung Pulau Batu Putih @ Pedro Branca serta bersedia menghadiri perbincangan teknikal dalam aspek tuntutan Singapura menyentuh persempadanan perairan serta Zon Ekonominya adalah dirujuk.

Saya amat berkeyakinan semua persoalan tersebut tentunya telah dipersetujui oleh Perdana Menteri dan seluruh angota jemaah Kabinet.

Sehubungan dengan itu saya ingin menzahirkan kekecewaan serta keperhatinan yang mendalam atas campurtangan negara luar terhadap kesejagatan Pulau Batu Putih dan merasa amat dukacita menyaksikan hak dan kepentingan serta kedaulatan negeri Johor tidak langsung diambil kira untuk kemukakan kepada mahkamah keadilan antarabangsa sepanjang perbicaraan yang telah berlangsung.

Saya ingin memperjelaskan kepengetahuan Yang Berhormat Datuk Seri bahawa Malaysia merupakan Persekutuan negeri-negeri yang berdaulat di mana negeri Johor tetap memiliki hak perundangan terhadap jajahan takluknya meliputi kepentingan tertentu di kawasan persempadanan termasuk perairannya. Kesemua kepentingan ini adalah termaktub dan berkekalan.

Berdasarkan kepada fakta tersebut saya merasakan sebarang tindakan perundangan yang mahu dilakukan keatas Pulau Batu Putih serta persekitarannya adalah tidak tepat dan amat bertentangan dengan perlembagaan negara kerana Kerajaan Johor tetap memiliki hak mutlak yang sewajarnya lebih-lebih lagi menyentuh persoalan kedaulatan terhadap jajahan takluknya disekitar pulau tersebut di mana ia tidak pernah diserahkan kepada Kerajaan British mahupun Singapura.

Pengumuman Yang Berhormat Datuk Seri menerima keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan bakal melaksanakan rundingan teknikal dengan kerajaan Singapura berhubung Pulau Batu Putih mengakibatkan kedaulatan negeri Johor dinafikan sama sekali dan ini bererti Kerajaan Malaysia telah menceroboh hak Kerajaan Negeri Johor sepertimana yang telah diperuntukan dalam Perlembagaan negera.

Saya amat berharap agar kerajaan Malaysia segera menghentikan sebarang pegumuman atau rundingan teknikal dengan kerajaan Singapura berhubung persoalan Pulau Batu Putih.

Saya juga ingin merakamkan kekesalan yang amat mendalam serta tidak bersetuju terhadap halacara dan pengendalian Kerajaan Malaysia berhubung perbicaraan Pulau Batu Putih di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) .

Sesungguhnya saya ingin menyatakan bahawa tindakan yang sedang dilakukan oleh pihak Yang Berhormat Datuk Seri dan Kerajaan Malaysia merupakan pencabulan perlembagaan berhubung kedaulatan negeri-negeri yang bergabung di dalam Malaysia jika ianya masih diteruskan.

Sekian untuk makluman dan tindakan Yang Berhormat Datuk Seri dan Kerajaan Malaysia.

Yang Ikhlas

Tengku Razaleigh Hamzah.

No comments:

Post a Comment

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.