Friday, September 12, 2008

Politik Abdullah menunggu dikubur, tetapi tetap berdegil! Apa pilihan Najib?

Agak-agaknya begini rupa kerjaya politik Abdullah sekejap masa lagi?

Abdullah tidak ada jalan lain melainkan mengundur secara terhormat.

Reaksi Abdullah kepada tuntutan Muhyiddin hanya menunjukkan sikap tidak mahu menerima kenyataan dan sedang berhelah dengan alasan yang lemah. Kerja apa yang perlu sangat sentuhannya?

Jika tidak menjadi ahli politik dan terus kekal dalam perkhidmatan kerajaan, ramai rakan-rakan seangkatannya menganggap dia hanya paling tinggi boleh sampai di Superscale D.

Dengan kelemahan intelek, peribadi, dan keupayaan Abdullah "Amat Bahalol", apa kerja yang dilakukannya hingga tidak boleh diselesaikan oleh orang lain dengan lebih cekap, teratur, dan segera?

Kenapa Abdullah masih berdegil "buat tak tahu" atau berhelah? Apa yang sedang cuba ditutup dari pengetahuan orang ramai? Adakah ada penyalahgunaan kuasa yang begitu ketara sekali? Atau ada isu-isu geo-global politik yang sudah mencengkam Abdullah?

Apa pilihan Najib sekarang?

Pengurusan Ekonomi Lemah dan Penyalahgunaan Kuasa

Malaysia Insider, September 11th, 2008 melaporkan berikut:

Pak Lah's future may be out of his hands

SEPT 11 If Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi can snare enough nominations to snuff out any opposition and return as Umno president while being manacled to a faltering Malaysian economy and shadowed by questions over his fitness for the top job, it would be a minor miracle.

Consider these facts:

- His approval rating has tanked, from slightly over 50 per cent just before the general election to 43 per cent today. His tentative handling of the Datuk Ahmad Ismail episode, which allowed reckless comments by a political bit player to put the country on a security alert, is being assessed as a sign of a weak leader, short on confidence and support within his own party.

- The imminent return of his nemesis, Tun Dr Mahathir Mohamad, to Umno and the expected move by the former prime minister to campaign feverishly for Tengku Razaleigh Hamzah as the new president of the ruling party will put severe pressure on what only a month ago was a free pass to the party elections in December.

- The absence of a cohesive game plan to contain Datuk Seri Anwar Ibrahim and the Pakatan Rakyat is being tossed around by his critics in the Cabinet and party as a apocalyptic sign that Abdullah's two-year transition plan could lead them to political oblivion.

- More important than all the above reasons, the inability of the Abdullah administration to grease the political patronage wheels of Umno quick enough could lead powerful division chiefs to support the party president's political foes. Party warlords from across the country have sent word that the promises of contracts and projects for their constituencies have remained just that, promises. In some cases, letters of award have been deliberately withheld by senior Finance Ministry officials, flexing their administrative muscles with the full knowledge that the Finance Minister is too weak or distracted to take action against them. The equation is very simple for these division chiefs if Abdullah cannot deliver largesse to them, then he does not deserve their support.

- The Abdullah-Datuk Seri Najib Razak tag team is coming under some pressure, mainly from the Deputy Prime Minister's supporters who wonder if the PM's unpopularity will be a drag on Najib too. Some of them want Najib to be made acting PM soon while less ambitious ones just want Abdullah to do something.

Against this backdrop, Abdullah's loyalists and supporters concede that the three weeks run-up to the divisional elections in October could be much tougher than anticipated. They acknowledge that the doubts about him are percolating like never before, with critics assailing him for his body language right down to his manner of speaking.

They still maintain that the PM will garner sufficient nominations from the 191 divisions to contest the party president's position but for the first time are open to the possibility that Ku Li could obtain the 58 nominations he needs to challenge for the top post. Their confidence is based on the belief that he still can use the instruments of incumbency to hold the line. But position takes anyone only so far. Influence is achieved by results and the ability to exercise raw power. Abdullah has not been able to demonstrate either consistently during his time in office as the PM.
That is why Ahmad was willing to mock him publicly, knowing full well that Abdullah alone would not punish him. That is why some Umno division chiefs are keeping their options open on whether to give their nomination to the PM.

Yes, this is a crucial three weeks for Abdullah. Much of his political fortunes hinges on Najib's commitment to the transition plan and whether the senior members of the party, including the Menteris Besar, still believe that a smoother transfer of power is a better option than an all out contest. It is pretty much out of his hands.
Siratan Geoglobal Politik

Apa Yang Tersembunyi?

Laporan Bernama September 11hb, 2008 seperti berikut:

Abdullah Terkejut Kenyataan Muhyiddin Anggap Peralihan Kuasa Terlalu Lama

PUTRAJAYA, 11 Sept (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata beliau terkejut dengan kenyataan Naib Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa rancangan peralihan kuasa pada 2010 adalah terlalu lama sedangkan, kata Perdana Menteri, pelan itu dipersetujui oleh kabinet dan Majlis Tertinggi Umno.

"Saya terkejut seorang anggota kabinet saya boleh membuat kenyataan seperti itu. Ia bercanggah dengan apa yang telah dipersetujui," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC di pejabatnya di sini hari Khamis.

Semalam Muhyiddin berkata di Singapura bahawa pelan peralihan kuasa itu telah "tenggelam" dan rakyat tidak lagi bercakap mengenainya.

Mengikut pelan itu, Abdullah akan menyerahkan kepada timbalannya Datuk Seri Najib Tun Razak, jawatan Perdana Menteri, pengerusi Barisan nasional dan Presiden Umno pada Jun 2010.

Perdana Menteri berkata beliau masih lagi berkhidmat bukan untuk bersuka-suka memandangkan tugasnya itu bukan suatu yang boleh dianggap hanya untuk berseronok.

"Banyak soal politik, banyak masalah yang perlu ditangani dan banyak program yang saya perlu selesaikan," katanya.

Abdullah berkata ini termasuk pembaharuan membabitkan badan kehakiman, Badan Pencegah Rasuah dan polis.

"Pada masa yang sama, saya berjanji kita akan menghapuskan kemiskinan tegar," katanya.

Abdullah berkata beliau akan bekerja keras untuk mencapai semua itu, dan pada masa yang sama, berusaha membawa perubahan pada Barisan Nasional agar ia dapat berkhidmat dengan lebih berkesan kepada rakyat. Bagi Umno, kata Abdullah, banyak lagi usaha yang perlu dilakukannya untuk membantu Najib mencapai matlamat semua program yang telah ditetapkan.

Ketika ditanya sama ada beliau akan meminta Muhyiddin memberi penjelasan berhubung kenyataannya itu, Perdana Menteri berkata: "Tak perlulah soal saya tentang apa yang saya nak buat."

Mengenai hasrat Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno, beliau berkata perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu semalam.

"Pendapat saya seorang tak memadai, ini soal parti," katanya.

Dr Mahathir telah keluar Umno pada 19 Mei lepas kerana kecewa dengan kepimpinannya sekarang.

Mengapa Abdullah tidak habis, habis menyebut mengenai pembaharuan-pembaharuan yang mahu dan sedang dilakukan?

Nyatanya pembaharuan dan program ekonomi yang sedang dilakukan hanya memporak perandakan ekologi sosio-politik negara dan penuh disaluti dengan amalan rasuah, nepotisma keluarga dan kronisma.

Program pembaharuan Abdullah hanya membawa kebinasaan serta menjaja kepentingan dan masa hadapan orang Melayu. Dari Agenda Melayu yang dilaung-laungkan, kemudian menjadi hanya semangat DEB, tetapi ianya terus tiris hari demi hari. DEB baru yang dijanjikan semasa awal pentadbirannya masih tidak wujud lagi.

Adakah ini pembohongan sahaja yang sebenarnya mahu mengikut resepi IMF untuk membenteraskannya? Sudah ada timbul opportunis Melayu yang gila kuasa dna jawatan sedia menghancurkan masa depan Melayu dengan agenda politik yang pasti gagal dan tidak perlu diberi peluang langsung.

Adakah rancangan neo-kolonialisma IMF, termasuk membentera DEB memang dirancang seperti sekarang di mana Abdullah melakukan dari dalam dan Anwar menyalak dari luar? Ini yang dia perlu memastiakn rancangan ini tidak gagal?

Perpaduan Kaum dan Masa Depan Melayu?

Satu komentar dari anonymous 7:47 am di tulisan Rocky Bru, Hush ... menarik perhatian. Ianya dipaparkan dengan sedikit suntingan seperti berikut:

Kenapa dan Sampai bila?

Masaalah perkauman yang dihadapi negara, khususnya mutakhir ini di dalam Barisan Nasional, menunjukkan betapa jelas kelemahan yang amat ketara kepimpinan Abdullah Badawi.

Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sudah beberapa tahun membayangkan masalah yang dihadapi negara dan BN di bawah Abdullah. Kita tidak dapat lari masalah perkauman ini sejak dari Merdeka lagi. Peristiwa tahun 1969 adalah contoh. Namun, kekalutan Badawi memburukkan lagi keadaan sosio-politik negara, apatah lagi dengan keadaan ekonomi yang kian merudum.

Tun saban hari mengkritik Abdullah untuk letak jawatan bagi mengelakkan keadaan negara dan BN bertambah teruk!

Dari persepktif ini, saya ucapkan tahniah kepada Dato Ahmad Ismail, Ketua Bahagian UMNO Bukit Bendera dan semua 13 Bahagian Umno Pulau Pinang kerana berani bersuara bagi pihak Melayu Pulau Pinang yang hidup melarat. Padahal Perdana Menteri datang dari sana.

Kini Naib Presiden Umno Muhyiddin Yasin mohon Badawi serah kuasa secepat mungkin bagi membetulkan keadaan meruncing dalan negara dan BN.

Selain perpaduan kaum yang amat penting dan kritikal, masaalah ekonomi kaum Melayu perlu diutamakan dan ditangani segera.

Persetan golongan Melayu elit yang kaya raya hasil memperjuangkan nasib bangsa Melayu melalui slogan sahaja. Lupakan slogan hak sama rata Melayu dan bangsa Malaysia, jika penderhakanya adalah kepimpinan bangsa Melayu sendiri.

Jangan salahkan kaum dan bangsa lain, jika bangsa Melayu kita sendiri adalah pencipta kepada masalah yang dihadapi negara sekarang.

HIDUP MELAYU!
Apa pilihan Najib?

Dengan penyatuan Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh, kerjaya politik Abdullah hanya menunggu masa untuk dikuburkan.

Pengumuman kembali Dr Mahathir kepada UMNO menarik pelbagai sambutan dari beberapa pemimpin-pemimin yang selama ini dianggap pengampu Abdullah dan Ketua-Ketua Perhubungan UMNO Negeri. Cara Abdullah menjawab tuntutan terbaru Muhyiddin jelas kelihatan menyembunyikan gementar disebalik kemarahan yang jelas kelihatan.

Dari kenyataan terbuka Dato' Seri Najib Tun Razak, ia seolah-olah percaya peralihan kuasa akan berlaku pada Jun 2010.

Kebanyakkan pemerhati politik yang bebas tidak percaya ia akan terjadi kerana tidak percaya dengan janji-janji Abdullah. Namun, jika kita bersangka baik dan percaya kata-kata Abdullah, jawatan Perdana Menteri sudah pasti dalam tangan Najib dalam masa dua tahun lagi.

Jika Najib mengambil pilihan untuk akur dengan percaturan Dr Mahathir, maka dia terpaksa terus menjadi Timbalan Perdana Menteri kepada Tengku Razaleigh selama satu masa yang tidak tentu, tiga ke lima tahun sekurang-kurangnnya.

Adakah Najib sedia bersama dalam rakit Abdullah yang sudah pasti tenggelam? Malah, jika berlaku tsunami politik III yang disertakan kesan bola salji ("snowballing effect"), jangan hairan keengganan Abdullah memansuhkan sistem kuota akan memakan diri. Abdullah boleh tidak cukup pencalunan!

Sekarang selama mana Najib sedia untuk tidak menghiraukan desakan dari akarumbi, pemimpin-pemimpin bawahan UMNO dan lain-lain suara lagi? Selama mana Najib boleh terus berkondom dalam permainan?

Walaupun Muhyiddin nampaknya agak merendah diri tidak mahu berlawan dengan Najib, keberanian yang ditunjukkannya telah mencuit hati rakyat dan akarumbi. Muhyiddin dilihat sebagai seorang "pejuang" yang berpegang kepada kekuatan moral dan sedia terkorban dalam perjuangannya.

Jika didesak dan dicalun, tidak hairan Muhyiddin terpaksa bertanding Timbalan, walaupun ia menyedari jentera Najib lebih kuat. Dengan sentimen yang sudah berubah dan kekuatan dua tokoh berserta veteran UMNO, apa-apa boleh berlaku?

Dr Mahathir bukan orang yang mudah megubah pendirian. Adakah Najib sedia mengambil risiko untuk menentang orang yang meletaknya sebagai Timbalan Presiden dan Perdana Menteri?

Adakah Najib sedia tenggelam bersama Abdullah dan hanya menunggu surat watikah perlantikan Perdana Menteri dihidang di atas dulang emas? Atau Najib adalah juga pejuang yang sedia mengambil risiko dan sedia terkorban dalam "peperangan politik"?

Pilihan Najib hingga tinggal dua. Satu untuk mendesak, menekan atau menentang Abdullah hingga dia turun segera. Dua, untuk terus mengikut kononnya sifat kesetiaan ayahandanya yang hanya memastikan kerjaya politiknya terkubur.

Mungkin sekiranya diambilkira sokongan Dr Mahathir kepada Tengku Razaleigh, satu kerjasama dengan Tengku Razaleigh pun adalah satu lagi opseyn. Ia memberi masa untuk membersihkan imejnya yang dicemarkan oleh pelbagai fitnah dan tomahan caturan Anwar Ibrahim.


Berani Berubah!

5 comments:

  1. Anonymous2:48 PM

    KAlau dah ramai sangat yang gila kuasa susahlah. Buruk2kan orang, dengan harapan sokongan terhadap orang tu semakin lemah, lepas tu dia jadi glamor, nak jadi PM..

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:26 PM

    Pilihan untuk Pak Lah paling selamat ialah disebabkan UMNO dan BN sudah tak mahukannya lagi lompat ke PKR 16Sep ini dan terus jadi PM dan Anwar jadi DPM sehingga 2010.

    Setidak-tidaknya pelan peralihan yang diidamnya akan menjadi.

    Anwar pun dapat apa yang diidamkannya perubahan kerajaan tarikh tersebut.

    Tidakkah orang telah Amerika kata Pak Lah hanya akan selamat jika Anwar jadi PM?

    KJ juga boleh ikut jadi tak heranlah dia yang uruskan paspot Anwar dulu.

    ReplyDelete
  3. lawan tetap lawan. jangan lupa dengar lagu dan main bola je.

    ReplyDelete
  4. Dollah does not even deserve proper funeral for the end of his political career. He politicalcarrer should be sent to kandang khinzir in disgrace, together with BABI and Khairy !!!

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:40 PM

    identity

    people saw the problem of dolah for many man years.

    they voice it during general election and many occasions.

    all you can say is giler kuasa. si bodowi tu tak giler kuasa. dahlah bodoh.

    did you go school, if not a university?

    if you did, then you must be having hearing or thinking problem!

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.