Utusan Malaysia 24/09/2008 5:26pmKerajaan telah terakhir mengumumkan penurunan harga minyak dan diesel pada Ogos 22hb, 2008 sebanyak 8 sen dan 22 sen selitar. Semasa itu, Perdana Menteri Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji akan menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen selitar sekiranya purata harga minyak kekal kepada USD109 setong.
Harga minyak turun 10 sen
KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.
Kini harga minyak sudah USD107 setong dan harga paling rendah bulan ini adalah sekitar USD91 setong. Bukankah purata harga minyak bulan ini sepatutnya kurang dari USD100 setong dan harga minyak sepatutnya turun 25 sen hingga 30 sen seliter?
Di mana janji manis Perdana Menteri?
Mengapakah pengumuman ini dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin dan bukan Dato Shahrir Abdul Samad? Adakah kerana berita ini bukan berita baik maka bukan Abdullah yang sendiri mengumumkan? Adakah Abdullah akan menyalahkan Najib yang belum pun seminggu menjadi Menteri Kewangan? Adakah pengumuman ini bersangkut dengan kedudukkan Abdullah yang tidak stabil?
Bagaimana pula cerita Abdullah meminta peniaga turnkan harga barang? Apa perkembangan terbaru?
Itulah barang bila dah naik, susah nak diturunkan kerana struktur kos sudah kekal. Kenapa memandai mudah sangat naikkan mendadak 78 sen dan RM1 gas untuk minyak dan diesel?
Persoalan persoalan persoalan ...
-------------------------------
Utusan Malaysia September 5hb, 2008-----------------------------------
Turun lagi 15 sen – PM
* Jika harga minyak mentah dunia di bawah AS$109 setong
Oleh HAMDEN RAMLI dan HELMI MOHD. FOAD
PUTRAJAYA 4 Sept. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, harga runcit minyak petrol dan diesel mungkin diturunkan lagi sebanyak 15 sen daripada harga semasa, jika harga minyak mentah dunia stabil di bawah paras AS$109 setong sehingga akhir tahun ini.
Beliau berkata, di bawah formula pengiraan subsidi bahan api, semakan semula harga runcit petrol dan diesel akan dilakukan pada 1 Oktober ini atau pertengahan bulan tersebut.
“Harga minyak dunia turun dan naik. Kalau ia kekal AS$109 sehingga penghujung tahun ini, sudah tentu saya akan berasa amat gembira untuk mengumumkan penurunan sebanyak 15 sen daripada apa yang ada sekarang.
“Sama-samalah kita berdoa supaya (minyak dunia) tidak naik, kalau boleh biar turun lagi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kewangan Negara di sini hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian ketika diminta mengulas trend harga minyak dunia pada masa ini yang menurun kepada AS$109 setong berbanding AS$115 setong dua minggu lalu.
Abdullah berkata, harga runcit petrol dan diesel bulan lalu disemak lebih awal pada 22 Ogos bagi membolehkan rakyat mendapat tawaran terbaik dalam soal harga minyak.
“Pada masa itu, trend harga minyak dunia menunjukkan peningkatan dan jika dilengahkan kita khuatir rakyat tidak akan mendapat manfaat apa-apa.
“Jadi saya berpendapat, ini masa terbaik untuk membuat keputusan. Jika kita semak harga minyak pada 1 September seperti dijadualkan, ia akan meningkat sebanyak dua sen iaitu RM2.57 berbanding RM2.55 seperti diumumkan,” katanya.
Pada 23 Ogos lalu, kerajaan menurunkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter, manakala harga runcit diesel sebanyak lapan sen daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.
Utusan Malaysia Sept 22hb 2008-----------------------------------
Harga petrol boleh turun 30 sen seliter
Oleh YANG CHIN MEE
KUALA LUMPUR 21 Sept. - Harga bahan bakar dalam negara dijangka dapat diturunkan 30 sen seliter menjelang perayaan Aidilfitri sekiranya harga minyak di pasaran dunia kekal di bawah paras AS$100 (RM340) setong.
Penganalisis ekonomi, Tan Sri Dr. Ramon Navaratnam berkata, pada Ogos lalu kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel dari lapan sen hingga 15 sen seliter apabila harga pasaran dunia menurun sehingga AS$110 setong.
Berdasarkan kedudukan harga minyak di pasaran dunia sekarang, katanya, tidak mustahil harga seliter petrol dapat diturunkan sehingga 30 sen.
"Kerajaan akan mengambil kira kadar penurunan berdasarkan kiraan yang dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai faktor dan kesan yang mungkin dihadapi.
"Bulan lalu ketika harga pasaran turun sehingga AS$110 setong, kerajaan telah menurunkan harga bahan bakar sehingga 15 sen seliter.
"Kini, harga pasaran sekali lagi menurun sehingga di bawah paras AS$100, maka saya menjangkakan harganya mungkin akan diturunkan sehingga 30 sen lagi,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Harga seliter petrol RON 97 sekarang RM2.55 seliter manakala harga diesel ialah RM2.50. Ketika kerajaan menaikkan harga minyak pada Jun lepas sewaktu pasaran minyak dunia AS$125 setong, harga petrol ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.
Ramon berkata demikian ketika diminta mengulas kemungkinan kerajaan menurunkan atau mengekalkan harga petrol dan diesel yang bakal diketahui pada mesyuarat Kabinet Rabu ini.
Beliau percaya inisiatif kerajaan mengurangkan harga minyak itu pasti akan membawa berita baik kepada setiap rakyat menjelang Aidilfitri.
Beliau berharap kerajaan akan menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat yang mengalami pelbagai masalah kenaikan harga barang termasuk bahan bakar dengan menurunkan harga petrol dan diesel menjelang hari raya.
Sementara itu, pakar ekonomi, Senator Prof. Datuk Dr. Ismail Md. Salleh juga sependapat dengan Ramon bahawa kerajaan akan bertindak mengurangkan harga bahan bakar antara 30 hingga 40 sen seliter.
Kerajaan sebelum ini, katanya, berjanji akan menurunkan harga bahan bakar berdasarkan penurunan harga di pasaran dunia.
"Memandangkan harga pasaran sekarang menurun sehingga kurang daripada AS$100 setong, kerajaan tentu akan menunaikan janjinya untuk menurunkan harga petrol dan diesel dalam negara,'' jelasnya.
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, tindakan menurunkan harga bahan bakar itu amat dialu-alukan untuk mengurangkan beban rakyat.
"Penurunan harga bahan bakar ini secara tidak langsung juga akan menurunkan harga barang keperluan harian. Selepas ini, tiada lagi alasan untuk para peniaga menaikkan harga barangan keperluan rakyat.
"Dengan itu, pastinya ia dapat mengurangkan kesusahan dan beban rakyat terutama menjelang Aidilfitri,'' ujarnya.
Ketua Eksekutif Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kebarangkalian kerajaan untuk menurunkan harga bahan bakar amat tinggi berikutan harga minyak di pasaran dunia turun sehingga di bawah paras AS$100 setong.
"Kerajaan akan membuat kiraan dan menentukan berapa sen seliter yang patut dikurangkan," ujarnya.
Presiden Persatuan Pengusaha Stesen Esso, Alang Zari Ishak pula meminta kerajaan mewujudkan dana untuk mengurangkan kerugian jika harga petrol dan diesel dalam negara diturunkan secara mendadak.
Jelasnya, setiap pengusaha stesen minyak diwajibkan menyimpan stok minyak selama dua hari bagi memastikan bekalan tidak akan terjejas.
"Sekiranya kami menjual minyak dengan harga rendah sedangkan bekalan itu dibeli pada harga yang tinggi (sebelum penurunan harga), ia akan merugikan pengusaha," ujarnya.
"Contohnya, penurunan harga pada 23 Ogos lalu telah menyebabkan para pengusaha stesen minyak di seluruh negara mengalami kerugian sehingga RM10 juta.
"Oleh itu, saya berharap kerajaan akan mempertimbangkan kesusahan kami dan mewujudkan satu sistem atau dana bagi menanggung kerugian yang kami hadapi sekiranya harga minyak diturunkan secara mendadak,'' ujarnya.
Sedutan laporan Utusan Malaysia 24 Ogos 2008
Abdullah minta peniaga turun harga barang
KUALA LUMPUR 23 Ogos - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta para peniaga menurunkan harga barang sejajar dengan langkah kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel.Perdana Menteri berkata, ekoran penurunan harga petrol dan diesel antara 15 dan 22 sen itu, para peniaga juga sepatutnya mengambil langkah yang sama untuk manfaat pengguna.
''Ketika meminta supaya harga minyak diturunkan, mereka hendakkan ia dilakukan cepat-cepat dan setelah dilakukan (diturunkan), mereka (peniaga) juga perlu bantu-membantu untuk menurunkan harga barang-barang,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan majlis Bulan Pencegahan Jenayah Peringkat Kebangsaan anjuran Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) di sini hari ini.
Semalam, Abdullah mengumumkan penurunan harga petrol dan diesel bermula hari ini.
Kabinet memutuskan harga runcit petrol RON97 dikurangkan sebanyak 15 sen daripada RM2.70 seliter kepada RM2.55 seliter manakala harga runcit petrol RON92 dikurangkan sebanyak 22 sen iaitu daripada RM2.62 seliter kepada RM2.40 seliter.
Harga runcit diesel dikurangkan sebanyak lapan sen seliter daripada RM2.58 seliter kepada RM2.50 seliter.
Abdullah berkata, penurunan harga minyak dilakukan sekarang memandangkan wujudnya trend yang harga bahan api itu akan naik lagi selepas ini.
Jika harga minyak tidak diturunkan sekarang kata Abdullah, adalah sukar untuk dilakukannya nanti kerana harga bahan api itu sentiasa akan naik.
''Seperti yang telah kerajaan janjikan bahawa harga petrol boleh diturunkan sekiranya ada petanda harga bahan api itu turun di pasaran dunia,'' jelas Abdullah.
Abdullah berkata, penurunan harga minyak dilakukan bukan untuk mencari populariti menjelang pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh.
Ditanya sama ada kerajaan akan terus memberi rebat kepada pemilik kenderaan, beliau memberitahu, ia akan diteruskan sehingga Mac tahun depan dan kerajaan akan menimbangkan sama ada ia dilanjutkan apabila tiba masanya.
Mengenai sama ada beliau akan mengumumkan sesuatu yang akan mempopularkan kerajaan dalam Bajet 2009 Jumaat ini, Abdullah berkata:''Saya tidak peduli tentang populariti tetapi melakukan sesuatu untuk rakyat mengikut kemampuan saya, saya akan lakukan... saya tidak peduli apa mereka kata termasuk parti pembangkang.
''Jika memerlukan dasar diubah saya akan ubah, saya ada tanggungjawab untuk dilaksanakan dan akan melakukannya dengan cara saya,'' kata beliau. ...
should've been RM0.24 reduction
ReplyDeleterenaissance.MY's last post ... Petrol Price Revised (Should Have Been RM2.31)
patut nye tak turun langsung ... we need to learn to conserve energy and pay fuel at market price!!! not subsidised price
ReplyDelete:)
ReplyDeleteJadilah..Daripada takda langsung, kurang 10 sen pun boleh kurangkan sikit beban. Ni musim2 raya ni nak berjalan jauh, kurang 10 sen pun dah bersyukur tu.
ReplyDeletekira ok la tu 10 sen.kena turun sikit-sikit jugak.kalau turun secara mendadak nanti para peniaga pulak yang mengamok sebab kena turunkan harga barang-barang.
ReplyDelete10 sen + 15=25sen.dah 25 sen turun harga minyak.nak harap PR turunkan harga minyak kepada 70sen?benda yang tak pasti tidak usah terlalu diharapkan.