Diambil dan ubahsuai dari katun Zunar di laman UMNO Reform
Sepanjang Mesyuarat Pemuda UMNO semalam dan hari Jumaat, Khairy telah berjaya meningkat pencalunan dari 20 ke 5. Pencalunan diperolehi dari Rantau Panjang, Kuala Terengganu, Alor Gajah, Bukit Katil, dan Ledang.
Menurut para pemerhati, politik wahyu telah dapat membantu Khairy menderaskan pancalunan. Rantau Panjang yang menjadi mangsa politik wahyu memperlihatkan 100 nama perwakilan yang sah dikatakan telah di "hilangkan".
Dengan Tan Sri Annuar Musa sebagai Ketua Perhubongan UMNO Kelantan bersama Dato Che Akwi dikatakan telah terlibat di Machang, sebarang usaha untuk membuat aduan akan hanya ditolak.
Pencalunan Kuala Terengganu adalah sebulat suara tanpa ada usul lain dari bawah. Dipercayai Kuala Terengganua adalah kubu kuat Khairy di mana ia berperanan bersama Dato Wan Farid, Dato Idris Jusoh, Dato Patrick Lim, dan lain-lain di dalam pelbagai projek kontroversi seperti Piala Monsoon, Pulau Duyong, Masjid Kaca, dan Tamadun Islam.
Dua pencalunan dari Melaka di Bukit Katil dan Alor Gajah dipercayai sumber-sumber Pemuda UMNO sebagai campurtangan Ketua Menteri Melaka, Dato Ali Rustam. Dato Ali adalah jaringan "Sahabat" Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi. Sepanjang minggu ini, beliau dikatakan berperanan memberi arahan kepada orang-orang bertanggungjawab untuk membantu Khairy.
Sementara Khairy menang pencalunan dengan hanya kelebihan 5 undi di Ledang, Bahagian yang diketuai oleh Menteri Besar Johor, Dato Gani Osman. Adakah Gani juga telah di wahyu? Ini masih belum ada kepastian.
Mukhriz hanya memperolehi 4 pencalunan yang kesemuanya dari Kedah - Padang Terap, Pendang, Kuala Kedah dan Merbok. Manakala, Dr Khir mendapat 3 dari PJ Selatan, Kemaman dan Selayang.
Peningkatan tempo Khairy telah memecahkan nisbah pencaluan antara Mukhriz, Khairy dan Dr Khir dari pada 4:2:1.
Sejauh mana tenaga baru Khairy dari politik wahyu akan kekal, sama-sama kita tunggu keputusan seterusnya untuk memastikan fenomena politik wahyu.
Sementara itu, Tan Sri Muhyiddin dan Dato Zahid Hamidi telah menyuarakan supaya pertandingan dipercepatkan untuk bulan Disember sebagaimana asal. Adakah ini akan diterima Majlis Tertinggi?
Sudah tentu dapat mengurangkan politik wang. Kebanyakkan aktivis UMNO menyatakan ini mengurangkan calun-calun dari diugut dengan wang oleh perwakilan-perwakilan yang boleh mengundi.
Jika ditunggu hingga bulan Mac 2009, calun-calun yang mengamalkan politik wang akan membelanjakan rasuah yang banyak.
Sedihnya, parti-parti Barisna Nasional tidak dapat lagi menumpukan untuk memulihkan parti dan bersedia untuk menghadapi Pilihanraya ke 13 akan datang.
Elohlah kalau KJ layak bertanding, malah dia patut mendapat majoriti pencalonan supaya Mukhriz dan Khir Toyo sedar diri dan bekerja kuat. (bukan kuat tabur duit).
ReplyDeletecorrection brader, idris jusoh di besut. tidak ada kena mengena dgn kt. di kt kalau ada wahyu pun ianya diturunkan kpd ahmad said (lihat kemaman tempat mb skrg kj juga menang) di besut kj kena belasah teruk 357-7. idris antara yg awal mintak mentua kj berundur & bawa sekali suku-sakatnya pergi jauh. ayuh teruskan 'berani berubah'!
ReplyDeleteMaaf , berbanyak maaf kepada rakan2 di besut.
ReplyDeleteSayu tahu dan sedar Idris Jusoh dari Besut dan Pemuda Besut memberikan Mukhriz.
Tetapi jangan mudah lupa Idris Jusoh terlibat langsung dgn skandal2 projek di Terengganu yg hanya memunafaatkan kroni Khairy.
Kalau dia tidak setuju, dia patut resign dari jadi MB!
Saya masih beranggapan dia masih kroni Khairy.
Saya berani berubah, jika dia berani mendedahkan dan berhenti membuat kemungkaran yg tidak menguntungkan rakyat!!!!.
Tidak niat untuk menidakkan sumbangan pemuda besut. Terima kasih.
kecewanya sy bila ledang calonkan khairy.. x patut.. as ledang citizen. sy rs sgt2 malu dengan keputusan ni..
ReplyDeletekalau KJ layak bertanding,mungkin dia wt lucky draw kt kwn2 dia hadiah utama "helikopter yang dia pki ms kempen pilihanraya" yg dia bli pakai duit merompak saham GLC..saguhati,dapat la ckit angpaw tebal..
ReplyDeleteAli Rustam memang arahkan pemuda bkt katil calonkan KJ. Pemuda2 Bkt Katil frust habis sbb mereka memang nak Mukhriz tapi Ali Rustam Shah Rukh Khan ARAHKAN letak nama KJ. Dia kata kita bagi2lah...3 bhg bagi KJ 3 lagi bagi Mukhriz! Rationalnya supaya penyokong kedua2 akan undi dia untuk Timbalan Pres.
ReplyDeletejika awk kata pengaruh orang lain utk KJ ,bagi aku muhkriz pun hebat juga guna Bapak dia di Kimanis dan tgk sendiri di Kedah seluruh kedah calon muhkriz..
ReplyDeletejangan dok bawa cerita kedai kopi la ..aku rasa muhkriz ni takut kalah kot ,sudah dapat pencalonan duduk dia dah la ...tak payah dok bawa cerita .
yang aku tahu idris jusoh UMNO Besut ,nampak sgt la hang buta ttg UMNO lagi mahu komen ttg UMNO...
Setiakwan VS Berani main tipu
Angka pencalonan yang tinggi tidak memberikan banyak kelebihan kepada Mukhriz atau sesiapa juga yang dicalonkan dalam keadaan demokrasi UMNO yang ada pada hari ini. Suara akar umbi yang begitu jelas mahukan Mukhriz memimpin Pemuda dengan mudah boleh disenyapkan dengan tawaran projek dan wang untuk membeli serta membela seramai 4 perwakilan dari setiap bahagian yang akan mengundi nanti. Bukanlah suatu kesalahan untuk mereka menerima segala tawaran yang datang kerana tiada sesiapa yang boleh menghalangnya.
ReplyDeleteSilapnya, seluruh perwakilan itu dan yang sewaktu dengannya beranggapan bahawa segala projek dan wang yang disogokkan adalah daripada kantung calon yang bertanding dan mereka rasa terhutang budi dengan tawaran yang diberikan. Hakikatnya, segala projek dan wang yang disogokkan adalah milik negara yang telah diselewengkan untuk kepentingan calon yang menawarkan.
Sekiranya perwakilan yang dipilih ke Perhimpunan Agung pun boleh dibeli dengan tawaran projek dan wang, kita harus rasa sangsi dengan integriti keseluruhan parti Umno untuk terus memegang kuasa pemerintahan pada masa yang akan datang. Jelas bahawa mereka yang berada dalam kedudukan penting Umno pun bertindak atas pertimbangan dan kepentingan dirinya semata-mata serta membelakangkan parti yang dianggotainya dengan tunduk kepada perasuah. Andainya suara akar umbi dalam Umno sendiri tidak mendapat tempat, bagaimanalah Umno mahu menjalankan peranan membela rakyat yang berbilang agama, bangsa dan fahaman politik jika mereka terus diberikan peluang memimpin kerajaan kelak.
Saranan YBbhg.Tun Dr. Mahathir bukanlah terhad untuk menyingkirkank orang-orang Pak Lah sahaja tetapi juga harus meliputi kesemua pengamal rasuah politik, sama ada yang menawar atau yang menerima. Berbeza dengan kes-kes rasuah yang lazim kita ketahui di mana kebanyakan yang diambil tindakan ialah yang menerima sogokan, dalam Umno hanya yang memberi atau menawarkan rasuah yang diambil tindakan. Contoh yang jelas ialah dalam kes Tan Sri Isa Samad bila mana hanya beberapa orang yang diambil tindakan sedangkan sebahagian besar perwakilan beroleh durian runtuh ketika itu. Mungkin sebab itulah istilah rasuah tidak digunapakai sebaliknya digunakan istilah politik wang. Yang berani berubah kenalah mengubah senario ini sekiranya dia terlepas dari permainan rasuah politik yang dijangka berleluasa dalam beberapa bulan mendatang.