Monday, October 20, 2008

63: 34: 26; Khairy Ketinggalan, Pak Lah Naik Isin


Kenyataan Abdullah semalam membidas Dr Mahathir yang dianggap berlagak sebagai Pengarah Pemilihan parti mendapat reaksi kurang baik dari para pemerhati. Beliau memberi reaksi kepada tulisan blog Tun bertarikh Oktober 17hb, 2008 bertajuk Pemilihan UMNO.

Di dalam blognya, Dr Mahathir menyarankan bahawa orang-orang Abdullah tidak harus dilantik di dalam pentadbiran Najib. Nama khusus yang disebut adalah Khairi Jamaluddin dan Dato Azalina Osman Said. Beliau memuji beberapa orang, khususnya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Rafidah Aziz dan Dato Shafie Apdal yang lantang berani bersuara.

Bagi menangkas pujian Tun, Abdullah telah mengkritik Muhyiddin dan Rafidah. Reaksi ini mendedahkan beliau mempunyai perancangan dan kepentingan untuk menaikkan orang pilihannnya khususnya Dato Seri Ali Rustam, Dato Azalina Osman Said dan menantunya Khairi.

Walaupun ada ahli politik yang ikhlas bersimpati dengan Abdullah, cara ia menyuarakan pasti dilihat secara negatif oleh rakyat dan akarumbi UMNO yang sudah bosan dan muak dengan kedegilan dan tipu helahnya untuk enggan berundur segera.

Azalina, Pilihan Abdullah

Sebelum ini, Rafidah ada dituduh oleh Dato Musa Sheikh Fadzir, seorang penyokong Abdullah sebagai tidak konsisten. Menurut Musa, beliau mengadakan sekim peralihan kuasa yang hampir sama tetapi menuntut Abdullah mempercepatkan peralihan kuasa dan tidak bertanding. Tuduhan Musa diperakui seorang Dato Ketua Wanita Bahagian.

Menurutnya Rafidah bertanding untuk menyekat kemaraan Azalina. Walaupun Dato Shahrizat Jalil kononnya beregu dengan Azalina, dia telah dicalunkan dan kini cukup pencalunan untuk kedua-dua jawatan Ketua dan Naib Ketua Wanita. Kemungkinan yang berlaku adalah Shahrizat boleh membuat pilihan yang perlu.

Dengan kemasukkan pencalunan untuk pakar ekonomi Dr Noraesah sebagai Naib Ketua Wanita, Azalina menghadapi masaalah untuk mendapat pencalunan. Apabila dia gagal, Rafidah akan memberi jalan.

Azalina, yang merupakan bekas Ketua Puteri UMNO, adalah ahli politik yang penuh kontroversi dan "keperibadian" yang susah diterima oleh akarumbi Wanita. Jika tidak kerana permintaan Abdullah, Azalina tidak minat untuk terlibat dengan pergerakan Wanita UMNO dan bertanding Naib Ketua Pemuda.

Komplot yang dipercayai diatur bertujuan untuk menahan Azalina dari menggunakan kuasa wang untuk mempengaruhi perwakilan. Azalina menjadi bualan di cafe-cafe "UMNO" yang rata-rata mempersoalkan kebolehannya untuk menang tanpa bertanding sebanyak dua kali untuk jawatan-jawatan ahli Parlimen Pengerang dan Ketua Bahagian UMNO, setelah mengakhiri tempoh sebagai Ketua Puteri UMNO.

Sumber-sumber yang rapat dengan Azlina dan dari PKR memperakui beliau "membeli" mana-mana calun parti-parti pembangkang yang ingin bertanding di pilihanraya umum.

Pelbagai pendedahan demi pendedahan salahguna kuasa telah dibuat terhadap Azalina. Baru-baru ini pendedahan yang pernah dibuat mengenai salahguna perbelanjaan untuk membiayai stafnya telah juga didedahkan oleh Sun.

Akhbar yang sama juga pernah mendedahkan rancangan pelik beliau untuk membina pusat latihan sukan di Brickendonbury, London yang memakan belanja hampir setengah billion semasa menyandang jawatan Menteri Belia dan Sukan.

Ali Rustam dan Khairi

Dalam Abdullah mengkritik Muhyiddin, beliau telah tidak sengaja memberi sokongan terbuka untuk Ali Rustam. Bagaimana pula kedudukan Tan Sri Muhammad Muhamamd Taib yang dilihat ramai sebagai orang Pak Lah?

Kecenderungan Abdullah kepada diketahui ramai kerana Ali Rustam merupakan sebahagain dari rangkaian gelap Abdullah yang dipanggil Sahabat dan melibatkan BTN, NGO seperti GPMS yang diketuai oleh Reezal Merican dan Majlis Belia Malaysia yang diketahuai oleh Ali Rustam, kunmpulan Pekida, dan lain-lain. Jaringan ini merupakan kekuatan Ali Rustam yang berjaya memenangi jawatn Naib Presiden ter atas pada pemilihan yang lepas.

Anihnya Malaysia Insider menyentuh mengenai kelemahan-kelemahan Ali Rustam termasuk ketidak upayaan berbahasa Inggeris . Walaupun ini membuatnya popular, Ali Rustam dilihat ramai mempunyai cara berkomunikasi yang agak "kekampungan", seperti juga Abdullah. Dia dilihat sebagai ahli kumpulan korus yang mengikut mengkakaktuakan kenyataan orang lain.

Buah fikiran, pandangan dan kenyataan yang sering diutarakan oleh Ali Rustam, seperti Abdullah juga, tidak mencerminkan beliau sebagai seorang yang tinggi pemikiran intelek dan mendalami dalam memahami satu-satu isu.

Dato Nazri Aziz merasakan sebagai hanya ahli Dewan Undangan Negeri, beliau tidak sesuai menyandang jawatan yang juga memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri

Khairi pula sudah ketinggalan jauh belakang Mukhriz. Terkini, beliau masih belum lepas dan tidak mendapat satu pun pencalunan dari Negeri Sembilan yang merupakan negeri home base. Kubu kekuatan beliau di Kelantan, Sabah, Pahang dan Perak telah ditembusi berkecai oleh Mukhriz dan Dr Khir Toyo.

Permainan wang, ugutan dan manipulasi mesyuarat telah terdedah. Gelang Patah dan Rantau Panjang yang telah dimenangi boleh batalkan.

Dalam usaha untuk meredakan imej buruknya, Khairi cuba memutarbelit untuk menuduh orang lain dibawa untuk merosakan mesyuarat. Sebenarnya Khairi yang terlibat dan telah didedah kehadhiran Pekida, kumpulan yang dikepalai Abdullah di Mesyaurat Pemuda di Pulau Pinang dan Perak.

Lebih memalukan, Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya tidak memberi pencalunan kepada Khairi dan Reezal. Khairi hanya menerima 22 undi berbanding jumlah undian Mukhriz dan Dr Khir melebihi 60 undi.

Anihnya, Dato Zaki Zahid, pemain utama Tingkat empat boleh mengalahkan Tun Faizal yang disenangi penyokong-penyokong Mukhriz dan Dr Khir dengan 3 undi. Ada pihak memberitahu Ketua Bahagian, Tengku Dato Adnan telah menyatakan kecenderungan kepada Zaki.

Apa Akibat Kenyataan Abdullah?

Usaha Abdullah untuk memberi wahyu sana sini untuk membantu Khairy tidak berjaya. Melaka dan Perak masih memberi pencalunan untuk Mukhriz.
Walaupun ada usaha untuk menafikan pencalunan oleh Bahagian-Bahagian, usaha tersebut melalui "bagi floor" hanya berpihak kepada Muhyiddin, Mukhriz dan Dr Khir.

Adakah Abdullah sudah desperado hingga memberi kenyataan yang emosional dan menjatuhkan maruahnya sebagai Presiden parti dan Perdana Menteri?

Banyak SMS yang diterima menyatakan demikian. Kenyataannya dilihat tidak konsisten dan tidak memahami keadaan sebenar, khususnya salahlaku orang-orangnya. Abdullah dilihat menunjukkan sifat semulajadinya kuat berdendam yang sering diceritakan oleh mereka-mereka yang rapat dengannnya.

Kenyataan Abdullah pada hari Sabtu tersebut menjadi tajuk-tajuk utama akhbar-akhbar perdana hari Ahad. Anihnya TV3 masih mengulang-ulang berita semalam hingga ke rancangan berita petang Ahad.

Sejak propaganda Kalimullah ini, Ali dan Muhammad Taib telah berjaya menambahkan pencaluan kepada 8 dan 9 daripda 3 dan 1 pada mesyuarat hari Ahad. Muhyiddin mendapat hanya 4 pencalunan untuk meningkat kepada 44.

Bolehkah kenyataan Abdullah dan propaganda Kalimullah menyekat kemaraan Muhyiddin?

---------------------------

Laporan Berita


Utusan Malaysia, Oktober 19hb, 2008

PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?

“Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.

Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.

“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.

“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.

Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.

“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

“The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya. – Bernama


------------------------------

Reaksi SMS


Dari UMNO PJS 14 >> Izinkan kami di peringkat akar umbi nyata yang penundaan PAU ke MAc 08 HANYA persetujuan MT. Terima kasih kepada TSMY suarakan isi hati kami. Membidas beliau tanda Pak Lah tidak faham rasa hati rakyat. SUDAH LAH DIAM LAH.

Dari Tan Sri xxx >> Dia dah gelabah kerana menantunya d tinggal jauh d belakang anak Tun M. Dan dia salah tafsir apa yang xxx maksudkan mengenai tempoh kempen. xxx tak sentuh tentang peralehan kuasa. Tetap Mac. Apa dah jd dgn PL skrang?

Dari ex-Merchant Banker >> If Pak Lah wants to talk of reform ask him 2 talk about transparency in the many dubious corporate deals such as ECM Libra, MV Agusta, Monsoon Cup, Maybank- BII, Eurocopter.

Dari penggiat politik >> Congratulations to TSMY! TSMY has received above the requisite numbers. The five months of campaigning are way too long. Badawi has tailed TSMY by emotionally stamped that TSMY is impatiance and not abiding to the decision made by MT. I think Badawi has revealed his political and personal thoughts about TSMY. Badawi has charged TSMY of stopping him for making that reforms.

I think the paper reforms are laws on the formation of the judicial appointment commission prevent corruption commission and special complaint commission to be recorded as Badawi's legacy. These bills must be highly and horizontally debated among Malaysians and more time is an essence. The sovereignty of the Malays and other communities rights which stipulated in the constitution will be at stake if they are not well studied and thought off. Crushing and rushing in these important bills for February parliament sessionis just a desperate moved before Badawi relinquihsed his post in March.

20 comments:

  1. Anonymous8:24 AM

    The race for UMNO youth leader is a spin-off of a TV program, Jejaka
    Idama...They are racing to be the top pin-up for young girls' walls,
    the top idola for teenage boys to emulate. Unfortunately, many
    makciks and bini orang are also swept off by the contenders' good
    looks.

    Khairy beats everyone on pure good looks but he is losing because he
    cant keep up with the attention....many autograph books remain
    unsigned and requests for photos ala Anuar Zain - where you can peluk
    if you want- cannot be met due to time constraints. His appearance at
    IKEA Rompin caused a 16 hour traffic jam. But due to Malays'
    intrinsic 'kaki merajuk' factor, 'tak layan, kami jalan' policy has
    been adopted by many....causing the current lagging in the
    nominations. But its rumoured he is coming out with a body
    double ...so hold on to your bets...

    Mukhriz uses the IMPRESSION of good looks downloaded via iphone and
    transmitted in 3-D on his erm follicly challenged plate. Nobody would
    swoon at the look of him so a lot of work is needed. The same can be
    said of the power required to generate the 3-D image of Cristián de
    la Fuente of Dancing With the Stars USA fame, infront of Mukhriz's
    face...Twice now, the power grid collapsed and pockets of villages in
    Kedah went black-out...which lead to impromptu Zapin Ghalit
    sessions, with Khairy's mask being worn by the guys...Yeap, forget
    female Viagra or watever....just use Khairy's picture

    The two top nominees will battle out in the next round in a few
    challenges. The first is the Zapin dance off. Since Mukhriz is from
    Kedah, he will be required to perform the Zapin Ghalit of course
    while Khairy the Zapin Endang...which is a pity really.
    With his dark and smoldering good looks, Khairy should be doing the
    sexy and seductive Zapin Ghalit...Mukhriz is kaki bangku so, the
    sitting position in Zapin Endang would surely help him. Lets see if
    there is a rule change to attract more viewers...

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:46 AM

    dalam hal macam ini,jolokan mahathir memang mengena untuk melihat next step musuh.., musuh yang tak boleh berfikir akan melakukan banyak kesilapan bila di-provok..mahathir great in how to play rough in politic games.

    ReplyDelete
  3. Anonymous10:53 AM

    Dollah tanya ...who is he ?? Orang tua ni dah giler ke ..dialah pengasas UMNO baru .. Bodoh sangatlah Dollah Badawi ni ..

    ReplyDelete
  4. Anonymous11:05 AM

    Sidang akhbar yang diadakan hampir tengah malam menampakkan keadaan amat terdesak kem AAB. Tun M yang berada diluar UMNO dijadikan "punching bag" bagi menyuarakan kekhuatiran melampau takala melihat kem yang memperjuangkan perubahan meraih pencalonan satu persatu.

    Tun M, yang hanya kini rakyat biasa, malah bukan ahli UMNO pun, hanya menzahirkan pendapat, sama seperti penulis blog ini, tapi mengapa AAB menghentamnya dengan begitu keras sekali? Ini menampakkan kekalutan dan mengelabahnya kem AAB ketika ini.

    Sidang akhbat khas untuk menghentam Tun hanya membenarkan bahawa kem AAB masih mengakui kehebatan dan pengaruh Tun walaupun berada di luar UMNO. Ungkapan AAB "Siapa Dr M ?" dilihat bercanggah dengan sidang akhbar itu kerana jika "Siapa Dr M ?" itu mencerminkan realiti sebenarnya, mengapa perlu dibuat sidang akhbar 'tergempar' itu? Biarkan sahaja Tun meluahkan pendapat kerana AAB tidak akan tergugat dengan pendapat Tun itu!

    Namun yang jelas, sidang akhbar itu hanya akan memburukkan lagi peluang mereka yang bertanding di kem AAB terutamanya Ali Rustam....

    Yang terbaik bagi AAB lakukan ialah berdiam diri, jangan hiraukan lagi nasihat Riong Kali dan Hisham Malaun itu... mereka sudah terlalu banyak menyusahkan hidupmu!

    ReplyDelete
  5. semua orang mahu yang berani berubah.ramai orang sudah bijak berfikir sekarang...orang telah fikir dari segenap aspek untuk memilih bakal pemimpin masa depan...mestilah yang terbaik...kerana masa depan kita merangkumi masa depan anak cucu cicit kita juga bukan hanya untuk layan "setia kawan" je...biasanya kawan setia waktu kita berada je..kalau dah poket kosong kawan akan hilang sekelip masa dan beralih arah...

    semoga kepada yang berjaya...jangan lupa agenda untuk mengangkat dan memertabatkan agama dan bangsa kepersada yang paling mulia. itu amanah kita dengan Allah...jadilah khalifah Allah yang terbaik dikalangan ummat.

    ReplyDelete
  6. Anonymous11:53 AM

    sebelum ini Mahathir yang banyak bidas Abdullah namun Abdullah hanya mendiamkan diri.kali ini Abdullah cuba untuk "menyerang kembali" dan mempertahankan dirinya dari terus diserang.siapa yang sannggup untuk terus diserang secara bertubi-tubi.

    Abdullah sebenarnya ok.dilihat media dan parti pembangkang boleh meluahkan pendapat dengan lebih terbuka dan ini mungkin tidak disukai oleh sesetengah orang dalam BN,UMNO dan kerajaan.

    tambahan pula Abdullah tidak mahu jadi "boneka" untuk Mahathir.kalau diingat sebelum ini Mahathir marah-marah kerana ada projek yang dibatalkan ketika awal Abdullah menjadi PM.

    MAHATHIR TERUS MAHU JADI ORANG BERKUASA SEPERTI MENTERI KANAN SINGAPURA~Malaysiakini.

    ReplyDelete
  7. Anonymous1:47 PM

    Mahathir tak patut campur tangan dalam urusan politik UMNO sekarang. Biar Pak Lah uruskan. Pak Lah masih Presiden UMNO sehingga Mac tahun depan. Mahathir dah jadi orang luar dan tak pernah dilantik untuk menjadi penasihat UMNO. Jadi mengapa perlu sibuk-sibuk campurtangan urusan yang berkaitan dengan UMNO?

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:03 PM

    sameon

    u need to do an IQ test or a reading profiency test.

    maybe u have short memory. bodos cybertrooper.

    ReplyDelete
  9. Pak Lah dah panas punggung...hahaha...proksi dia bakal pupus selewat2nya pemilihan mac2009..nak pecah perut baca paper semalam..hahaha...Bapa Demokrasi "Pingat Koh Sukun pada Pak Lah" marah pada Bapa Permodenan? Che Moq ada idea tapi sapa takmo dengar..Pak Lah layak digelar Bapa Demonstrasi. Zaman dia lagi banyak demonstrasi kaum..

    ReplyDelete
  10. Salam semua,

    As we can clearly see, it is SO APPROPRIATE that Pak Lah is going to step down.

    Garang tak bertempat. Lembik tak bertempat. Bila disebut atau diajukan dengan sesuatu perkara yang dikaitkan dengan Mahathir, demikian rupa reaksinya, sampai naik isim! Sebaliknya, apabila samseng-samseng HINDRAF membuat kacau di majlis rumah terbukanya, habis kuat reaksi Pak Lah ialah ialah "saya marah... saya kecewa"... apabila Bar(-ua) Council menubuhkan Kangaroo Courts eg. Tribunal of Eminent Persons dan Suruhanjaya Perlantikan Hakim dalam percubaan mereka untuk menghakis bidangkuasa Raja-Raja Melayu, Pak Lah membiarkan saja atas nama "judicial reform".

    dan yang terbaru, mengapa ada DOUBLE STANDARD daripada Pak Lah terhadap Tan Lian Hoe berbanding apa yang telah dikenakan terhadap Ahmad Ismail?

    atau memang HIPOKRIT sangat Pak Lah kita ni?


    @mahsyar & sameon

    saya berani jamin kepada anda bahawa di sebalik segala kepincangan pentadbiran Pak Lah dengan baru 5 tahun memerintah, beliau masih dihormati. kalau tak dihormati masakan pak lah masih diberi peluang oleh ahli-ahli UMNO untuk berundur secara terhormat. tapi hakikatnya, "hormat" itu harus diraih bukannya diminta, jauh sekali dibeli. respect is earned, not sought, let alone to be bought.

    elok sangatlah sdr. berdua memuja "keterbukaan" Pak Lah, kerana dengan keterbukaan yg tak bertempat itulah, anasir2 campurtangan kuasa asing makin berleluasa dan kedudukan Melayu kini dipersoal di tanah air mereka sendiri! teruskanlah anda mengampu sehingga anda tak mampu mengampu lagi. Tahniah juga untuk pengampu seperti anda kerana dengan usaha andalah, UMNO dan BN hampir ditolak sepenuhnya oleh rakyat dan berada dalam kedudukan yang begitu genting sekarang!

    ReplyDelete
  11. Anonymous2:58 PM

    Salam Bloggers,
    Tun Mahathir telah mengangkat martabat bloggers diperingkat atas sekali, mengatasi media yg mengikut kata org suruhan Pak Lah & the geng.
    Kenapa saya kata begitu?
    1. Luahan blog telah mendapat perhatian dan telah menjadi isu ISA.
    2.Kesan tulisan bloggers especially Tun Mahathir telah menusuk masuk jauh kedalam sanubari Pak Lah.. tak yah pakai injection mcm drug addict tu.. Meresap kejap je.. Nak cure jumpa Tun Mahathir.
    3. Takut juga Pak Lah dgn Blogger...Tahniah Tun
    Awas bloggers.. ANDA SEMUA SEDANG DIPERHATIKAN>>

    RahimOmar...

    ReplyDelete
  12. Anonymous5:34 PM

    Voicey, someone here has got to have the facts corrected.

    Pertama, dah banyak kali Dollah serang Tun balik, tapi setakat pakai pistol air je, tu pun tembak tak kena. Example, Dollah has answered to Tun's accusation about Khairy by denying Khairy's involvement in government, but the answer wasn't convincing.

    Kedua, Dollah kini OK di mata pembangkang kerana kelemahan Dollah adalah aset kepada PAKATAN. Sememangnya antara isu yang dimainkan PAKATAN semasa PRU 12 adalah faktor Dollah imam Hadhari, tapi janji tak ditepati dan boleh raba-raba lagi. Sebab tu pembangkang nak Dollah kekal jadi perdana menteri.

    Ketiga, apa salahnya kalau Dollah jadi boneka, paling tidak jadi boneka kepada rakyat. Tapi yang nyata Dollah adalah boneka kepada anak dan menantu je. Hampir semua keputusan melibat kepentingan mereka dan keluarga mereka.

    Lain kali kalau nak bersuara biar betul fakta, bukan macam 3rd class cybertooper.

    ReplyDelete
  13. Anonymous12:39 AM

    siapa mahathir? bukankah dia dah keluar umno? bila dia dah keluar umno, makanya dia tak berhak untuk mencampuri urusan umno, wlpn umno baru dia yg tubuhkan. buat apa nak sibuk2 setting sapa yg dia nak jadikan PM, TPM... biarkan ahli2 umno yg memilih, org luar duk diam2 kt luar. tidakan mathir mencampuri urusan dalaman umno sama lah macam anwar mencampuri hal dalaman umno. apa bezanya anwar & mahathir? dua2 bukan lagi org umno... dua2 nak pembangkang menang masa pilihanraya yg lepas. dia tegur org boleh, tapi bila org tegur dia balik, melenting, merajuk sampai nak kaluar umno. dia perasan ramai yg nak ikut dia keluar umno, alih2 dia keluar anak beranak jer (tu pon ada sorg anaknya yg derhaka taknak keluar umno), pastu ada la beberapa org penganut2 fahaman mahathirisme yg ikut dia keluar... ape punyer lawak da...

    ReplyDelete
  14. Anonymous12:42 AM

    kalau dah keluar luar umno tu, buat lah cara org luar... jgn sibuk nak campur urusan umno! SIAPA MAHATHIR? DIA AHLI UMNO LAGI KE? kalau dah tak jadi ahli umno lagi, DIAM!

    ReplyDelete
  15. Anonymous4:54 AM

    mahathir dok puji orang2 yang macam tu sebab apa? sebab orang tu orang2 dia, dia tahu orang2 tu menentang pak lah, tu dia sibuk memuji tu. orang2 macam tu la nanti dia boleh gunakan dikemudian hari, orang macam pak lah dia tak boleh gunakan senang2. sudahlah tu mahathir, dah quit tu buat cara quit, tak payah menyibuk nak mengatur orang lagi.

    ReplyDelete
  16. Anonymous6:12 AM

    Sibuk sangat Mahathir nak menyekat Pak Lah , siap suruh ketepikan orang2 Pak Lah lagi tu. Dia panas hati sebab Pak Lah dia tak dapat gunakan jadi boneka, dia nak orang2 dia juga yang memenuhi tampuk pemerintahan tu.

    ReplyDelete
  17. Anonymous10:46 AM

    Dulu M. Nasir tanya "Siapa Mahathir?" orang sume terkam..how come PL can say it and people back him up like crazy?

    Personally, I think that Tun M has the right to say what he wants. Just because he is no longer in UMNO doesnt mean he has no right to speak his mind. Orang, kalau dah kat luar lah can say things without fear or favour. The question is - kenapa orang yg kat dalam, those that Tun shows support for, go and lean on his comments for their own mileage? Kalau betul there is no Mahathirism, etc coming back into umno, walk the talk - jgn nak tumpang Tun for your mileage when it suits you, but distance where it doesn't. Muhyiddin, I'm talking to YOU. The key is consistency. And by that i do not mean consistency in being untrustworty and inconsistent.

    So, let Tun say whatever he wants to say. Like all other bloggers, he too has the right to speak. There is a lot of truth in what he says, and yes, in some ways he can be off-base. Whats the difference between he and anyone else? If you dont like what he says or disapprove of it, don't listen.

    No matter what, UMNO's turned into a joke and a farce - and I was born into an UMNO family, my late grandad was in the founding group! Thanks, Pak Lah, for ruining the legacy.. and our futures..

    BesiCholi

    ReplyDelete
  18. Anonymous3:18 PM

    Siapa Mahathir,

    Pak Lah tak kenal lagi dia? dia yang pilih Pak Lah jadi PM . Tapi Pak Lah lupa.... macam Pak Lah lupa pada Arwah Endon. Kata tak mau kawin, tapi kawin jugak dengan bekas biras sendiri.

    Abdullah mudah lupa

    ReplyDelete
  19. Salam semua

    @ ak-47, Anonymous #5, identity & tampuk

    cermin sikit diri korang tu sebelum nak berkokok kononnya menyokong pucuk pimpinan parti. kerana golongan macam korang 4 ekor ni le maka UMNO dan BN berada dalam keadaan yg cukup genting sekarang - hampir ditolak terus oleh rakyat. korang 4 ekor ni tak sedar2 diri lagi ke hah? takkan korang tak tahu bahawa Pak Lah pujaan korang tu pun ambil keputusan tak nak pertahankan jawatan Presiden UMNO kerana MAJORITI ahli-ahli MT UMNO dah berTERUS-TERANG minta Pak Lah berundur? SIAPA korang 4 ekor nih nak melawan keputusan majoriti ahli-ahli MT UMNO? adakah korang nak tuduh majoriti ahli MT UMNO tu bonela Mahathir pulak? aku fikir mereka tak sebodoh tu. WITH OR WITHOUT Mahathir, sesiapa saja, baik ahli MT UMNO mahupun akar umbi, kebanyakannya dah ambil pendirian mahu Pak Lah BERUNDUR saja! Ahli-ahli MT UMNO pun dah sedar, tapi korang 4 ekor masih bermimpi indah lagi!

    korang kata kalau bukan ahli UMNO tu duduk diam2 jangan menyibuk. OK... nah!!! ini MAJORITI ahli MT UMNO, bukan sekadar ahli, bahkan ahli MT UMNO, mahu Pak Lah DIGANTI dengan kepimpinan baru. korang 4 ekor tak reti bahasa ke???

    kalau dulu keputusan majoriti MT penyokong penuh Pak Lah, korang suruh semua org terima dgn rela hati. sekarang, majoriti ahli2 MT UMNO sendiri mahu Pak Lah berundur, korang nak terima ke tidak, hah?!!

    ReplyDelete
  20. Anonymous11:32 AM

    Pakistan facing bankruptcy as world financial crisis deepens
    By Vilani Peiris
    20 October 2008


    Wracked by political instability and hard hit by the global economic crisis, Pakistan is teetering on the brink of default. The country’s foreign reserves have dwindled to around $4.5 billion, equivalent to about six weeks of imports, foreign investors have fled the country in droves and the rupee has fallen sharply. The international credit rating agency, Standard & Poor’s, has downgraded Pakistan to a position superior only to the Seychelles, which has already defaulted.

    The government is desperately seeking an infusion of up to $10 billion to shore up the country’s finances. It had been hoping for assistance from longtime ally China, but President Asif Ali Zardari returned from Beijing last Friday without any commitment of cash. Another traditional ally, Saudi Arabia, has refused to provide financial concessions on oil exports to Pakistan.

    As a final option, Pakistan may be forced to apply to the IMF for assistance. Such a step would certainly come with unpalatable strings attached that would hit the poor and provoke further unrest. Shaukat Tarin, financial adviser to the prime minister, told Bloomberg.com that he would write to the IMF in three to four weeks if Pakistan is unable to obtain funds from other agencies and allies.

    Tarin said that Pakistan had already presented its economic stabilisation plan to the IMF which included an end to price subsidies, tighter monetary policy and plans to slash the budget deficit. Such austerity measures will lead to further prices rises and cutbacks to the country’s limited social spending. A Pakistani delegation is due to meet IMF officials in Dubai today and tomorrow.

    The impact of any financial implosion would certainly compound the country’s political crisis which is already being intensified by US demands for the Pakistani army to step up its war on Islamist militias along the border with Afghanistan. Its support for the bogus “war on terror” has been transformed into an argument for financial aid. As a Pakistani official explained to the New York Times: “A selling point to us even has been, if the economy really collapses this is going to mean civil strife and strikes, and put the war on terror in jeopardy.”

    A top secret National Intelligence Estimate (NIE) drafted by US intelligence agencies and leaked to the media last week, summed up the situation in Pakistan as “no money, no energy, no government”. According to McClatchy newspapers, the NIE warned that the government was facing an accelerating economic crisis that includes food and energy shortages, escalating fuel costs, a sinking currency and a massive flight of foreign capital accelerated by an escalating insurgency.

    Just two years ago, economic commentators were describing Pakistan as a success story under former military strongman President Pervez Musharraf and speculated that it would be the “next Asian Tiger”. But the situation dramatically changed after Musharraf was compelled to call elections. His party suffered a humiliating defeat in February and he was finally forced to step down as president in August. The ruling coalition led by President Zardari’s Pakistan People’s Party (PPP) is already confronting mass resentment over the continuing war in the border areas and a worsening social turmoil.

    The political crisis has contributed to a huge exodus of foreign capital and exacerbated the country’s economic problems. As much as $1.2 billion a month was fleeing Pakistan in the northern summer. The rupee has slumped by more than 30 percent against the US dollar since the beginning of the year and share prices have crashed by 40 percent since their all-time high in April.

    The country’s plight was graphically symbolised by scenes outside the Karachi stock exchange last Monday. With trading at an all-time low, police surrounded the building to keep angry investors at bay. Chairman of the Small Investors Association, Kayusar Qaimkhani, told the media: “There are no longer small investors left in the stock market, they have all been destroyed.” On July 16, angry investors chanted anti-government slogans and stoned the stock exchange.

    The stock market is virtually dysfunctional. When the index fell another 286 points or 3 percent on August 27, the exchange authorities imposed a floor of 9,144 to prevent it plunging further. Since then trading has declined to record lows with a flight from shares that are regarded as overpriced. The floor is due to be removed on October 27, with analysts predicting sharp falls as foreign investors dump an estimated 20 percent of their equities. Foreign investment in equities has already dropped from $4.8 billion to $2 billion since the beginning of the year.

    The Daily Times warned on October 14: “The recent decline in the Pakistan stock market suggests that the bubble has burst and experts fear that this is likely to spread to the real estate market, which like the stock market is ‘irrationally overpriced’.”

    Global crisis

    Market analyst Muhammad Suhail told the Los Angeles Times last week: “The global crisis has really added fuel to the fire. There was a time window earlier this year to address all this, and we missed it.” The drying up of credit internationally has hit Pakistan hard with the banking system suffering a severe liquidity problem this month. Overnight call rates rose to high levels ranging from 32 to 40 percent, despite the injection of 54 billion rupees into the financial system by the central bank.

    A Newsweek article entitled “Can Pakistan Stay Afloat” on October 10 described the chaotic situation inside Pakistan. “This time it wasn’t the terrorist scare making Pakistanis nervous. Depositors thronged banks over the past few days to retrieve cash and valuables. Rumours that the government was on the verge of seizing bank lockers and foreign-currency accounts to rescue its deteriorating financial position had been popping up on cell phones.” The panic was temporarily laid to rest by the appointment of Shaukat Tarin, a former banker, as the new financial adviser.

    Describing the mounting public hostility, Newsweek explained: “[T]he Zardari-led coalition government, already besieged by political rivals and insurgent groups, has had to take unpopular measures to prop up the economy. It has raised taxes, upsetting the business community. It has trimmed government spending, prompting bureaucrats to grumble. It has increased tariffs on power, angering consumers and businesses already fed up with outages. And it has phased out subsidies on imported fuel, leading to price increases for everything from bus rides to cooking oil and prompting small, periodic protests.”

    Pakistan is heavily indebted with foreign debts standing at $44.5 billion. The Pakistani Dawn reported this month that the country’s domestic and foreign borrowing rose by 100 percent in the past three months, reaching $2.21 billion—compared to $1 billion for the same period last year. Loan repayments are contributing to the government’s large budget deficit.

    Economic growth is slowing sharply. The IMF’s World Economic Outlook report released last week predicted that Pakistan’s GDP would decline to 3.5 percent for the next fiscal year beginning in July 2009—down from 5.8 percent for 2007-2008 and an estimated 5.4 percent for 2008-2009. “The main concern is a build up of stress in the global financial system and a sharper than anticipated global slowdown,” the report stated.

    Ordinary working people are already being affected by inflation that is running at nearly 25 percent on average. The inflation figure measured by the sensitive price index (SPI) reached 30 percent in the week ending October 9. Sharp increases have been reported for essential items such as flour, sugar and transport. Worst hit are the poor. According to the SPI figures, inflation was 33 percent for household groups with incomes less than 3,000 rupees.

    The government estimates that about 25 percent of the population of 169 million is living below the poverty line of $1 a day, but other sources put the figure far higher. An Oxfam report released this month estimated that “the number of poor in the country has risen from 60 to 77 million because of food inflation”. It found that the poorest 20 percent spent 50 to 58 percent of their income just to buy cereals.

    The government has announced a cosmetic welfare program, known as the Benazir Income Support Program, to attempt to quell popular anger, but has already slashed the allocation from 50 to 34 billion rupees even before the scheme has started. Its main efforts have been directed towards securing financial aid, propping up the banking system and wooing foreign investors with bigger tax holidays at the expense of working people. Even if Pakistan avoids default, the country confronts a rapidly deepening economic and political crisis.

    http://www.wsws.org/articles/2008/oct2008/paki-o20.shtml

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.