Orang Rembau katanya kuat makan pedas. Kuatnya mereka makan pedas hinggakan dalam daerah Rembau ada kawasan dipanggil Pedas. Kalau orang Negeri Sembilan, dia sebut Podeh. Kampung Kak Nuri, Setiausaha Pak Lah asalnya situ. Dalam orang Melayu, orang Rembau, dan orang Podeh biasa makan pedas, ada juga bidalan berkata, "Siapa makan cili, dia terasa pedas".
Semasa YB Rembau muncul di pesada politik negara, semua kedai kopi dan coffee house UMNO menceritakan mengenai seorang anak muda yang menuntut dirinya menjadi PM kerana dia belajar di Oxford. (Tak payah nak nafi-nafi, habis Radzi Sheikh Ahmad cerita semua orang.) Pencacai YB Rembau, SUKJ punya percaya hingga dia kata orang lain bodoh tak hargai Oxford. (Baca kenapa Piggy Singh terbahak-bahak di sini.)
Rasmi orang yang masa belajar di Oxford mesti ikut gaya macam oreng piuteh. Ada yang minum arak. Ada yang terikut tak makan pedas. Lama-lama tak tahan pedas. Sikit kena dah terasa pedas. Maka macam mana YB untuk Rembau boleh terasa pedas? Adakah dia tergigit cili atau dia memang tak tahan pedas? Yang hairannya, tak ada taruk cili pun.
Tegur dan terang?
YB Rembau menulis menegur Rocky Bru dalam blognya di sini berjodol "Rocky's Insinuation (Sindiran Rocky)" merujuk kepada tulisan mengenai intrg IJN berdasarkan tulisan Jurublog di sini. Dia menerangkan kehadhirannya di IJN dan menafikan dia terlibat di belakang tabir seperti yang dikatakan oleh jurublog lain (bukan jurublog ini!).
Tulisannya tidak berhenti di situ, tetapi macam-macam dia mengata balik mengenai jurublog ini. Mahu dia, kita tak rasa pedas. Tapi kita memang kuat makan pedas, tidak menangis pun.
Tulisan itu mungkin untuk kolumnya di New Straits Times (NST), Out of the Cage (Keluar dari Sangkar ... bukan jel), yang dikendali kroni YB Rembau. Satu Malaysia akan tahu. Ah .. cuma sebahagian dari paling ramai 100,000 pembeli akhbar NST hari ini, Sabtu.
YB Rembau menuduh jurublog ini mempunyai dendam atau dan sebagainya. Oleh yang demikian, apa sekali jawapan yang akan diberi kononnya tidak akan memuaskan hati jurublog ini. Tak boleh dilayanlah maksudnya.
Jawapan Pandai Mengelak
Pandai kerana sudah pasti jurublog ini akan tuntut pelbagai lagi jawapan pada soalan-soalan yang tidak dijawab. Jurublog ini ada lebih kurang tiga jilid soalan mengenai Merger ECM Libra-Avenue dalam blog ini yang YB Rembau tidak jawab.
Oleh kerana dia sudah kata siang-siang, orang yang berdendam macam jurublog ini tidak perlu dijawab, maka tidaklah akan dijawabnya. Kecewa kita.
Penerangan yang diguna YB Rembau hanya penafian dan bukan jawapan. Walau bagaimana pun, ia memadai untuk menutup mata perwakilan Pemuda UMNO yang kebanyakkan tak faham benda macam ni.
Kalau apa yang sudah tertulis mengenai ECM Libra dalam blog ini dirujuk kembali, terlalu banyak petunjuk dan kebetulan untuk menunjukkan banyak hanky panky, dari atas sampai ke bawah. Ini soalan yang Khairy patut jawab. Tapi dahulu Khairy hanya buat Bollywood dan menangis kerana hendak larikan diri dari menjawab.
Gambar menangis itu adalah yang dipaparkan pada tahun 2006. Bukan gambar Khairy tak tahan pedas. Oxford ...
Orang Jawa Panggil Tongong
Kalau dibuatnya Khairy hendak jawab, jawab sekali mengenai Mike Thompson. Jawapan yang penulis-penulis Khairy-trooper tulis tak berisi dan ditulis macam badut. Nobisha kata tak ada Umphhh. Kalau orang Jawa, mereka panggil tongong.
Namun begitu, jurublog hargai YB Rembau mahu berusaha nak jawab sendiri apa yang kononnya fitnah, tomahan dan kebenaran sekerat. Itu adalah lebih baik dari dihantar, jurublog intelek tiga suku, SUKJ dan jurublog takut bicara, Bro_Jinggo.
Sebagai ahlil politik, YB Rembau pasti suka berhujah dan berdebat. Seronok ... Bagi kami jurublog veteran dan orangnya pun hampir veteran, lemah menghadapi hujah 'budak hinggus' Khairy-trooper. Sudahlah dahulu cybertrooper Azalina diketawakan keluar pekan blogosphera.
Bayangkan SUKJ ini berhujah dalam nak belasah kenyataan Dr Mahathir tak bersetuju diswastakan IJN dengan menuduh dia mendalang pengswastaan IJN. Hujahnya pengswastaan Bernas. Padan dikatakan orang bodoh boleh diajar jadi pandai, tapi orang dungu dah tak ada harapan.
Budak ni memang nak cari pasal. Baca dahulu apa yang jurublog ini dah tulis sini. Tak tentu pasal kena cili balik.
Itu belum dihabiskan cerita lagi. Saja tahan dahulu. Butir semua lengkap dengan nama syarikat pura-pura yang konon nak bekal benih padi untuk NCER. Kamu juga yang malu.
Sudah ... kepedasan bibir kamu itu.
Berbalik Cerita IJN, Kenapa Terasa Pedas?
Dalam artikel jurublog ini, kita hanya bertanya kenapa YB Rembau menyibuk berada di IJN. Betulkan dia pergi berjumpa YB Dato Sabri? Sedutan dari tulisannya berikut:
The most recent of these insinuations was about my visit to the National Heart Institute (IJN). For the record, I was there to meet the Minister of Youth and Sports, YB Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob. I was instructed by Football Association of Malaysia (FAM) President, KDYMM Sultan Ahmad Shah, to brief Dato' Sri Ismail about the state of national football, and the role that the government can play in improving standards of the game, beginning at grassroots level. It so happened that Dato' Sri Ismail had admitted himself into IJN for a check-up yet kept our appointment which resulted in me being spotted there. I also happened to visit Dato' Sri Ismail at the same time the Health Minister, YB Dato' Liow Tiong Lai, was making a working visit to IJN and the latter came up to visit Dato' Sri Ismail as a courtesy to a fellow Cabinet colleague.Kononnya dia persoal jurublog ini balik, berikut:
But to respond specifically to the insinuation posted in the blog that has long had a personal axe to grind against me, I was not subsequently at the Health Minister's press conference since I was there to call on Dato' Sri Ismail. I left IJN after my meeting.
The blog also asks why Dato' Seri Shahrizat Jalil's husband was present for the Health Minister's press conference. I don't want to speak on his behalf but my guess is that Dato' Dr Mohamad Salleh Ismail (Dato' Seri Shahrizat's husband) was present because he is Chairman of the Board of Directors of IJN. A simple search on IJN's website would confirm his position.Kenapa YB Rembau tidak semak apa saya tulis, kerana saya tahu latarbelakang Pengerusi IJN dengan nama gelarannya sekali? YB Rembau tahukah gelarannya Salleh Budu kerana dia pernah buat kajian mengenai budu hingga melebih-lebih taksubnya terhadap benda alah tu? Ini taktik nak putarbelit.
Baca apa saya tulis berikut:
Khairy's presence in IJN today adds to the curiosity. If he was there to visit Ismail Sabri, why was he seen in serious conversation with IJN Chairman Dato Dr Mohammed Salleh Ismail, aka Salleh Budu, husband of Dato Shahrizat Jalil, and one Dr Mohd Ezani Md Taib, a Cardiothorasic Consultant Surgeon and Clinical Director of Heart and Lung Transplant, during the press conference given by the Minister of Health there today?Kata-kata pengakhirnya menarik, kononnya:
As a public figure, I always understand that such speculative reporting is unavoidable, but the nature and scale of the accusations thrown at me suggest that certain individuals have a personal vendetta against me, and no amount of explanation on my part can halt this absurdity. I am neither expecting sympathy nor suggesting that I am flawless, only exposing the hypocrisy of these individuals who, in attempting to destroy my integrity shred every inch of what's left of theirs.Dalam bab menuduh jurublog ini berdendam, itu kena jawab. Jurublog TIDAK DENDAM, tetapi jurublog TENTANG YB Rembau. Sebab kamu perosak dan penghancur UMNO. Kamu juga akan menggadaikan nasib dan mengkompromi kepentingan orang Melayu seperti yang berlaku dengan orang Melayu di Singapura.
Biar jurublog ini ulang, kamu adalah talibarut yang menjaga kepentingan Singapura dan British! Itu adalah cili Naga Jolokia dari India yang terpedas di dunia. Kena minum air banyak-banyak.
"It so happened that Dato' Sri Ismail had admitted himself into IJN for a check-up yet kept our appointment which resulted in me being spotted there. I also happened to visit Dato' Sri Ismail at the same time the Health Minister, YB Dato' Liow Tiong Lai, was making a working visit to IJN and the latter came up to visit Dato' Sri Ismail as a courtesy to a fellow Cabinet colleague."
ReplyDeleteH AHA AH A HA HAH HA HA HA HAH
ROTFL
Oxford eh?
PPE eh?
Why bother?
Tuan. soklan nya! adakah Khairy Jamaludin Ahli Parlimen Ghombau benar benar anak jati Ghombau???
ReplyDeleteSweeeet.....
ReplyDeleteKalau Ismail Sabri datang check, ada ke masa untuk layan Khairy. Pandai menyamar... he he he
ReplyDeleteTgh tengok2, dia kena sedia nak gantikan Ismail Sabri di Kementerian ... kah kah kah
KJ datang ni betul2 macam dia hantar passport ke rumah anwar ... koh koh koh
Salam A Voice,
ReplyDeleteJika kita berkonfrontasi dengan pencacai KJ yang saya gelarkan the fabulous joker boys, depa terus kata kita berdendam dan jealous dengan KJ punya pencapaian.
Walaupun kehadiran depa ni boleh dijadikan bahan ketawa, tetapi sekali-sekala kesian juga memikirkan depa ni tak rasa malu ke?
The KJ Saga.
ReplyDeleteKJ, like AI – shooting star – targeting the PMship.
USA maintains many lions caught from all parts of the world in its zoo.
Singapore is one such lion. Israel is the trainer. It owns America.
When AI showed signs of failing to deliver, his master looks for new candidates. Never discarding the now old relic.
They found a suitable candidate from Oxford.
KJ was re-programmed by this next door lion den.
KJ appeared dreaming to become the youngest Prime Minister.
KJ is a good sales-con-man.
The Singaporean Batang-Kalimullah was a good tool and commission earner.
The TM tele-company was put at the disposal of The Lion’s Secret Service.
He even tried to sell Petronas to Temasik.
The BII debacle smack reeks of his armpit spray.
Isa was in KJ’s path. He was slaughtered.
Najib is demonized and ‘framed’ in hindu priest’s garb.
The A-T-S and helicopter ‘connections’ are all ‘intelligence soup’ from the lion den's kitchen.
This ‘soup’ dirtied MT’s kitchen. RPK the chef got burnt. Put on temporary freeze to heal.
All in all nothing good for UMNO from KJ. That lion dot is master no-2. No-1 being himself.
Rakyat wants a master who serves. Never the opposite.
http://tamdalyell.blogspot.com/2008/12/kj-saga.html
Tks for whacking that idiot. He bloody censure my comment on his blog. Chicken shit coward!
ReplyDeleteI just noticed ...
"It so happened that Dato' Sri Ismail had admitted himself into IJN for a check-up yet kept our appointment which resulted in me being spotted there. I also happened to visit Dato' Sri Ismail at the same time the Health Minister, YB Dato' Liow Tiong Lai, was making a working visit to IJN and the latter came up to visit Dato' Sri Ismail as a courtesy to a fellow Cabinet colleague."
Sooo ... many coincident eh? Hahahaha ...
yb rembau ni bukan asalnya dari rembau, itu yang tidak tahan makan pedas, asyik tergigit saja melompatlah macam beruk, tak gitu SIR.
ReplyDeletesalam tuan punyo tanah brick wall..
ReplyDeleteden nak komen kek Piggy Singh jo..
den bukan pendomdam..den sedikit pun x raso malu..
den banggo...
KJ seowang anak mudo yg mempunyai cito2 tinggi...
tp sayang..owang kito mudah busuk hati..
terimo kasih kerano mengolar den dan kawan2 the fabulous joker boys.. itu hak ekau jang..
den tak berdondam ngan sapo2...
salam setiakawan
-ahlang-
Budak Keri ni mano lak budak Ghombau . Dio lahir kek Kuwait.Bosar kek Singapuro, Englan dan ontah mano mano tompek laii tapi bukan kek Ghombau. Sobab tu bilo dio mengobeh duit kerajaan, dio peduli apo. Bukan nogoghi dio. Kok lingkup nogaro, dio laghi kek mano mano . Singapuro ko , Ostrolia ko. Pedulik apo dio.
ReplyDeletelor pedas mana paham, hot baru dia tau.awat tak cakap kalu tak dia tak makan punyer ;p
ReplyDeleteAhlang
ReplyDeleteBagus kau tak dondam, pasal den pun tak dondam. Den tontang.
Dalam hidup den, nak cari orang cito2 tinggi dan pandai cakap banyak. Den tak hairan langsung.
Kau hairan dan asyik tengok orang bercito2 ko?
Harapnyo ekau tak hairan bondo2 macam ini. Pasal ini semuo bondo baru. Allah Taala, tak suruh hairan dgn bondo baru2 macam orang cito2 tinggi, pandai, lawa, dan kayo.
Allah suruh sanjung orang yang berbuat baik, perangai baik, dan budi bahasa. Berbudi Melayu yang merendah diri, tak angkuh, dan berbahasa.
Ado manusia tu, nak defend orang dengan caro tuduh orang busuk hati? Hebat ekau macam tuhan boleh baca hati!? Nabi Muhammad pun tak diberi kausa baco hati.
Ini ekau boleh tuduh orang busuk hati.
Kalau orang cakap kebenaran, dan kamu kau tak tahu dan tak kesampaian untuk tahu, ekau kato orang busuk hati. Itu den tak panggil busok hati, tapi namonyo bangang!
Baik bonar ko KJ? Kau konal luaran dan cerita belakang tabir berkenaan si KJ? Dah banyak kau dongar dari cakap2 orang2 bosar bosar untuk tahu betul2 mengenai KJ? Atau ekau mudah termakan cakap KJ?
Jauh malaikat 44, kau bercayo pasal kau ada terambik duit rasuah politik.
Kau tak fikir ke macam nao KJ boleh terasa podeh bilo tak ado cili pun. Dalam pandai2, ado bodoh jugo!
Bab mulut den lancang, den bukan nak jadi pemimpin.
oohh,
ReplyDeletePedasnya..........baru pekena nasi ayam black pepper sini Old Jesselton Chicken RIce.
Black Pepper ni boleh masuk kategori lada ka? Lada India Naga Jolokapadia??
OOiiii KJ, pedasnya Kari ane......
Dengar cerita lada si KJ ni tak laku di Kuala Terengganu.
Bro,
ReplyDeleteUrang Sabah bilang PADAS.......
Pandai la kau komen pasal KJ.
ReplyDeleteKalau takat komen dalam blog saja tak main la.
Pergi la debat macam Datuk Husam buat minggu lepas.
Komen dalam blog macam tikam belakang saja sebab pakai nama samaran