Lepas kemenangan di Kuala Terengganu, babak drama peralihan kuasa kedua Anwar sudah bermula. Bukankah kenyataan Hadi akan memadamkan lampu pentas sebelum Anwar dapat memulakan aksi dramanya? Dengan tarikh bicara Anwar pada Februari 5hb semakin hampir, inilah masa terbaik untuk memulakan drama.
Mungkinkah ini reaksi Haji Hadi kepada tentangan dan sikap yang ditunjukkan oleh rakan-rakan Pakatan Rakyat mengenai "core business" PAS untuk menegakkan Daulah Islamiah yang dilengkapi dengan Hukum Hudud?
Mungkinkah Haji Hadi sedar akan bibit perubahan sikap dari akarumbi UMNO mengenai hukum hudud? Semasa polemik hukum hudud yang timbul dari perdebatan dua Erdogan, Husam dan Khairy Jamaluddin, ada antara akarumbi UMNO dan orang Melayu amnya mula mengambil pendirian perlaksanaan hukum hudud sebagai tuntutan tuhan dan tidak harus diperlekehkan dengan retorik politik. Malah ada yang berpendapat sokongan Melayu kepada PAS di KT adalah simpati ekoran PAS yang dihentam UMNO dan parti-parti bukan Melayu dari BN dan PR.
Banyak sudut boleh diinterpretasi dari kenyataan ini tetapi ini bukan pertama kali pandangan ini timbul. Karpal Singh sendiri pernah menyuarakan pendirian yang sama. Pada pendapat jurublog, ini berkait rapat dengan usaha untuk menjatuhkan Najib oleh pihak pembangkang dan pihak tertentu dalam UMNO, dan usaha Abdullah untuk kekal dengan apa cara.
Jurublog mengulang lagi bahawa faktor utama kekalahan Barisan Nasional tidak dapat tidak adalah disebabkan faktor calun; persepsi negatif terhadap Dato Wan Farid Wan Salleh dan isu-isu yang timbul pun adalah berkait rapat secara langsung dan tidak langsung dengan peranan yang pernah dimainkan oleh Wan Farid.
Wan Farid adalah bekas Setiausaha Politik Pak Lah dan terpilihnya Wan Farid mengatasi calun yang lebih berprospek baik dilihat sebagai pilihan Pak Lah. Untuk menangkis kritikan dari dalam UMNO kepada pilihan Wan Farid, Najib menafi dan menyatakan Wan Farid bukan orang sesiapa. Tetapi Najib ada memberi bayangan bahawa pilihan ini adalah pilihan Pak Lah apabila menyatakan mereka bersama menentukan. Kemungkinan Najib menurut kerana tidak mahu fenomena cah keting Kelantan berlaku di Kuala Terengganu. Lojiknya mudah, siapa yang pilih, dia yang terutama bertanggungjawab.
Dari timbal balas yang diterima, Wan Farid kalah atas undi Melayu dan kaum Cina yang berjumlah 11% dan sebagai masyarakat peniaga, tidak terpesong kepada PAS. Tidak dapat dipastikan samada kenyataan Wan Farid menyatakan kaum Cina adalah penentu telah berubah menjadi penyebab kekalahan. Namun begitu, janji-janji dan tawaran-tawaran yang agak berlebih-lebihan kepada kaum Cina untuk mendapat sokongan, tetapi kalah juga UMNO akhirnya, telah mengusik dan menimbulkan cemburu dari pemerhati-pemerhati dalam UMNO.
Banyak juga kesalahan dan kesilapan dalam strategi dan taktik berkempen dan juga penyampaian mesej dan hujah berlaku di Kuala Terengganu. Jika ini mahu disalahkan Najib, ada asas kerana dia adalah Pengerak Jentera Pilihanraya BN. Dan jari-jari telah pun segera dituding ke arah Najib, baik dari UMNO atau pun pembangkang, untuk melencongkan kesalahan kepada Pak Lah yang bagai dirancang telah ke Qatar untuk melarikan diri dari tekanan.
Sebenarnya sama-sama melaksana kempen adalah juga pengatur strategi, pelaksana, penyumbang maklumat, penerangan dan kempen, dan jentera pun turut bertanggungjawab. Berbanding dengan parti pembangkang, gerak kempen mereka jauh lebih teratur mantap, bertenaga dan bersemangat.
Buat pertama kali, Dr Mahathir mempertahankan Najib. Tetapi kenyataannya boleh dilihat sebagai memulangkan buang keras dan menunjukkan jangkaannya betul bahawa Wan farid adalah calun yang salah.
Jari yang menuding Najib mungkin sekali dipengaruh propaganda pembangkang yang sedang cuba menjatuhkan pengganti Abdullah. Semasa PRK Ijok pada tahun 2007, Abdullah sudah berada dalam keadaan telor di hujung tanduk dan fokus propaganda pembangkang adalah untuk mencemarkan Najib. Propaganda ini di bina dari kes pembunuhan Altantunya yang melibatkan Abdul Razak Baginda yang dikatakan pernah rapat dengan Najib. Kes perbicaraan masih sedang berjalan.
Faktor utama kekalahan adalah calun, maka pendek kata tanggungjawab utama tidak boleh dihalakan kepada Najib atau Khairy atau pun perbalahan antara Menteri Besar dan Mantan Menteri Besar. Ia haruslah terletak kepada mereka yang mahukan Wan Farid sebagai calun ia-itu Abdullah.
Dengan demikian, kenyataan Hadi untuk menyokong Abdullah adalah amat pelik sekali. Dahulu sebelum Ijok dan semasa PRU12, Abdullah telah dikritik habis-habis. Mengapa pula mereka perlu menyokong seorang yang mereka kritik hingga tidak diterima rakyat, dan hingga kini pengikut dan pilihan calunnya pun tidak diterima rakyat?
Tentu sekali, boleh dianggap kenyataan Hadi sebagai hanya permainan psy-war untuk mengkucar kacirkan UMNO. Tetapi adakah demikian?
Kalau kita boleh mengingat kembali, UMNO ada berusaha untuk bekerjasama menubuhkan kerajaan campuran dengan PAS di Selangor dan Perak tetapi tidak dipersetujui kerana PAS ingin mengekalkan kesepakatan mereka dengan PKR dan DAP.
Berikutan dari itu dalam lebih kurang bulan Julai 2008, Abdullah ada mengusahakan Muzakarah atau diberi terma oleh Nik Aziz sebagai Muqabalah dengan PAS. Kenyataan akhbar menyatakan perjumpaan itu tidak membawa sebarang pertalian formal tetapi hanya perbincangan dalam perkara yang berkepentingan bersama.
Namun begitu, sumber-sumber dari dalam PAS memberitahu Abdullah ada menyentuh mengenai kelemahan Najib dalam perjumpaan itu. Ini dianggap PAS sebagai usaha Abdullah untuk kekal dalam kerusinya yang semasa itu menerima tekanan untuk berundur dari segenap lapisan akarumbi UMNO.
Jika semasa itu, PAS tidak dapat dipikat, adakah mungkin PAS, yang sudah mengikut strategi PKR untuk menjatuhkan Najib, telah menjalinkan kerjasama rahsia dengan Abdullah?
Cuba diteliti alasan yang cuba diguna Hadi untuk menyokong Abdullah, berikut:
mStar, Ahad Januari 18, 2009Dari segi lojik politik, pembaharuan yang dibawa oleh Abdullah memberi kelebihan politik kepada pihak pembangkang. Tentu sekali, pembangkang sedia mengekalkan Abdullah untuk menguatkan politik mereka untuk PRU13. Mengapa Abdullah lakukan sedemikian? Adakah mungkin satu persetujuan dibuat supaya Abdullah dapat kekal untuk melepaskan permasaalahan yang dihadapi dirinya dan ahli keluarga?
Hadi mahu Abdullah kekal PM selepas Mac
Oleh G. MANIMARAN
KUALA TERENGGANU: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mahu Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri selepas Mac ini.
Kata beliau, Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) perlu kekal untuk meneruskan pembaharuan-pembaharuan dalam aspek-aspek lain selain kehakiman dan rasuah.
"Saya meminta Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi terus kekal sebagai Perdana Menteri dan meneruskan reformasi yang diperlukan seperti dalam bidang pilihan raya dan beberapa bidang lain," kata beliau.
Abdul Hadi berkata, Pakatan Rakyat akan memberikan kerjasama penuh kepada Perdana Menteri untuk melakukan reformasi baru tersebut.
Beliau berkata demikian ketika mengulas kemenangan calon PAS dan Pakatan Rakyat, Mohd Abdul Wahid Endut dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu, malam tadi.
Abdullah dijadual menyerahkan jawatannya sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno pada akhir Mac ini.
Beliau akan digantikan dengan timbalannya, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.
Antara perubahan yang dilakukan Abdullah adalah penubuhan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman baru-baru ini.
Sementara itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya juga gembira kerana terdapat sedikit perubahan dalam sistem perjalanan pilihan raya pada kali ini.
Sambil mengucapkan terima kasih kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), beliau berkata, pihaknya mahu Perdana Menteri terus kekal bagi meneruskan lagi perubahan dalam sistem tersebut.
Ketika ditanya sama ada beliau yakin dengan sistem pilihan raya di negara ini berikutan kemenangan PAS hari ini, Abdul Hadi berkata, masih ada banyak ruang yang perlu diperbaiki dalam sistem tersebut termasuk sistem pengundian secara pos.
Selain Muqabalah dan kenyataan semalam Haji Hadi, Karpal Singh pernah menyuarakan kenyataan yang hampir serupa pada bulan Oktober tahun lepas, berikut:
The Star, Saturday October 4, 2008Semasa itu, kelihatan usaha untuk menjadikan Najib sebagai subjek perbincangan awam dan persepsi negatif terhadap Najib sedang perhebat dilakarkan. Zaid Ibrahim melakarkan Najib sebagai mengembalikan pentadbiran ala Mahathirism.
Karpal: No one should pressure Abdullah to quit
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi should not be pressured to quit as Prime Minister despite his flaws, says DAP chairman Karpal Singh.
He said he preferred having Abdullah as the Prime Minister than his deputy Datuk Seri Najib Tun Razak as the country would experience another “Mahathir era” under Najib.
“Najib was once Dr Mahathir’s (former prime minister Tun Dr Mahathir Mohamad’s) blue-eyed boy. It is bound to happen.
“Umno should not write off Abdullah as he received the people’s majority.
“It is not fair to pressure him to step down. It is not in our culture to pressure anyone into submission,” he said yesterday.
Karpal Singh denied he wanted Abdullah to remain in power instead of Najib to make it easier for the Opposition to make their move, saying, “our chances are not slimmer under Najib.”
Adakah boleh Abdullah kekal sebagai Perdana Menteri? Tengku Razaleigh ada membuat penjelasan berikut:
Malaysia Insider, Dec 4th, 2008Adakah mungkin berlaku dimana Malaysia mempunyai Perdana Menteri UMNO yang bukan Presiden UMNO?
Pak Lah can stay on as PM if he wants to, says Ku Li
By Adib Zalkapli
KUALA LUMPUR, Dec 3 — Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah said Datuk Seri Abdullah Badawi does not need to step down as the Prime Minister after Datuk Seri Najib Razak takes over as party president in March.
“That is his prerogative, he has received the mandate for five years,” said Razaleigh in response to Tun Dr Mahathir Mohamad’s contention that Abdullah was still interested to remain in power after the party polls.
He also admitted that he would continue to support Abdullah’s leadership in the government in his capacity as an MP.
“He commands the confidence of the majority of the MPs. And the Prime Minister is appointed by the King and not by the Umno General Assembly,” he told The Malaysian Insider.
The Kelantanese prince however was quick to add that he has no intention of quarreling with the former Prime Minister, who he challenged for the party’s top post in 1987 but lost by 43 votes.
He added that with a weakening Umno, there is no relation now between the party presidency and the premiership.
“Umno today is not as strong as it used to be, we are only in control of 30 per cent of the seats,” said Razaleigh.
Jika berlaku, ini membawa implikasi besar buat UMNO. Adakah pemimpin, akarumbi dan terutama sekali ahli Parlimen UMNO dan BN sedia menerima kelainan dari amalan tradisi? Perkara ini adalah amalan biasa di demokrasi yang matang tetapi tidak mudah untuk berlaku di Malaysia. Ini boleh juga menjadi penyebab pergaduhan puak-puak yang lebih dahsyat.
PAU UMNO akan berlangsung pada akhir bukan Mac. Jika ianya akan berlaku, ia mungkin berlaku dalam masa sebulan dua. Kalau dilihat, Pak Lah pun sedang mempromosi Ali Rustam untuk mengalahkan calun favourite untuk Timbalan Presiden, Muhyiddin Yassin. Alasan yang diguna adalah Muhyiddin akan menimbulkan gaduh berterusan dalam UMNO, padahal Ali Rustam telah dialatkan untuk menimbulkan perpcahan yang lebih dahsyat.
Cuma persoalan kepada teori ini adalah bilakah Najib akan ditumbangkan? Sebelum atau selepas PAU UMNO? Jika selepas, teori memenangkan Ali Rustam untuk mengekalkan Abdullah agak susah untuk dilihat lojiknya.
Whilst it is true that PM is appointed by the Agong among members of the Parliament who in the Agong's opinion has the support of the majority of the people represented by the representatives in Parliament , UMNO being the anchor party in the Barisan Nasional coalition which won the GE12 should head the government. Thus, whoever heads UMNO should head the government. Therefore , it does not arise Pak Lah who shall no longer be heading UMNO should continue to become PM as he has no longer has the support of the majority of the members of UMNO.
ReplyDeleteOf course opposition would like Pak Lah to stay. This will weaken UMNO and BN further. Opposition afraid that Najib will be able to bring UMNO and BN back to the people especially with assistance from Tun M.
ReplyDeleteI always have that line of thought because nothing else made sense.
ReplyDeleteBut honestly, its DSN that, so far, has not shown anything worth of a leader. Lameduck... like a "timun" just waiting for things to happen. He knows KT candidate was bad but like everything else, he went along anyway. His character was assassinated left and right, and what has he done so far? Tawakkal?
I expected him to make his move after PRU13, take charge and make a stand. But nah, looks like he'd rather play hide and seek.
I am tired of waiting for a hero. We saw the devil in Anwar and the corrupt PL's clan. All of us are desperate to have a leader or atleast a man who can stand his ground.
So DSN, be a man.
nothing in the law that disallow a pm that is not umno president. hadi must b playing a scenario in his mind that allows that to happen else he won't entertain n make public such a thot esp in light of UMNO march leadership transition, the possibilities r there.
ReplyDeletehttp://goreng3abdul.blogspot.com
Straycat's strut,
ReplyDeleteWe'll see weather DSN will be a man or just a shemale.
bang, tumpang lalu...tolong sain petition to ICC for War Crimes:
ReplyDeletehttp://malaysiantigress.blogspot.com/2009/01/petition-to-international-criminal.html
TQ (and tolong war2 kan..nak dapatkan sebanyak signatures yg boleh)
Mr Tian Chuah, the Information Chief of PKR confirmed in the Chinese Newspapers in September 2008 that Badawi's cronies were negotiating with Datuk Seri Anwar Ibrahim to maintain power with the help of opposition.
ReplyDeleteYou don't have to trust me. Just look up old Chinese papers cutting in September last year. Of Course, Anwar Ibrahim has denied about such meetings took place.
There is no smoke without fire! I am not at all surprised if PR supports Pak Lah to stay on as PM after March. Pak LAh is good for the opposition and his staying on in power will cause the BN to be wiped out and screwed the economy. A precipe for disaster!
Abdul Sr,
ReplyDeleteOf course there are no legal provision that UMNO president should become the PM but BN which is anchored by UMNO is the winner of GE12. That's why he is PM . For PAS, PKR or DAP president to become PM, Pakatan Rakyat has to win the GE.Then decide among PAS,PKR or DAP who should become PM.Until then, accept that UMNO president shall be PM.
What i think is, DSN is playing it safe. He's a real genius if comes into politics. i can assure u that when he come into power, thing will back to normal and don't be suprise that he will call PRU13 as early as end of this year :D
ReplyDeleteUMNO has failed to show that it even represents the MAJORITY of Malays, that honour now belongs to PAS...so saying that Pak Lah should not remain PM as he doesn't enjoy support of UMNO members is BOLLOCKS. Pak Lah only needs to show that he has the support of the majority of Malaysians, and that can be done in parliament
ReplyDeleteEx-UMNO
Memang tidak dinafikan ada pemimpin PAS dan PKR yang mungkin masih memberi sokongan kepada Pak Lah. Bagi saya ia adalah sebagai membalas jasa baik Pak Lah yang telah banyak memberi ruang kepada pembangkang kebebasan bersuara berbanding pada zaman Mahathir. Itulah hakikatnya. Anwar Ibrahim contohnya, dibebaskan ketika Pak Lah menjadi PM dan ia adalah mustahil jika Mahathir masih memerintah...
ReplyDeleteMungkin atas sebab inilah, masih ada pemimpin pembangkang yang masih menyokong Pak Lah walaupun berlainan parti.
Tentang Pak Lah berpakat dengan pembangkang, saya tak pasti sama ada benar atau tidak. Untuk membuat teori mungkin mudah tapi untuk buktikan, agak sukar...
mari tengok surat desak tun m berbaik dgn pak lah di blog tokwan..
ReplyDeletetokwan setuju benor pak lah kekal jadi pm..
najib kekal jadi timbalan..
tunggu pak lah dah puas baru tukaq.
apa daaa gaduh gaduh nak rebut kerusi pak lah skrg.
tokwan sokong pak lah !!!!!
Dear Anon 11:30 AM
ReplyDelete"Therefore , it does not arise Pak Lah who shall no longer be heading UMNO should continue to become PM as he has no longer has the support of the majority of the members of UMNO."
You are wrong here sir.
Pak Lah does not need the support of UMNO members. He only needs the support of UMNO Supreme Council and 30+ members of parliament from UMNO. Together with the support from opposition members, he can get the majority in Parliament.
HADI mahu Bodohwi terus kekal PM
ReplyDelete-Biaq betui depa ni!!!!
Bro,
Dah lah ekonomi tengah dok tenat created by the Bodohwi & family even before the US subprime blunders,lagi PR nak suruh Dollah & gang plunder apa yg ada. Faham maksud PR tu( Bodohwi is their easy meat) tapi nak bagi 3 beranak tu pelingkup & gadai lagi apa yg ada(almost all GLCs).Pasal tu tarif letrik pun tak boleh review-as no more in control, so whos in charge of our monopoly giant then ?Tanyalah KJ). Memang tak dak hati perut PR ni, konon prihatin dgn rakyat, piii raah mabuk!,sama je kaki pelahap,jadi biar ekonomi & rakyat terus lingkup & merana ,asal depa (PR) dapat perintah, haru biru lah negara, tak lama jadi macam jiran kita seberang sana.Hak 5+1 yg dok ada pun tak menang tangan lagi pula satu negara.I think there must be a REAL DEAL here(Bodohwi will escape with all the Rakyat's Money if PR becomes the gomen).Aku LEPAIH KAN HANG , ESOK LEPAIH KAN AKU PULA NA!Kepala Hotak hampa! Im sure PR knows BODOHWI has screw up BIG time with our economy & the whole gomen machinaries termasuk akidah umat islam Msia dgn HADHARI nya. So now we know whos PR really are. Let PM carry on with REFORMS konon.What Reforms ? Reform kena kat kat musuh2nya adalah.All to their 3 beranak advantage .Then when the PRU 13 comes pakat dok berebut pula siapa nak jadi PM (DSAI\Hadi or LGE-pandai pancing Melayu punya kaki.).I still think Ku Li is the credible one among those HANTU2RAYA (Mike Tyson & Ali Ketam,WHAT A F***k**g JOKE!!!) is experienced enough(with no baggage /next of kin to plunder) to clean up the Badawi's UMNO/BN moronic goons & restore back the investors confidence in our economy.
stonehead
Kita ni, mudah sgt terpedaya. Pembangkang tu sokong pak lah jgn berundur, ada sebabnya. Pernah ke pembangkang tu ikhlas dgn rakyat? ikhlas dgn UMNO? Dah tentulah bila pak lah masih 'stay', ditambah pula 'pertolongan' KJ menjahanamkan dan memporak perandakan UMNO, lebih mudah utk pembangkang mengambil alih kerajaan. Cuba pikir balik, zaman Tun dulu, berani ke india / cina suka2 nak buat demo? sekarang ni, dkat putrajaya pun depa rembat, kat mana2 asalkan boleh ar, asyik nak demo, tuntut hak konon. Hak apa? ini Tanah Melayu! tanah tumpah darah kita, kubur kita pun akan berada di Tanah melayu! PAS sanggup jadi talibarut DAP, utk memastikan impian depa tercapai. Berapa kerat sgt org melayu yg tinggal, yang peduli akan nasib anak bangsa akan dtg? Jangan sampai zaman akan dtg, tanah kubur pun kita kena beli mahal, sbb DAP yg jadi perdana menteri. Mana yg tak mampu, kena campak je ar dlm laut. Ini realiti! siapa DAP? Talibarut singapore yg mmg sentiasa mencari jalan utk menakluki malaysia.. siapa PAS? Talibarut DAP! Kalau semua bangsa melayu yg ada, masih tidak peduli dgn perkara ni, tunggu le nasib kita, anak bangsa kita akan datang.
ReplyDeleteKita, berapa kerat sgt yg memahami erti perjuangan? Yg lain lebih kepada "asalkan aku cukup makan, sudah! Peduli apa dgn politik.".. renung2kanlah..
stonehead ati2 dengan cakap ko tu kurang ajar namanye.. ape2pon bagi orang yang berilmu berpegang pada satu prinsip.. kepimpinan seseorang mesti ada caranye sendiri.. paklah ada cara dier sendiri.. kita rakyat jangan dok pikir the way dia pimpin tak best buat ati korang.. korang entam abis2.. ape2pon pak lah seorang bertanggungjawab ngan apa dia lakukan.. bkn cam stonehead yang tak bertanggungjawab ngan ape dia kata.. tak berani kuar nama..kuar muka..yela.. nak kata stonehead nie first class mind the way dia cakap pon dah macam mat rempit bawak speakear laung2 parti dia betol.. tapi apepon tak tau.. otak kosong.. ati mau garang.. blaja tak tinggi azti mau lebih tunjuk pandai dari orang.. haha.. Anyway stay ek paklah.. kerja tuk pulih kan bangsa melayu byk lagi.. kami rakyat tetap bantu bersama2..idup bangsa melayu!!!
ReplyDelete