Tuesday, February 24, 2009
Ada main passing belakang
Mac 25hb bertambah hampir. Semua calun terumpu kepada kempen pemilihan dalam UMNO.
Sana sini ada Majlis makan. Bukan berkempen namanya. Cuma beramah mesra sesama ahli-ahli parti.
Sana sini ada Majlis-Majlis Ilmu. Bukan berkempen namanya. Berbincang mengenai masa depan parti, bangsa Melayu dan negara.
Ini semua secara tidak langsung usaha untuk merapati pengundi, menunjukkan kebolehan masing-masing berartikulasi dan penerangan sebagai salah satu penunjuk kebolehan.
Namun ini semua belum cukup untuk menambat hati perwakilan. Lain perwakilan melihat dan memberi penekanan kepada lain-lain ciri.
Jangan kata sesama calun semuanya berkempen secara positif.
Kalau diblog pun, satu pasukan itu ada yang konon berkempen secara positif, ada secara membelasah calun sana, dan pelbagai cara psikologi yang difikirkan efektif. Inikan pula dunia nyata.
Bagi jurublog ini, cara kritis bukan hanya menunggu musim pemilihan, ianya bertujuan untuk membetulkan apa yang tidak kena cara.
Ini semua dilakukan dalam suasana persaingan dalam parti, antara ahli dengan ahli, dan lepas ini berkawan sekembali hendaknya.
Sampai satu perkhabaran, ada pula pihak yang sudah terlebih-lebih persaingan. Katanya kedudukkannya tengah jauh ketinggalan.
Hendak membelasah pesaingnya, takut pula. Kalau kalah, nanti tak ada peranan. Kenalah cuba berbaik dengan pesaing.
Sementara itu, hati masih mahu menang. Kalau dibelasah habis-habisan pesaingnya terutama yang dikatakan mendahului, akan hanya membuat perwakilan meluat. Takut melantun balik.
Oleh kerana mahu menjaga imej baik dan positif, rupanya beberapa malam lepas ada perbincangan dengan naib ketua pemuda satu parti lawan. Ini tentu sekali menghairankan. Parti tersebut adalah parti musuh ketat, tak macam satu lagi parti yang merupakan pesaing kuat.
Dalam perjumpaan itu, dipinta bantuan. Apa agaknya bantuan parti musuh boleh beri? Kasi undi? Tentu tidak boleh dilakukan. Parti musuh pasti hanya boleh membantu untuk menghancurkan parti sendiri.
Demi mencapai cita-cita dan impian untuk menduduki tempat teratas, maka diberi peluru untuk menembak. Asal yang ditembak mengenakan pesaingnya. Mana calun yang sanggup lakukan?
Kita tunggu dan lihat. Dalam beberapa hari, minggu dan bulan ini, apa akan berlaku?
Sekarang ini musim buat laporan polis. Mungkin itu caranya. Kesian polis nak siasat begitu banyak kes.
Betul atau tidak laporan polis itu soalan nombor dua, tiga atau tiga belas. Yang penting, membuat laporan itu perlu digegerkan hingga mencemarkan nama baik calun itu.
Samada calun itu bernama baik atau buruk, itu tidak penting. Maklumlah persepsi itu segala-galanya sekarang ini.
Kalau nak lagi dramatik, baik lapor pada satu biro. Agak-agak berani tak? Cuma tak boleh cerita-cerita lepas lapor. kalau salah lapor, sendiri yang kena balik. jangan main-main.
Begitu sekali nak menang hinggakan ada main passing belakang.
Ni tengah mengail ni, umpan apa
ReplyDeleteUdang segar?
Cacing?
Daging ayam?
AoB and his wild imagination....
Perhaps Voicey is blogging whilst fishing, and the fish aint biting in the real world, same thing as the fish aint biting in the cyber world.
BRO, AKU RASA AKU DAH TANGKAP SAPA YANG NAK BUAT NI BRO, AKU DAH MEMANG AGAK DAH NI...NI LA NAMANYA GILA KUASA BRO..
ReplyDeleteFEEL FREE TO DROP BY TO MY BLOG, ADA POSTNG PASAL PERKARA NI LAH..
'CHARACTER ASSASINATION' LAH NI
Ha! Ha! Ha! You are really Mukhriz's campaign manager. I am for Khir Toyo.
ReplyDeleteHai siapa yang baik dengan PKR ni?
ReplyDeleteMukhriz macam anjing dongan kucing dgn PKR. Khir Toyo, dia orang nak tanam dia.
KJ anak tanam Anwar. Yo la tu.
Mungkin kerana kemenangan itu menjanjikan sangat banyak habuan.
ReplyDeleteHingga sanggup ber"mati-mati"an.
Bukankah itu adat pertandingan?
Nampak gaya PKR dok bantai Khir Toyo debik demi debik.
ReplyDeleteBukanlah Khir Toyo yang buat kerja pass belakang.Tapi dia jadi mangsa.
Siapa yang buat kerja pass belakang yang Voice sarankan?
Mukhriz atau Khairy?
Siapa antara mereka berdua yang tergamak berincang dgn PKR?
Siapa antara mereka berdua yang ada hubungan dgn PKR?
Tertanya2
Kalau betullah perkara ni, memang busuk sungguh perangai mereka. Dalam diam-diam, pandai main passing belakang pula... Hampeh betul..
ReplyDelete