Tuesday, February 17, 2009

Dah tentu KJ tiada semangat Melayu, Setiakawan pula meroyan

... Sepetangan saya menerima pelbagai panggilan talipon dan SMS dari rakan-rakan.

Tak henti kami berdekah-dekah ketawa membincangkan kematangan jawapan dari seorang anak-anak yang menjawab saranan saya mengenai Khairy.

Semalam saya menyarankan Khairy tidak layak menjadi Ketua Pemuda UMNO kerana pemikiran, falsafah, dan worldview yang dianutinya lebih sesuai dengan parti PKR dan DAP.

Hujah saya, berasaskan kata-kata Khairy sendiri, bahawa dia komited kepada idealisma pelbagai budaya dan kaum (atau bahasa Inggerisnya, multiculturalism and multiracialism).

Proklamasi Khairy itu sebenarnya mencerminkan jiwanya yang sudah luput semangat Melayu, perjuangan yang lemah dan hanya teatrik, dan realis yang mudah mengalah.

Saya katakan pendirian Khairy jauh sekali menyongsang dari sejarah perjuangan dan Fasal 3 Perlembagaan UMNO. Songsang itu terbalik atau berlawanan macam Khairy tak kenal mana atas dan mana bawahnya bendera UMNO. Maka saya lampirkan satu artikel tulisan IKIM yang mudah untuk orang biasa bisa faham.

Masakan saya mahu gunakan tulisan berat-berat seperti Muqaddimah oleh Ibnu Khaldun. Berat kalau saya huraikan 40 lebih perkara dalam Piagam Madinah. Macam mana jadinya kalau saya terjemahkan satu penerbitan Kementeriaan Kebudayaan Belia dan Sukan Malaysia, bertajuk Falsafah dan Pemikiran Orang-Orang Melayu (1980) yang padat dan hebat huraian budaya, dan kesufian Melayu.

Langsung muncul bagaikan dijangka seorang pendekar Setiakawan, Hang Tegar yang ke hadapan hanya untuk memaki herdik saya sebagai songsang dan hingusan. Hujahnya hanya "pergilah baca buku-buku yang disenaraikan!".

Kok begitu jawabnya. Masakan kami semua tidak henti ketawa melihat kematangannya berhujah.

Bila difikirkan, songsang itu ada betulnya. Pendapat saya dengan pendapat Khairy jelas sekali berlawanan atau opposite. Tapi kalau songsang itu maksudnya meminggir, sebagaimana yang disebut Sukma Darmawan, "kekasih" kepada bekas idola Khairy, Anwar Ibrahim, itu tidak pula benar.

Namun begitu, saya kagumi kehebatan anak-anak yang bergelar Hang Tegar bisa perolehi maklumat keadaan kesihatan saya yang ada sedikit selsema semalam. Hebat sekali, memetik ungkapan Khir Toyo, keupayaan mengumpul maklumat intelligence "musuh".

Malang sekali keberanian anak-anak ini untuk sedia masuk bertarung dalam gelanggang pencak silat ide buah silatnya sumbang dan langkahnya terbantut. Berharaplah sangat saya mahu mendengar dia sendiri memintas saranan saya dengan hujah-hujah yang hebat dan matang.

Kalau setakat suruh saya baca buku-buku Orientalis, untuk apa? Bukan tanggungjawab saya untuk mengartikulasi untuk pemikiran lawan saya. Mana ada Jeneral yang mengapalai tentera tetapi suruh musuh berperang untuknya?

Kita kembali memikirkan sedihnya pejuang-epjuang bngsa yang lepas terhadap seorang yang tidak malu menonjol diri tapi kosong sanubari.

Dimana jati diri Khairy jika dia tidak tahu menghargai ketinggian ketamadunan Melayu? Dimana kehebatan yang diwar-warkan agenda Setiakawan, jika mengalah dalam peperangan intelektual untuk mudah akur kepada -isma kepelbagaian di tanahair Melayu?



Ingat hebat sekali lolongannya bersyarah. Harapkan boleh angkat keris saja. Rupanya kontol sudah hilang ditelan buaya. Padan Pak Mertua suruh orang lain minta maaf, tetapi dia menikus dari mengambil tanggungjawab tentang manaikkan keris. Ah ... ini semua teatrik luaran saja.

Kalau Khairy itu benar-benar pejuang berjiwa Nasionalis Melayu dan jiwa Malaysia betul, dia pasti akan terus berjuang memastikan pejuangan kemerdekaan ini diteruskan hingga Melayu dapat kembali kemerdekaan sepenuh yang diidaminya.

Kita harus bertegas dan bertarbiah hingga rakyat pelbagai kaum akui dan hormat kepada kaum empunya alam budaya yang mereka menumpang penghidupan.

Perkara ini tidak boleh lagi dipersoalkan dan cuba dikompromi lagi sebagaimana yang dilakukan oleh PKR, dituntut oleh DAP, MIC, PPP, Gerakan, dan MCA, dan didalih-dalih demi politik oleh PAS.

Segalanya sudah tersurat dan tersirat telah termetrai dalam dokumen-dokumen perjanjian lama, Perlembagaan Persekutuan, dan lain-lain rancangan terkemudian, serta Fasal 3 Perlembagaan UMNO yang semua ini dipanggil sekarang sebagai Kontrak Sosial.

Sesuatu yang sudah dipersetujui seperti ini tidak boleh diurai kembali. Kedudukkan Melayu dan Islam sebagai teras dalam lakaran sosio-budaya, ekonomi, ugama, politik dan lain-lain perspektif untuk negara ini sudah jelas.

Tidak timbul isu dan keperluaan untuk ideologi pelik dan anih untuk mempelbagaikan dengan apa-apa budaya dan kaum lain.

Budaya dan kaum lain, sebagaimana tersurat dan tersirat dalam Perlembagaan, boleh terus kekal atas dasar hak kemanusiaan peribadi. Tetapi teras dan pokoknya mesti Melayu dan Islam. Obama yang mahu timbul mestilah Obama yang telah memeluk dan membudayakan diri kepada alam budaya asal.

Dengan mengadaptasi pemikiran multiculturalism dan multiracialism, ia seolah-olah suatu proses pengenceran (dilution) keutuhan dan kesinambungan sejarah dan jatidiri pribumi di alam budayanya.

Ini satu tolak ansur dan akur kalah kepada kebiadapan dan tekanan budaya yang tempatnya ribuan baru di luar alam budaya Kepulauan Nusantara Melayu.

Atas dasar ini, maka pencalunan Khairy untuk pertandingan untuk jawatan Ketua Pemuda harus digantung. Khairy bukan punya Melayu dalam dirinya dan jauh sekali jiwa Nasionalis untuk layak menguatai Pergerakan Pemuda UMNO.

Jika kewujudan Khairy selama ini dan peranan belakang tabirnya itu sudah boleh melemahkan UMNO, memilihnya sebagai Ketua Pemuda UMNO hanya memastikan kehancuran semangat Nasionalisma Melayu dan parti UMNO itu sendiri.

Samada Mukhriz atau Khir Toyo idola anda, pilihlah antara mereka berdua. Asal bukan Khairy.

Pergi dan migrasilah Khairy dengan aman dan bawalah pemikiran beracun multiculturalism dan multiracialism yang dianuti ke negara pilihan yang alam budaya sesuai dengan rohnya.


Kemaskini 19-2-09 8:00 AM: Disamping cadangan baca buku oleh Hang Tegar, Senapang Patah melabel jurublog ini Chap Ayam. Ini tidak menyakit hati pun kerana tindakan adolescence begini mengaibkan diri sendiri. Pasti ramai merasa sedih kerana Khairy yang dikatakan "pemimpin yang matang" dan "berkarismatik" punya pengikut yang tiada kualiti. Oh ye, pembetulan sedikit anak-anak, pemimpin berkarisma. Jangan lupa panggil lagi kawan-kawan.

11 comments:

  1. Anonymous2:44 PM

    pehhhh..
    pedih tu.

    dagang pak Malau dagang bertempat
    dagang Cik Khairy dagang merempat

    he he

    ReplyDelete
  2. asal kata yang menyebabkan kj ni sendiri tidak diminati ialah dari karektor dirinya sendiri yang pandai bermuka muka. pernah dalam beberapa insiden di dalam majlis keramaian beliau mengarah orang, meminta tenaga bantu dan juga lain lain arahan tanpa melihat atau memberi pandangan yang ikhlas.

    pernah pelayan pelayan majlis bercerita kepada kita yg mana khairy tidak langsung memberi muka apatah lagi untuk senyum atau beramah mesra dengan mereka gaya pemimpin.

    dengan bongkak dan muka yang diarah ke tempat lain memnita dan mengarah hamba allah berbuat sesuatu. ini cuma satu malah banyak lagi cerita yang kita dengar dari hari kehari yang tak payah lan nak ulas banyak.

    bayangkan kalau kita sendiri meminta pertolongan atau memberi arahan sekurang kurang nya biarlah kita sedekah sekuntum senyum dan berbicara dengan penuh budi bahasa bukan nya rugi pun. tapi disebabkan perangai begini maka mulut yang satu akan menjadi dua dan tiga dan seterusnya akan merosakkan imej beliau sendiri.

    ini adalah sedikit sebanyak gaya wan farid yang kalah dulu tu. pun banyak cerita.

    dengan rasa benci dan muak mulut yg berkata kata akan berpindah randah hingga lah beliau tidak diterima oleh segolongan dan lapisan tertentu masyarakat.

    dalam kepuraan biarlah ada sedikit keikhlasan. kalau dah tak mahu memandang muka orang (jijik gamaknya) jadi payahlah nak menjadi pemimpin yang berbudi bahasa gaya melayu sejati.

    itu yang saya dengar lah.........

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:36 PM

    Salam Setiakawan Mr. Brick,

    Kita takda pun nak bantai calon calon yang you nak tonjolkan. I rasa cara yang terbaik, adalah dengan mempromosikan kebaikan calon2 dan bukannya dgn cara yang memeburuk burukan.

    Kalau kita lihat, ketiga tiga calon, ada kekuatan dan kekurangan.

    Biarlah blog2 pembangkang yang menconteng imej calon2 UMNO, dan bukannya pecah keting.

    Sekian,

    Bloggers setiakawan

    ReplyDelete
  4. Anonymous6:15 PM

    Saya memang tak pilih KJ tu. Cuma saya sduah tua dan tak boleh masuk mengundi sama. Tapi saya akan pastikan anak-anak saya membuat pilihan yang tepat.

    ReplyDelete
  5. Anonymous6:20 PM

    Salam Tuan,

    selalu juga ke sini tapi ini kali pertama komen. sakmongkol adalah antara must visit blog tiap kali saya online. Tapi sejak dua menjak ni, saya lihat dulu tajuk postingnya dulu. Kalau berkaitan KJ, bak kata amir raja lawak - I'm sooorriii.... !
    gua respek lu, taking on KJ and dato sak. just wish JMD would join in ... more fun !
    Teruskan... perjuangan belum selesai ! i'm with u , bro..

    ReplyDelete
  6. Saya ulangi, KJ terlalu awal dibranded dan cepat pula outdated dan saya tambah..untuk repacking pun rasanya belum tentu ada commercial value..

    Tetapi jangan lupa, niat yang jahat jika dirancang dengan baik mampu mengatasi niat yang baik tetapi lemah perancangan.

    Mukhriz dan Khir Toyo tidak boleh mengharap doa dan belas ihsan semata mata - dan selamat maju jaya kepada KJ jika dia berusaha keras.

    ReplyDelete
  7. Pro-KJ

    Betulkah bagai dikata?

    Apa pula peranan blog2 seperti SUKJ, KPMU, Anti-Khir Toyo, Anti-Mukhriz, BN Raksasa, Renovatio, dll. blog Setiakawan.

    Jgn ingat kita tak tahu mengenai operasi kamu.

    Kamu orang menggelabar sangat dengan saya seorang, kenapa?

    Baru2 ni Khir Toyo ambik peranan di Istana Selangor, di kutuk kerana KJ lebih dahulu.

    Apa tak cah keting tu?

    Cakap byk, KJ tak ada peranan di Perak. Cuma mencuri glamour.

    Bila Mukhriz memberi pandangan, dicemik2 dan diperlecehkan isi kandung mesejnya.

    Ini perangai Anwar Ibrahim. Belajar dari Tuan Guru ke?

    Saya mengkritik Khairy berdasarkan isi kandung kata-katanya sendiri.

    Ada pendedahan yang saya lakukan adalah berdasarkan pengumpulan maklumat yang meluas dari sumber-sumber orang2 besar.

    Kalau tak berlaku, sila jawab dan jelaskan. nafi-nafi pendik tak mencukupi.

    Dinturtle

    I do not have issue with Dato Sakmongkol's preference for KJ. It is his respectful position.

    I am not taking him on.

    We are just at songsang to one another. Thats all :)

    ReplyDelete
  8. Anonymous12:16 AM

    Firstly I do not even know what this multiculturalism jibe your tyring to pin on Khairy, did not your idol Mahadey ( a mulicultural product) himself like to appear on TV as Prime Minister and say "blah blah Malaysia ni aman dan semua kaum hidup secara harmoni". No hes the damn multiculturalist you so despise. He should get out of UMNO, actually he has kah kah.

    If your against it, you must be for mono-ethnicism. Hmm, weren't you the guy running around condeming another mono-ethnist called the Zionist.

    The problem with your twisted logic is its twisted. You like to mention the constitution of UMNO as being a guideline, why not reproduce the hundreds of articles and not just the part that suits your narrow argument.

    Instutions have to adept and evolve. KJ has fought for Malay rights on many occassion. Today because he appears on stage with a non Malay he is termed a multiculturalist?

    Hmm.

    I do agree with you. We should not appear with any races. Thats multiculturalism. Malays should only be seen with Malays, Chinese should only be seen with Chinese, and so on.

    I hope now your opinion can be shown for what it truly is.

    ReplyDelete
  9. Wenger J Khairy

    Welcome back. The Setiakawan sorely miss your presence.

    Nothing twisted here. My point is crystal.

    Being open to multicultural and multiracial is one thing, committed to multiculturalism and multiracialism as an ideology is a whole different ball of wax.

    ReplyDelete
  10. Anonymous4:38 PM

    mula-mula ari tu macam sokong mukhriz... lepas malam tadi best pulak dengar idea khir toyo.

    ReplyDelete
  11. aku minat Ali rustam tapi lepas ade isu Rasuah aku sikit kecewa



    Saya penyokong Melayu boleh

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.