Friday, March 20, 2009

2 April atau 4 bulan lagi?

Beberapa minggu ini, saya diberitahu rakan-rakan yang terjumpa risalah-risalah di stesyen-stensyen bas, keretapi dan Masjid/Surau menuntut Pak Lah undur.

Pagi tadi saya sendiri terjumpa risalah-risalah ini di lantai sebuah stesyen keretapi dan sempat ambil gambar.

Isinya adalah alasan-alasan kenapa Pak Lah tidak harus dilanjutkan sebagai Presiden UMNO atau Perdaan Menteri. Alasan sebanyak 25 itu telah dikomen dan disenaraikan oleh penulis blog seperti di sini.

Agak mengelirukan apabila ada tuntutan sedemikian, sedangkan sana sini para-para blog mengumumkan hari terakhir Pak Lah adalah April 2hb dan Dato Seri Najib akan mengangkat sumpah pada April 3hb.

Yang saya hairan, seorang sumber maklumat menghantar saya SMS menyatakan Pak Lah mahu kekal selama 4 bulan lagi. Bila ditanya, sumbernya adalah dari ahem ahem rahsia dan seorang rakan yang pergi menziarahi Pak Lah masa terdekat ini.

Zaharin Yassin@Sang Kelembai menghantar saya SMS lewat malam tadi. Bunyinya begini:
Abdullah Haji Ahmad Perdana Menteri pertama yg kurang ajar dgn Raja2 Melayu bila tak mahu hadir majlis santapan diraj meraikan perpisahannya. Mala selepas Nizar, Karpal, Dollah B*d*wi sudah menjadi Ahli Kelab Penderhaka.
Saya pun ada dengar Pak Lah tidak memberi pengesahan kepada tarikh Majlis tersebut yang telah ditetapkan oleh istana pada April 14hb.

Ucapan Zaid Ibrahim menuntut supaya Najib tidak dilantik Agong sungguh suspek. Zaid adalah suara Pak Lah. Kini dia berbaik dengan Anwar dan kita tahu Pak Lah sudah bertemu Anwar dalam satu Majlis makan tengahhari yang penuh misteri di Ulu Langat minggu lepas.

Zahrin pun ada memberitahu Zaid Ibrahim dan Kalimullah yang merupakan dalang disebalik Malaysia Insider sedang menggunakan cara ini untuk menafikan Najib jawatan Perdana Menteri.

Sudah mula ada mengatakan pengumuman bercanggah mengenai Limbang ada melindungi sesuatu disebaliknya. Maklumlah dipinggiran pantai Limbang terjumpa minyak yang banyak. Ada anak seseorang itu sedang berhutang Bank bagai nak gila banyak.

Semalam, ada seorang pesara cawangan khas meberitahu saya, Pak Lah akan undur 30hb dan Najib angkat sumpah pada 31b Mac. Alasannya, kalau bulan April angkat sumpah, akan diingat sebagai April Fool. Orang tidak akan percaya.

Apa pun Pak Lah kena beri penjelasan supaya rakyat Malaysia yang kata orang-orang polistik mudah keliru dikelirukan lagi oleh pelbagai petunjuk dan signal yang berlainan?


* Update: 5:00 pm

6 comments:

  1. Do not worry, everything will proceed as planned... but who's plan?

    Lets for once get rid of all these clowns... MALAYSIA BELONGS TO THEM ONLY?

    ReplyDelete
  2. Anonymous4:56 PM

    Bro..

    Kalau pak lah tak jadi 2 april ni lagi baguz sebab najib dah main kotor sama pak lah.... hua hua

    man nibong

    ReplyDelete
  3. Anonymous5:24 PM

    Apa takut kalau PakLah terus jadi PM...

    Sebelum PakLah naik memang nampak bersih...

    Ni yg baru nak naik jadi PM dah macam macam kejahatan yg timbul...

    Hancur negara macam Bush buat kat US dulu.

    Kalau Bush dulu naik sebab bapak dia ni sorang lagi nak naik sebab bapak dia...Muka penipu tetap penipu...

    bungaraya

    ReplyDelete
  4. SALAM TUAN-TUAN, KADANG-KADANG YANG NAMPAK BURUK TU LEBIH BAIK DARI YANG SEBELUMNYA, CONTOH NAMPAK CLEAN TAPI PEHHHH HAMPIR TELUNGKUP UMNO DIBUATNYA....

    BRO, AKU HARAP LA YG PAK LAH TAK MAINKAN KITA SEMUA BRO...ADUH SENGAL LA AKU MACAM NI..

    ReplyDelete
  5. Anonymous10:23 AM

    Kenapa ye, dalam sms yg di hantar tu takde nama Che Det? Bukan ke dia tu orang pertama yg patut di panggil penderhaka? Bukan ke Che Det yg menarik balik imunity Raja2, bukan ke Che Det yg menghina Raja2 dulu? Sudah lupa ke, wahai org UMNO? Karpal dikata penderhaka tp Che det tidak? Orang yg membuat akta yg membolehkan Raja2 disaman bukan penderhaka tetapi yg yang cuma menggunakan akta yg diluluskan itu utk menyaman Raja2 tu penderhaka? Orang UMNO ni dah nyanyuk ke? Atau Orang UMNO ni jenis bermuka2 dan hipokrit? UMNO buat takpe tp orang lain buat tak boleh! Kelakornyeee...

    ReplyDelete
  6. Anonymous4:32 PM

    baik pilih orang yang kita tau dah kejahatan dia

    daripada tersalah pilih musibat yang berlagak alim,semayang tungging terbalik tapi langsung tak berguna

    menyusahkan orang Islam lagi pulak tu

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.