Sunday, March 01, 2009

Bukit Gantang minta Khairy tidak datang berkempen

Gelagat Khairy di Ijuk bermain-main motor yang tidak dipandang enak

Suara Prima, sebuah kumpulan penulis-penulis yang ditubuhkan untuk menentangkan penghambaan minda melaporkan demikian di dalam blog mereka bertarikh Februari 27hb, 2009.

Kumpulan ini yang terdiri dari penulis politik handalan seperti Yahya Ismail, Sayuti Omar, Darmala NS, Syed Hussein Al Attas, dan lain-lain melaporkan dalam blog mereka beberapa cawangan UMNO Bukit Gantang mengingatkan pimpinan negeri Perak supaya tidak membawa Khairy Jamaluddin berkempen dalam pilihanraya kecil di kawasan itu.

Menurut sumber, permintaan ini dipinta sekalipun Khairy memenangi jawatan Ketua Pemuda UMNO pada Mac 26, 2009. Alasan mereka adalah Khairy adalah ‘beban’ kepada UMNO Bukit Gantang yang menyebabkan UMNO gagal merebut semula kerusi Parlimen di situ.

Disamping itu, cawangan-cawangan terbabit menganggap Khairy adalah beban kepada UMNO yang sukar untuk memulihkan semula krisis keyakinan di kalangan ahli-ahli parti.

Pandangan mereka ini pasti telah mengambilkira ketidak upayaan, gelagat dan keangkuhan cara Khairy berkempen sejak beberapa tahun lepas dari Ijok, Pilihanraya Umum 2008, Permatang Pauh, dan Kuala Terengganu.

Kelakuan dan gelagat angkuh Khairy di pilihanrya kecil Ijok dan Permatang Pauh berkekalan menjadi imej buruk kepada dirinya dan Pemuda UMNO.

Di Kuala Terengganu, kehadhiran Khairy tidak berupaya mengubah undi saluran ke tiga dan keempat untuk peti undi jagaan beliau yang merupakan kubu tradisi Barisan Nasional. Ramai pemerhati dibawah berkata konsert Pestarama yang dibuat atas ide Khiry gagal. Konsert pada malam terakhir telah backfire dan merenggangkan majoriti PAS. Malah ada pihak memberitahu penulis hadhirin konsert adalah diupah dan bukan menarik pengundi muda.

Dalam perhubungan cawangan-cawangan ini dengan secretariat PRIMA, mereka menyatakan tidak akan berkompromi dengan isu Khairy bagi menjamin kemenangan UMNO di Bukit Gantang. Cawangan-cawangan tersebut mahukan pimpinan negeri Perak membawa Dato’ Mukhriz berkempen ke Bukit Gantang.

“Sekalipun Dato’ Mukhriz kalah bagi jawatan Ketua Pemuda, beliau perlu dibawa berkempen ke Bukit Gantang,” dilaporkan sumber itu berkata. Mereka memberitahu, "Kami sudah mengirim SMS kepada Dato’ Mukhriz menyampaikan pendirian itu.”

Buat apa Khairy jadi Ketua Pemuda nanti jika ahli parti tidak mahu peranannya dalam berkempen?

Kepada penyokong-penyokongnya yang telah gah-gahkan Khairy dengan pelbagai pujian "masuk bakul angkat sendiri", ingatlah Khairy bukan bertanding untuk jawatan utama parti sebagai Presiden dan Timbalan Presiden dan jawatan-jawatan itu masih bertahun-tahun lagi jauh dari pencapaiannya.

Apa pengalaman Khairy untuk menyokong dan memberi kredibiliti kepada cadangan-cadangan dan wawasannya? Ayah mertua sudah tiada lagi sebagai Perdana Menteri untuk seperti yang disebutnya "memberi perlindungan" dan memberi peluang untuk idenya dicuba.

Untuk bercakap berdegah-degah, Khairy belum tahu mempunyai prospek anjakan politik melampaui Ketua Pemuda, jika dimenang sekali pun. Ide dia hanya ide populis untuk mendapat undi dan tidak ada kebijaksanaan dari pengalaman tetapi hanya wawasan angan-angan yang tidak realistik.

Hebat dan sombong mahu "tanam" Anwar Ibrahim tapi kalah besar BN di Permatang Pauh

Jika untuk peranan asas untuk berkempen dalam pilihanrya kecil pun tidak ada keyakinan dan penerimaan dari ahli partinya sendiri dan dikhuatiri akan menjadi liabiliti dalam mendapatkan undi dari pengundi, layakkah dia untuk memimpin dan menjadi muka hadapan sayap partinya sendiri?

Fikirkan baik-baik kerana tidak ada erti mengaku dan mencanangkan kehebatan Khairy berhujah dan berlakun berani, jika dia tidak boleh diterima melampaui sejumlah perwakilan-perwakilan Pemuda.

Bolehkah diterima kehadhirannya dan ide-idenya di luar lingkungan hanya beberapa ratus perwakilan Pemuda yang telah leka dengan pelbagai kata-kata manis dan lain-lain 'pemanis'?

Yang penting buat UMNO adalah untuk mendapat penerimaan kembali dan sokongan-sokongan ahli-ahli akarumbi UMNO yang genuine semangat perjuangan, pengundi-pengundi dan rakyat Malaysia umum untuk kekal berkuasa.

Kalau setakat ide, kepimpinan dan kebolehan, kesemua calun mempunyai kebolehan dan tidak ketandusan dengan ide masing-masing. Malah mereka mempunyai pengalaman yang jauh melangkaui Khairy dalam kerjaya dan pencapaian untuk lebih bijaksana dalam tindak tanduk.

Adakah pilihan majoriti perwakilan boleh diterima oleh pihak yang benar-benar penting? Tepuk dada dan tanya selera supaya tidak hanya syok sendiri. Yang pentingnya UMNO, bukan diri sendiri dan bukan individu.

19 comments:

  1. Anonymous7:26 PM

    Satu permintaan yang tepat, banyak sudah pilihanraya yang khairy hadir terlingkup. Kalau Umno masih biarkan Khairy berkempen alamat kalah la lagi.

    ReplyDelete
  2. Tentunya blogger-blogger spt sukj, bj, pemuda bayan baru, kulit pisang,KPMU dll penjilat yang sewaktu dengannya tentunya terpana dan tidak dapat menerima kenyataan yang amat pedih ini.

    Mungkin selepas ini akan ada askar-askar upahan dari rangkaian setiakawan akan mencipta satu tajuk yang sama tetapi ditujukan kepada Dato' Mukhriz!

    Lihat saja rengekan dari mursyidul am GMP, samad said yang tidak pernah kenal erti jurnal perundangan, jurnal kepolisian, jurnal kedoktoran mahupun tesis-tesis kejuruteraan dalam bahasa inggeris kerana asyik masyukkk dengan novel sastera Melayu dan kisahnya yang kerap merungut pasal royalti!!!

    ReplyDelete
  3. Bila yang popular tidak disenangi. Ia menunjukkan 'dia' bukanlah pejuang tulin.

    ReplyDelete
  4. Inilah masalah dan sikap dalaman yang muflis dan kolot di dalam UMNO yang penuh dengan dengki dan tidak mahu mengambil tanggungjawab dan sokongan bersama.

    KJ sebagai Naib Ketua Pemuda dan hatta jika menang sebagai Ketua Pemuda harus diiktiraf dan dihormati oleh seluruh jentera UMNO untuk bersama sama memberi tenaga dan idea fikiran untuk memastikan kejayaan UMNO di dsmana sahaja.

    Jika ahli UMNO tidak menghormati pemimpin mereka - apakah mereka mengharap lawan dan rakyat akan menghargainya.

    KJ harus dibenarkan ke mana sahaja atas kapasitinya sebagai ahli UMNO samada berjawatan atau tidak kerana dia adalah aset yang boleh dibentuk di dalam UMNO - terpulang kepada kebijaksanaan Presiden.

    Jika sikap menolak dan mebunuh ada di dalam UMNO secara ketara - awal awal lagi UMNO akan tewas di Bukit Gantang.

    ReplyDelete
  5. A Voice

    1. UMNO tidak akan pernah belajar dari kekalahan mereka.

    2. Orang yang sedang lemas akan buat apa saja n so is KJ. Can UMNO stop him?

    3. Why dont u run a poll on how far is KJ's chances to win Chief UMNO Youth? If its a green light for him.. ALL THE BEST UMNO! Your funeral is drawing ever sooner by the RAKYAT!

    ReplyDelete
  6. kalau KJ tak tau lagi diri nya tidak di kehendaki oleh rata rata ahli UMNO entah apalah yang perlu di buat bagi memahatkan ini didalam kepala dan hati beliau. isu yang bagus beb

    ReplyDelete
  7. salam! bukan setakat bukit gantang, bukit selambau gerenti kalah kalau kj, paklah dan ezam datang. tak percaya cubalah! tapi anwar akan pastikan kj datang pasal dia ejen anwar dalam umno dan pengundi-pengundi umno akan lari. dulu aku dimaklumkan oleh seseorang yang dipanggil "ustaz" oleh paklah, kj dan paklah cuba membawa masuk anwar ke dalam umno tapi ditentang oleh orang-orang tertentu. sekarang kj, anwar dan proksi-proksi mereka cuba menjatuhkan najib (melalui kelemahan membuat keputusan)dan memastikan paklah kekal hingga pru13. paklah nie cakap bohong sama ngan ustaznya kan baling nie, kan sama-sama anak tok guru.

    ReplyDelete
  8. Satu tamparan hebat sehebat himpunan tangan-tangan rakyat yang menolak menantu bakal mantan perdana menteri

    ReplyDelete
  9. Blog ini telah dilinkan dengan blog http://bongkarsauh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  10. Anonymous12:59 PM

    Clap clap clap clap
    Clap clap clap clap

    Bravo, bravo, brilliant performance, now for the critics.

    Number 1, Suara Prima tu Danabalanthamby's blog. But feel free to quote it for matters related to UMNO. Maybe the author is still pissed at KJ because the newspaper vendors did not deliver post the last General Assembly as they were busy celebrating Deepavali.

    Number 2, who is this 'menurut sumber.' I know, probably one of those old timers who are not even members of Pemuda. (Can they be members of Si Tua?) Pemuda greatly respects Khairy's leadership, and where was DM in Permatang Pauh. Where was he in KT. Do you get marks for not showing up if the team loses?

    Number 3 - KJ proved himself in KT by winning the areas under his control. BN won in Chendering, Gong Badak and this was deep in opposition territory.

    AoB, today the financial world is in turmoil because people were careless in their work. AAA became D, and all sorts of collapses occured because people did not tell the truth. And the truth is, more and more people, especially in Pemuda respect KJ for his capability. Its a good thing, as this shows that Pemuda is going for leaders with the intellect as well as bravado, a very positive development indeed.

    ReplyDelete
  11. Anonymous4:03 PM

    So jadi macam Mukhriz yang tak pernah pernah turun kempen secara terbuka di PRK PRK lah? Jadi penakut dan bacul?

    ReplyDelete
  12. Anonymous4:40 PM

    Berikah peluang sekali lagi kepada Khairy Jamaluddin untuk membuktikan ketokohannya. KJ lah satu satunya pemimpim pelapis yg bersuara lantang dan berani tidak seperti yg lain.

    ReplyDelete
  13. Anonymous6:24 PM

    Betul tu, jgn di lawa si KJ tu termasuk yg sorang lagi nie "Ezam". Teman dok tunggu biler dia nak revealkan berkota-kotak rahsia rasuah seseorang tapi sampai sekarang takda satu habuk pun. Org macam tu mmg UMNO tak perlukan. Buat jatuhkan maruah UMNO shj.

    ReplyDelete
  14. Wenger J Khairy

    I think you shouldn;t stay as an audience. You shd be up there on the centre stage doing stand up comdey. I'll give you the applause.

    Come on man, Suara Prima are no Indian bloggers. They are credible writers, political analyst. Ini budak2 zaman sekarang suka over rate diri sendiri dan downgrade orang tua2.

    ln the first place, your discreditation of them shd be done on their blog.

    For you to discredit their sources, I am not sure how long you have been in politics. It seems your political worldview is only Khairy your demagogue. :)

    KJ prove himself in KT? In your life!

    His buddy was a candidate and he was a disaster. His peti undi was given and yet votes declined. But thats not fair. Fine. The concert? What idiocrasy?

    Both DMM and DKT are there and doing their bit but without the theatric and away from media attention. Proves you are so shielded from information, Wenger.

    Kalau nak whack to biarlah bermaklumat sedikit. You need someone to wake you up from the KJ hypnosis.

    Abt the the financial world is in turmoil, who doesn't know? KJ the problem solver? lol

    Khairy has never been in the financial industry. He can't even disclose the firm he once claimed to be a fund manager and then investment banker.

    ECM Libra does not count. It is a commision broker selling the country's asset away. KJ the problem solver for the financial turmoil? ROTFL

    Wake up dude, he is not running for President of UMNO albeit PM but merely a Ketua Pemuda calun. But its quite alright. Continue to oversell. Vomit is all over trailing KJ from his campaigning.

    ReplyDelete
  15. blog ini sudah di link dgn blog
    http://nasilemakbungkus.blogspot.com

    ReplyDelete
  16. Quote:

    wenger j khairy:
    Number 3 - KJ proved himself in KT by winning the areas under his control. BN won in Chendering, Gong Badak and this was deep in opposition territory.

    Ha ha ha...its all had been setup earlier for him to be conducting at the safe area just to furnish his glory alone, not UMNO at all!

    ReplyDelete
  17. Perlukah dihalang begitu sekali ?

    Perlukah kita berpecah ketika hendak menghadapi 'perang' ?

    Jika masih begini sukar nak satukan umat Islam.

    Tetapi jika KJ benar2 faham dan tenang dia tentu tidak kisah tidak datang berkempen jika akhirnya rugi lebih banyak dari untungnya..

    atau mudarat lebih banyak dari manfaat.

    yang penting agar parti kita menang dengan apa cara sekalipun.

    ReplyDelete
  18. apa kejadahnya tidak benarkan KJ turun pdg ke bukit gantang berkempen..

    KJ adalah ahli UMNO dan MP Rembau dan juga Ketua Pemuda Rembau .. aku tidah faham hang perlu menghalang KJ dari membantu partinya..

    jika KJ tidak turun padang ,nanti org ckp KJ tidak membantu parti ..

    apa muhkriz boleh buat utk tarik pemuda ?? dia jaga peti undi di jagaanya di KT pun kalah bersama Khir ..ini bermakna muhkriz gagal menjalankan tugas dan amanah yang diberikan

    cadangan paling bodoh oleh calon KP yang lembik ialah berkompromi dgn Pakatan utk settle isu di Perak !! kita berjuang dan berjaya mendapatkan semula kerajaan perak ,ini dia nak ajak nizar join ...mahu langgar perintah Sultan Perak yang mahu kerajaan BN membentuk kerajaan .

    aku nak tanya muhkriz la ..mana p keberanian hang ?? mahu p duduk semeja dgn nizar ke ?? tak kan nak lepas jawatan MB balik kpd nizar penderhaka itu

    ReplyDelete
  19. AKU SOKONG JIKA KJ TAK DATANG BERKEMPEN DI MANA-MANA SEKALIPUN...

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.