Bukankah ini untuk mempolitikkan PPSMI, satu isu pendidikkan, pembinaan negara bangsa, dan pengetahuan? Tidakkah Dato Dr Hasan Ahmad dan Dato A Samad Said berkata mereka tidak digunakan oleh pembangkang?
PKR dan PAS bukan percaya sangat pada Agenda Melayu. Bukankah Nik Aziz berkata Bumiputera tidak releven? Bukankah Anwar berkata samarata macam DAP tapi konon perjuangkan Artikel 153?
Bila DAP memanggil dasar kerajaan apartheid kerana mengimplimentasikan Artikel 153, berdiam saja PAS dan PKR yang konon berkata mempertahankan hak keistimewaan Melayu?
PKR dan PAS yang konon menentang PPSMI bersetuju dengan DAP menghina bahasa Melayu dengan letak bahasa Cina dan Tamil setaraf dengan bahasa Melayu pada papantanda rasmi? Kenapa pejuang bahasa, PAS dan PKR bersetuju?
Nampak sangat pembangkang sudah kehausan isu kerana perlu mengaburi pengundi akan isu derhaka terhadap Sultan Perak dan keperibadian buruk bekas ADUN PKR BUkit Selambau. Tujuan mereka untuk menipu rakyat seolah-olah UMNO sudah tidak memperjuangkan Melayu.
Awas dengan pembohong-pembohong ini.
Laporan seperti berikut:
Kempen anti-PPSMI ke Bkt Gantang, Bkt SelambauUMNO memang dijemput tetapi enggan terlibat kerana perhimpunan dan perarakkan yang melibatkan pembangkang selalu melanggar tata tertib dan merosakkan keamanan awam. Buat apa UMNO terlibat dengan parti-parti perusuh dan anarkis yang tidak menghormati undang-undang, perlembagaan dan menderhaka Raja?
Abdul Rahim Sabri Mar 10, 09 1:14pm
Kemaskini 3.23pm Setelah berjaya mengadakan demonstrasi besar, Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) akan melebarkan kempennya bagi menjelaskan pendiriannya membantah dasar kontroversi itu di dua pilihanraya kecil bermula hujung bulan ini.
Setiausaha gabungan itu Hasni Abas berkata ia akan turut serta dalam kempen di kawasan parlimen Bukit Gantang, Perak dan DUN Bukit Selambau, Kedah bagi terus menentang dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Dua pilihanraya itu - yang diadakan serentak dengan DUN Batang Ai di Sarawak - berlangsung antara 29 Mac hingga 7 April.
Gabungan itu pernah berkempen ketika berlangsung pilihanraya kecil parlimen Kuala Terengganu, Januari lalu.
Mereka menabur kira-kira 50,000 risalah yang menyifatkan PPSMI sebagai satu "pengkhianatan" terhadap bangsa dan negara (foto).
Mengulas mengenai perkara tersebut, timbalan setiausaha GMP Suhaizan Kaiat menambah selain untuk berkempen, ia ke sana untuk “membalas jasa” penyokong-penyokong yang hadir dalam demonstrasi Sabtu lalu.
"Kita akan ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk berkempen berhubung isu PPSMI dan membalas jasa mereka yang hadir (dalam demonstrasi)," katanya.
Kira-kira 8,000 aktivis bahasa, sasterawan dan penyokong pembangkang berarak ke Istana Negara dari Masjid Negara petang Sabtu lalu dalam usaha menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Tindakan mereka melanggar arahan polis - yang membenarkan mereka berhimpun di masjid berkenaan sahaja dan melarang sebarang perarakan - kemudian didakwa akibat didalangi parti-parti pembangkang.
Mengulas perkara tersebut, Hasni (dua dari kiri) berkata "isu dalang tidak timbul" kerana GMP memang turut disertai oleh barisan aktivis bahasa, NGO dan parti-parti politik.
Bercakap dalam satu sidang media di Rumah PENA, Kuala Lumpur hari ini, beliau mengulas penafian pengerusi GMP Datuk Dr Hassan Ahmad semalam.
Suhaizan (dua dari kanan) menambah, isu dalang dan kekacauan dalam perarakan adalah satu cara untuk mengalih perhatian umum daripada membicarakan isu sebenar.
"Kalau menuduh GMP didalangi oleh parti pembangkang PAS, PKR dan DAP, mereka berada dalam jawatankuasa ini bersama-sama kami.
"Tidak ada dalang di sini," katanya, yang juga ketua penerangan Pemuda PAS.
"Kita konsisten dengan untuk mendaulatkan bahasa kebangsaan, untuk menyelamatkan bahasa ibunda dan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris di sekolah."
Hasni berkata, gabungan tersebut terdiri daripada 135 NGO dan ia merentasi budaya, politik, agama dan ras.
"Kami juga mengundang Umno (untuk menyertai gabungan ini), tetapi mereka enggan," katanya.
Tiada kepimpinan politik dan tiap menteri buat hal sendiri.Mesyuarat kabinet ta ade maana.
ReplyDeleteJadi mesyuarat PIBG dan JKKK standart.
Tiada saipa ambil kesah.
Jabatan ambil keputusan sendiri kerana ade kepemtinganag tertentu.
Pegawai dan KSU tak bolih tegur sebab tiap kertas kerja usul di catitkan dengan "tiada halangan" dan "sila ambil tindakan sewajar" atau "saya sokong".
Tiada mekanisma pemantauan dan maklumbalas sebab Menteri lain tahu apa bila media pecah temblang.
Dua bukit dan satu batang dah dapat dah kat orang Pakatan ,mesti punya tambah sup perasa PPMSI.
We never learn.......
changkat lobak
arjuna waspada
Tiada kepimpinan politik dan tiap menteri buat hal sendiri.Mesyuarat kabinet ta ade maana.
ReplyDeleteJadi mesyuarat PIBG dan JKKK standart.
Tiada saipa ambil kesah.
Jabatan ambil keputusan sendiri kerana ade kepentingan tertentu.
Pegawai dan KSU tak bolih tegur sebab tiap kertas kerja usul di catitkan dengan "tiada halangan" dan "sila ambil tindakan sewajar" atau "saya sokong".
Tiada mekanisma pemantauan dan maklumbalas sebab Menteri lain tahu apa bila media pecah temblang.
55,000 atau 70,000 visa bangladesh di batal apabila MTUC jerit sekuat hati.(can always blame Syed MTUC if anything goes wrong)
Dua bukit dan satu batang dah dapat dah kat orang Pakatan ,mesti punya, tambah sup perasa PPMSI.
We never learn.......
changkat lobak
arjuna waspada
Kalau betul2 UMNO/BN sensitif memelihara bahasa Melayu dan dikekalkan pengunaan dan penguasaanya sebagai bahasa penghantaran disemua peringkat bukan sekarang ini dipertahankan,dihibuh2 dan dijerit2kan, malahal, dulu lagi 50 tahun dulu sepatutnya bahsa melayu digunapakai dan diserapkan disemua peringkat pentadbiran kerajaan,suasta dan semua jurusan pengajaran disekolah tidak kira apa bangsa sekolah pun.Lain2 bahasa selain daripada bahasa Melayu diberi satu waktu sahaja diajar disekolah, barulah berkesan.Sekarang ini berbagai2 bahsa digunakan sebagai bahasa penghantaran disekolah2 VERNACULAR.Bahasa Melayu menjadi bahasa ejekan kerana bahasa lain lebih dapat pengaruh penghargaan dan pengitirafan dikalangan ahli politik,perniagaan dan professional.Siapa yang patut disalahkan gejala ini berlaku jika bukan Kerajaan yang memerintah membiarkan bangsa2 asing bertapak dan mendapat berkedudukan setaraf denagan orang Melayu di negeri ini.Kita tak patut menulih kebelakang lagi dengan hal ini namun terus kehadapan kerana, nasi dah menjadi bubur, maka rakyat terpakasa bekerjasma berganding bahu sesama kita tanpa kira bahasa atau bangsa menjayakan negara Malaysia yang berdaulat ini.SATU BAHASA SATU BANGSA.
ReplyDeleteSalam kepada semua umat Islam, tak kira orang UMNO, PR atau atas pagar.. Baca, faham dan renung2 kan lah..
ReplyDeleteImam Abu Ja’afar ath-Thahawi rahimahullah berkata:
“Kita tidak membolehkan memberontak (membelot) terhadap para imam (pemimpin muslim) dan para penguasa walau pun mereka melakukan kezaliman. Kita tidak menyumpahi (memaki hamun) mereka dan tidak berlepas diri dengan tidak taat kepada mereka. Kita berkeyakinan bahawa mentaati mereka sepanjang dalam ketaatan kepada Allah adalah wajib, selama mana mereka tidak memerintahkan melakukan maksiat. Kita tetap mendoakan kebaikan untuk mereka supaya mereka dikurniakan dengan kebaikan sama ada dari segi fizikal atau pun rohani.”
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang mentaatiku bererti dia mentaati Allah. Sesiapa yang menderhakaiku bererti dia menderhakai Allah. Sesiapa yang mentaati pemimpin, bererti dia mentaatiku. Sesiapa yang menderhakai pemimpinnya, bererti menderhakaiku.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2957)
“Seseorang muslim wajib mendengar dan taat, sama ada suka atau pun tidak. Melainkan apabila dia diperintah untuk melakukan maksiat. Bila dia diperintahkan untuk melakukan maksiat, tidak ada lagi istilah mendengar dan taat (dalam urusan maksiat tersebut.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 2955)
Dari Auf bin Malik radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda: “Sebaik-baik pemimpin kamu adalah yang kamu cintai dan mereka mencintai kamu, kamu mendoakan mereka dan mereka mendoakan kamu. Sejahat-jahat pemimpin kamu adalah yang kamu benci dan mereka membenci kamu, yang kamu menyumpahinya dan mereka menyumpahi kamu.” Kami bertanya: “Wahai Rasulullah, adakah ketika itu kami boleh memerangi mereka dengan pedang?” Beliau menjawab: “Tidak, selama mereka masih menunaikan solat bersama-sama kamu. Ingatlah, sesiapa yang melihat pemimpinnya melakukan kemasiatan, hendaklah dia membenci kemaksiatannya itu, namun janganlah dia berlepas diri dari mentaatinya”.” (Hadis Riwayat Muslim, no. 1855)
Dalam persoalan prinsip ini, imam Abil ‘Izz al-Hanafi mensyarahkan perkataan imam Abu Ja’afar ath-Thahawi di atas dengan katanya:
“Ada pun kewajiban untuk mentaati mereka (bukan dalam persoalan maksiat) walau pun mereka melakukan kezaliman adalah sesuatu yang disyari’atkan, kerana keluar dari ketaatan kepada mereka (pemerintah/penguasa) akan melahirkan kerosakan yang belipat kali ganda dibandingkan dengan kezaliman mereka sendiri. Malah, bersabar terhadap kezaliman mereka dapat meleburkan dosa-dosa dan dapat melipat gandakan pahala. Kerana Alla tidak akan menaikkan penguasa ke atas diri kita melainkan disebabkan oleh kerosakan amal perbuatan kita juga. Ganjaran itu bergantung kepada amal perbuatan. Maka, hendaklah kita bersungguh-sungguh memohon keampunan, bertaubat, dan memperbaiki amal-amal perbuatan.
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman:
“Dan apa sahaja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tangan kamu sendiri, dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahan).” (Surah asy-Syura, 42: 30)
“Dan demikianlah Kami jadikan sebahagian orang-orang yang zalim itu menjadi teman bagi sebahagian yang lain disebabkan apa yang mereka usahakan.” (Surah al-An’am, 6: 129)
(Dengan ini) apabila rakyat ingin selamat dari kezaliman para pemimpin mereka, hendaklah mereka meninggalkan kezaliman itu juga.” (Rujuk: Tahzib Syarh ath-Thahawiyah, jil. 2, m/s. 199-200, Pustaka at-Tibyan)
Syaikh al-Albani rahimahullah turut mengulas perkataan imam Abu Ja’afar ath-Thahawi dan syarah oleh imam Abil ‘Izz di atas dengan perkataannya:
“Dengan itu, jelaslah bagaimana cara menghilangkan kezaliman yang dilakukan oleh para penguasa yang satu kulit dan satu bahasa dengan kita. Caranya, kaum muslimin (umat Islam) mestilah bertaubat kepada Allah, memurnikan aqidah, dan mendidik diri serta keluarga mereka dengan pendidikan Islam secara benar. Perkara tersebut adalah sebagai usaha dengan berpandukan kepada firman Allah Subhanahu wa Ta’ala berikut:
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehinggalah mereka sendiri yang mengubah keadaan yang ada pada diri mereka.” (Surah ar-Ra’d, 7: 11)
Bertepatan dengan perkara persebut, ada seorang da’i (pendakwah) di zaman kita ini berkata, “Tegakkanlah daulah Islam di dalam hati-hati kamu, maka daulah Islam itu pun kemudiannya akan tertegak di atas muka bumi”.
Jadi, di dalam menyelesaikan masalah tersebut bukanlah dengan kaedah-kaedah seperti yang diguna-pakai sebahagian orang, iaitu dengan memberontak dan memerangi penguasa. Kerana, perkara tersebut di samping termasuk ke dalam bentuk bid’ah, ia juga bertentangan dengan nash-nash syar’i yang mana memerintahkan kita untuk mengadakan perubahan pada masyarakat dengan cara yang baik. Dalam persoalan ini, kita juga perlu memehami sebuah prinsip:
“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa.” (Surah al-Hajj, 22: 40) (Rujuk: Syarah dan Taqliq Syaikh al-Albani ke atas Aqidah ath-Thahawiyah)
Imam Ahmad bin Hanbal rahimahullah berkata:
“Sesiapa yang keluar (dari ketaatan) terhadap seorang pemimpin dari para pemimpin kaum muslimin, padahal manusia telah bersatu dan mengakui kepimpinan baginya dengan cara apapun, sama ada dengan redha atau dengan kemenangan (dalam perperangan), maka sesungguhnya orang tersebut telah memecah-belah kesatuan kaum musilmin dan menyelisihi pesanan-pesanan dari Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam dan apabila ia mati dalam keĆ”daan demikian maka matinya seperti mati jahiliyah. Tidak halal memerangi penguasa (pemerintah) dan keluar dari ketaatan kepadanya disebabkan seseorang. Sesiapa yang melakukan perkara yang seperti itu maka dia adalah seorang mubtadi’ (pelaku bid’ah) yang bukan di atas Sunnah dan jalan (yang lurus). (Imam Ahmad bin Hanbal, Ushulus Sunnah, no. 33 dan 34)
Imam al-Barbahari rahimahullah turut menjelaskan:
“Jika kamu melihat orang yang berdoa keburukan kepada pemimpin, ketahuilah bahawa ia termasuk salah seorang pengikut hawa nafsu, namun bila kamu melihat orang yang berdoa untuk kebaikan seseorang pemimpin, ketahuilah bahawa ia tergolong sebagai seorang ahli sunnah, insyaAllah.
Fudhail bin Iyadh berkata, “Jika aku mempunyai doa yang baik yang makbul, maka semuanya akan aku persembahkan (pohonkan) untuk pemerintah.” Ia ditanya, “Wahai Abu Ali, jelaskan maksud ucapan tersebut?” Beliau berkata, “Bila doa itu hanya aku tujukan untuk diriku, tidak lebih hanya bermanfaat untuk diriku, namun bila aku pohonkan untuk pemimpin dan ternyata para pemimpin berubah menjadi baik, maka semua orang dan negara merasakan manfaat dan kebaikan.” (Dikeluarkan oleh Abu Nu’aim dalam “al-Hilyah” (8/91) dari jalan Mardawaih as-Shabigh dan sanad Abu Nu’aim adalah sahih)
Kita diperintahkan untuk mendoakan mereka dengan kebaikan bukannya keburukan, walau pun dia seorang pemimpin yang zalim lagi jahat kerana kezaliman dan kejahatan akan kembali kepada diri mereka sendiri sementara bila mereka (pemimpin) menjadi baik maka mereka dan seluruh kaum muslimin akan merasakannya.” (Imam al-Barbahari, Syarhus Sunnah, Tahqiq Syaikh Khalid bin Qasim al-Roddadiy, Edisi Terjemahan Terbitan Dar El-Hijrah, Cet. Pertama, 1423H/2002M, m/s. 83-84)
Adab Jika Mahu Menasihati Penguasa/Pemimpin
Telah berkata Ibnul Asir: “Nasihat ialah suatu ungkapan daripada sepotong ayat iaitu berkehendakkan kebaikan kepada yang dinasihatkan baginya, dan tidak mungkin diungkapkan dari makna ini bersama makna yang lain. Asal makna nasihat dalam bahasa ialah suci.” (Dinukil dari Dr. Khalid al-Anbariy, Sistem Politik Islam, m/s. 212-213)
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Sesiapa yang ingin menasihati pemimpin dalam sesuatu perkara, maka janganlah disebarkan (didedahkan) secara terang-terangan, akan tetapi peganglah tangannya dan ajaklah dia berbincang dengan diam-diam. Jika dia menerima, maka itulah yang diharapkan, jika tidak, maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipannya”. (Riwayat Ibn Abi ‘Asim, al-Sunnah. Sanadnya sahih, sebagaimana dinyatakan oleh Syaikh al-Albani ketika mentahqiq kitab as-sunnah, m/s. 507)
Berkenaan hadis ini, Syaikh al-Albani menyatakan bahawa ini adalah kaedah sebenar dalam menasihati para pemimpin secara sembunyi (rahsia – pen.), apabila orang yang menasihati melaksanakan cara begini, maka dia sudah pun melaksanakan tanggungjawabnya dan tidak lagi bertanggungjawab selepas itu. (Dr. Khalid Ali al-Anbariy, Sistem Politik Islam, m/s. 220)
Ibnu Nahhas rahimahullah berkata:
“Saat yang amat tepat untuk menasihati pemimpin adalah di saat sepi dari pihak ketiga. Ini lebih baik daripada bersuara secara terbuka di hadapan media massa, bahkan menyuarakan dan menasihati pemimpin lebih mulia secara rahsia tanpa ada liputan pihak yang ketiga.” (Lihat: Tanbihul Ghafilin ‘An A’malul Jahilin wa Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)
Imam asy-Syaukani rahimahullah berkata:
“Orang yang menyedari sebahagian permasalahan tentang kesalahan pemimpin, hendaklah dia menasihatinya, jangan menyebarkannya di hadapan orang ramai (umum). Tetapi hendaklah dia berbincang secara empat mata di dalam rangka menasihatinya, tidak merendahkan atau menjatuhkan maruah dan martabatnya, pent.) serta tidak memperlekehkannya sebagaimana yang terdapat di dalam hadis”. (Lihat: Sail al-Jarrar 4/556. Dinukil dari: Abu Farouq Rasul Dahri, Sikap Ahlus Sunnah wal Jama’ah Terhadap Pemerintah)
“Dalam masalah menegur penguasa (pemimpin), pendapat yang benar ialah melakukannya secara individu, bukan di khalayak umum. Adalah amat baik jika tegurannya secara rahsia atau menasihatinya dengan cara sembunyi-sembunyi, tanpa ada pihak yang ketiga”. (Lihat: Tanbihul Ghafilin ‘An A’malul Jahilin wa Tahzirus Salikin Min Af’alil Halikin)
Imam Ibnu Rejab al-Hanbali rahimahullah berkata:
“Ada pun nasihat untuk para pemimpin kaum Muslimin maka ia adalah cintakan kebaikan untuk mereka, petunjuk untuk mereka dan keadilan mereka, menyukai sokongan rakyat ke atas mereka, membenci perpecahan umat kepada mereka, mematuhi ajaran agama, suka memuliakan mereka kerana mentaati Allah, membantu mereka dalam kebenaran, taat kepada mereka dalam perkara yang haq, marah kepada orang yang membelot dari mereka, dan cinta kepada usaha mereka di alam urusan berbuat taat kepada Allah ‘Azza wa Jalla. Membantu mereka dengan kebenaran, menyedarkan mereka dengan lemah lembut, mengelakkan daripada menentang mereka dan mendoakan kejayaan (kebaikan) untuk mereka.” (Rujuk: Jami’ al-‘Ulum wa al-Hikam, m/s. 172 dan 173, Darul Falah)
Memuliakan Pemerintah
Daripada Abu Bakar radhiyallahu ‘anhu, katanya:
“Aku mendengar Nabi bersabda: “Sultan adalah bayangan Allah di bumi, sesiapa yang memuliakannya, maka Allah akan memuliakannya dan sesiapa yang menghinakannya, maka Allah akan menghinakannya”.” (Hadis Riwayat Ahmad, 5/42. Dinilai hasan oleh al-Albani di dalam Silsilah al-Ahadis ash-Shahihah, 5/376)
Dr. Khalid Ali al-Anbariy berkata:
“Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam telah mewajibkan ke atas umat ini menghormati dan memuliakan para pemimpin. Pada waktu yang sama, baginda melarang mencaci mereka dan menyebut kekurangan serta kelemahan mereka kerana yang demikian itu menyebabkan berlakunya kebencian rakyat kepada mereka mereka bahkan juga akan membawa kepada kejahatan, kerosakan, kederhakaan, dan permusuhan.
Dalam perkara ini, berkatalah Sahl bin Abdullah at-Tastari: “Manusia sentiasa dalam keadaan baik selama mana mereka menghormati sultan dan ulama, maka sekiranya mereka menghormati kedua-duanya ini, Allah memeberi kebaikan kepada kehidupan dunia dan akhirat mereka dan sekiranya mereka menghina kedua-duanya, Allah akan merosakkan kehidupan dunia dan akhirat mereka”.” (Sistem Politik Islam, m/s. 215)
Brick,
ReplyDeleteGMP long term objective is to work in cohort with PKR, DAP and PAS to refeudalised the Malays. That is to create just a handful english speaking malay elites that can kowtow to their whimp and fancy and to create masses of poor english speaking Malay zombies , whose mind could be easily twisted to vote PR into government at every general election.
Aku kalau jumpa Hassan Ahmad akan ku ludah kat muka dia.
Din Pungkok
Tanah Liat,
Permatang Pauh.
ini dia dari salah satu blog rasmi gmp -
ReplyDeletehttp://universitipts.com/index.php/site/comments/gmp_akan_buka_markas_di_bukit_gantang_dan_bukit_selambau/
GMP - Gerakan Memandulkan Pelajar
yang memandulkan pelajar tu AUKU...
ReplyDeleteSalam saya memang teramat kecewa dengan perkembangan terbaru berkenaan PPSMI,oleh itu saya menganjurkan beberapa persoalan dan harap mendapat jawapan yang khusus dan jitu berserta dengan bukti.
ReplyDeleteSila beri jawapan,
1. Kenapa KAMU semua yang kononnya MEMPERJUANGKAN BAHASA MELAYU TIDAK mengadakan bantahan supaya semua SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN CINA dan TAMIL diajar dengan BAHASA MELAYU??
2. Kenapa tidak mengadakan demontrasi serah memo apabila TERESA KOK DAP dengan bangganya nak mengagongkan BAHASA CINA dan letakkan di Papan tanda Jalan Raya??
3. Apakah sumbangan mereka-mereka NGO dalam GMP dalam memperjuangkan BAHASA MELAYU? Apakah buku ILMIAH yang telah mereka ini tulis,hasilkan dan terbitkan??
4. BErapa banyakkah buku-buku ILMIAH dan Rujukan yang mereka-mereka ini telah berjaya TERJEMAHKAN dari BAHASA ASING ke BAHASA MELAYU??
5. Kenapa AHLI MESYUARAT TINDAKAN ANTI PPSMI terdiri daripada semua AHLI POLITIK PAKATAN RAKYAT yang selama ini tidak membela MELAYU,menghina RAJA MELAYU,hendak beri kesamarataan kepada semua bangsa??
6. Tidak kah ini menunjukkan bahawa GMP memang ALAT PERMAINAN Pakatan Rakyat??
Pada pendapat saya semua ahli GMP adalah BODOH dan SUDAH NYAYUK kerana mereka ingat sekarang kerana 2 subjek itu bahasa melayu akan terpinggir.. dan ahli GMP memang dah jadi LEMBU yang telah ditarik hidung kesana kemari oleh BARUA dan PENGKHIANAT SEBENAR BANGSA MELAYU iaitu ANWAR IBRAHIM.
Mari kita renungkan wahai BANGSAKU,
1. Jika Pakatan Rakyat memerintah MALAYSIA maka DAP dan Bukan MElayu daripada PKR akan MENUNTUT KESAMARATAAN dalam semua perkara dan JIKA MEREKA MENGUASAI 2/3 majoriti tidak mustahil Artikel-artikel PERLEMBAGAAN yang melindungi HAK KEISTIMEWAAN BANGSA MELAYU seperti HAK RAJA-RAJA MELAYU,BAHASA dan AGAMA akan dihapuskan KERANA MEREKA ini MEMPERJUANGKAN KESAMARATAAN.
2. Apabila memerintah maka secara sendirinya KEISTIMEWAAN BAHASA MELAYU SECARA KESELURUHAN akan terhapus kerana SEMUA BANGSA akan menuntut penggunaan BAHASA MEREKA SENDIRI.
3. Didalam perlembagaan sudah termaktub keistimewaan BAHASA MELAYU dan PPSMI adalah untuk memperkayakan ILMU TEKNOLOGI dan SAINS kepada ANAK-ANAK MELAYU itu sendiri agar tidak terkebelakang didalam GLOBALISASI sekarang.
Sedar lah WAHAI BANGSA MELAYU!! Sedarlah bahawa sekarang BANGSA MELAYU sendiri yang membunuh KEMAJUAN BANGSA MELAYU itu sendiri!! Sedarlah bahawa sekarang BANGSA MELAYU telah di pergunakan oleh pihak yang terang-terang MEMBANTAH HAK KEISTIMEWAAN BANGSA MELAYU untuk MENGHAPUSKAN segala KEISTIMEWAAN yang dinikmati oleh BANGSA MELAYU.!!
wassalam
FAQ mengenai PPSMI boleh didapati di blog :
ReplyDeletehttp://chewal.blogspot.com
link utk survey terhadap PPSMI :
http://www.esurveyspro.com/Survey.aspx?id=5009302b-ed21-4828-ae31-a84a90ea20f6
Bro ,for your info kebanyakkan yang menjadi jawatankuasa di dalam GMP itu adalah ahli PAS ..mereka ini semua berjawatan dalam PAS ..
ReplyDeleteaku memang sudah jangka isu PPSMI ini bakal digunakan di dalam PRK Bukit Selambau dan Bkt Gantang untuk menutup isu menghina institusi Raja dan isu liwat anwar ..
memang mereka hendak politikkan isu ini PPSMI ini
remy 10.46am
ReplyDeleteYang mandulkan pelajar ialah ABIM.
Hari ini dan faktanya sudah sekian lama (relatif) para lepasan mazhab/sekolah pemikiran ABIM, terutamanya yang telah diindoktrinasi dikampus-kampus sebelum ini, terus giat tidak pernah berhenti memainkan peranan mereka.
Rantaian untuk memindahkan mazhab mereka kepada generasi baru tidak pernah putus. Kaedah paling popular ialah berusrah. Diambil dari tarikh semasa, ia beri petunjuk sudah hampir empat dekad fahaman ini berlangsung atas bumi Melayu.
Sebelum ABIM muncul dan bertapak, sudah pun ada satu golongan yang obses untuk meletakkan cop atau label Islam pada banyak perkara/benda - iatu PAS. Meskipun benda atau perkara itu berada dalam kelompok yang sama dengan sebatang pensil ciptaan manusia, yang besar kemungkinan sedang pegun di atas meja kerja anda sekarang.
Perbezaan asasi antara ABIM dan PAS di era 70-an ialah 'PAS tidak mempunyai pengaruh luar biasa di kampus. Hal ini sebaliknya bagi ABIM. ABIM menerajui pengaruh membawa cop agama ke atas benda dan perkara.
Bagaimana tatacara berpakain, khususnya pada siswi, mula mengambil tempat setelah fahaman
ABIM bertapak di kampus lalu meresap ke dalam diri mereka. Ini berterusan sampai ke tarikh semasa.
Toleh ke depan toleh ke belakang, ke kiri ke kanan, ke atas ke bawah, atau walau bermula dari sudut mana sekali pun 'asas atau titik-tolak mazhab pemikiran ABIM ialah label Islam mesti dtempel dulu. Maksudnya islamisasi dulu.
Kerja asasi mereka, ambil contoh urusan-urusan keilmuan sepeti penemuan baru, maka perlu diubah di sana sikit di sini sikit agar wujud sentuhan agama ke atas penemuan tadi. Penemuan-pemenuan baru itu tentu saja dihasilkan oleh sarjana bukan muslim. Ia sama sekali tidak terkejut apa lagi pelik kerana setelah kejatuhan Kerajaan Abbassiah, urusan-urusan ilmu telah diambil oleh bukan muslim (jika berbeza agama ingin diambil sebagai perbezaan).
Kerja menempel sekian-sekian istilah ke atas sesuatu tersangatlah mudah berbanding mencipta sesuatu. Kerja mencipta sesuatu ialah menjadikan perkara 'tiada kepada ada'. Kerja menempel pula ialah kerja menumpang, kerja berpaut di bahu orang, kerja tukang sibuk tak bertempat, kerja menyampung tradisi kemunduran dan apa-apa yang setara.
Kemandulan budaya intelektual mempunyai hubungan yang signifikan dengan mazhab ABIM. Mereka yang melalui sekolah ABIM kini sangat berpengaruh di kampus dan agensi-agensi kerajaan lain. Mazhab ini juga terserap ampuh di dalam diri anak-anak mereka sendiri.
Fitrah manusia Melayu (sama seperti manusia-manusia lain di bumi) yang dijadikan bebas oleh Pencipta untuk meneroka apa saja, sebahagiannya sedang merengkok dalam penjara Mazhab ABIM. Amat malang, golongan ini umumnya sudah dan sedang melalui pendidikan peringkat tinggi (universiti). Peringkat pendidikan di mana hanya satu kotak mereka bermain di dalamnya, iaitu kotak 'kebenaran' yang bersandar pada 'bukti'. Tidak ada tempat untuk mereka bermain dengan dua kotak lain, iaitu kotak 'halal dan haram'.
Mazhab ABIM ialah mazhab penempel nama agama yang seronok bermain dengan kotak halal-haram. Tradisi agung universiti menolak mazhab tempel dan permainan dua kotak setiap satunya bercop halal dan haram.
Ia (perkara tersebut) sangat berkait dengan kemandulan pelajar sebagai komposisi utama universiti. Komposisi yang kelak akan menjadi penyambung tradisi intelektual.
Tetapi, setelah mazhab ABIM meresap kukuh ke benak sebahagian pelajar dengan peratusan sebahagian tadi boleh dianggap signifikan untuk mencorakkan keadaan... lalu terserah saja pada diri masing-masing untuk menarik kesimpulannya.
Siapa, pihak mana yang memandulkan pelajar universiti sebenarnya!
nota: undang-undang boleh dicabar, dilawan, dirombak, dihapuskan dll. Tetapi kalau sudah terjerat, terpenjara, terbius oleh mazhab ABIM yang membantut, memandul budaya intelektual - budaya yang bebas menyoal apa saja, lalu berapa kerat sangatkah yang dapat keluar dari cengkamannya?
Tengok sajalah contoh kepalanya sendiri, Anwar Ibrahim. Sejak bila manusia ini menganut budaya intelektual selain dari hanya seronok menyebut nama tokoh-tokoh tertentu, memetik kata-kata pengarang tertentu dengan perhiasan mendengung-dengung suara sahaja?
Salam
ReplyDeleteCuba baca akhbar STAR bertarikh 21 March 2009, ruangan starjobs muka surat 27.Tertera iklan biasiswa SWATCH GROUP
Apa maksud tersirat?
Tanpa penguasaan bahasa inggeris serta pembelajaran bahasa inggeris mengenai istilah kejuruteraan mekanikal tiada seorang melayu yang akan berjaya mendapat biasiswa atau berjaya dalam bidang ini.
Otak kacang pendemonstrasi PPSMI taidak mampu berfikir akan masalah ini. Terfikirkah mereka
adakah kini para peniaga jam di kalangan orang melayu
atau
para promoter jamtangan yang ramai nya melayu
tanpa bahasa inggeris orang melayu akan hanya duduk kedai kopi halau lalat yang hinggap kat atas cwan kopi mereka sahaja.
Bendahara KL
Nak menentang dan perjuangkan bahasa Melayu kena ada caranya. Bukannnya pakai redah sembarangan.
ReplyDeleteSama ada menentang sekolah pelbagai aliran, ataupun papan tanda pelbagai bahasa. PPSMI melibatkan pihak kerajaan, maka kerajaan yang perlu disedarkan.
Sekolah aliran Cina atau Tamil pula telah disedarkan melalui kesedaran bangsa negara, bahasa kebangsaan sebagai bahasa perpaduan.
Ini tak perlulah adakan perarakan, cukup dengan kesedaran sosial dahulu. Papan tanda pula biarlah pihak berkuasa tempatan buat kerja. Pandangan peribadi.
PPSMI itu sendiri telah dipolitikkan. Bahasa Melayu telah dipolitikkan, maka sesuai benarlah dilawan dengan politik juga.