Thursday, March 26, 2009

Penyokong Khairy mengaku rasuah, maka bermulalah cabaran Khairy

Cabaran besar Khairy untuk membersihkan imej rasuahnya. Pengakuan penyokong Khairy mengamalkan rasuah di gambar atas dan video laungan KJ! ... Rasuah! ... di sini.

Menang dan kalah itu adat pertandingan. Yang menang pasti gembira. Yang kalah akan ada yang kecewa. Bagi saya, ianya perkara biasa.

Pada umur melampaui umur "menerima wahyu", saya tidak tahu bersedih sangat dalam kekalahan dan bergembira sangat dalam kemenangan. Semuanya sudah saya lalui. Esok harinya roda kehidupan berterusan lagi dan perjalanan mencari erti kehidupan dan menyambung erti kewujudan insan berterusan.

Saya akan gembira dan sedih hanya bergantung kepada apa yang jadi nawaitu sebelum saya melakukan sesuatu, waima nawaitu asal saya bertanding atau terlibat dalam satu-satu pertandingan.

Pertandingan Pemuda UMNO ini saya lakukan dengan penuh istiqamah bahawa saya perlu 'menyelamatkan' agama, bangsa dan negara. Bukan kerana pilihan saya adalah Mukhriz atau saya sedia menerima Khir Toyo.

Dan bukan kerana saya menolak Khairy hanya kerana namanya Khairy, dan apa ciri-ciri peribadinya.

Terus terang, saya berjuang kerana bangsa dan negara perlu diselamatkan dari Khairy. Saya anggapnya sebagai security threat kepada negara ini dan saya lihatnya sebagai seorang yang akan melencungkan asas perjuangan UMNO untuk memartabatkan bangsa dan tanah air Melayu.

Khairy telah dipantau dan dikaji buah fikirannya, riwayat singkat hidupnya, dan pelbagai aspek dirinya, baik yang tersurat jelas dan tersirat tersembunyi. Banyak sebab musabab saya telah terangkan dan banyak lagi masih tersembunyi yang hanya buat pengukuh istiqamah peribadi.

Namun demikian, pemenang telah ditentukan perwakilan. Pasti saya kecewa sedikit kerana harapan saya tidak tercapai. Perwakilan tidak melihat apa yang saya lihat.

Namun hakikatnya, pendirian saya masih belum berubah dan bukan saya yang perlu perbetulkan jika ianya salah. Tanggungjawab itu berada pada Khairy untuk mengota apa dikata dan menidakkan apa yang saya khuatiri.

Tidak tercapai harapan boleh disalahkan atas sebab macam-macam. Kenapa Dr Khir Toyo dan Mukhriz perlu sama-sama bertanding memecahkan undi sesama sendiri? Kenapa kekurangan jentera tidak diperbaiki walaupun sudah diketahui? Boleh diutarakan masaalah infrastruktur Putera UMNO yang dibina sebagai feeder kepada pemerkasaan politik Khairy dalam perwakilan tahun ini? Bagaimana dengan permainan G2 yang menjadikan keputusan itu berlainan sekali dari aturan jumlah terbanyak pencalunan Mukhriz dan Dr Khir?

Seribu macam persoalan yang boleh ditimbulkan untuk memahami kelemahan diri. Namun, ianya semua adat pertandingan yang perlu diterima hakikatnya.

Walau bagaimana pun, soalan yang saya pasti tidak dapat terjawab adalah melihat orang-orang tua - pakcik makcik - menitis airmata sedih melihat kemenangan Khairy di closed circuit TV di Tingkat 4 PWTC. Ini adalah akarumbi yang dapat merasai sebarang kesilapan yang dilakukan di atas dan mereka hayati implikasi kemenangan Khairy.

Saya sendiri dihujani dengan pelbagai SMS. Satu SMS itu berbunyi "tahniah kepada Najib kerana berjaya mendapat Khairy sebagai Ketua Pemuda." Dato Najib telah memberikan klu untuk pemimpin Berani Berubah tetapi yang diperolehi Setiakwan.

Yang pertama saya terima adalah "Takziah utk umno keseluruhannya." Satu lagi pula berbunyi "Tahniah kepada perwakilan2 pemuda yg mengundi khairy kerana berjaya mengkhianati perjuangan umno yg diwarisi selian lama." Ada SMS berbunyi "berkuburlah umno."


Persepsi paling susah untuk Khairy perbetulkan sekarang adalah sebagaimana satu SMS yang berbunyi "Tahniah perasuah dinobat ketua pemuda."

Tanpa segan silu, persepsi yang paling susah buat Khairy datang dari sebahagian Pemuda UMNO sendiri yang tanpa segan silu menyorakkan "KJ! ... Rasuah! ..." terang-terang hingga dilaporkan oleh media perdana.

Khairy boleh nafi dan dapatkan seorang penulis prolific untuk cuba memesungkan kenyataan tetapi ianya tidak dapat memadamkan akarumbi yang sendiri mengalami dan melihat apa yang berlaku. Di dunia media alternatif, perkara sebegini tidak akan dapat ditutup.

Ditambah lagi, seorang komentar pro-Khairy mengaku secara terbuka melakukan amalan ini apabila menuduh orang lain pun buat. Orang lain tidak didapati bersalah oleh Jawatankausa Disiplin dan ada yang tidak ada laporan tetapi Khairy telah didapati salah.

Ini cabaran besar buat Khairy.

Cabaran pertama yang perlu ditempuh Khairy adalah tiga pilihanraya kecil yang akan berlaku penamaan calun pada 29hb. sehari selepas berakhir PAU.

Adakah Khairy akan dapat merapatkan barisan, peroleh sokongan dan masih bergantung kepada lingkungan Setiakawan saja untuk menghadapai pilihanraya penting ini? Khairy tidak boleh hanya dengan cara mengarah. Dia perlu mendapat penghormatan akarumbi.

Disinilah cabaran kepimpinan Khairy. Adakah Khairy boleh merapatkan jurang untuk "bersamanya" dengan hanya "arahan"?

Dalam beberapa minit dia memenangi jawatan itu, dia tidak langsung memberi perakuan kepada pesaingnya tetapi telah memberi "arahan" membantu Hishamuddin. Sekejap benar dia sudah lupa cara Melayu yang anggap ini satu perbuatan angkuh dan kurang adab dan sopan caranya.

Selama mana Khairy akan membuat alasan semua ini hanya persepsi dan bukan realiti sebagaimana alasan persepsi dia main duit. Main duit sudah menjadi realiti kerana dia didapati bersalah.

Persepsi Khairy mendapat perlindungan Presiden parti untuk tidak dihukum pun susah untuk dibuang. Rasmi orang salah adalah dihukum dan bukan terlepas. Begitu juga dengan Zaki Zahid yang pernah dilepaskan dengan amaran kerana politik wang yang kini telah dipilih dalam Exco Pemuda.

Injab hati saya merasakan selepas peristiwa terperanjat ini, akan ada lagi surprises. Seorang rakan yang mempunyai jaringan maklumat luas berkata, jangan hairan Razali memangku jawatan Ketua Pemuda.

Saya pun tidak hairan jika sayap Pemuda ditutup kerana elders dalam UMNO sudah membuat kesimpulan perwakilan Pemuda adalah corrupted dan tidak berupaya berlaku rasional dan bertanggungjawab dalam menterjemahkan hasrat akarumbi untuk mentransformasikan parti. Seorang Tan Sri berkata Pemuda UMNO sudah rosak beyond repair.

Jangan pula saya dianggap tidak gentleman. Tidak terlambat untuk saya ucapkan tahniah buat Khairy. Cabaran yang anda perlu hadapi sangat besar dan ianya perlu bermulda dengan diri anda.

Nampak gaya, kekangan besar untuk Najib adalah dikalangan penjawat-penjawat parti itu sendiri.

26 comments:

  1. Anonymous11:20 AM

    adakah blog merah tinta di godam?

    ReplyDelete
  2. I seconded everything in the article.

    But looking at the other perspective, Razali will balance Khairy in Pemuda and Najib will still in control.

    Subjected who will win for timbalan Presiden.

    Too bad, I can't be active in politics. I hope I can contribute much but I will never have time to crave for support.

    ReplyDelete
  3. Anonymous12:22 PM

    diharap saudara dapat menerima hakikat sistem demokrasi yang KJ telah dinobatkan sebagai KP.semua ahli umno perlu membantu KJ untuk memulihkan umno dan bukannya menolak KJ dan membuangnya ke laut. tak perlu bercakap pasal rasuah politik kerana semua caon mengamalkannya, tak perlu hipokrit, mengaku sajalah dan tak perlu berpura2 alim-alim kucing.ahli umno perlu menghapuskan persepsi buruk terhadap KJ sama seperti kita mesti menghapuskan pelbagai persepsi negatif yang dilemparkan terhadap Presiden baru umno.

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:27 PM

    SAYA TERAMAT KECEWA! BAGI SAYA KETUA PEMUDA SAYA TETAP DATO MUKHRIZ! KJ CAN GO TO HELL!

    ReplyDelete
  5. Talkin untuk UMNO.

    UMNO akhirnya menuju ke batu dua untuk disemadikan. TAKZIAH UNTUK UMNO!
    Nyatalah pemilihan UMNO sebenarnya ada adalah mereliasasikan aspirasi perwakilan dan bukan nya aspirasi ahli ahli cawangan UMNO

    ReplyDelete
  6. Anonymous1:14 PM

    (No comment)

    ReplyDelete
  7. sepatutnya kita meminta sprm menyiasat kes KJ, kenapa tidak?

    ReplyDelete
  8. Anonymous2:32 PM

    Kah kah kah peah perut aku KJ menang. Rupanya dah berakar umbi rasuah ini. Sampai ke Tandas ada yg menerima wang. Yg bagi no account ini last minit baru up habis, Jahanam2 bangsa melayu.

    ReplyDelete
  9. Anonymous3:31 PM

    Salam Voice,
    Amat mengecewakan... looks like my fear turned to reality! Ramai perwakilan UMNO yang memileh calon yang dah sah politik wang dan calon yang ada trek rekod menggadai negeri Selangor... sah yang ramai pewakilan tak ada "kemaluan" dan mengabaikan hasrat grassroot... we'll wait and see how rakyat akan menghukum parti yang di pimpin oleh mereka2 yang tak ada "kemaluan" di pilehanraya kecil nanti dan PRU13... seperti kata Dato' AKJ, nampaknya para perwakilan memberi Najib satu saf pemimpin yang questionable dan boleh membawa mati... dan silap2 UMNO akan berkubur dalam PRU13... apa dikenang?

    ReplyDelete
  10. bro...

    rakan saya G2 memberitahu KJ buang RM6000 seorang pada malam mengundi...

    wallahualam...

    harap-harap akan ada yang melaporkan kepada lembaga disiplin... mungkin razali akan memangku...

    ReplyDelete
  11. paneh..... punah..... punah.....

    ReplyDelete
  12. semoga Allah selamatkan UMNO

    ReplyDelete
  13. Anonymous7:09 PM

    Ucapan Keri @ Nuar Muda (nuar junior)

    -kita berada disini kerana Hisham, sokong hisham, bos kita (sokong aku nanti jadi PM termuda)
    (arahan!!! pertama)

    -kita team setiakawan (team wawasan-Nuar)
    (apa kena? kenapa tak cakap team UMNO? ada pulak mempromosi puak?)

    -tak boleh sebut lagi (memang dia ni bakal memecah mcm Nuar)

    ReplyDelete
  14. Anonymous7:17 PM

    Mengapa kah pemuda umno begitu lemah iman hingga tergamak memilih seorang yang telah terbukti rasuah nya oleh lembaga disiplin umno sendiri. Ingat, allah melihat dan akhirat nanti terima lah balasan nya.

    ReplyDelete
  15. Anonymous7:50 PM

    Salam A Voice,

    A weak and sleepy prime minister, a disgraced UMNO leader. Though he is leaving, the nightmare is not yet over coz now ENTER THE SON-IN-LAW.

    To all UMNO sympathizers, get yourselves cangkuls and shovels since the death of UMNO is very near. Digging a grave is the least we could do as our last contribution to a party that was once glorious.

    Doesn't matter how ugly and pathetic UMNO has become in the hand of the father and the son-in-law, the party somehow deserves a proper funeral.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  16. apa dak nye kalau yang memilih pun kaki korup macam anjing kurap. ada penyamun, pencuri, perompak dan yang paling bagus sekali yang pandai mengambil kesempatan diatas kesempitan..... itulah tunjang pentadbiran pemuda umno.

    selamat lah hidup ... moga moga fail fail sulit di bukit aman boleh di keluarkan segera.....

    ReplyDelete
  17. Salam Voice.

    Ini adalah kenyataan yang perlu di telan semua walaupun sepahit jadan atau sepahit hempedu.

    Reaksi pertama saya:Pemuda UMNO mengktirafkan perbuatan rasuah.

    Nyata dosa pahala tidak penting lagi dalam kehidupan kita.

    Mereka boleh melaung mempertahankan bangsa dan Islam.Tapi laungan cuma tinggal laungan. Dalam hidup mereka lain yang mereka amalkan.

    Saya tidak hairan jika ahli pembangkang tidak menyukai KJ.Tapi saya pasti sesuatu amat tidak kena bila ramai orang UMNO sendiri mempunyai masaalah dgn KJ.

    Adakah kemenangan KJ umpama menempah batu nesan buat UMNO? Hanya masa yang menentukan.

    Mulai 29 March kita akan lihat samaada akan ada backstabbing dalam UMNO di Bkt Gantang dan Bkt Selambau.

    A sad day indeed.

    ReplyDelete
  18. Anonymous9:18 PM

    hanya 300+ perwakilan sahaja yang undi KJ. Lagi 400+ tak undi KJ. So .. majoriti perwakilan MASIH tidak sokong KJ. Ini fakta nya.

    buat pertama kali dalam sejarah Pemuda UMNO, ketuanya GAGAL mendapat sokongan majoriti perwakilan. Ini satu lagi fakta.

    KJ hanya Ketua Pemuda yang tidak cukup telor.


    mat-cermin-mata

    ReplyDelete
  19. Anonymous9:27 PM

    I hope he will be investigated soon for his way 'corrupt' in winning. But i feel that's the bargain for pak lah to step down, my SIL will have to win (for fear of her daughter Nori tak dapat makan nanti!!) He shouldn't be allowed to take any ministerial post. Proove himself first in grass roots confidence and also FAM!!!!

    ReplyDelete
  20. SALAM...
    SEDIH DENGAN APA YANG BERLAKU PADA PEMILIHAN KETUA PEMUDA...

    HARAPAN TINGGAL HARAPAN...

    ReplyDelete
  21. Norza is going to admit that he has been bribing delegates with Khairy's knowledge and approval. Thus, Khairy will be stripped of his Youth Chief post which will be handed over to one of the othet 2 contestant.
    How's that for a conspiracy theory?

    ReplyDelete
  22. Anonymous12:07 AM

    kemenangan kj satu disaster kepada pemuda dan umno. jika ds najib tidak bertindak segera, disaster tidak akan dapat dielak lagi.

    ReplyDelete
  23. Indians feel betrayed by Anwar in Bukit Selambau
    read it all here
    http://selamba-u.blogspot.com/2009/03/kaum-india-kecewa-dengan-anwar-di-bukit.html

    ReplyDelete
  24. sedang berkabung..

    ReplyDelete
  25. Anonymous12:48 PM

    Yang paling tepat adalah PEMUDA UMNO yg mengundi KJ dimana BAHAGIAN mereka telah mengundi untuk mencalonkan MUKHRIZ atau Khir adalah PENGKHIANAT sebenar AHLI-AHLI UMNO.!! Ini dapat dilihat di PEMUDA SABAH dimana dilihat BAHAGIAN yang mencalonkan MM dan KT semasa menundi di BAHAGIAN masing-masing telah diarah KETUA PEMUDA mereka utk mengundi KJ.Kenapa?? Lu pikirlah sendiri.. PENGKHIANAT? 1000% pengkhianat ahli-ahli UMNO di BAHAGIAN mereka sendiri.
    Jikalau telah diadakan undian terus adaakah KJ akan menang?? SEMESTINYA TIDAK!!

    ReplyDelete
  26. Anonymous12:49 PM

    untuk pengetahuan belokkirikanan PEMILIHAN ini bukan proses demokrasi tetapi DEMOberiDENkasi

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.