Sila bantu hebahkan acara dan risalah ini
Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) akan mengadakan satu acara Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara pada Ahad depan Mac 22hb, 2009 untuk satu hari suntuk di Kelab Sukan TNB, Jalan Bangsar Kuala Lumpur.
Dalam perhimpunan itu, Dr Mahathir akan menyampaikan ucaptama pada Majlis Perhimpunan sebelah pagi.
Sebelah petang pula adalah Sidang Kemuncak yang melibatkan pertubuhan-pertubuhan pribumi dari seluruh negara. Seramai 10 pihak akan berbicara untuk membahaskan isu-isu penting yang melibatkan hak dan kepentingan pribumi dari Perlis sampai ke Sabah dan Sarawak. Termasuk juga isu-isu perundangan, ugama, instusi raja, tanah rizab, ekonomi, dan lain-lain.
Dalam perutusannya di laman web Perkasa sini, Dr Mahathir teringatkan Perhimpunan Perkasa ini kepada perhimpunan-perhimpunan orang Melayu menentang cadangan Malayan Union oleh British.
Beliau menyatakan demikian kerana seperti pada tahun 1945-46, kita berhimpun disebabkan kita berasa cemas. Semasa perhimpunan Malayan Union, ia menimbulkan kesedaran untuk kita bersatu, dan menggembleng tenaga untukmenghadapai kuasa besar.
Kali ini, katanya, musuh kita berada sesama kita. Musuh kali ini jauh lebih susah dari musuh dahulu. Musuh yang beliau maksudkan adalah musuh dalam diri kita sendiri untuk melawan nafsu, yang suka mengambil jalan mudah, dan sikap tidak peduli pada masa depan bangsa.
Apakah sebenar-benarnya maksud beliau?
Sama kita hadhirkan diri di Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Perkasa minggu depan. Acara ini terbuka kepada semua kaum pribumi seluruh negara. Datanglah beramai-ramai.
Lawati laman web mereka http://www.pribumiperkasa.com/ untuk maklumat terkini.
Sounds good, is this related to the upcoming PAO? Btw, who are we fighting now? And why can't we be open about it.
ReplyDeleteAnyhow, good luck
SALAM BRO, SAYA DAN KAWAN2 SAYA AKAN TURUN PADA MAJLIS INI NANTI, INSYA'ALLAH JUMPA DI SANA YA.
ReplyDeleteJangan letakkan harapan setinggi atau setara dengan perhimpunan Malayan Union. Bukan apa, nanti kalau sambutannya tak semeriah perhimpunan Malayan Union, nanti ditertawakan orang.
ReplyDeleteApakah Melayu sekarang sepeka dengan Melayu era Malayan Union? Saya fikir tidak kerana Melayu sekarang sudah hanyut dicelah-celah kerakusan merebut harta, pangkat dan pengaruh hingga terlupa matlamat dan perjuangan asal.
Dan perhimpunan Perkasa ini dilihat sebagai cubaan untuk mendapat "extra political mileage" bagi penaja perhimpunan. Benar atau tidak? Wallahualam...