Thursday, April 09, 2009

Kabinet baru: Asal kriteria pilihan dan pertimbangan jelas

Berita terkini diterima, Najib telah bertemu SPB Agung. Pada pukul 3 petang, Dato Seri Najib akan mengumumkan Kabinetnya.

Dalam apa sekali strategi yang mahu digunakan untuk mengembalikan kekuatan kerajaan, selepas pemilihan Ketua yang sesuai, pemilihan pasukan pentadbiran yang membantu adalah sangat penting.

Sudah ada tuntutan dan lobi dari pelbagai pihak.

MCA, Gerakan, dan MIC menuntut pertambahan kerusi tetapi dengan prestasi mereka yang merudum di kalangan pengundi tradisi mereka, apa asas untuk diberikan kepada mereka?

Sementara itu, Khairy awal-awal lagi berkata dia tidak menuntut jawatan. Mungkin satu tindakan mendahului (pre-emption). Bertambah lagi dengan desas desus kononnya Mukhriz akan dilantik Menteri Belia dan Sukan dan Khairy tidak dapat apa-apa.

Timbul pula tuduhan Tun Dr Mahathir melobi untuk Mukhriz dengan cara menyatakan mereka yang didapati rasuah seperti Khairy tidak boleh mendapat tempat.

Tidak habis kalau nak diteka teki, kerana panjang dan pendiknya cerita, hanya Najib yang berkuasa menetapkan siapa. Walaupun langkah mendapatkan restu Agong adalah langkah bijak, dia tidak perlu kow tow kepada siapa-siapa. Haknya untuk memilih tidak perlu dipersoalkan.

Buat diri saya, asal kriteria pilihan dan pertimbangannya jelas.

Jawatan Menteri tidak sepatutnya menjadi satu habuan dari kemenangan pemilihan jawatan dalam parti. Ianya perlu berasaskan kesesuaian wawasan dan misinya dengan kebolehan serta memastikan bakal penjawat itu bukan saja bersih dari salah laku tetapi imej dan persepsinya juga bersih.

Saya tertarik dengan kriteria yang disenariakan dalam blog Nor Hasila bernama Asam Pedas yang saya tiru, tampal dan suntingkan sebahagian dari tulisannya berikut:

1. PM perlu memilih pemimpin yang disenangi rakyat dan tidak perlu rasa terikat untuk memilih calon-calon yang menang dalam Pemilihan Agung UMNO (PAU) tetapi memilih calon yang bersih dan amanah. Mereka yang sudah didapati bersalah atau mempunyai reputasi yang mencurigakan harus diketepikan.

2. PM harus memilih berdasarkan kebolehan dan tidak semestinya dari kalangan ahli politik tetapi dari kalangan bekas pegawai kerajaan yang terbukti boleh membuat kerja, ataupun ahli profesional yang mempunyai kewibawaan dan jiwa sebagai pemimpin rakyat untuk jawatan Timbalan Menteri.

3. PM harus ketepikan Ketua Wanita, Ketua Puteri dan Ketua Pemuda sebagai Menteri. Tanggungjawab kepada mereka harus ditumpukan sepenuh kepada memulihkan dan mengembalikan keyakinan rakyat di kalangan akar umbi dan mengemeaskinikan jentera parti.

4. PM harus utamakan mereka yang mempunyai rekod dan keperibadian yang baik dan mesra rakyat. Kalah dalam PAU bukan bermakna mereka tidak bagus atau tidak popular. Mereka kalah mungkin kerana tidak berwang atau tidak pandai "politik wang".

5. Tanpa takut dan berpilih-pilih, PM harus gugurkan Menteri yang ada yang dikaitkan dengan skandal, sentiasa membuat "kenyataan bodoh dan memalukan kerajaan" dan suka bertindak sebelum berfikir serta yang sedang disiasat kerana politik wang, serta tidak disukai di peringkat akar umbi.

6. Dikhabarkan SPRM dan Jawatankuasa Disiplin UMNO sedang menyiasat beberapa calon yang memenangi kerusi MT, Exco Wanita, Puteri dan Pemuda. PM seharusnya menahan perlantikan mereka yang dirasakan boleh terbabit ke rombakan yang akan datang untuk mengelakkan malu pesalah terdiri dari salah seorang ahli kabinet. Sudah sampai masanya, calun-calun Menteri melalui soaljawab dengan satu Jawatankuasa Parlimen yang bipartisan.
Dengan demikian, jawapan untuk isu perlantikan Khairy atau Mukhriz perlu berasaskan kriteria-kriteria tersebut di atas.

Pada pandangan saya, Najib harus menukar separuh dari jemaah yang ada. Nama-nama seperti Nazri Aziz, Azalina Othman, Khaled Nordin, Syed Hamid Albar, Noraini Ahmad, Muhammad Muhammad Taib, Nor Mohamad Yakcop, Amirsham Aziz, dan lain-lain yang "cakap tak serupa bikin" perlu digugurkan.

Harap sangat dihentikan mengambil orang-orang korporat dalam peranan ekonomi kerana hingga kini, jelas minda mereka tidak terlatih untuk mengambilkira kepentingan awam dan rakyat jelata. Beri peranan lebih besar kepada mereka dari bidang ekonomi.

Bersesuaian dengan semangat "parti dan rakyat menguasai kerajaan" yang disebut oleh Najib di PAU, Najib perlu memperkenalkan ide untuk mengasingkan jawatan Menteri dari jawatan dalam parti supaya parti menjadi suara rakyat dan bukan apologis kerajaan.

Disamping itu, jawatan Menteri perlu lebih berperanan sebagai Pengerusi BUkan Eksekutif Syarikat. Menteri tidak perlu dilantik dari kalangan MP. Dengan demikian, para MP dapat memberi tumpuan sebagai penggubal undang-undang dan benar menjadi penyampai suara hati rakyat.

Jawatan Menteri bukan batu loncatan politik tetapi satu tanggungjawab yang memerlukan tumpuan sepenuh masa.

Jika pilihan yang berasaskan kriteria yang jelas dan pertimbangan yang wajar, Najib tidak perlu adakan apa yang sering dikatakan sebagai Kitchen Cabinet atau kumpulan West Wing untuk menasihatinya yang sering kali pertindihan peranan.

Sudah sampai masanya, fenomena muka-muka yang sama memegang jawatan dari semua peringkat dan lapisan dari peringkat Cawangan hingga ke Pusat hingga ke Parlimen dan Eksekutif dihentikan.

Dengan ahli yang kononnya lebih 3 juta dan ramai penyokong-penyokong, apa salahnya lebih ramai ahli dan penyokong parti yang mempunyai merit diagihkan kepada mereka jawatan-jawatan dan peranan-peranan.

Jika timbul situasi di mana ahli-ahli Kabinet telah mengambil tindakan yang mencemar nama baik parti seperti sampai laporan-laporan salahlaku rasuah, kenyataan-kenyataan bodoh yang diresahi orang ramai, dan macam-macam kerenah, tindakan perlu dilakukan oleh parti sendiri dan bukan tunggu ditimbulkan oleh pihak luar.

Tidak payah perlu tekanan luar untuk meletak jawatan. Menteri mesti mempunyai prinsip akauntabiliti dan berundur dengan hormat.

Jika ada perbezaan prinsip atau tinbul ketidak keyakinan dengan PM, Menteri perlu mempunyai wibawa untuk meletak jawatan. Tidak patut ada ahli Kabinet yang kekal untuk menunggu masa dan bermain politik untuk menjadi duri dalam daging.

9 comments:

  1. Anonymous1:20 PM

    NAJIB SENDIRI TIDAK MEMENUHI KRITERIA TERSEBUT, HABIS MACAM MANA BRO....

    Tidak Suka Hipokrit

    ReplyDelete
  2. Anonymous1:27 PM

    Naikkan new talents dan fresh name.

    Mana-mana yang tainted walaupun sedikit kena reject.

    Byk sangat yang dah umur 60 dalam kebinet.

    Tolong jangan bawak balik si JJ.

    ReplyDelete
  3. Yes, I agree with Anon.
    Sokong 100%. Bagi peluang pemimpin baru pulak, jangan asyik muka lama seolah-olah macam Malaysia tak ada pemimpin....

    ReplyDelete
  4. Anonymous2:03 PM

    Salam Tuan,

    Walaupun saya ni berpihak pada PR, tetapi demi negara yang dicintai, saya sangat bersetuju dengan pendapat di atas. PM adalah PM untuk semua rakyat Malaysia, satu amanah yang sangat besar dan berat.

    ReplyDelete
  5. But unfortunate Najib left out KJ as in my opinion he would be a good candidate for Education Minister to untangle all the mess left by Hishamuddin as well as merapatkan barisan.

    ReplyDelete
  6. I see Awang Adek is back. Sort of remind me of the late Prof.

    But life goes on...

    ReplyDelete
  7. Kita kena beri ruang dan peluang untuk kabinet baru ini memperlihatkan prestasinya. Yang tak puas hati mesti ada. Macam mana nak puaskan hati semua orang? Apapun, barisan kabinet ini dirasakan lebih mantap dan baik daripada keanggotaan kabinet Pak Lah sebelum ini. Ketara sangat tak sesuai.Tetapi itu cerita lama. Bagi kabinet Najib ini, ketegasan dan kesungguhan Najib nampak jelas. Yang terkeluar tu memang patut keluar. Yang "no entry" tu, memang patut duduk di luar. Kabinet ini berhadapan dengan pelbagai isu dan cabaran yang perlu diselesaikan segera. Antaranya isu ekonomi, isu perpaduan, isu persepsi dan isu sosial. Kita sama-sama lihat apa akan berlaku! Saya ada menyentuh isu ini dalam beberapa posting saya. Sila sudi-sudi layari.

    ReplyDelete
  8. Bagus juga UMNO tewas di dua Bukit.

    Bayangkan kalau mereka menang, dah tentu 7 hari 7 malam mereka akan memekek lolong kegembiraan sambil mengutuk Pakatan Rakyat.

    BN/UMNO sudah tewas di 4 - 0 dalam PRK selepas PRU12.

    Adakah ini telah menandakan BN/UMNO sudah mula pulih?

    ReplyDelete
  9. Anonymous9:37 PM

    RAJA PETRA MUST SAVE SIRUL AND AZILAH !!!

    Raja Petra Kamarudin, Anwar Ibrahim and others said at one time or another that they have proof that others were involved in the murder of Altantuya.

    If they have the proof it also means that these two Policemen are innocent. If they have these proofs, now is the time to bring out those proofs.

    Otherwise these two innocent Policemen will hang for nothing.

    So since Raja Petra and Anwar say they have proof that others were involved in the murder of Altantuya, please bring the proofs out now. Azilah and Sirul will appreciate it very much.

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.