Monday, May 04, 2009
Citrawan dan Citramaya: Lebih sedap dan terhormat didengar
Dato Ruhanie teks saya semalam memberitahu mengenai posting terbarunya. Jika dia perlu teks saya mengenai posting terbaru, maka pasti ada perkara penting yang ingin disampaikan.
Semasa satu Majlis bersama Blogger baru-baru ini, Dato Dr Rais Yatim minta agar dicari atau direka satu istilah Melayu untuk blog dan blogger. Cabaran itu disahut oleh Dato Ron. Dia mencadangkan istilah Citrawan untuk blogger dan Citramaya untuk blog.
Pohon kita bincangkan.
Saya ini bukan pakar bahasa dan penguasaan bahasa pun tidak semana. Otak pula jenis condong ke kiri (left brainer) yang lebih kuantitatif dan cara saya berhujah pun agak matematikal. Susah saya hendak komen.
Bagi yang ingin memahami kenapa beliau memilih istilah itu, sila baca di sini.
Bagi saya, mudah saja. Sementara belum timbul istilah lain, istilah berasaskan perkataan citra itu lebih sedap bunyinya dari blog.
Bunyi blog hampir dengan perkataan Jawa goblog yang membawa maksud peringkat kebodohan yang lebih bodoh dari bodoh. Satu lagi perkataan Jawa gedoblog pun tak berapa sedap maksudnya. Agak kasar.
Blogger bukan lagi bodoh. Kebanyakkan ahli Parlimen, ADUN, Menteri, Menteri Besar dan Perdana Menteri mempunyai blog masing-masing. CEO syarikat pun ada blog sendiri. Banyak dari blogger adalah orang berpelajaran tinggi. Anak-anak muda yang buka blog pun adalah anak-anak yang mempunyai sikap positif.
Selama ini, kita terima pakai blog sebagai blog dan blogger sebagai pemblog atau jurublog atau blogawan. Bunyi pun agak kemproh atau kasar. Sebahagian istilah Melayu dan sebahagian istilah jargon IT bahasa Inggeris.
Kalau kita lihat kegiatan berkarya seperti menulis, bercerpen, bersajak, menyanyi, melukis dan lain-lain, semua sudah ada penambahan pe- untuk menggelarkan pelaku kegiatan berkarya. Istilah citra saja belum dicup orang. Baik kita cup cepat-cepat sebelum facebook atau twitter ambil.
Dari penerangan Dato Ron dari hasil kajiannya, maksud citra agak sesuai untuk kegiatan blog.
Saya yang tidak tahu ilmu bahasa hanya nak bunyinya sedap dan terhormat. Jangan main-main Perdana Menteri pun hormati buah fikiran citarawan dan lihat citramaya untuk tahu suara hati rakyat.
Bila kawan yang lama saya tidak jumpa tanya apa kamu buat? Saya kata saya seorang citrawan yang bercitra di citramaya. Kan sedap bunyinya? Ada sikit terhormat dan sikit bunyi romantis ala seorang karyawan.
Apa pula pendapat anda?
Setuju! (sambil angkat tangan kanan).
ReplyDeleteActually, 'blogger' pun bunyi macam 'booger', the stuff you mine from your nasal cavity.. eww!
ReplyDeleteCitrawati Kama :)
Tak setuju! Kita sekarang di zaman IT. Anggap saja perkataan blogger dan blog itu sebagai 'loanwords' dari bahasa inggeris, yang asal nya dari perkataan 'weblog', yang di-pendikkan ke blog. kan senag begitu, untuk sekarang dan masa depan.
ReplyDeleteSelama ini saya tak pernah dengar orang gunakan perkataan 'tertikus' untuk 'mouse' !!!
-Silence is Golden -
kalau nak pakai loanword baik pakai terjemahan terus perkataan blog.
ReplyDeletetelinga saya berbulu bila dengar perkataan seperti 'deputi superintendan' bila kita sudah ada 'timbalan penguasa' dan 'bajet' bila kita dah ada 'belanjawan', dll.
blog datang dari perkataan pendek weblog. 'web' dari 'world wide web' (www) dan 'log' ialah 'log'.
kita telah gunakan 'laman' sebagai 'web' seperti dalam 'tapaklaman' sebagai 'website' dan log boleh di ambil sebagai 'catatan' dalam bahasa melayu.
jadi 'blog' boleh kita tejemahkan sebagai 'catatanlaman' dann 'blogger' sebagai 'pencatatlaman'.
citrawan dan citramaya tu cantik dan halus catatanlaman dan pencatatlaman mungkin lagi berpijak di bumi nyata (down to earth).
vlog or video blogging, macam pulak?
ReplyDeletelepas tu ada twitter pulak?
macammana nak ajar anak2 kita kalau istilah tak boleh 'catch up' dengan perkataan2 yang akan tercipta masa depan?
I say, just use the english words and be done with it. you can malayanised it , if you want. the Japanese 'nipponised' the English words they used. can't we do the same? there will be hundreds , if not thousands of words to come in the future. let's get real !
Ok, ok.. we can have an 'Anugerah Citrawan Negara' if that is what the good minister wants. but that is all.
loaner
macammana nak ajar anak2 kita kalau istilah tak boleh 'catch up' dengan perkataan2 yang akan tercipta masa depan?ni alasan amende ni?
ReplyDeletebagus. bunyi yang cantik. saya sokong.
ReplyDelete1. 'Citra' itu mungkin sudah jadi nama dagangan terdaftar -- "NAZA CITRA" kut!
ReplyDelete2. Saya kira 'BLOG' & 'PEMBLOG' dah memadai."Blogger" tak wajarlah; terlampau Inggeris!
3. "Maya" memang ada kaitan dgn komputer/IT. Tapi bila dipasang di depan -- 'citramaya',sukar bagi kita konseptualisasikan dunia blog....
Selamat berblog, para pemblog.hahahaha....
Geez.... nothing else better to do?
ReplyDeleteHey that Rais fellow lost P.Batu Putih lah... and you all still want to listen to him?
Iman
Typical Politician...what's next??
ReplyDeleteBahasa Melayukan Blog dan Blogger. Itu lebih patut daripada tanya kebanyakkan blogger (blogger poliik?) yang baru setahun jagung menulis blog. Ramai blogger tegar pasti lebih selesa dengan perkataan blog dan blogger saja.
ReplyDeleteMacam kebiasaan Melayu susah menerima benda baru dan apa tah lagi untuk kemajuan bahasa sendiri.
ReplyDelete