Wednesday, September 16, 2009
Konspirasi terhadap Isa Samad: Pilihanraya 2004
Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi menggantikan Tun Dr Mahathir pada 31 Oktober 2003. Sebagaimana yang telah lama dirancang, Pak Lah mahukan mandat baru dari rakyat dan memanggil Pilihanraya Umum pada Mac 21hb, 2004. BN menang besar dengan menyapu 198 dari 220 kerusi di Parlimen, hampir 90% kerusi. Satu mandat yang besar.
Pada penganalisa politik, ianya hanya merupakan fenomena penyapu baru. Rakyat dapat disentuh dengan imej Pak Lah yang dipaparkan sebagai bersih, warak dan peramah.
Walaupun ramai tahu keupayaan Pak Lah amat terbatas berbanding dengan ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang ada, slogan Cemerlang Gemilang dan Terbilang memberi satu aura semangat dan harapan baru.
Semasa Pak Lah masih Timbalan Perdana Menteri, dia telah mengambil Khairy untuk bekerja sebagai Pembantu Setiausaha Peribadi (Assistant Principal Private Secretary) di pejabtnya bawah Dato Thajuddin.
Khairy seorang anak muda yang terlalu gopoh dan bercita-cita terlalu tinggi. Tanpa malu dan segan, sana sini dikatakan dia akan menjadi Perdana Menteri sebelum umurnya mencecah 40. Dia mempunyai rancangan dan rancang ini memerlukan tapak di Negeri Sembilan.
Rancangan Khairy terhalang
Dalam masa bekerja, Khairy telah memenangi hati anak bossnya, Nori dan berkahwin dengannnya. Terpaksalah dia berundur disebabkan satu general order melarang menantu bekerja satu pejabat. Pak Lah temberang kononnya dia tak mahu percanggahan kepentingan (conflict of interest).
Masa yang singkat itu telah dapat digunakan oleh anak muda yang tidak sabar ini untuk meletakkan kaki dalam politik UMNO. Khairy telah berjaya mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO, Dato Hishamuddin Hussein Onn untuk melantiknya sebagai exco terlantik Pemuda UMNO.
Sementara itu di Negeri Sembilan, kawasan Parlimen baru Rembau telah muncul dari persempadanan kawasan Parlimen Paroi. Khairy telah dilantik Pak Lah sebagai Ketua Pemuda Penaja untuk Rembau.
Datang PRU 2004, Pak Lah telah memberikan Khairy peranan yang besar. Dia dikatakan terlibat dalam menjaga senarai bakal calun-calun. Ramailah yang tahu menaliponnya untuk dijadikan calun. Di sini nama Khairy mula naikdan mula dilihat sebagai mempunyai pengaruh.
Khairy yang terlalu tinggi keyakinan dirinya pun rasa dirinya layak dan berhasrat untuk bertanding untuk kawasan baru Rembau. Tetapi Isa yang semasa itu masih Menteri Besar dan merangkap Ketua Perhubungan UMNO menjadi mengadang cita-citanya itu.
Keputusan Isa itu berasas kerana perlulah ikut susunan seniority. Khairy terletak pada nombor 3 atau 4. Malah, Ketua Puteri Penaja Rembau, Bibi Sharliza masih lebih senior daripadanya. Dia memegang beberapa jawatan yang dipilih dan dilantik di peringkat Bahagian, Negeri dan Pusat. Jawatan-jawatan Khairy semua terlantik.
Yang paling layak sepatutnya seorang bernama Dr Awalluddin* tetapi akhirnya Dato Firdaus Harun* yang dipilih. Firdaus* menang dengan majoriti yang cukup banyak. Bibi bertandung ADUN Paroi dan menang. Khairy menyimpan dendam terhadap Isa.
Khairy tidak punya seni dan sering bertindak tidak matang untuk terlalu ketara membalas dendam. Dia mahu segera "hentam kembali" dan tindak tanduknya mudah disedari.
[Ini sering berlaku kepada penulis-penulis blogger yang menulis sesuatu yang tidak sedap mengenai Khairy. Pengikut-pengikut Khairy tidak matang dan naif untuk tidak boleh menerima Khairy mempunyai banyak dosa..]
Memikirkan susah untuknya memulakan kerjaya dalam politik, Isa perlu dikeluarkan dari tampuk kepimpinan Negeri Sembilan. Khairy pun mengatur strategi dan mempengaruhi Pak Lah pindahkan Isa ke kawasan Parlimen Linggi dan janjikan akan dinaikan pangkat kononnya menjadi Menteri Persekutuan.
Menteri Besar baru
Semasa berjumpa dan diberitahu oleh Pak Lah, Isa nayatakan dia sedia berhenti dan meminta berikan satu lagi penggal saja sebagai MB. Tapi Pak Lah bertgas mahukan Isa di Federal.
Isa tidak membantah dan oleh kerana Pak Lah tidak meminta cadangan darinya, dia bertanya siapa bakal pengganti. Rupanya Pak Lah sudah ada calun ia-itu MB sekarang, Dato Mohamad Hasan.
Mat Hasan adalah bekas Pengarah Urusan Cycle & Carriage and pegawai Bank Bumiputera. Dikalangan pegawai-pegawai Bank Bumiputera, Mat Hasan tidak dilihat sebagai Banker yang hebat sangat tetapi ramai tahu dia ada rangkaian politik dan terlibat dalam politik UMNO. Selepas Bank Bumiputera, dia dibawa oleh arwah Tan Sri Basir Ismail ke Cycle & Carriage, pemegang Master Franchise Mercedes Benz.
Dalam cermahnya di kampung-kampung, Mat Hasan suka menyebut dia sudah “sonang cukup makan untuk beberapa kotorunan.” Tujuan dikata demikian untuk memberitahu dia bersih dari rasuah. Kalau demikian, ini bererti dia meraih kekayaan semasa dengan Tan Sri Basir di Cycle & Carriage. Bolehkah kaya raya sampai beberapa keturunan dengan makan gaji saja?
Orang lama macam Isa ini setia kepada parti dan hierarki. Dia menurut saja kehendak Presiden parti tetapi dia ada memberi pandangan. Menurutnya, Mat Hasan memang lama dan ada memegang jawatan dalam parti di Bahagian. Kekurangnya adalah dia tidak pernah menjadi wakil rakyat, baik Parlimen atau pun DUN. Pak Lah diam saja.
Antara alasan yang digunakan untuk memindahkan Isa adalah kononnya masaalah hubungan dengan Yam Tuan Negeri Sembilan, Almarhum Tuanku Jaafar. Kisah ini tertulis dalam bab The King’s Revenge dalam buku Khairy Chronicle yang terbit di Malaysia Today pada sekitar tahun 2004-2005. Dipercayai penulis sebenar adalah seorang anak Negeri Sembilan yang pernah rapat dengan Khairy.
Khairy gigit jari
Diam Pak Lah rupanya sangat bahaya. Walaupun perawakan luaran Pak Lah nampak mesra, lembut dan suka melawak, dia juga seorang yang sangat degil dan pendendam. Pandangan yang terus terang dan ikhlas seperti yang dibuat Isa boleh dianggap sebagai penentangan. Rupanya dalam diam-diam, Isa tidak lagi dilihat sebagai pemimpin akarumbi tetapi sebahagian dari “orang Najib.”
Dengan Isa tiada lagi menguasai Negeri Sembilan, perjalanan politik Khairy di kampung asal ayahnya bertambah mudah untuk dijadikan tapak meloncat. Mat Hasan orang korporat dan mempunyai PR yang baik.
Maklumlah dalam dunia perniagaan, kejayaan perniagaan bukan sahaja memerlukan produk yang baik dan kebolehan teknikal tetapi kepakaran halus dalam berkomunikasi dan membina jaringan. Tapi ikut cakap orang kampung, PR itu mengampu. Mat Hasan dilihat kuat bodek dan pasti akan cuba memenuhi kehendak ketua melebihi kehendak ahli dan orang ramai. Khairy sebagai menantu Pak Lah pasti akan ditatang macam minyak yang penuh.
PRU 2004 pun berjalan lancar dan Isa pun menang kerusi Parlimen. Mat Hasan diletak sebagai Menteri Besar baru. Dalam dia bangga hasil usahanya sedikit sebanyak menjadi, Khairy mengigit jari melihat mudahnya BN menang sana sini. Kalau tidak pasal Isa, dia sudah jadi wakil rakyat Rembau.
Datang masa pengumuman kabinet baru, tiba-tiba nama Isa terkeluar. Rupanya Pak Lah masih belum menentukan siapa nak diletak untuk Menteri Wilayah Persekutuan. Kenapa jadi begitu?
Pengumuman Isa hanya dibuat masa yang lain. Ini sudah petanda yang buruk.
Sambung besok.
* Disunting 17/9. Terima kasih komentar Local Fighter
Sudah tujuh kali PRK diadakan selepas PRU12. Malang sungguh bagi nasib BN/UMNO, cuma menang sekali sahaja di Batang Ai, Sarawak.
ReplyDeleteSebenarnya BN/UMNO memang sudah tiada harapan lagi untuk menang dalam mana2 PRK atau pada PRU13 nanti. BN sudah tidak diterima oleh rakyat yang sudah sedar akan keburukan parti itu.
UMNO sebagai parti utama bermasalah kerana masih lagi ramai pemimpin yang 'rasuah' berada berkuasa dalam parti itu. UMNO tidak akan diterima rakyat selagi ianya tidak dibersihkan 100%.
saya kurang pasti...Pertama SUSK bukan KJ, ialah Dato Tajuddin mamak. 2. KJ cakap hari tu dia sokong TS Isa dan minta calon veteran di turunkan. 3. KJ dan TS Isa kawan baik. KJ juga selalu mengadap TS Isa sebelum dan selepas di gantung. Perjumpaan selalu di buat di rumah teres TS Isa di Teluk Kemang yang diguna utk jumpa orang orang disana. 4. KJ siap recommend HJ Salim jadi SetPol nya semasa beliau Menteri FT...pelik jugak ya.
ReplyDeletenalapambu
ReplyDeletePemimpin UMNO/BN saja ke rasuah? Pemimpin Pakatan Rakyat malaikat ke...kalau UMNO/BN tidak diterima, siapa kerajaan Pusat?
bat69
Brader,
ReplyDeletePenulis chronicle tu Raja Petra la..
Tak payah la nak insinuate orang lain pulak.
And kalau the one in your mind whom you alleged to have written it, then that person was never close to KJ.
Please, jangan buat cerita bukan2 kepada yang dah tiada...especially if that person never feared to affront anybody face to face...including KJ
Bro ABitW,
ReplyDeleteNampaknya ada satu gerakan yang kuat untuk melobi Isa Samad sebagai calon. Walaupun mungkin ahli-ahl UMNO yang akan mengundi boleh menerima segala kenyataan membela Isa Samad yang kononnya telah dianiaya oleh Ketua Pemuda Setia Kat Wang dengan menunggang tengkok pak metuanya, tetapi WAJIB diingat yang sebahagaian besar pengundi adalah rakyat tidak berparti. Pada aku biarlah Isa menjadi penyokong kuat kepada calon yang masih 'dara', dari menawarkan dirinya untuk menjadi calon, agar kerja-kerja jentera menjadi lancar serta tidak berada dalam keadaan serba slah seperti yang berlaku diPermatang Pasir.
Pada aku dia sudah merasa semua jawatan-jawatan penting baik dalam parti, mahupun dalam Kerajaan. Meletakkan Isa Samad sebagai calon memang mengembirakan ahli-ahli UMNO yang akan mengundi, tetapi pengundi tidak berparti tentunya akan lebih gembira sekiranya Isa Samad turun sebagai panglima yang mempertahankan calon yang akan dipilih yang pada aku bairlah sebaiknya seorang calon baru yang diyakini boleh diterima oleh majoriti rakyat DUN 31. Jika tidak ......Loteh den......
Pemimpin politik kalau tak makan rasuah atau menyeleweng, itu namanya tak sah atau belum cukup matang dan handal dalam berpolitik.
ReplyDeleteBelajar dari Anwar Ibrahim - dia master for everything.
Salam saudara,
ReplyDeleteIzinkan saya menambahbaik sedikit fakta jika tidak keberatan.
Yang mewakili BN pada PRU-11 untuk parlimen Rembau adalah Dato' Firdaus Harun. Zakaria yang tuan maksudkan adalah Dato' Zakaria Nordin (Pak Ya) bertanding di DUN Ampangan. Dr Awalludin ketika itu Naib Ketua Penaja Bah Rembau tidak bertanding.
Persempadanan semula 2004 dengan lahirnya 1 Parlimen dan 4 DUN baru adalah rahmat untuk orang Melayu.
Kerana ia telah memecahkan dominasi majoriti Cina di Seremban dan Rasah.
Misalnya kawasan saya sebelum PRU-11 terletak dalam Dun Senawang diwakili oleh Gerakan(Parlimen Seremban - MCA) tapi selepas persempadanan diletakkan di Dun Paroi dibawah BN.
Parlimen Rembau dan 4 Dun nya iaitu Paroi, Kota, Rantau dan Chembong kesemuanya diwakili oleh UMNO. Allahuakbar!!
Tan Sri Isa dihantar ke Jempol untuk menjadi MP.
Antara nama yang disebut sebagai MB bukan Mat Hassan seorang tapi ada 2-3 nama lagi seperti Rais Zainuddin (member baik Pak Lah), Lilah Yassin dan Pak Ya sendiri.
Mat Hassan pun bertanding ganti tempat adiknya Ghani Hassan di Rantau.
Calon BN tahun 2004
Parlimen Rembau - Dato' Firdaus (Mng)
DUN Paroi - Bibi Sharliza (Mng)
DUN Rantau - Mat Hassan (Mng)
DUN Kota - Dato' Sharif (Mng)
DUN Chembong - Dato' Rais Zainuddin (Mng)
- Pengaruh Khairy tidak ketara
Calon BN 2008
Rembau - Khairy (Mng)
Paroi - Sharif (Klh dgn PAS)
Rantau - Mat Hassan (Mng)
Kota - Dr. Awalludin (Mng)
Chembong - Saiful Bahri (Mng)
- Pengaruh Khairy ketara sebab Sharif dan Saiful (Pemuda) geng dia.
UMNO kalah kat tempat aku (Paroi) sebab tangan-tangan Khairy. Kat peti undi area aku sahaja Saluran 3,4,5 UMNO menang. Lain tempat Hancur. Yang banyak undi BN saluran 1 dan 2.Menang pengundi muda sebab peti undi aku dijaga oleh orang educated skit macam aku. hehe.. gurau je!
pemimpin PAS semua kan zuhud
ReplyDeletesaudara local fighter-
ReplyDeletedato firdaus harun menang dengan majoriti paling banyak x silap aku, cuba check, mase 2004, antara 8 kawasan parlimen dalam negeri sembilan die menang dengan majoriti lebih besar! kenapa die kene drop??
kalau letak datuk firdaus kat paroi mase pilihanraya lepas, aku rase BN boleh menang! sape la bodoh sgt yg buang die??
masa tahun 2004, dr awaluddin bertanding di dun kota, manakala datuk firdaus parlimen rembau, bagi fakta biar betul2 sikit
adakah ada pula konspirasi utk jatuhkan dato' firdaus?betul kata rakan di atas bahawa dato' firdaus merupakan peraih majoriti antara yang tertinggi bagi parlimen di dlm negeri sembilan.pak lah sendiri kata,pemimpin yang diterima rakyat akan dapat terus berkhidmat.tapi alih2,khairy pula yg dapat.dah lah baru pertama kali bertanding.dapat parlimen pulak tu.
ReplyDeleteadakah dato' firdaus didrop kerana prestasi yang buruk?saya rasa tidak.prestasinya cukup baik apabila saya bertanya kepada rakyat rembau.adakah tok mad tewas dgn kehendak pak lah dengan meletakkan khairy di Rembau?saya rasa ya!
jika dapat dilihat,majoriti yang diraih dato' firdaus ketika bertanding pada PRU 11 jauh melebihi calon2 parlimen bn yang lain di negeri sembilan.
selepas digantikan dgn khairy,majoritinya jatuh mendadak!ini menunjukkan rakyat mahukan pemimpin yang sedia ada.bukannya khairy!
ini tiada kaitan dgn tsunami politik yg melanda negara,tetapi masalah calon yg melanda Rembau.
saya pasti,jika dato' firdaus dikekalkan ketika itu,beliau akan menang dgn majoriti yang lebih kurang sama dgn waktu beliau memenanginya pada 2004,kerana rakyat rembau kenal akan keperibadian beliau.bagaimana saya tahu?lupakah anda,beliau sudah 2 penggal menjadi ADUN Chembong dari 1995-2004!
sudah tentu pemimpin tertinggi umno mengetahui tentang hal ini.ttpi alangkah malangnya,mereka ibarat menolak rezeki yang mendatang.jadi jelaslah bahawa tok mad seperti mempunyai rancangan dgn pak lah dgn menggantikan dato' firdaus dgn khairy ketika itu. salam.