Tuesday, October 20, 2009
Kalau masih berhingus, budak KJ usah menyibuk politik orang tua
Bazlan Baharuddin, seorang ahli perniagaan yang juga Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Gua Musang membuat kenyataan Ahad meminta Dato Ibrahim Ali tidak diberi masuk UMNO semula.
Kenyataan ini tidak lain dan tidak bukan adalah permainan politik cah keting yang biasa di Kelantan. Tidak langsung diendah peringatan Wahdatul-Wahdatul dari Tan Sri Muhyddin di PAU baru-baru ini.
Tanpa syak dan waham, penulis boleh juruskan dalangnya kepada Tan Sri Anuar Musa kerana dia memang banyak terlibat sebagai dalang untuk orang-orang Pak Lah memenangi pemilihan jawatan-jawatan di Kelantan secara tipu helah. Sahabat-sahabat penulis adalah antara mangsa Anuar Musa.
Usaha ini tidak lain dan tidak bukan adalah sebab Anuar Musa risau kerjayanya bakal berkubur dengan kemasukkan kembali Ibrahim Ali ke dalam UMNO. Dia rasakan seolah-olah tidak akan ada peluang untuk kembali dengan kemasukkan kembali Ibrahim Ali. Hati kaudut suruhnya blok orang dari masuk daripada bersaing sama-sama secara gentleman.
Sejarah, karisma dan kekuatan organisasi Ibrahim Ali jauh lebih hebat dari Anuar Musa. Anuar Musa masih menyusu tetek maknya atau di bangku sekolah di STAR, Ipoh semasa Ibrahim Ali bersama Tengku Razaleigh mengambilalih Kelantan dari PAS pada akhir tahun 1970an. "Budak" Bazlan ini mungkin belum wujud di dunia.
Nasihat uncle A Voice pada "budak KJ" ini satu saja. Kau jangan sibuk menyibuk dalam hal politik orang tua. Akhirnya kau yang akan malu nanti.
Kenapa budak ini sibuk nak buat kenyataan akan penulis dedahkan. Oleh kerana budak-budak zaman sekarang baya-baya KJ seperti Bazlan ini mudah besar kepala, janganlah ingat orang mudah lupa siapa dirinya itu.
Bazlan memenangi jawatan Ketua Pemuda Gua Musang dan pencalunan untuk KJ dari Gua Musang dengan cara "tipu helah" atas bantuan Anuar Musa sebagai bekas Ketua Perhubungan UMNO Kelantan.
Tengku Razaleigh selaku Ketua Bahagian Gua Musang sendiri ada membuat kenyataan bahawa mesyuarat yang mana Bazlan menang tidak sah. Yang sah adalah mesyuarat bertarikh Oktober 25hb 2008 yang mana jawatan Ketua Pemuda dimenangi oleh Mohd Azizi Abu Naim dan Dato Seri Dr Khir Toyo yang patut dapat pencalunan.
Kaitan Bazlan dengan Khairy begitu jelas sekali. Dia telah dilantik oleh Ketua Pergerakan "Pemudi" Malaysia, Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda Negeri Kelantan. Dalam aturan Khairy melantik mengisi jawatan-jawatan dalam Pemuda, hampir 99.9% adalah orang dia sendiri.
Ini yang KJ faham sebagai janjinya untuk menyatukan Pemuda. Hairanya "Pemudi-Pemudi" ini boleh diam biarkan, apa pasal?
Panjang atau pendik cerita dan tanpa syak dan waham, Bazlan adalah "budak KJ." Dengan kaitan Anuar Musa dengan Pak Lah begitu kuat, tanpa syak dan waham juga, Bazlan juga sedang membantu Anuar Musa buat kerja cah keting.
Siapa tidak kenal Anuar Musa? Dia adalah satu ahli politik yang tidak ada prinsip, korup dan sering bertukar-tukar kesetian. Anuar Musa yang sapu duit PPRT semasa memegang jawatan Menteri Luar Bandar tetapi pegawai kerajaan yang kena.
Anuar Musa dibawa masuk oleh Tengku Razaleigh selepas jadi pemimpin pelajar Malaysia di United Kingdom. Penulis pun ada dengar pasal Anuar Musa semasa menuntut di New York pada masa yang lebih kurang sama. Pada pandangan peribadi penulis, dia hanya pemimpin biasa - all speech - tapi rezeki pada dia.
Maka naiklah dia sedikit demi sedikit dalam UMNO sampai jadi Menteri. Itu kerana dia berpindah taat setia kepada Dr Mahathir. Semasa zaman Pak Lah, dia jadi orang yang kuat mengampu Pak Lah. Demi untuk politiknya sendiri, sanggup jadi hatchetman Pak Lah.
Untuk ingatan kembali pembaca, Anuar adalah orang disebalik peristiwa spray terhadap Dr Mahathir di Kota Baru pada lebih kurang Jun 2006 (?). Dr Mahathir datang ke Kota Baru untuk berucap dalam Majlis yang diusahakan Ibrahim Ali. Arahan itu datang sendiri dari Pak Lah yang menalipon Anuar Musa dari Perth.
Semasa itu, Pak Lah sedang menjalani rawatan di Perth dan Anuar Musa berada dalam wad hospital Kota Baru kerana kemalangan jatuh motorsikal besar. Panggilan Pak Lah itu disaksikan 20 orang termasuk Tengku Razaleigh Hamzah yang sedang menziarahi Anuar Musa.
Anuar Musa adalah satu-satu suara yang menyerang Tan Sri Muhyiddin semasa dia bersemuka dalam mesyuarat Majis Tertinggi meminta Pak Lah berundur. Sanggup dia mengenepikan hasrat dan permintaan rakyat dan ahli UMNO hanya untuk kepentingan politik sendiri.
Penyebab utama prestasi UMNO di Kelantan pada tahun 2008 adalah kerana Anuar Musa. Dia yang letak calun-calun garenti mati. Yang sedapnya, dia tahu ramai akan kalah dan dia letak banner besar di kawasannya meminta pengundi pilih hanya dia seorang untuk mewakili UMNO.
Dengar-dengar dia juga bantu sabotaj Dato Dr Awang Adek. Tapi Awang pun ada masaalahnya sendiri. Di Kelantan, sudah tidak pandai jadi orang kampung balik. Manakala, di Kuala Lumpur tak boleh buang perangai parochial Kelantan. Padanlah muka kawan saya itu. Dalam hati harap dia berubah.
Jadi buat Bazlan, sudahlah nak cuba selamatkan biawak hidup yang penuh durjana politiknya itu. Ini bukan kerja bijak, adek oi. Orang akan kata hanya biawak hidup yang cuba selamatkan biawak hidup.
Kalau mahu "yang lepas itu lepas", baik Bazlan perbaiki diri sendiri. Kamu pun nampaknya masih belum matang dalam politik. Apa takut sangat nak kritik Nik Aziz?
Tumpukan tenaga kamu untuk menangkan UMNO di Kelantan. Nak menang Kelantan atau tidak?Jangan buang masa dan tenaga dengan politik cah keting. Sekarang adalah masa untuk perbaiki kehancuran yang Pak Lah telah lakukan dan satukan semua personaliti Kelantan untuk memenangi Kelantan.
Apa pun hujah kamu mengenai Ibrahim Ali, pucuk pangkalnya Ibrahim Ali dianiayai Pak Lah. Orang yang menyampah dengan gedebe Ibrahim Ali pun akui Pak Lah tidak adil untuk turunkan Ibrahim Ali dari jawatan Ketua Bahagian Pasir Mas dan diganti dengan Dato Rahim. Ibrahim Ali menang dengan cara sah jawatan itu.
Sumbangan Ibrahim Ali diperakui orang ramai. Dia mengisi hampagas dalam suara mendesak Melayu melalui PERKASA. Pemuda UMNO pun sudah tidak ada telor untuk bersuara. Malah mereka kini macam apolegis kepada anasir-anasir berkepentingan asing.
Kalau orang macam Bazlan masih tidak mahu ubah dan tidak mahu usaha untuk menangkan balik Kelantan, penulis desak Dato Najib usah kasi lagi peruntukan melalui Ketua-Ketua Bahagian. Baru warlord ini semua kerja sungguh-sungguh dan henti cah keting.
Peduli apa penulis, kalau orang marah dengan kenyataan ini. Biar dia orang mampus! Saya sudah menyampah dengan permainan seperti ini.
DEDAHKAN LAGI SAMPAI KE LUBANG CACING PENULIS..... TIAP YANG BENAR TETAP AKAN DISOKONG.... HAPUSKAN ANAI2 YANG MEROSAK DARI DALAM... PUAK2 MALA'UN PATUT DISINGKIR . PENJAHANAM UMNO
ReplyDeleteSetuju sesangat dengan tulisan tuan, UMNO Kelantan memang teruk...lagi teruk dari tandas-tandas kotor di Masjid-masjidnya!
ReplyDeletejom lawati http://www.jombinabadan.com
ReplyDeletedapatkan panduan badan tough sekarang
Di zaman Pak Lah memang ramai pemimpin UMNO yang berkaliber dianianya oleh kumpulan yang di terajui oleh Khairy Jamaluddin. Antara yang di dianianya termasuklah TS Isa Samad. Kalau hendak bersihkan UMNO, kepala taik UMNO Khairy Jamaluddin dan kuncu kuncunya mesti dihapuskan. Selagi dia ada, UMNO sentiasa akan susah nak berubah kerana si kepala taik ni menggunakan duit haram yang dia dapat semasa zaman Pak Lah untuk menggula gulakan pengikut dia.
ReplyDeleteSaya percaya Tok Him tak kan mudah melatah dalam isu ini.
ReplyDeletePerkara pokoknya ialah penerimaan rakyat kepada Tok Him adalah lebih berbanding pembesar-pembesar UMNO di Kelantan seperti Anunuar dan Awang Adek.
Tok Pa selaku Pengerusi Perhubungan tidak melihat isu kemasukan Dato' Ibrahim sebagai pencabar pengaruh. Ini gaya fikiran pemimpin yang wajar dicontohi..selalu berfikiran positif.
Budak-budak pemuda di Kelantan yang seperti diketahui adalah khadam KJ. Suara mereka mirip KJ. Kalau tak disumbat dengan duit mulutnya selagi itulah akan melalak.
Orang-orang Paklah dan KJ patut dibuang. Mereka telah benar-benar merosakan umno.Penyokong atas pagar macam saya sangat benci bila nama nama mereka disebut. Dengar ucapan KJ baru baru ini menambah lagi kebencian kpdnya.
ReplyDeletesy sdiri pun hairan, sudah xade lg suara 'gagah' Pemuda Umno, byk isu2 yg menaikkn kmarahan rakyat tp Pemuda umno spt xde 'selera' utk bsama2 rakyat berjuang mnegakkn yg 'hak'. Spatutnya keutamaan utk 'takluk' Kelantan mjd agenda utama Pemuda Kelantan & bkn utk perut sdiri. Kasihan dgn rakyat Kelantan yg perlukn pembangunan utk anak2 mrk.
ReplyDeleteSalam Saudara Penulis,
ReplyDeleteTahniah diatas fakta2 yang diterjemahkan dgn cukup terang lagi bersuluh. Percacai KJ dan khadam2 KJ perlu dinyahkan dari mukabumi UMNO jika mahu UMNO berubah. Saya sendiri menyaksikan politik wang dalam pemilihan UMNO yg lepas dimana percaturan KJ cukup licik. Hanya Allah saja yg maha mengetahui niat buruk dan busuk malaun ini dan kuncu2 nya. Demi perjuangan Agama ,bangsa dan Negara kita doakan agar KJ sikitol dan balaci2nya dihapuskan dari mukabumi ini. Mudah2an Allah selamatkan kita semua, amin.
khairy ni jenis lidah biawak juga... mengatakan anwai itu anwar begini,,,, tetapi yang melepaskan anwar ialah mamat sekor ni lerrr... khairy tidak patut menerajui ketua pemuda umno... jelas perjuangannya palsu.. khairy bertambah kaya raya...entah duit datang dari mana??
ReplyDeleteye le. yang berhingus tlg lap je ler!
ReplyDeleteni keje orang tua2 bro. yg muda belum cukup urat otaknya.