Thursday, December 31, 2009

Ada sesuatu tidak kena di New Straits Times


Dimana lojik NST taksir enjin F-5E bernilai US$29 juta?

Oleh MyKMU
Rabu, Disember 30hb, 2009

Semasa NST mula mendedahkan mengenai kehilangan enjin F-5E, enjin tersebut dikatakan bernilai US$29 juta.

Kemudian ada pula pendedahan pihak berkuasa bahawa dua enjin yang hilang. Seterusnya bukan sahaja enjin tetapi ada barangan alatganti lain turut hilang. Ditambah lagi, ini sudah lama berlaku. Aturan keluar berita pun ada benda tidak kena.

Untuk maklumat jet pejuang F-5E kita sudah hampir 30 tahun lama. Sekarang bayangkan kita berada di akhir tahun 70an, dan negara baru merdeka dalam 20 tahun lebih. Agak-agak mampukah negara membeli jet pejuang baru yang mana dua enjin untuk terbang saja boleh bernilai US$29 juta 30 tahun kemudian?

Ini bermakna enjin itu bernilai lebih mahal semasa jet pejuang F-5E dibeli dan pastinya harga jet pejuang F-5E itu sendiri berharga berkali ganda lebih mahal dari harga US$29 juta.

Jangan sekali-kali lupa situasinya adalah akhir 70an yang mana minyak di Terengganu masih baru ditemui. Wang itu hanya diutamakan kerajaan untuk menghantar ribuan pelajar Bumiputera belajar ke luar negara bagi negara membina keupayaan dalam ilmu-ilmu asas perlu untuk membangun negara?

Pastilah perbelanjaan besar-besaran dalam pertahanan bukan satu prioriti.

Jika anda baru sedar taksiran US$29 juta itu tidak masuk akal, sepatutnya kita semua tidak mudah menerima bulat-bulat sebarang maklumat. Inikan pula tidak ada sumber yang sah disebut. Perasaan kritis ini perlu walaupun yang dibaca adalah akhbar media perdana NST.

Kita sepatutnya ada sikap kritis dan objektif untuk tidak bulat-bulat menerima sebarang maklumat. Ini yang selalu menyebabkan salahfaham, tuduhan meliar, fitnah, dan pandangan ambil mudah mudah tersebar. NST boleh disalahkan tetapi kesalahan utama masih kita yang mudah tertipu.

Dari maklumat yang diterima dari rakan-rakan yang pernah berkhidmat dalam TUDM, squadron jet pejuang F-5E yang enjinnya hilang bukan jet pembelian baru tetapi sudah wujud hampir 30 tahun. Ketika jet ini dibeli, ia pun bukan belian baru atau baru keluar dari kilang tetapi barangan terpakai.

Untuk memahami bagaimana rupa jet pejuang terpakai, tentera Amerika sering membelanja untuk mempertingkatkan peralatan tentera mereka. Jet-jet yang tidak mahu diguna lagi dihantar kesebuah airfield di padang pasir Arizona. (sila lihat gambar)

Jet-jet itu dijual kepada pembeli dari dunia ke-tiga. Sebelaum dihantar, jet-jet tersebut dibawa masuk kilang untuk diperbaiki dan dipulih penggunaannya. Sebenarnya jika tiada pembeli, jet-jet tersebut dibiar saja dan akhirnya dijual sebagai besi skrap saja.

Malahan dipercayai pada masa jet pejuang F-5E mula dibeli, harga sebuah jet pejuang F-5E secondhand hanya US$2 juta sahaja! Untuk enjin yang hilang itu bernilai US$29 juta, kita perlu hilang enjin untuk 15 buah jet pejuang F-5E. Lojikkah nilai enjib tersebut bernilai US$29 juta.

Apabila NST membuat laporan sedemikian, jet pejuang yang mana dimaksudkan? F-5 atau F-15 yang lebih baru untuk enjin bernilai sedemikian?

Sebelum anda cuba membuat andaian wartawan tersilap atau kesilapan percetakan dan jet sebenar adalah F-15, fikir balik. Malaysia sendiri tidak ada F-15 dan hanya ada membeli MIG dan Sukhoi.

Buat masa ini, NST masih berdiam saja dengan kesilapan itu. Mungkin sekali mereka termalu dan tidak mahu lagi mengaku salah kepada kesalahan maklumat tersebut selagi tiada pihak rasmi membetulkan fakta itu.

Penulis hanya merasa curiga dan percaya ada cerita tersirat yang sebenar disebalik laporan-laporan akhbar yang kredibiliti mencurigakan.

Satu lagi, sebelum mengakhiri artikel ini, enjin yang hilang pun bukan enjin pada jet pejuang tetapi enjin alatganti yang biasa datang sekali dengan pembelian sebuah skaudron jet pejuang bersama latihan dan seterusnya.

Dengan demikian, bukanlah yang hilang itu, enjin yang sedang digunapakai oleh skuadron jet f-5E tetapi “army surplus” yang tidak terpakai. Lagi mencurigakan?

Sementara itu, menjenguk di kedai jual suratkhabar pagi tadi, Suara Keadilan sudah menjana hikayat dan andaian baru untuk menghalakan tuduhan kepada Dato Seri Najib Tun Abdul Razak. Tidakkah bertambah-tambah curiga?

  • Kenapa kes saman NST terhadap Jeff Ooi dan Rocky tidak ditarik-balik?
  • Akhir sekali, pentadbiran siapa kuasai NST sekarang?

8 comments:

  1. Jet2 pejuang tu dah obselete bro...

    Dah 40 tahun umonya...injin pun kena custom made....Kilang dah tak buat production.... Yang TUDM masih nak pakai tu kenapa? Dulu kata nak diberhentikan perkhidmatannya bila kita beli MIG 29 & F 18.

    Jet-jet pejuang kini purata harga dia 30-40 Juta USD (RM90-RM140 Juta). F22 Raptor harga sebuah dekat RM 500 Juta.

    Walau apa pun....Maklumat wartawan tersebut memang "meragukan".....

    ReplyDelete
  2. Anonymous5:11 PM

    zainuk talibarut anwar ibrahim&zaid&nazri

    ReplyDelete
  3. setuju bro...

    ada yg xkena...

    yg jelas mmg ada kerja org dalam BN sendri tuk jatuhkan Najib

    ReplyDelete
  4. Anonymous7:47 PM

    berapa pun harga nya injin tu tetap ilang...

    ReplyDelete
  5. ini semua mainan musuh2 negara nak menjanamkan kerajaan pimpinan islam, itu saja... soal hilang itu soal lain.

    ReplyDelete
  6. Sisingamangaraja Gorgor11:37 PM

    Yaaaa... Tepat skali Uncle Voice...~

    Memang tak lojik langsung...~

    Northrop F-5E Tiger II adalah dari jenis third generation (1960's-1970) jet fighters...~

    Manufacturer: Northrop
    First flight: F-5A - 30 July 1959
    F-5E - 11 August 1972
    Introduction: 1962
    Number built: A/B/C - 847
    E/F - 1,399
    Unit cost : F-5E - US$2.1 million

    http://en.wikipedia.org/wiki/Northrop_F-5

    Sedangkan Northrop pung skang dah lama jadi Northrop Grumman dlu...~

    http://en.wikipedia.org/wiki/Northrop

    Mungkin bukan stakat sesuatu jerk... Tapi mungkin banyak lagik yang tak kena...~

    Heran la jugak... Skang nih kita guna 4.5th generation jet fighters (Sukhoi Su-30 MKM "Flanker-H")...~

    Da nak masuk 5 generation beberapa thn gik jerk...~

    http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_fighter_aircraft

    Takkan harga sampai camtu skalik...~

    Whahahahaha...~

    ReplyDelete
  7. Manikam11:54 PM

    Kali Riong masih di NST dengaqnya.. Tu sebab masih sue menyusue blogger depa ni ..

    Pengerusi NST si Jawhar-tak-kenal-manikam tu sedara Kali Riong dengaqnya.

    Tak tau lah betoi ke tidak ...

    Wasalam.

    ReplyDelete
  8. Anonymous11:52 PM

    habis la Malaysia,depa ni dah main kotor,dpan tak dapat balakang tarok.Bnyak benda yg perlu disiasat kan enjin saja,tak pentingpun enjin tu artis2 kat barat buat barangan koleksi aje,kat malaysia heboh wat malu aje. apa yg pentig siasat yg retak,runtuh,bocor,kualiti tak tahan lama dan berbagai2 lagi yg bakal datang nanti dengan satu aspek yg berlainan pulak,kita ingatkan org kerajaan nak makan duit,rupanya pembangkang dah main kotor,sabotage.....,ini pnyakit bahaya, kalau tektik jual injin ni tak jadi aku risau esok depa buat yg lebih extream lg,main letop2 dan main bunuh2...
    diletaknya bom dlm beg ko pastu diletupkan pakai remote dari jauh ko juga yg dituduh suicide bomber,padehal ko dengar mercunpun melatah..opocot....

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.