Sunday, May 16, 2010

Istimewa untuk guru-guru sekolah pendalaman

Lawatan saya melawat rumah panjang mengikuti rombongan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Dato Shapie Apdal meninggalkan kesan yang mendalam buat saya.

Secara kebetulan, hari mengundi di Sibu ini juga adalah hari Guru.

Ingin saya dedikasikan sajak Usman Awang ini kepada guru-guru di sekolah-sekolah pendalaman yang berkorban membela generasi hadapan kita dengan segala kekurangan dan kekangan.

Mereka adalah pejuang yang perlu dihargai.



Guru Oh! Guru

Oleh Usman Awang

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;


Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota

Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

7 comments:

  1. Kesian murid2 yang bergadai nyawa bergayut melintas sungai. Dah lebih 50 tahun merdekapun masih macam ni?

    ReplyDelete
  2. Hanya tuhan akan membalas jasa baik guru-guru yang pernah mendidik kita.

    whose next

    ReplyDelete
  3. merka yang bertugas di pendalaman memang sangat komited terhadap tugas mereka,...suash payah,jerit perih,makan minum,siapa yang tahu...cuma unutk memberi ilmu pelajaran kepada anak2 bangsa,...
    fikirkan kita pulak senag lenang pergi kerja,masih mengelu8h,orang ni salah,orang tu tak betul,kerajaan tak kena,..serba serbi tak kena...jadi apa SUMBANGAN kita,..macam guru2 pendalaman,...mampukah kita..mencapai tahap mereka...
    lebihbaik kita pi masjid,pi surau,zikir,tahmid,solat sunat,belajar tajwid,belajar tarrannum,dengar tafsir,...(banyak juga...)dan lagi dan lain lagi..
    daripada mengata orang(pemimpin)
    inagatlah HARTA DUNIA TIDAK KEKAL...
    Wallahhualam...

    ReplyDelete
  4. Anonymous12:43 AM

    Saya antara budak yang nakal disekolah. Pasti higga kini ada guru yang ingat nakalnya saya.

    Tapi alhamdulillah dengan izin Nya juga, saya jadi manusia, ada anak-anak yang dikini diajar guru-guru yang tak ada beza dengan guru-guru saya dulu.

    Kalau tidak terlewat, izinkan saya ucapkan terima kasih pada semua guru-guru di serata ceruk tanah air ini.

    Allah melihat segala keikhlasan dihati anda semua...

    ReplyDelete
  5. Anonymous12:15 PM

    HAHAHAHA

    CINA KENCING DALAM MULUT NAJIB, NAJIB TELAN JE... LEPAS TU SIAP BAGI BUNGA LAGI...

    HAHAHAHAHAH PADAN MUKA MELAYU DAPAT KETUA YANG BODOH

    http://blog.limkitsiang.com/2010/05/18/call-for-clear-cabinet-position-tomorrow-whether-najibs-promise-of-rm5-flood-mitigation-project-for-rejang-park-in-sibu-made-on-eve-of-sibu-by-election-will-be-honoured-or-not/

    ReplyDelete
  6. Anonymous12:55 AM

    DEAR ROCKY,
    here is a message my friend received:
    cikgu,
    engkaulah pendidik,
    engkaulah cahaya penyuluh kegelapan
    engkaulah umpama lilin yang sanggu mmembakar diri... See More
    tetapi
    engkaulah juga seorang pengasuh,pak imam, tok siak, penjaga keselamatan, pelawak, despatch, tukang kebun, pencuci, amah, tukang sapu, tukang perabot, driver, mandor, kondaktor, jurujual, jururawat, jurugambar, pembantu makmal, kerani, pembantu am rendah, tukang cat, tukang buat garisan di padang, referee, penjaga masa, tukang picit loceng, tukang karut & pelakon EXTRA...
    pendek kata, engkaulah kuli serbaboleh merangkap kuli serbaguna!
    SELAMAT HARI2 JADI CIKGU!!!
    TERIMA KASIH CIKGU....

    *cikgu2 tak kira di mana mereka berada, tugas & tangungjawab melebihi segalanya...namun ada juga cikgu jenis ni - yg semata2 nak jadi cikgu - hanya kerja mengajar, yg lain dia tak nak buat langsung!

    tokku banggu

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.