Sunday, August 08, 2010

Puasa menjelang tiba, ANSARA kempen derma darah


ANSARA

Tahun Ke-4

‘Kempen Derma Darah PraRamadhan 2010’

‘1Darah 1Malaysia’


…dari semua rakyat Malaysia …untuk semua rakyat Malaysia

Jumaat Sabtu Ahad
6hb 7hb 8hb Ogos 2010


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Tiap-tiap tahun menjelang bulan Ramadhan negara kita Malaysia dan kebanyakan negara Islam akan mengalami kekurangan bekalan darah kerana dalam bulan Ramadhan muslimin dan muslimat tidak dapat menderma darah kerana berpuasa.

Kekurangan bekalan darah akan menjadi lebih kritikal pada akhir bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal dengan meningkatnya kemalangan dijalanraya apabila rakyat bercuti menjelang musim perayaan Aidilfitri.

Kempen Derma Darah PraRamadhan adalah siri kempen derma darah tahunan yang dilaksanakan di seluruh negara secara serentak pada minggu terakhir sebelum bermulanya bulan Ramadhan tiap-tiap tahun untuk menampung keperluan bekalan darah dalam bulan Ramadhan dan awal bulan Syawal. Olih kerana darah hanya bolih bertahan tidak lebih dari 42 hari selepas diderma, maka kempen ini perlu dilaksanakan pada minggu terakhir sebelum bermulanya Ramadhan.

Pada kempen pertama tahun 2007 yang dirasmikan olih Presiden Ansara YB Dato’ Mukhriz Mahathir, kami berjaya mengumpul sebanyak 2,160 pain darah dari 13 lokasi di setiap ibunegeri di semenanjung Malaysia.

Pada kempen ke-2 tahun 2008 yang dirasmikan olih Tun Dr Mahathir Mohamed, kami berjaya mengumpul sebanyak 4,138 pain darah dari 27 lokasi di semenanjung Malaysia termasuk 4 lokasi di Sabah.

Pada kempen ke-3 tahun 2009 yang dirasmikan olih Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, kami berjaya mengumpul sebanyak 6,357 pain darah dari 36 lokasi diseluruh negara.
Pada kempen ke-4 tahun ini, kami akan melaksanakan kempen ini di 36 lokasi diseluruh negara secara serentak dilokasi-lokasi yang telah disenaraikan.

Ansara (Persatuan Bekas Pelajar2 Maktab Rendah Sains MARA, MRSM) bersama AEON Jusco, Pusat Darah Negara (PDN) dan UiTM, masuk tahun ke-4, akan sekali lagi bekerjasama melaksanakan Kempen Derma Darah PraRamadhan 2010 diseluruh negara secara serentak pada minggu terakhir sebelum bermulanya bulan Ramadhan.

Ahli-ahli Ansara yang dibantu olih ahli-ahli Asputra (alumni SMS Tuanku Syed Putra), ahli-ahli Sathya Sai Baba dan pelajar-pelajar UiTM akan bersama mengendalikan lokasi-lokasi tempat menderma darah diseluruh negara secara serentak pada awal bulan Ogos 2010.

AEON Co. Bhd adalah rakan dan penaja utama kempen ini dengan penglibatan secara percuma kesemua 19 pusat membeli-belah AEON Jusco diseluruh negara.

Pusat Darah Negara (PDN) adalah penyelaras utama untuk membantu memastikan penglibatan pasukan derma darah dari hospital-hospital diseluruh negara.

Pusat-pusat Kesihatan disemua cawangan UiTM di seluruh negara juga akan membantu menjayakan kempen tahunan ini yang diselaraskan olih Pengarahnya Dr Zaiton Nasir.

Ahli-ahli Sathya Sai Baba juga banyak membantu kempen derma darah praRamadhan ini di banyak lokasi di seluruh negara. Ahli-ahli Sathya Sai Baba juga akan mempromosi dan mengendalikan kempen Derma Organ dibanyakkan lokasi semasa kempen derma darah praRamadhan ini.

Rakyat Malaysia dari semua agama, bangsa dan keturunan adalah digalakkan untuk beramai-ramai menderma darah dan menjayakan Kempen Derma Darah PraRamadhan 2010 ini untuk membantu menampung keperluan bekalan darah dalam bulan Ramadhan dan Syawal diseluruh negara.

Darah yang diderma akan digunakan untuk semua rakyat Malaysia yang memerlukan tanpa mengira agama, bangsa atau keturunan bersesuaian dengan konsep dan tema kempen ini iaitu ‘1Darah 1Malaysia’.

Rakyat Malaysia bolih mendapat maklumat lebih lanjut dan terkini dengan melayari www.ansara.org.my dan Facebook ‘Kempen Derma Darah PraRamadhan Ansara’.

Terima Kasih.

Dr Halim Abu Bakar,
Koordinator Nasional,
Kempen Derma Darah PraRamadhan Ansara.
Emel: drhalimb@streamyx.com
Talipon: 012-6636232
26th July 2010.

------------------------------

Senarai lokasi-lokasi kempen derma darah praRamadhan 2010

1) Lokasi: AEON Jusco Taman Maluri, KL

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Ida Haryani (012-4457445)

Organisasi : Ansara Beseri

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

2) Lokasi: AEON Jusco Cheras Selatan, KL

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Salihudin (013-3403255)

Organisasi : Ansara Muar

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

3) Lokasi: AEON Jusco Alpha Angle Wangsa Maju, KL

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Nurfiza (012-7857464)

Organisasi : Ansara Terendak

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

4) Lokasi: AEON Jusco One Utama, KL

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Noor Azmi Jantan (019-2377007)

Organisasi : Ansara Seremban

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

5) Lokasi: AEON Jusco Metro Prima, KL

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Ravindran (012-3990489)

Organisasi: Sathya Sai Baba

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

6) Lokasi: AEON Jusco Taman Equine, KL

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Muhammad Amir (012-2003153)

Organisasi : Ansara Balik Pulau

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

7) Lokasi: AEON Jusco AU2 Setiawangsa, KL

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Zaini (012-9835610)

Organisasi : Ansara Taiping

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

8) Lokasi: AEON Jusco Mahkota Cheras, KL

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Raja Ali (019-2279977)

Organisasi : Ansara Kulim

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

9) Lokasi: AEON Jusco Tebrau City , JB

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb, Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 6.00ptg

Hubungi : Mohd Azman Che Soh (Ansara Seremban) 019-7774643

Zuwailiah Jamaluddin (Ansara Seremban) 019-7115400

TeamDarah: Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru.

10) Lokasi: AEON Jusco Permas Jaya, JB

Tarikh: Sabtu 7hb, Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 6.00 ptg

Koordinator: Hazwan Zulkifli (Ansara Jasin) , 019-7705611

Ir Zaleha Muslan (Ansara Seremban) 012-7226738

and members of MARA forecast,

TeamDarah: Hospital Daerah Kota Tinggi.

11) Lokasi: AEON Jusco Taman Universiti, JB

Tarikh: Sabtu 7hb, Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 6.00ptg

Koordinator: Dr Che Rozid Mamat (Ansara Taiping) 019-7326276 and

Dr Mat Alwi Zakaria (Ansara Kota Bharu) 016-7114278,

TeamDarah: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

12) Lokasi: AEON Jusco Bukit Indah, JB

Tarikh: Sabtu 7hb, Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 6.00 ptg

Koordinator: Lokman Dasuki (Ansara Seremban) 013-7559610

Razali Ismail (Ansara Seremban) 016-7580715

MARA forecast

TeamDarah: Hospital Daerah Pontian.

13) Lokasi: Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor

Tarikh: Rabu 4hb , Khamis 5hb Ogos 2010

Masa: 10.00 pagi to 4.00 ptg

Koordinator: Zakaria Abdul Rahman (019-7034588)

Organisasi: Ansara Seremban

TeamDarah: Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

14) Lokasi: AEON Jusco Bandaraya Melaka

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 2.00ptg to 8.00ptg (Jumaat 6hb Ogos)

11.00pagi to 6.00ptg (Sabtu 7hb & Ahad 8hb )

Koordinator: Suhaimi (019-6027688)

Organisasi: Ansara Jasin

TeamDarah: Hospital Melaka

15) Lokasi: AEON Jusco Seremban 2

Tarikh: Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Dr Miszua Anuar (019-6544354)

Khaidzer Hj Kedah

Organisasi: Ansara Seremban

Participants: Senawang Specialist Hospital

Sathya Sai Baba

TeamDarah: Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.

16) Lokasi: AEON Jusco Bukit Tinggi, Klang

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Zahari Mohd (016-6058369)

Organisasi: Ansara Kota Bharu

TeamDarah: Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.

17) Lokasi: AEON Jusco Bukit Raja, Klang

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 11.00pagi to 7.00ptg

Koordinator: Norhalim Iskandar (012-6558170)

Organisasi: Ansara Kuala Berang

TeamDarah: Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang.

18) Lokasi: AEON Jusco Kinta City , Ipoh

Tarikh: Jumaat 6hb, Sabtu 7hb & Ahad 8hb Ogos 2010

Masa: 2.30ptg to 10.00ptg (Jumaat 6hb)

10.00pagi to 10.00ptg (Sabtu 7hb & Ahad 8hb)

Koordinator: Sockalingam (019-5709042)

Organisasi: Aman Malaysia

TeamDarah: Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh .

19) Lokasi: Kompleks Mayang Mall,

Bandar Bayan Baru, Pulau Pinang

Tarikh: Jumaat 6hb Ogos 2010

Masa: 10.00pagi to 5.00ptg

Koordinator: Zulkifli Siddik (016-4112496)

Organisasi: Ansara Kulim

Sponsor: Penang Development Corporation (PDC)

TeamDarah: Hospital Penang .

20) Lokasi: AEON Jusco Bandar Perda,

Bukit Mertajam, Seberang Prai, Penang

Tarikh: Sabtu 7hb Ogos 2010

Masa: 10.00pagi to 5.00ptg

Koordinator: Zulkifli Siddik (016-4112496)

Organisasi: Ansara Kulim

Sponsor: Penang Development Corporation

TeamDarah: Hospital Seberang Jaya.

21) Lokasi: Langkawi Fair, Langkawi

Tarikh: Sabtu 7hb Ogos 2010

Masa: 10.30pagi to 6.00ptg

Koordinator: Sdr Zambri Zainal Abidin (017-6211078)

Zuraidah Zainal Abidin (017-5600384)

Organisasi: Ansara Seremban

TeamDarah: Hospital Langkawi.

22) Lokasi: Kampung Wai, Universiti Malaysia PERLIS

(UNIMAP)

Tarikh: Sabtu 7hb Ogos 2010

Masa: 8.00pagi to 1.00ptg

Koordinator: Sdr Hamlussalam Dali (019-4462262)

Organisasi: Asputra (alumni SMS Tuanku Syed Putra)

TeamDarah: Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

23) Lokasi: UiTM Shah Alam

Tarikh: Selasa 3hb, Rabu 4hb & Khamis 5hb, Ogos 2010.

Hubungi : Sr Mahani Daud

Talipon: 012-6190734

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

24) Lokasi: UiTM Puncak Alam

Tarikh: Selasa 3hb, Rabu 4hb & Khamis 5hb, Ogos 2010

Hubungi : Dr Wan Rafidah Wan Ali

Talipon: 017-6860962

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

25) Lokasi: UiTM Puncak Perdana

Tarikh: Rabu 4hb, Ogos 2010.

Hubungi : Dr Ernie Rozaini Sulaiman

Talipon: 03-79622343

TeamDarah: Pusat Darah Negara (PDN), Kuala Lumpur .

26) Lokasi: UiTM INTEC Sek. 17

Tarikh: Khamis 29hb, July 2010.

Hubungi : PN. Fodzilah

Talipon: 012-2630561

TeamDarah: Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

27) Lokasi: UiTM Johor

Tarikh: Rabu 4hb, Ogos 2010.

Hubungi : Dr Mohamad Ali bin Talib

Talipon: 013-0329897

TeamDarah: Hospital Segamat

28) Lokasi: UiTM Melaka

Tarikh: Rabu 4hb & Khamis 5hb, Ogos 2010.

Hubungi : Dr Sapura Zaleha Yusof

Talipon: 012-4822040

TeamDarah: Hospital Melaka

29) Lokasi: UiTM Perak

Tarikh: Rabu 4hb & Khamis 5hb, Ogos 2010.

Hubungi : Dr Hafizan Hamzah

Talipon: 019-3169481

TeamDarah: Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh .

30) Lokasi: UiTM Pulau Pinang

Tarikh: Selasa 3hb, Rabu 4hb & Khamis 5hb Ogos 2010.

Hubungi : Dr Meor Adzmey Sagiruddin

Talipon: 019-9656166

TeamDarah: Hospital Seberang Jaya

31) Lokasi: UiTM Kedah

Tarikh: Selasa 3hb, Rabu 4hb & Khamis 5hb, Ogos 2010

Hubungi : Dr Noreha Che Sidik

Talipon: 04-4562307

TeamDarah: Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Star.

32) Lokasi: UiTM Perlis

Tarikh: Jumaat 6hb & Jumaat 20th Ogos 2010.

Hubungi : Dr Wan Idris bin Wan Hussein

Talipon: 013-4355161

TeamDarah: Hospital Tuanku Fauziah, Kangar.

33) Lokasi: UiTM Kelantan

Tarikh: Selasa 3hb, Rabu 4hb & Khamis 5hb, Ogos 2010

Hubungi : Dr Nik Muzaiman Mustapha

Talipon: 012-9558919

TeamDarah: Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.

34) Lokasi: UiTM Terengganu

Tarikh: Selasa 3hb & Rabu 4hb Ogos 2010

Hubungi : Dr Yusri bin Salleh

Talipon: 013-3401886

TeamDarah: Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

35) Lokasi: UiTM Pahang

Tarikh: Sabtu 7hb & Ahad 8hb, Ogos 2010.

Hubungi : Dr Zainul Akramin Kambali

Talipon: 013-2512600

TeamDarah: Hospital Tengku Ampuan Afzan. Kuantan.

36) Lokasi: UiTM Sarawak

Tarikh: Wednesday 28th, July 2010.

Hubungi : Dr Kamaruddin Jaree

Talipon: 019-8592078

TeamDarah: Hospital Umum Sarawak, Kuching.

Sila layari http://www.ansara.org.my/ dan Facebook ‘Kempen Derma Darah PraRamadhan Ansara’ untuk maklumat terkini..


No comments:

Post a Comment

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.