Monday, October 04, 2010
Rumah terbuka lari dari adat Melayu
Rakan blogger saya, Jailani Harun menyuarakan keluhan akan pembaziran wang rakyat oleh pemimpin-pemimpin kita yang mengadakan rumah terbuka berkali-kali yang dibiayai kerajaan.
Wang kerajaan bermakna wang rakyat. Lain kata, wang kita semua. Baca di sini.
Noraini Abdul Razak, Utusan Malaysia mempersoalkan konsep disebalik rumah terbuka ini.
Menurutnya, adat Melayu pula tidak pernah membataskan ‘waktu melawat’ atau menziarah. Tetamu dilayan tanpa mengira sama ada pada bulan perayaan atau hari-hari biasa.
Bertambah anih padanya apabila rumah terbuka yang sudah menjadi formal hingga ada perlu ditunggu tetamu istimewa sebelum semua boleh makan.
Awang Selamat pula mengeluh mengenai lalu lintas yang sentiasa sesak sepanjang bulan raya ini.
Dia bertanya adakah ini amalan yang wajar dan sihat? Dalam kita mendukung semangat Syawal untuk saling kunjung mengunjung dan bermaaf-maafan, apakah wajar merayakannya secara berlebihan?
Citrawan ini pun turut mempersoalkan perkara-perkara yang sama. Ini satu amalan konsep baru yang tidak mahu diikuti.
Kalau dibandingkan dengan amalan Arab Saudi, tempat turun kebanyakkan syariat ugama kita, Eidil Fitri diraikan hanya satu hari saja. Begitulah menurut nenek saudara saya yang berkahwin seorang Sheikh Haji dan kini berwarganegara Saudi.
Malamnya raya tiada bunyi meriam buluh atau bunga api, tetapi dipenuhi dengan amalan ibadat sunat dan takbir di Masjid hingga ke pagi. Selepas solat Eidil Fitri, mereka kembali rumah dan cuba mendapatkan tidur.
Mereka bangun waktu zohor dan sembahyang zohor. Nenek saudara saya selalu berkunjung dan berkumpul dengan sahabat rapatnya di salah satu rumah selepas asar. Tiada pula dia perlu melayan anak dan cucu yang berpuloh-puloh.
Esok mereka mula berpuasa Syawal dan kembali pada amalan biasa dan tidak lagi 'siang jadi malam dan malam jadi siang' seperti pada bulan puasa.
Pastinya saya tidak mengharap kita mengikuti amalan Arab sedemikian. Di Malaysia, hari Raya kita gunakan sebagai peluang untuk kunjung mengunjung, ziarah menziarah dan mengikatkan silatulrahim.
Suatu yang menjadi persoalan buat saya adakah kita benar mengiratkan silatulrahim atau hanya mengikut adat secara membabi buta?
Dalam keluarga isteri saya, ada salah seorang sepupu yang berada. Tiap-tiap tahun dia mengadakan rumah terbuka tetapi tidak pernah pula sepanjang perkahwinan kami melihat sepupu isteri saya membawa suami dan anak-anaknya menziarahi rumah Pakcik Makcik.
Itu adat menghormati orang tua-tua. Jadi orang tua-tua dijemput ke rumahnya seolah orang tua-tua datang mengadap menghormatinya dan dia tidak perlu menghormati mereka.
Satu lagi peliknya amalan rumah terbuka. Seseorang membuka rumah dan ajak orang ramai memeriahkan perayaan hari rayanya. Jadi kalau dia tidak buka rumah, tak boleh atau tidak ada orang berziarah rumahnya.
Kebanyakkan kita yang duduk di kota, jarang sekali ziarah menziarahi rumah saudara mara atau adik beradik sendiri sekali pun. Hari minggu kita mahu berihat atau menghabiskan masa dengan anak-anak atau keluarga.
Apabila hari raya kita bergegas sebagai satu kewajipan untuk memenuhi adat istiadat Melayu. Dibulan lain, batang hidung atau talipon pun tak ada.
Mungkin kerana rumah saya kecil dan tidak menarik, maka saya tidak dapat memanggil orang datang makan-makan berkumpul, tapi ziarah menziarah bukan hanya setakat makan-makan.
Apakah erti semua ini?
Arwah bapa saya adalah seorang yang menghayati amalan ziarah menziarah. Menurutnya, ziarah menziarahi adalah satu amalan yang digalakkan Islam. Disebalik ziarah menziarah itulah amalan merapatkan silatulrahim sesama keluarga dan rakan.
Dengan ziarah menziarah, kita mengambil tahu susah senang seseorang rakan atau saudara mara atau keluarga. Sering kali, amalan ziarah digalakkan apabila seseorang mendapat anak atau ada yang sakit atau kematian.
Tetapi sebenarnya amalan ziarah digalakkan sepanjang masa mengikut cara-caranya.
Apa yang berlaku hari ini adalah ziarah menziarah itu hanya pada hari raya. Sebenarnya lawatan dan ziarah menziarah semasa hari raya pun tidak merapatkan pun pertalian.
Bagi keluarga saya yang besar dan senarai lawatan begitu panjang, kami tidak dapat lama di satu-satu rumah. Setelah sekian tahun berhari raya, tidak juga dapat saya merapati kaum keluarga itu.
Malahan untuk mengingati nama isteri atau suami sepupu-pupu yang ratusan ramainya pun susah. Kita hanya bertemu sebentar dan tidak cukup masa untuk mengenali dengan rapat.
Apa pula jika rumah terbuka yang mana kita masih duduk dikelompok meja yang kita kenal dan kadang-kadang tidak bertegur sapa dengan orang yang kita tidak kenal dalam meja kita.
Saya faham praktikaliti rumah terbuka tetapi tidak nampak baiknya konsep hari raya rumah terbuka ini.
Sering kali saya tertanya mengapa perlu saya menziarahi seseorang atas diajak datang?
Mengapa saya pergi rumah seseorang itu yang sepanjang tahun tidak pula berusaha sekurang-kurangnya untuk menalipon untuk bertanya khabar. Banyak kawan atau sadara mara yang sentiasa kekal dalam silatulrahim yang lebih layak saya ziarahi.
Boleh jadi jawabnya, inilah peluang untuk mengikatkan silatulrahim? Sungguhkah demikian? Jika sungguh, kenapa tidak di hari-hari pada bulan lain? Adakah lawatan rumah terbuka betul dapat mengiratkan silatulrahim?
Kadang-kadang saya terfikir balik, hari kebesaran yang tuhan syariatkan itu hanya satu hari raya. Mengapa perlu hari raya dirayakan sampai sebulan sementang kita berpuasa sebulan?
Yang saya fahami perayaan sebenar adalah Ramadhan bukannya Syawal.
Adat adat ... Diluah mati emak, ditelan mati bapak. Rumah terbuka, adat apa pula?
Lepas Khamis ini, berakhir hari raya. Cukuplah buat saya adat rumah terbuka ini. Kalau boleh, tidak mahu saya amalkan langsung.
Syukur sudah habis bulan raya, kerana barulah ujian silatulrahim yang sebenar dan bukan silatulrahim yang agak palsu sepanjang hari raya. Baru kita dapat mengenali siapa saudara mara dan sahabat sebenar.
Saya ada ziarah menziarah sepupu saya di YM, MSN, dan baru2 ni, facebook!
ReplyDeleteBoss Coffee
Duit raya juga bukan adat melayu. Kekadang ia membebankan.
ReplyDeleteMaking a fuss over nothing actually. The content of your articles backfires itself.
ReplyDeleteTerima kasih di atas pandangan yang baik dan membuka minda. Budaya rumah terbuka selepas Hari Raya Aidil Fitri perlu dikaji semula. Adat menyambut Syawal yang keterlaluan dengan acara-acara jamuan makan perlu digantikan dengan sesuatu yang lebih memanfaatkan. Dalam hal sebegini para pemimpin perlu menunjukkan contoh yang baik agar ianya menjadi ikutan kepada masyarakat.
ReplyDeleteSaya pun pelik bab bab hari terbuka ini. Satu lagi kalau lah ada niat nak pergi ke rumah seseorang, saya dapati kena call dahulu dan disediakan makanan. Jadi yang nak menerima tetamu pun rasa terbeban. Di kg saya di Johor (walaupun ornag johor raya sebulan) tetapi tetamu boleh datang bila bila dan tidak perlu menyediakan apa apa. kuih kering sudah memadai. Kami dahulu macam wajib kena berziarah rumah jirann iran sebab mungkin mereka lah yang kami banyak buat salah. Saya sangat setuju komen di atas
ReplyDeleteberaya serbasalah
Anon 4:01
ReplyDeleteIf you don't agree, you dont have to be hostile. Grow up and be mature!
Apa benda yang nak backfire? WHat do I care!
Saya setuju pendapat saudara. Hampir sebiji dgn pandangan saya. Kadang2 kita berjiran ada yang bermasam muka bila terlupa menjemput. Lorong di tutu utk pasang khemah. Guna pinggang-mangkuk jenis pakai buang. Lepas guna, bersepah dlm.longkang. Sumbat dlm plastic sampah, berselerak di cakar kucing & anjing cari makan.Di tiup angin berterbangan seluruh lorong.. Sampul duit raya tak payah cakap la. Budak2, buang ikut begitu saja. Sampai tersilap buat yg ada duit.
ReplyDeleteKadang2, lambat jemput, kita dah masak nasi di rumah, siapa nak makan. Dah membazir.
Ini lah juga puncanya masyarakat kita suka melepak sambil berborak. Dah la di bulan Ramadan, berkawan pergi tarawih. Lepas tarawih, singgah di tepi jalan @ warung mamak besembang sampai pukul 12 mlm. Yang remaja, nak ambil PMR pun sama. Tgh mlm baru balik.
Memang kita satu bangsa yang suka berhibur. Sampai sebulan kita masih beraya & bermaafan. 0~0, lepas tu buat dosa lagi, Tahun depan minta maaf lagi. Patut lah kita kuat dengki. Tambah lagi kalau org itu nampak lebih dari kita. Ada juga yg buat open house utk menunjuk-nunjuk. Adalah lebih baik sedekah duit yg hendak di gunakan utk buat open house pada rumah orang tua @ anak2 yatim, daripada memberi makan jiran2 yang sudah senang lenang.
Den kojo kek tanah Arab 5 tahun tak ponah sekali dalam setahun umat islam Arab beraya sakan macam kita disini. Kita dah melebih dari org islam asal. Bila kita kata bidaah, mulalah bising macam2 komen.
ReplyDeleteBro
ReplyDeleteGua tak setuju orang kata salah adat rumah terbuka ni.
Yang salah adalah orang rumah. Nak tunjuk langsir, baju, rambut, perabut dan pelbagai benda yang baru. Kalau boleh spender dan coli dia pun nak di tunjuk kat kekawan.
Anak remaja dia pakai selekeh pun kena tibai.
Tu belum lagi nak tunjuk skill dia buat kueh dan hidangan lain. Penat dan duit habis belakang kira. Janji puashati.
Buat pun nak ikut protokol ala ala rumah VIP. Mengalahkan rumah Syed Mokhtar. Nanti kat opis kembang hidung bila kekawan dan boss puji.
Yang suami pulak terpaksa lah senyum walaupun dalam kepala kira kira dah boleh buat hantaran belanja kahwin bini no.2.
Orang politik pulak, terpaksalah buat rumah terbuka, Nanti apa kata pengundi dan penyokong. Kitakan 1Malaysia. Asal jangan budget 1000 orang, tapi yang datang 100 orang saja. Membazir tu. Nanti macam mesyuarat PKR cabang Gombak pimpinan Azmin Ali.
Satu yang bagus sebab adat ni memang unik di dunia. UN pun tak boleh buat program macam ni.
Cuba kau orang pergi rumah mat saleh di UK masa hari krismas ?
Tok Mudim
ReplyDeleteLama tak dengar dari kamu hehehe ... menghiburkan.
Supporter anon 4:01
Saya tak suka reject komen tapi kalau nak support hostile commentator, baik tak payah nak komen.
Minum susu dan grow up!
Excellent article, 100% setuju. Anon 4:01, your comment just burned your backside.
ReplyDeleteSalam Bro
ReplyDeleteTok memang busy lately.
Ni pun dah start sebuk nak cari duit buat open house tahun depan.
orang rumah gua komplen, open house opis mate dia lagi grand. Siap pacak khemah. Ada kek lapis sarawak lagi
Betui lah.
ReplyDeleteFast for 30 days, feast for 40!
Don't you just love being melayu.
But I'm a bit ambivalent abt this open day concept. Ada juga yg baik. Hanya jgn lah berlebihan sangat.
Open-house-goer
Ada kebenaran di sebalik apa yang terkandung dalam artikel ini.
ReplyDeleteSepatutnya duit itu digunakan untuk membantu rakyat yang susah atau memperbaiki kemudahan awam untuk kegunaan rakyat.
Setuju benar! Saya selalu kata yang Open House ni merosakkan Hari Raya.
ReplyDeleteBila kita pergi rumah orang, dapat cakap dengan tuan rumah 5 minit pun dah cukup bagus.. selalunya less than that coz tuan rumah sangat busy melayan orang yg tak berhenti2 datang. Jadi jika orang kata OH utk mengeratkan silaturrahim.. saya tak setuju.
Rumah sendiri pula takut nak ajak orang datang formally .. sebab sekarang bila kita ajak mesti semua orang assume OH, so expect disediakan main dish at least 5 jenis.. tak cukup hanya kuih Raya aje disediakan macam dulu..
Di OH pun budak2 semua expect dapat duit Raya.. paling sikit pun RM3 seorang. Kalau dulu, duit Raya hanya untuk kaum kerabat dan anak jiran2 terdekat yg datang rumah beraya. Skrg anak2 office mates pun dah masuk dalam list ;p
Hai kesian betul tengok orang Melayu, sesiapa yg buat OH besar2an tu I hope can really afford it lah.. coz memang baik beri orang ramai makan. Jangan pula habis Raya, hutang keliling pinggang..
Lagi satu yg saya perasan, orang Melayu aje yg banyak buat OH.. sepanjang saya berkerja rasa2nya jarang betul dapat OH invitation from my Chinese colleagues during CNY..
Salam - Bunyi mercun pun bukan adat Melayu. Tapi di kalangan kawasan perumahan majoriti Melayu, dah lepas 7 hari raya mercun dibakar secara berlarutan : tak ubah macam Chap Goh Meh (7 hari) lepas tahun baru Cina. Ini 1Malaysia? Aduhai bangsa ku..ke manakan ku cari ganti.
ReplyDeletesalam bro,
ReplyDeleteme just spent the first syawal this year for receiving relatives & friends for raya. then my whole family fell ill, flu & headache, might be due to the cange of eating, sleeping & bathing time...
open houses can be encouraged to promote goodwill among neighbours & friends. relatives? they can always come over. why wait for raya only?
ayway, i dont object if relatives want to come for raya. it's just that relatives seem to ignore each other if there's no raya! sometimes the sick uncles/aunts are not visited when they fall sick...not something to be celebrated, eh? some people..not all!