Wednesday, November 24, 2010

Ketua Pemuda Selangor: Bisakah Khairy lakukan sesuatu yang bijak?


Kepimpinan boleh didefinasi sebagai 'keupayaan untuk mengatur atau mengelola sekumpulan orang untuk mencapai satu tujuan bersama.' Ada pula mendefinasi pemimpin sebagai "seorang yang berupaya menaikkan semangat dan membina perhubungan dengan orang lain untuk ke arah satu cita-cita atau impian."

Selain itu, ada pelbagai definasi untuk kepimpinan dan pemimpin dari aspek sifat atau ciri-ciri tersendiri, kebolehan berinteraksi, peranan, kelakuan, kuasa, wawasan dan nilai, karisma dan intelek. Apa sekali pun defrinasi, dua elemen utama dalam kepimpinan dan pemimpin adalah organisasi samada formal atau tidak, dan misi besar yang dibawa.

Sekiranya dua tahun lebih kepimpinan Khairy sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu dinilai dan dianalisa, inilah kriteria-kriteria yang boleh diguna.

Sebagai blogger lebih sedikit pengalaman (bukan elitis) dan orang 'lama' sedikit yang dari awal sudah kesan dan ambil kesimpulan Khairy adalah pengkhianat, sabotageur dan kuda trojan kepentingan asing, tiada sebab untuk membuang masa menilainya dengan mendalam.

Namun begitu, objektiviti harus dikekalkan kerana dalam satu pertempuran perang atau persaingan politik, satu kesilapan besar untuk memperkecilkan saing kita dan tidak mengetahui kekuatan dan kelemahannya.

Lama sudah sahabat blogger ini, wartawan dan blogger Shamsul Yunos menonjolkan kepada Khairy dan pengekornya persoalan: Apakah sumbangan Khairy?

Hingga hari ini tiada satu jawapan yang mantap tanpa dipersoalkan dapat dikemukakan. Sampai sumbangan yang mahu perakukan adalah Malaysia menang pingat emas di Sukan Sea lepas kerana Khairy. Bola tanggung jangan tidak di 'smash'.

Akhirnya mereka-mereka ini mengundur menjadi defensif dan hanya memberi helah dan alasan. Khairy tiada sumbangan dan keupayaan untuk ditonjolkan.

Hipotesis saudara Shamsul yang sudah lama dan masih belum dapat disangkal ialah Khairy ini sengaja diletak, ditonjol dan diperanan untuk merosakkan dari dalam UMNO dengan cara mengagalkan dan membuat rakyat dan penyokong membenci UMNO.

Hujah Shamsul itu mudah saja. Mustahil untuk Khairy sentiasa gagal dalam semua perkara yang ia sepatutnya lakukan hingga semua menjadi isu pembencian rakyat terhadap UMNO.

Kenapa Khairy tidak boleh laksana dan buat keputusan dalam banyak hal yang mudah dan jelas cara terbaik untuk dilakukan? Setiap yang dibuat mesti mengundang tentangan dan kebencian dan ianya seolah-olah dilakukan dengan sengaja. Sudahlah itu, setiapnya dilakukan dengan disedari dan diketahui semua.

Walaupun kini Khairy tiada lagi kuasa, pengaruh dan sepanjang masa tterasing dan dipencil, dia mesti lagi dengan lagak angkuh, dan sombong.


Sebagai seorang 'public figure', bahasa perbualan Khairy di Twitter kasar, biadap, dan kesat.

Adakah lojik atau tidak?

Kematangan

Ada apolegis Khairy dan rakan Pemuda menyangkal teori konspirasi. Mereka lebih percaya Khairy tidak matang dalam berpolitik.

Kepandaian Khairy untuk belajar di Oxford University hanya kepandaian buku. Dia terlalu muda untuk ada kebijaksanaan. Kematangan berpolitik memerlukan guru dan pendidikan di jalanan.

Pada mereka, Khairy sepatut tahu bahawa dia memenangi jawatan Ketua Pemuda tidak dengan undi majoriti tetapi hanya undi yang paling lebih. Boleh dikata kurang dari dua pertiga perwakilan tidak menyokongnya.

Untuk dia meneruskan jawatan atau 'peranan risikan' dengan berkesan, dia perlu menyatupadukan organisasi dahulu. Tujuannya samada untuk menghilangkan kesan tapak kaki atau untuk lebih berkesan mengkudakan Pemuda UMNO.

Sepatutnya dia memilih Ketua-Ketua Pemuda Negeri dengan cara bermuzakarah dengan kepala-kepala di peringkat negeri. Dengan demikian, dia tidak berhadapan dengan tentangan yang nyata jumlah lebih dari penyokongnya.

Ini tentu memberi masa untuk memenangi hati dan mempengaruhi sesetangah pemimpin Pemuda Bahagian untuk beralih kepadanya.

Sudahlah Khairy tidak ambil hati orang tetapi Khairy masih menganggap orang lain bodoh dan tidak boleh baca gerak kerja 'jahat' yang dilakukannya. Banyak kalau mahu diceritakan satu persatu, tetapi hanya beberapa contoh saja ditonjolkan.

Semua orang tahu Khairy sedang mengugut UMNO dengan melumpuhkan Pemuda UMNO dan tidak lakukan sebarang gerak kerja dan kegiatan. Usah pertahankan dengan hanya menyebut kegiatan-kegiatan remeh temeh atau Pemuda buat ini itu semasa plihanraya kecil galas.

Kebanyakkan program, inisiatif dan gerak kerja datang dan dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda yang lebih tua dan matang, Dato Razali Ibrahim. Khairy hanya colek usaha-usaha ini untuk jadikan seolah-olah dia punya.

Razali diketepikan dalam Majlis yang diusahakan pengumpulan kedatangan. Maklumlah Khairy hanya dapat kumpulkan 15 orang untuk tunjuk perasaan menentang Israel bersama PAS dan NGO lain.

Khairy bercakap mengenai BN Youth Lab seolah-olah itu ide dan usaha dia. Padahal kebanyakan orang termasuk, Dato Najib sendiri tahu ianya ide cetusan Razali.

Semasa perbahasan Persidangan Agung baru-baru ini, Khairy berlakun seolah-olah dia boleh dikritik secara terbuka.

Sebenarnya di belakang tabir, Khairy 'meluluskan' dan menyunting dahulu setiap yang akan dibahaskan.

Namun ada juga yang berdegil enggan akur dengan suntingannya. Oleh kerana dia sudah tahu lebih dahulu, dia dapat menjawab dengan tepat dan terperinci.

Kalau tidak, masakan Khairy bisa sebut dengan terperinci dia telah melawat Kedah tujuh kali dan bukan tiga kali seperti yang disarankan seorang pembasa dari Kedah.

Khairy terlalu yakin pada dirinya hingga menganggap orang lain bodoh dan tidak tahu apa dilakukan. Kalau ia pun nak buat kerja sabotaj, ia lebih efektif dilakukan dengan cara halus dari terbuka. Ini hanya menunjukkan ketidak matangan Khairy.

Ujian

Kini Khairy berdepan dengan satu ujian terhadap kematangan kepimpinannya sebagai Ketua Pemuda. Jika tidak pun, boleh juga ujian keberkesanannya sebagai agent provacateur atau gerak kerja espionage untuk MI6 atau Straits Times, Singapore.


Sebelum ini, Khairy telah melantik Ketua Pemuda Sepang, bekas ADUN Dato Suhaimi Ghazali sebagai Ketua Pemuda Negeri.

Bekas ADUN ini tidak berkesan langsung. Mesyuarat jarang sekali dipanggil dan kalau ada pun, kebanyakkan Ketua-Ketua Pemuda Bahagian tidak hadhir. Mana tidak susah untuk panggil mesyuarat, Suhaimi lebih menumpukan masa kepada perniagaannya dan banyak masanya dihabiskan di Indonesia.

Difahamkan dia merajuk tidak dipilih lagi bertanding untuk ADUN pada 2008. Bila ditanya, jawabnya hanya kena tanya Khairy dahulu. Kadang-kadang alasannya isu duit pula. Kebanyakan pemerhati memberitahu maksud tersirat berikan dia projek dahulu baru boleh suruh dia bergiat.

Perkara ini berlarutan diluar pandangan hingga Suhaimi tersebut di Sinar Harian susah untuk mengambilalih balik Selangor dari Pakatan Rakyat. Ini menarik kritikan hebat dari blogger.

Dalam usaha Suhaimi untuk membersihkan namanya, dia menjadi salah seorang yang menyerahkan memorandum kepada kerajaan Selangor dalam isu pasir. Timbul lagi satu kontroversi kerana sebelum Kumpulan Semesta tahu cara curi pasir dengan menjalankan operasi waktu malam, Suhaimi telah lakukan dahulu.

Siapa tidak tahu di Sepang? Impak dari kegiatan haram Suhaimi itu menyebabkan hakisan teruk hingga sebuah jambatan hingga langsung roboh. Bocor rahsia Suhaimi ini dahulu digelar "Raja Pasir" atau lebih tepat raja curi pasir.

Akibat tekanan dan pendedahan blogger pro-UMNO, Suhaimi serahkan surat perletakan jawatan pada bulan Julai. Khairy merahsiakan dahulu surat tersebut untuk mengenalpasti pengganti.

Ini adalah peluang untuk Khairy bagi membetulkan yang salah. Malangnya Khairy ini susah untuk diajar atau belajar dari kesilapan. Khabar begitu kuat dia masih mahukan seorang 'Suhaimi', Sohaimi Shahadan.

Sohaimi adalah Pegawai Khas di pejabat Dato Noh Omar, Menteri Pertanian dan Industeri Asas Tani serta Ketua Pemuda Selayang. Dia kini memegang jawatan sebagai Pengerusi Biro Ekonomi.

Masaalahnya, pilihan Khairy masih bukan calon yang diterima majoriti Ketua-Ketua Pemuda Bahagian dalam Selangor.

Sohaimi pula sudah menimbulkan kontroversi kerana dipercayai meminta wang atau bahasa lingo politik, "pow duit" dari Ketua Eksekutif francis Hot Dog 1901 yang sepatutnya menerima anugerah usahawan dari Pemuda UMNO bersama Tony Fernandez.

Dia enggan membayar dan langsung tidak diberi anugerah tersebut. Kredibiliti anugerah ini pun turut tercemar.

Sanggah Tok Janggut atau penulis Aimam JR turut mendedahkan Sohaimi didakwa menyeleweng kuasa untuk mengaut perolehan tender pembekalan baja Kementeriaan.

Oleh kerana dia bekerja bawah Dato Noh, susah untuk Dato Noh tidak menyokong perlantikan Sohaimi.

Selain itu, sumber memberitahu Dato Noh yang pernah berhadapan dengan rungutan akarumbi kerana tidak ada gerak kerja politik dan 'kemut' duit melihat Sohaimi sebagai penyelesaian masaalah. Dia tidak perlu keluar wang untuk Pemuda Negeri. Sohaimi sanggup dahulukan RM500,000 tetapi bersyarat. Mesti ada projek untuknya menampal kembali wang keluar itu.

Jika dakwaan Aiman dan sumber ini, nama baik Dato Noh pun akan turut terpalit.

Selain masaalah amanah, Sohaimi ada masaalah penerimaan akarumbi. Dia tidak popular dikalangan ahli-ahli UMNO Bahagian Selayang. Cerita-cerita mengenai permainan wang Sohaimi pun mula diungkitkan akarumbi. Baca RBF di sini.

Mungkin pening bagi orang biasa memahami tetapi selalunya ahli politik bersifat 'hidung tidak mancung tetapi pipi tersorong-sorong." Setiap ahli politik mesti ada cita-cita untuk dapatkan jawatan dan kuasa.

Walupun tidak diterima akarumbi setempat, Sohaimi masih bercita-cita untuk naik dalam politik. Sumber yang mengaku rapat dengan Sohaimi memberitahu dia inginkan jawatan Ketua Pemuda supaya dia dipertimbangkan untuk kuota Senator Selangor bagi Barisan Nasional.

Ini meletakkan Sohaimi dalam kedudukan strategik untuk dipertimbangkan menjadi calon ADUN Taman Templar menggantikan ADUN yang ada, Dato Subahan Kamal. Rancangannya tidak berakhir di situ kerana dia berharap untuk dipertimbangkan sebagai Menteri Besar Selangor jika BN mengambilalih kembali Selangor.

Memang satu modal lobi baik untuk ditonjolkan muka-muka baru tetapi muka yang macam mana? Buat apa, kalau ianya bukan orang yang bersih dan ikhlas untuk berkhidmat dan memperjuangkan rakyat. Ditambah lagi, perkiraan untuk jawatan adalah wang.

Adakah Khairy masih mahukan seorang yang penuh liabiliti untuk dijadikan Ketua Pemuda UMNO Selangor? Tidak sebulan Dato Najib berucap di Persidangan Agung Tahunan UMNO, sudah lupakah pesanannya?

Bila liabiliti sudah menjadi realiti, nama Khairy dan pasukan orang Khairy akan terus dikaitkan dengan rasuah dan salahguna kuasa. Nama Khairy, yang sepatutnya sudah tiada lagi untuk pergi melainkan bangkit kembali, akan menjunam lagi. Rancangan jangka masa panjang Khairy pun akan turut terkandas.

Isunya jelas dan implikasinya jelas. Kita lihat saja bagaimana matang Khairy menangani ujian kecil kepada kepimpinannya. Berupayakah budak Oxford ini lakukan sesuatu yang bijak?

6 comments:

  1. Tok Mudim1:51 PM

    Bang

    Soalan aku bisakah pemuda umno melakukan sesuatu yg tegas ke atas kj demi perjuangan mereka dan juga orang melayu.

    Bagi sahaja pilihan samada berundur atau buat undi tak percaya ke atas si kitol ni. Dalam perlembagaan umno ada clause ni kalau pemimpin dipertikaikan. Dulu Tengku A. Rahman dan Pak Lah pun Umno guna cara ni jugak. Itu saja cara nak bagi faham orang lulusan oxford ni

    After all Umno ni bukan parti milik pak mentua kj ataupun boleh buat macam PKR yang boleh pakat bagi jawatan ikut suka anwar mat bon.

    Mereka patut belajar dari mahyudin macamana dulu dia bagi pilihan pada samdolah untuk turun secepat mungkin.

    Jangan pulak pi tanya hishamudin. Nanti kau orang pulak yang dapat amaran.

    It's as straightforward as that, kalau betul mereka ikhlas nak jaga nama dan maruah Pemuda Umno.

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:12 PM

    kj kena minta nasihat mentor rashid yusof dia kat nst. kj tak perlu risau sebab rashid akan di lantik GE baru nst.

    P/s: circulation nst dah tinggal 62,000 hari raya haji baru ni

    ReplyDelete
  3. bro, aku nak betulkan fakta..suhaimi shadan bukan lagi pegawai khas dato noh.selepas d.noh take over MOA dia telah kurangkan kuantiti pegawai khas dan ada 2 3 orang telah dibatalkan lantikan termasuk suhaimi.

    ReplyDelete
  4. Salam bro,

    Setuju..tak usah buang masa dengan KJ ni...

    Kita ada banyak kerja dengan UMNO yang sedang diserang dengan hebat di segenap sudut.

    Tinggalkan saja KJ...beri perhatian dan gerakkan pemuda tanpa KJ.

    Ramai lagi tokoh pemuda yang ikhlas dalam perjuangan UMNO ini yang boleh digembeleng tenaga mereka.

    Yang penting kita utamakan survival bangsa, agama dan tanahair serta keharmonian hidup rakayat Malaysia dari membuang masa dengan pengkhianat, perasuah, konspirator yang tak berguna kepada perjuangan kita ini.

    ReplyDelete

  5. Bismillahir Rahmanir Rahmanirahim

    https://keep.line.me/s/e3CDyq3Xh6tfeqo-Q1f-HigFRyCYa00QAvqdfwTEsuI

    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Yang dihormati Para rektor universiti, para akademik dan para mufti.

    Tun,Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan.

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan. Diambil dari web: almawaddah.info

    1. Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?

    2. Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    .....

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.