Jika sebelum ini blogger-blogger pembangkang dan pro-kerajaan dan penerbit filem Tanda Putera menjadi mangsa kepada sikap cembru, dengki dan dendam Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Dato Seri Utama Dr Rais Yatim, kali ini Perkasa dan beberapa pemimpin Negeri Sembilan pula dijadikan mangsa.
Sering kali, dendam dan serangan yang dilakukan Rais dikaburi dengan justifikasi dan cara membodeknya yang sungguh menjijikan. Banyak pihak sudah menyedari niat buruk disebalik tindak tanduknya. Yang menyedihkan sekali, genggaman kuasa dan paranoia Rais Yatim tidak mendatangkan keuntungan kepada kerajaan dan parti.
Malahan ianya tidak juga akan menguntungkan dirinya dan parti pemerintah. Sudah ada pengamal industri kreatif kecilan dan 'budak-budak produksi' yang hingga terikrar kata-kata untuk ikut serta Pakatan Rakyat dan menjatuhkan kerajaan Dato Seri Najib Tun Abdul Razak.
Mereka begitu marah hingga sanggup lakukan semua ini jika Rais Yatim dikekalkan dalam kabinet dan Kementeriaan.
Dikhabarkan dari sumber-sumber tertentu bahawa Rais Yatim begitu mencemburui dan berdengki terhadap Perkasa yang telah melangsungkan satu Perhimpunan terbuka besar-besaran bersempena Persidangan Agong Tahunan Perkasa kali ketiga dan ulangtahun keempat pertubuhan tersebut.
Disebalik satu pameran sokongan terbuka Perkasa kepada kerajaan Barisan Nasional serta komponen parti MCA dan MIC, liputan yang diberikan kepada majlis Perkasa yang sangat bermakna itu anih sekali begitu hambar.
Ucaptama yang disampaikan oleh penerima anugerah bintang Perkasa, Mufti Perak, Tan Sri Dato Dr Harussani Zakaria tidak langsung diberikan ruang.
'Blackout'
The Star pastinya memberi keutamaan untuk memberi liputan kepada konvensyen seteru MCA, DAP di Pulau Pinang. Hari Sabtu lepas memang banyak sekali program-program yang dijalankan baik pihak kerajaan, BN, pembangkang dan NGO-NGO yang akan bersaing mendapatkan liputan.
Akhbar berbahasa Inggeris New Straits Times tidak boleh diharapkan untuk memberi liputan kepada Perkasa kerana pasukan penyunting yang condong kepada fahaman liberal dan agak bersimpati kepada agenda neo-liberal.
Namun begitu, akhbar berbahasa Melayu kumpulan NST, Berita Minggu [rujuk arkib Ahadnya di SINI] tidak langsung melaporkan walaupun pemberita mereka dilihat berkeliaran. Manakala liputan TV3 yang agak terhad masa untuk melaporkan berita politik terpaksa menumpukan kepada Konvensyen DAP.
Walaupun agak lari dari mesej utama yang mahu disampaikan, Sinar Harian masih juga memberi sedikit sebanyak liputan dengan menyiarkan kenyataan-kenyataan Dato Ibrahim Ali dan Tan Sri Harussani.
Hanya Mingguan Malaysia yang menunjukkan kesungguhan untuk terus memberi sokongan kepada Perkasa.
Pengesahan kepada arahan 'blackout' dari Rais Yatim susah untuk disangkal apabila tiada langsung liputan berita samada bertulis atau secara video dari pihak Bernama, Bernama TV dan saluran yang kini sering disebut dengan nama jolokan baru oleh khalayak awam sebagai Rais Tayang Maznah.
Malahan kini, sudah keluar arahan kepada semua media dan khususnya RTM dan Bernama supaya tidak memberi langsung liputan keapda sebarang pemimpin-pemimpin Perkasa. Arahan itu tidak membenarkan langsung mana-mana pemimpin Perkasa untuk keluar di program Hello Malaysia di Bernama TV.
Akidah dan Resolusi
Ucaptama dan ingatan serta kata nasihat yang disampaikan oleh Sahibuh Samaahah Mufti Merak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria begitu penting sekali dihebahkan dan disedari oleh umat Melayu dan Islam semua.
Beliau yang dari dahulu terkenal dengan sikap tanpa berat sebelah dan tidak takut untuk menyatakan sesuatu telah menjelaskan beberapa kenyataan kontroversi yang pernah dikeluarkan sebelum ini. Harussani adalah orang yang menggegarkan dan menyedarkan orang Islam di Malaysia tentang bahaya usaha mubaligh Kristian untuk memurtadkan orang-orang Melayu.
Ketika dia memberitahu jumlah orang Melayu yang telah murtad masuk Kristian telah mencapai lebih 250,000, orang ramai dan pemimpin tidak percaya.
Dalam ucapannya dia memberitahu angka yang dikeluarkannya diberitahu sendiri oleh seorang wanita Melayu yang telah masuk Kristian dan terlibat memurtadkan orang Islam. Angka itu diperolehi dari pengakuan pihak perancang penyebaran ugama Kristian keapda orang Melayu.
Intipati penting yang mahu disampaikan dalam ucaptama penerimaan anugerah Perkasa adalah untuk menjaga akidah dan penyatuan ummah.
Harussani mengingatkan bahawa kerajaan empayar Melaka jatuh ketangan Portugis bukan kerana kekuatan senjata penakluk asing tetapi kerana Raja-Raja dan kepimpinan Melaka mula longgar akidah dan penghayatan Islam.
Dia mengambil peluang menerangkan kenyataan kontroversi mengaram dan menganggap tarian poco-poco sebagai murtad dan telah disangkal Menteri berkenaan ketika itu.
Katanya, fatwa yang dikeluarkan lahir dari kajiannya yang menunjukkan poco-poco adalah amalan kultus Kristian di Jamaica dan tarian ini dibawa ke Filipina dna jadi ikutan di Indonesia.
Berkenaan politik, Mufti yang suatu masa itu dilihat menyokong PAS menjelaskan beliau bukan ahli mana-mana parti politik atau pun NGO. Dia mahu bebas dan segera membetulkan kesilapan dalam masyarakat kerana umurnya yang lanjut.
Harussani menyelar pihak-pihak yang berpolitik hingga memecahbelahkan ummah dan mengingatkan sesiapa yang memutuskan silatulrahim antara sesama Islam melebihi tiga hari dianggap fasiq.
Beliau yang menerima percambahan minda dengan kewujudan dua parti melayu dan Islam; UMNO dan PAS mahu melihat UMNO dan PAS ada penyatuan hati dalam mempertahankan akidah dan memartabakkan Islam serta menjaga kepeningan ummah Melayu dan Islam. [Baca Mingguan Malaysia sini]
Penulis amat mengkagumi kenyataan berani bekas anak murid arwah ayah yang menyangkal kata-kata orang Melayu sebagai pendatang. Adik beradik ayahnya berasal dari Bandjarmasin dan datang ke Tanah Melayu, tetapi kami bukan pendatang kerana kami hanya berpindah-pindah dalam Nusantara Kepulauan Melayu.
Beliau mengingatkan umat Melayu supaya menghayati Al Quran yang telah diturunkan dan diamanahkan tuhan kepada ummat Melayu di Nusantara untuk dipertahankan dan dihayati di bumi Melayu ini.
Resolusi
Mursyidul Am TIBAI, saudara Zahid Md Arip menyerah wang dan barang kemas bantu Utusan Malaysia |
Perhimpunan Perkasa pada hari Sabtu merupakan satu bai'ah untuk membantu Barisan Nasional sebagai satu-satu wadah politik yang masih selari dengan perjungan Perkasa mempertahankan perlembagaan persekutuan dan masih memartabatkan agama, bangsa dan negara. [Baca Utusan Malaysia sini.]
Dalam majlis tersebut, Perkasa telah mengadakan kutipan derma untuk Palestin dan Utusan Malaysia yang berhadapan dengan tekanan saman dari pihak pembangkang yang menggunakan ugutan dan menyalhguna undang-undang untuk menutup dan menakutkan Utusan Malaysia dari kebebasan berakhbar.
Dewan Tertinggi Perkasa telah membawa usul untuk dibahaskan dan dijadikan resolusi Persidangan Tahunan Perkasa pada waktu belah tengahhari di Kelab Sultan Sulaiman, di Kg Baru, Kuala Lumpur.
10 Resolusi yang diumumkan sebagai Perisytiharan dan Resolusi 1 Safar selari dengan tema persidangan "Demi kesejahteraan rakyat, hapuskan petualang bangsa." Ia meliputi:
1. Perpaduan bangsa,Dengki dan Cemburu
2. Kebebasan ugama,
3. Fahaman pluralisma,
4. LGBT/Liberalisma dan fahaman serba boleh,
5. Pelan tindakan pendidikan negara,
6. Ekonomi,
7. Isu Gaza dan jenayah perang,
8. Campur tangan kuasa asing,
9. Perkara 153 dan 87 perlembagaan persekutuan; dan
10. Kestabilan politik, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.
Sampai bila Rais Yatim mahu terus dengki dan cemburu terhadap rakan-rakan seperjuangan? |
Apa yang eksterimis dalam agenda persidangan Perkasa yang Rais Yatim mahu menggelapkan rakyat jelata dari menyedari dan mengetahui mengenai agenda perjuangan Perkasa?
Jika ianya satu usaha kerajaan untuk menjaga imej BN supaya tidak dilihat sebagai sedondon dengan Perkasa, ianya boleh difahami dari menjaga imej politik ketika PRU13 yang bakal hangat.
Masaalahnya arahan Rais Yatim bersifat peribadi dan memperlihatkan perasaan cemburu apabila ada arahan khusus menyebut Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato Mohd Hasan, dan Ketua Penerangan Perkasa, Roslan Kassim yang juga dari Negeri Sembilan tidak boleh dibenarkan liputan.
Apa yang dicemburui Rais terhadap mereka? |
Jika tidak kerana Felda itu adalah 'baby' Perdana Menteri Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, kemungkinan Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad pun akan ditahan liputan.
Sebabnya liputan berkenaan Felda adakala keluar dalam versi yang lebih 'tone down' dan mesej yang disampaikan tidak tepat dan berkesan dalam menjawab isu. Walaupun jari jemari Rais Yatim di syaki memainkan peranan tetapi Felda turut menghadapi masalaah dengan firma Perhubungan Awam Edelmann yang dilantik.
Banyak masaalah telah timbul dari sikap Rais Yatim yang tidak boleh mengawal langsung sikap kuat cemburu, dengki dengan kemajuan dan kejayaan rakan-rakannya sendiri, dan sering berdendam terhadap mereka yang enggan akur dengan kemahuan, arahan dan sedia sekongkol membantunya melakukan dan menutup tindakan dendamnya.
RTM?
Kekerapan bahan pameran muzium berumur 70 tahun keluar TV tidak naikkan rating |
Rakyat menyedari RTM melaporkan berita mengenai Rais Yatim hampir tiap-tiap hari dan sudah sampai tahap menyampah melihat tiada muka lain yang muncul di kaca TV.
Dalam satu lawatan penulis ke Sandakan pada bulan Oktober, ada rakyat jelata yang menyedari profil berlebih-lebihan yang diberikan kepada Rais Yatim dan isterinya, Datin Maznah oleh RTM hingga melebihi liputan kepada Timbalan Perdana Menteri.
Ianya begitu ketara hingga menimbulkan syak sesama rakyat di Sandakan bahawa Rais Yatim sedang berusaha 'menjatuhkan' Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menggantikannya di jawatan Timbalan Perdana Menteri.
Malah ada banci yang dijalankan secara rahsia yang mendapati rakyat menyedari isteri Rais Yatim, Datin Maznah lebih kerap keluar di RTM dari isteri Perdana Menteri dan isteri Timbalan Perdana Menteri dan isteri Menteri-Menteri lain langsung tiada liputan, jika mereka perlu diberi liputan.
Sudahlah RTM berhadapan dengan masaalah rating yang corot sekali kerana tiada audiens.KSU Dato Kamaruddin Sirap sendiri pernah berkata, "Apa yang penting audiens, kalau tidak ditonton, tiada maknanya." [Baca kenyataan KSU Kementerian sini.]
Kini arahan liputan berita untuk publisiti peribadi dan menghitamkan liputan kepada acara-acara dan pemimpin-pemimpin lain tidak akan membantu usaha penerangan kerajaan yang kini lebih mencabar dengan adanya pelbagai saingan.
Seriuskah Rais Yatim berkata nak naikkan rating? [Baca Berita Harian sini.]
RTM tidak mendapat tempat dalam hati dikalangan penonton bandar dan ini menjadi salah satu batu penghalang untuk kerajaan mendapat perhatian dan agenda kerajaan tidak sampai kepada pengundi di bandar. [Baca ulasan Rontog pada tahun 2011 sini]
Siapa yang mahu memberi ruang untuk mendengar berita RTM jika tiada muka lain yang keluar? Asyik-asyik muka Rais.
Sudah tua-tua ini berubahlah dan buang perangai lama yang sudah ramai maklum dan ketahui. Jangan sampai RTM ... Rakyat Terlalu Marah dan akhirnya kerajaan dan parti jadi mangsa. Parti lawan tidak menjanjikan keselamatan, kestabilan dan kemakmuran untuk agama, bangsa dan tanahair.
Saya hanya tonton RTM untuk 2 slot jek.
ReplyDeleteslot GLOBAL (I think the slot is pretty good in giving analysis on the current world trends in politics etc.) dan juga slot telefilem P.RAMLEE. tu jek.
berita RTM lama dah tak tengok. what for?
"Rakyat menyedari RTM melaporkan berita mengenai Rais Yatim hampir tiap-tiap hari dan sudah sampai tahap menyampah melihat tiada muka lain yang muncul di kaca TV."
ReplyDeleteYang ini memang tak boleh dinafikan. Memang menyampah nak tengok berita RTM!
Bawaxlah beringat, majoriti rakyat yang undi pembangkang pada PRU lepas bukan kerana rakyat sukakan pembangkang tetapi kerana rakyat marah dan menyampah dengan perangai "orang" dalam BN. Ini adalah salah satu contoh perangai yang rakyat tidak suka.
Pinoy
quoted" Beliau mengingatkan umat Melayu supaya menghayati Al Quran yang telah diturunkan dan diamanahkan tuhan kepada ummat Melayu di Nusantara untuk dipertahankan dan dihayati di bumi Melayu ini."
ReplyDeleteBro gua nak tanya? ada kitab Quran khusus utk org Melayu ke? ayat ko ke ni atau ko copy paste je??
Boleh tak kita hidup berkasih sayang sebagai rakyat Malaysia, jgn kerana politik pembangkang kita anggap musuh. Sama-sama berkhidmat untuk kemakmuran rakyat.
ReplyDelete9:04 AM
ReplyDeleteYou should direct those question to the person who said those words.
Quite sure a senior and seasoned blogger like A Voice heard it right.
If we use some bit of common sense, nothing sophisticated but merely common one, and removing any prejudice and cynical intentions, one can understand it.
Firstly treat those words as that from the man of knowledge and wisdom. He is not likely to make a grave mistake as to confuse with the common notion that Quran came down through Muhammad for mankind via angel Gabriel.
Since Quran is brought down to earth for mankind, it is also brought down for all races in cluding the Melayus.
With the believe that A Voice anak ustaz and the Mufti are not deviants, those words would only mean within the context of Nusantara.
Kita orang Melayu sebagai kaum majoriti Malaysia dan bangsa teras ummat Islam di Nusantara atau lebih khusus di Malaysia adalah bangsa yang being entrusted the Quran di kawasan ini.
Naturally suara terbanyak dan kuasa politik pada orang Melayu membuat maksud itu jelas.
Syukor diajar oleh ramai guru dan rakan supaya lebih banyak mendengar dan berfikir dari cepat sangat tanya soalan dan suka menimbulkan persoalan.
sifat PHD tu mcm mana ??
ReplyDeletesikap PHd tu apaa?
ReplyDelete