Blog ini pernah melabelkan peserta dan penyokong parti Pakatan Rakyat yang terlibat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat baru-baru ini sebagai "unthinking public." Baca posting "Uprising for the Unthinking Public" di sini.
Suasana politik hari ini menggambarkan satu suasana politik yang lahir dari politik membenci hingga lahir segolongan warganegara yang menjadi penyokong tegar kepada satu-satu parti politik yang tidak boleh lagi bersikap rasional.
Samada mereka sedar atau tidak, mereka telah menerima bulat-bulat tanpa berfikir kepada semua maklumat yang disampaikan oleh pemimpin mereka. Mungkin perlu satu penjelasan mengenai percanggahan antara agenda-agenda mereka dengan agenda-agenda mereka yang lain dan juga janji parti tersebut.
Sering kali, rakyat marhaen yang membantu menyebarkan dakyah parti tersebut tidak langsung dapat menghujahkan saranan mereka hingga akhirnya memekak telinga kepada hujah balasan atau menutup minda kepada kelemahan hujah dalam dakyah mereka.
Deria dan minda mereka seolah-olah tidak berfungsi dan hilang langsung naluri kritikal yang perlu dalam amalan demokrasi yang sihat untuk membezakan kebenaran dengan pembohongan atau fitnah, tipu muslihat dan putarbelit
Rencana Zahid Hamidi merungkai modus operandi parti membina ketaksuban.
Bermula dengan meningkatkan kesetiaan melalui keyakinan, ianya diikuti dengan menyalahgunakan teknik memaparkan imej pemimpim maksum, salahtafsir ayat Quran dan hukum hakam, dan pengunaan struktur parti dan apparatus kuasa parti.
Baca rencana tulisannya seperti berikut:
Fatwa politik bohongi pengikut
PARTI-parti politik semakin rancak menjalankan operasi untuk mempengaruhi pengundi dengan pelbagai pendekatan. Asas utama untuk mendapat sokongan undi datangnya daripada penyokong tegar parti masing-masing sebagai simpanan tetap.
Penyokong tegar terdiri daripada pengikut yang taksub. Mereka akan mematuhi dengan penuh komitmen sebarang arahan dan pendapat daripada para pemimpin, biarpun pandangan peribadi kerana pemimpin telah menanam ketaksuban kepada pengikut.
Pengikut taksub akan akur setiap pandangan pemimpin mereka secara membuta-tuli, walaupun pandangan itu jauh daripada fatwa berlandaskan hukum agama, sebaliknya cenderung kepada hanya sebagai fatwa politik.
Pengikut taksub seperti ini amat sukar untuk digoyah kerana keyakinan yang amat mendalam kepada pemimpin, apatah lagi jika pemimpin itu dianggap pemimpin spiritual.
Dalam teori kepimpinan dan teori kepengikutan, terdapat dua elemen penting yang menjadi asas kepada kedua-dua teori ini, iaitu pemimpin dan pengikut.
Dalam bahasa mudah, pemimpin merupakan individu dan kumpulan yang memimpin. Pengikut pula merupakan individu atau kumpulan yang menjadi pengikut. Tiada pemimpin yang tiada pengikut, sebaliknya pengikut tanpa pemimpin boleh wujud secara bersendirian tanpa pemimpin.
Tidak seorang pun akan mendapat gelaran pemimpin jika tidak terdapat pengikut. Pemimpin dipilih, dilantik atau mengangkat dirinya sendiri untuk menjadi pemimpin.
Pemimpin akan mendapat pengiktirafan pengikut, sama ada secara terhormat atau secara terpaksa. Malah terdapat dalam kalangan pemimpin yang memaksa secara halus bagi mewujudkan pengikut tegar dengan mentaksubkan mereka untuk menerima apa juga pegangan pemimpin, biarpun menyalahi perundangan negara.
Sesebuah organisasi, apatah lagi organisasi politik akan mempengaruhi ahli-ahli yang menjadi pengikut untuk meyakini perjuangan politik yang dibawa dengan matlamat untuk mencapai cita-cita politik organisasi atau individu.
Pemimpin organisasi politik akan menanamkan keyakinan kepada pengikut yang menjadi ahli organisasinya dengan mewujudkan ketaatsetiannya yang tidak berbelah bahagi. Ia dilakukan melalui interaksi interpersonal dengan menjalin keakraban, kursus perkaderan dan latihan simulasi.
Segala-galanya digarap bagi menanam ketaksuban dan pada waktu yang sama menanam kebencian kepada musuh politik dan membenihkan ketaatan kepada pemimpin sendiri.
Ketaksuban yang melampau diinduktrinasikan agar pengikut mudah untuk diyakinkan bahawa sebarang tindakan yang mereka lakukan merupakan suatu jihad dan mendapat balasan syurga, biarpun sebenarnya tidak lebih daripada gimik politik.
Kerap kali juga terdapat unsur pemaksaan secara halus agar ketaatan dan ketaksuban dalam kalangan pengikut supaya mereka mudah mengikut arahan.
Unsur paksaan termasuk isteri boleh tercerai jika pengikut lari untuk meninggalkan jemaah perjuangan, tambahan pula jika lari mengikuti parti lain.
Mengugut dengan bai'h (perjanjian) jika tidak mematuhi kepimpinan menjadi kelaziman dengan menggunakan ayat al-Quran untuk menghalalkan tindakan mereka.
Sedangkan hukuman yang terdapat dalam ayat al-Quran hanya menyentuh dalam kalangan mereka yang meninggalkan medan peperangan ketika zaman Rasulullah dalam memerangi golongan kafirun.
Jika terdapat di antara pengikut, biarpun mereka itu pernah menganggotai barisan saf kepimpinan utama, dihukum dengan mengambil tindakan menggugurkan jawatan kerana hanya mengikuti pemimpin parti lain untuk mendekatkan diri dengan kumpulan ulama di Mekah atau mengikuti rombongan ke Gaza atas asas menterjemahkan keprihatinan keperimanusiaan.
Menggantung keahlian menjadi tindakan lazim yang selanjutnya. Ia bertujuan agar pengikut akan meninggalkan parti tanpa perlu dipecat. Tindakan ini akan dipandang bahawa parti tidak zalim, tetapi sebaliknya pengikut itu yang menzalimi diri sendiri.
Tindakan selanjutnya adalah dengan memecat keahlian atau keanggotaan parti. Hukuman ke atas pengikut dilaksanakan sebagai langkah memurnikan keputusan jawatankuasa disiplin yang kononnya bagi memberikan hukuman terakhir dengan tujuan untuk mengajar ahli-ahli lain supaya tidak berbeza pendapat dengan pemimpin.
Pemimpin yang berstatus "maksum" dan dipercayai oleh pengikutnya tidak pernah melakukan kesalahan (can do no wrong) akan disanjung, seolah-olah sama taraf dengan Nabi yang bersifat sempurna.
Pemimpin akan menggunakan ketaksuban yang tertanam dengan kukuh dalam kalangan pengikutnya untuk mengiyakan sebarang lontaran pendapat seolah-olah sebagai fatwa, biarpun ia hanya merupakan pendapat peribadi.
Atas sifat ketaksuban, pendapat peribadi sering dirujuk sebagai fatwa mutlak, biarpun ia hanya sekadar fatwa politik. Malang sekali pengikut yang taksub tidak layak untuk mempertikaikan fatwa politik yang dikeluarkan, biarpun terkeluar daripada akidah Islam sebenar.
Lazimnya, sama ada di bawah sedar atau disengajakan, pemimpin maksum akan memberikan pendapat peribadi berdasarkan tafsiran sendiri terhadap makna sesuatu perkataan atau ayat yang hanya berlandaskan logik akalnya, tanpa terdapat relevansinya dengan ilmu mantik.
Ketika pemimpin menghadapi pengamal media sama ada media konvensional atau media sosial, kerap kali akan menghamburkan pandangannya dengan penuh emosi dan nada menyindir.
Pemimpin berkenaan akan memetik ayat- ayat al-Quran tertentu sebagai sandaran untuk menyokong pendapat peribadinya. Ini dilakukan agar pendapat peribadinya kelihatan lebih berkredibiliti.
Pemimpin yang dianggap maksum akan menjatuhkan hukum dengan hukuman munafik atau murtad, jika pendapatnya disanggah atau bertentangan dengan tafsirannya.
Melalui badan syura, pemimpin akan mempengaruhi pengikut lain, apatah lagi di kalangan yang taksub untuk turut menghukum individu yang menyanggah dan berbeza pendapat.
Pemimpin akan menggunakan pengaruh dan kuasa dengan sepenuhnya. Melalui kedudukannya dalam parti, pemimpin utama akan menggunakan platform kuasanya atau portfolio berpaksikan hujah untuk menjatuhkan hukuman.
Kerap kali kerana terasa tercabar kredibilitinya sebagai pemimpin maksum, pemimpin akan terus menggunakan kedudukannya melalui portfolio yang diketuainya untuk mengesahkan hukumannya dengan menggunakan rakan-rakan seportfolio dengannya supaya menyetujui tindakannya.
Jika pemimpin itu menyedari pendapatnya tidak diterima atau bercanggah dengan hukum Islam sebenar, pemimpin itu akan menyalahkan pihak lain terutamanya media perdana, jika pendapat dan fatwa politiknya bersalahan dengan kehendak akar umbi atau majlis syura.
Malang sekali, biarpun bersalah dalam fatwa politiknya, pemimpin-pemimpin berkenaan tidak menarik balik kenyataan, jauh sekali daripada meminta maaf jika fatwa politiknya terpaksa ditukar.
Pemimpin politik yang mengetuai organisasi politik yang bukan berasaskan agama akan dituduh munafik dan berfikiran jahiliah serta taghut jika menyanggah kenyataan pemimpin parti yang berasaskan Islam.
Biarpun pemimpin yang bertopengkan ulama terus membohongi pengikut, tetapi mereka terus dianggap memperolehi hidayah baharu untuk menjustifikasikan pendirian baharunya kerana fatwa politik terdahulu bertentangan dengan hukum sebenar.
Fatwa politik digunakan untuk membohongi pengikut. Pembohongan yang dilakukan semata-mata bagi mencapai matlamat politik, membohongi pengikut dengan menggunakan agama untuk mencapai matlamat politik.
Sepatutnya platform politik digunakan untuk memperkuatkan agama bukan sebaliknya. Jelas, Islam melarang sama sekali penggunaan agama untuk memperkukuhkan kedudukan politik.
Kesedaran baharu yang timbul dalam kalangan ramai pengikut menyebabkan pemimpin resah dengan mengambil langkah- langkah menyerang musuh politik sebagai kafir.
Sedangkan tindakan mereka bersekongkol dengan pemimpin parti lain yang terang- terang tidak menyetujui keputusan majlis syura terus menjadi teman sejati.
Tunggulah ketikanya, apabila pengikut yang terus dibohongi akan menghukum pemimpin mereka melalui peti undi.
Kolum Zaini Hasan pula menggambarkan satu suasana penyokong pihak parti tersebut yang berada dalam kepompong minda yang serius.
Apabila hujah mereka tercabar atau gagal meyakinkan orang lain, mereka tidak tahu cara lain melainkan bertindak tidak rasional dan kecondongan kepada keganasan.
Baca kolumnya berikut: :
Dialog panas antara pemandu teksi dengan penumpangnya
KEMPEN Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) semakin panas. Bukan sahaja ia berkisar dalam media - sama ada arus perdana, mahu pun pembangkang - atau di pentas-pentas politik, tapi juga di kalangan orang ramai.
Di mana-mana orang bercakap mengenai politik. Yang sebelah kerajaan, akan mempertahankan kerajaan, manakala yang pembangkang akan mempertahankan parti kesayangan mereka. Yang atas pagar pula akan mendengar dan tersenyum kecil.
Namun dalam banyak-banyak pandangan, pengikut Pas ini ditakrifkan sebagai totok. Mereka berada dalam satu kepompongan minda (mental block) yang cukup serius. Semua orang cakap pasal kerajaan, salah. Mereka sahaja yang betul.
Saya beranggapan golongan ini telah melalui satu proses indoktrinasi (cuci otak) yang terlalu lama. Mereka ini terlalu taksubkan para pemimpin, dan mengikut apa yang dikatakan oleh para pemimpin mereka.
Bayangkan sekiranya Perdana Menteri, Najib Tun Razak yang mengumumkan kalimah Allah boleh dipakai oleh orang Kristian? Bayangkan sekiranya Anwar Ibrahim, yang menghadapi pelbagai pertuduhan moral itu masih sebagai Timbalan Presiden UMNO? Apa pula kempen oleh golongan totok Pas ini?
Ikuti dialog antara pemandu teksi yang mengaku kerja dengan kerajaan, tapi berkempen totok Pas di dalam teksinya, dengan seorang penumpang yang mempertahankan logik akalnya.
Ini adalah kisah benar, yang diceritakan kepada saya oleh penumpang itu.
Penumpang itu telah menaiki teksi bermeter dari hentian bas HKL ke Taman Tasik Titiwangsa pada hari Jumaat 1 Februari 2013 kira-kira pukul 5.30 petang dalam keadaan lalu lintas tidak lancar, sedikit sesak.
Setelah menaiki teksi itu, penumpang (P) berkata hendak ke Taman Tasik Titiwangsa. Pemandu teksi (PT) itu kata OK. Penumpang duduk di kerusi hadapan sebelah pemandu.
Sebaik-baik sahaja menaiki teksi, penumpang kebetulan membaca akhbar Utusan Malaysia. Tiba-tiba pemandu teksi itu menyampuk tanpa hormat kepada penumpang.
PT: Baca Utusan (merujuk kepada akhbar Utusan Malaysia), orang dah tak baca Utusan ni.
P: Kenapa, banyak berita kita dapat.
PT: Ini akhbar bohong banyak, auta, suka pelagakan orang.
P: Tak adalah, sebab you tak baca, jadi you tak tahu cerita sebenarnya. Harakah tu betul sangat ke? Kata Kerajaan Jepun bayar berbilion-bilion ringgit kepada Kerajaan Malaysia sebagai wang pampasan kepada veteran tentera dan wang itu lesap, betul ke? Dulu Harakah kata Felda bankrap, tahu-tahu peneroka dapat durian runtuh".
PT: Betul! Kalau tak betul kenapa tak saman? Betul laa tuu. Utusan tu, dah banyak kali kena saman, kalah di mahkamah, kena bayar ganti rugi.
P: Sudah laa, Kedutaan Jepun dah nafi, berita itu tidak benar. Utusan kalah bukan bermakna Utusan itu berbohong, atau auta, atau sukakan pelagakan orang. Ia bergantung kepada kebijaksanaan peguam bela masing-masing. Dulu Abang Jak (penyokong Pas dari negeri Kelantan) pun didakwa di mahkamah di Kedah oleh penyokong UMNO kerana menunjukkan batang ***** kepada Puteri UMNO semasa kempen PRK, memang dia tunjuk batang *****, ramai orang nampak, tetapi mahkamah bebaskan dia kerana tidak cukup bukti. Sama laa dengan Utusan pun. Ada kes bunuh, kes edar dadah boleh bebas jika peguam bela bijak.
PT: Tak ada laa! Surat khabar (akhbar) pembangkang yang betul, saya kerja kerajaan (penjawat awam) di Jabatan Kesihatan DBKL, saya tahu semua, kerajaan BN korup, rasuah sana-sini, tindas rakyat. Pemimpin pembangkang OK bersih.
P: Kepala hotak (otak) kau, pemimpin-pemimpin pembangkang tu betul sangat ke? Mat Sabu, pemimpin No. 2 dalam Pas yang (didakwa) kena tangkap basah (khalwat) di Bilik 121 Hotel Perdana Kota Bharu satu ketika dulu pun didapati tidak bersalah oleh mahkamah kerana kekurangan bukti. Sudahlah, Mat Sabu tu mengarut, komunis dikatakan Hero", hero kepala ***** dia.
PT: Memang Mat Indera tu hero, lawan polis penjajah British.
P: Itu bukan polis British, itu polis di bawah Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, you bodoh tak baca sejarah. Dah bunuh berpuluh polis kita, bakar hidup-hidup bersama budak-budak kecil dikatakan hero? Saya bekas tentera, pernah menerima latihan di Kem Komando (Pusat Latihan Peperangan Khas, Sg. Udang, Melaka), tak ada pulak Komandan beritahu komunis tu hero, yang kita tahu lawan komunis. Kalau hero sangat kenapa Mat Indera tu tidak dianugerahkan pingat PGB atau SP macam Kanang?
PT: Kerajaan BN bodoh, sudahlah, Kerajaan BN tindas rakyat, tidak jujur.
P: Pemimpin pembangkang tu baik sangat ke? Jika nak jadikan kerajaan ni jujur, pergi ambiklah (ambil) Imam Mekah atau Ketua Gereja di Vatican jadi Perdana Menteri Malaysia. Tahu tak Nik Aziz, Haji Hadi, Mat Sabut tu ikut telunjuk DAP? Kalimah Allah pun nak jual kepada orang kafir kerana politik punya pasal. Ini ke pemimpin Islam!
Orang-orang Pas tu, nak pergi ke Mekah, dia check ke pilot kapal terbang tu orang jujur atau tidak? Kalau nak check semua, pergi ke Mekah dengan kapal layar buatan sendiri laa jawabnya. Orang lain dah balik dari Mekah, kita duk tengah laut lagi, silap hari bulan tenggelam mampus, makan dek ikan yu.
PT: Tak ada, pembangkang bagus. Tengok Kelantan maju, tak ada jenayah, aman je!
P: Sudah laa, you tak baca Utusan, sebab itu laa you tak tahu cerita sebenarnya. Buang bayi pun ada di Kelantan, buang bayi macam buang sampah, sembelih anak pun ada di Kelantan. Penagih dadah tak usah cakap laa!
Pemimpin Pas kuat bohong, undi Pas masuk syurga! Quran mana Nik Aziz baca, kitab mana Nik Aziz baca? Tak usah cakap banyaklah, di Malaysia ni aman damai selamat, boleh pergi ke masjid tanpa gangguan, peluang ekonomi cukup luas, senang bergerak, pinjaman bank disediakan, macam-macam pinjaman ada, ini semua hasil kebijaksanaan pemimpin UMNO.
You tak tengok laporan Utusan setiap hari, jadi you tak tahu cerita sebenarnya, pergi laa ke UiTM di Puncak Alam tu, you tengok macam mana. Kerajaan BN buat kampus baru UiTM untuk anak-anak Melayu dan Bumiputera Sabah Sarawak. Belum cakap lagi setiap negeri ada kampus UiTM. Sekarang setiap kampus itu hendak diperbesarkan lagi bagi menampung keperluan masa depan.
Kerja Pas hanya maki hamun orang UMNO saja tanpa suluh jasa-jasa pemimpin UMNO terdahulu, tak sedar diri. Orang Asli pun tak kutuk pemimpin UMNO macam you ni. Di Malaysia ni dah lengkap dah. Otak you belum lengkap lagi sebab you hanya baca Harakah. Tahu tak? Kalau anak lelaki kita sangat pandai ada MCKK atau UPNM. Kalau anak perempuan kita sangat pandai ada Kolej Tengku Khursiah yang sebelum ini dipanggil The Malay Girl College".
Kalau anak kita jahat ada sekolah jahat Henry Gurney. Kalau kita gila ada hospital gila, kalau bini kita nak beranak ada hospital bersalin, kalau anak kita penagih dadah ada tempat pemulihannya Pengasih, kalau gagal masuk U ada IKM dan macam-macam lagi.
You tak baca Utusan sebab tu laa otak you tak terbuka, you ni macam budak bodoh walaupun dah tua. Tahu tak? Nik Aziz kata dulu tahun 1999, Pas menang di Terengganu, Nik Aziz kata berpuluh-puluh ribu malaikat turun dari langit ke bumi membantu memegang tangan orang-orang UMNO untuk mengundi Pas.
Bila kalah pada tahun 2004 Nik Aziz kata UMNO jahat bawa pengundi hantu" dari KL ke Terengganu. Mana perginya malaikat itu? Pas lagi auta. Sudahlahhh, semua ada dalam poket seluar saya. Islam yang ada pada Nasharudin Mat Isa ditolak perwakilan Pas, perwakilan Pas pilih Islam yang ada pada Mat Sabu, nak muntah dengar! Cakapan Nik Aziz itu kotor laa, dah tua-tua pun kata kat Nasharuddin Mat Isa tu lidah panjang.
Nik Aziz tu dah tak endah lagi pantang larang agama. Nik Aziz kata tidak boleh sambut Maulidur Rasul (hari kelahiran Rasulullah SAW) kerana perbuatan itu adalah bidaah", tapi peliknya Nik Aziz sendiri menyambut hari jadinya di rumah Karpal Singh. Buruk betul perangai Nik Aziz tu dan tak layak dipanggil tok guru.
Ok lah berhenti di sini, saya nak turun!
PT: (Pemandu teksi HB 7**2 itu masih tidak puas hati )
Himpunan Raksaksa Pemandu Teksi dengan parti pembangkang |
Kesimpulan daripada dialog itu, golongan yang terlalu taksub ini semakin ramai.
Kita bimbang gejala ketaksuban dan kepompongan minda ini yang selama ini bercambah dalam masyarakat Taliban di Afghanistan akan berakar-umbi di sini.
Ingat lagi kisah remaja perempuan Afghan, Malala Yousufzai yang pernah saya tulis dalam Cuit? Dia ditembak di mukanya oleh militan Taliban hanya kerana gadis itu memperjuangkan hak pendidikan untuk golongannya.
Ingatlah jika di peringkat tadika lagi anak- anak kecil pernah diasuh memijak gambar- gambar pemimpin negara, apa akan terjadi kepada mereka satu generasi lagi? Seperti pemandu teksi itukah? Atau lebih teruk?
ReplyDeleteThe Person who Started Your so called Politics Membenci was Dr Mahathir Mohd.
His Membenci Campaign telling UMNO Members not to let Badawi stay in power caused UMNO to lose 2/3 majority in the 2008 Elections. His tirades against Badawi was so bitter and still echoes to this day.
Najib is terrified of him to the point of being incapacitated and more likely will be unable to regain power due to Mahathir and is incapacitated in dealing with Perkasa of whom Mahathir is a Patron.
This coming election will be UMNO's last bid to stay in power and again Mahathir will be the cause of the Party's demise.
Joe Black
joe black
ReplyDeleteyou read too much rocket and harakah. should read Tamil Nesan a bit to tune up your mind.
politik membenci was started by dap back in 1965 and 1969 election,and the rest is history.... if you read history.
the same strategy was used by pas when hj hadi come out with his amanat and later when they join dap @ barisan alternatif for the 1990 election the politik membenci was intensified in their ceramahs and it happen they win the kelantan state, with the help of semangat 46.
that's also another history....
unfortunately in Malaysia, dap, pas, pkr and PKM leaders hate history matters very much.
kafir mengkafir practise was started way back by yusof rawa days or earlier
ReplyDeletepas started when british paid haji ahmad fuad n gave a post in penamg for him to bring out the ulamaks n clergy out of umno and within days pas registration was approved
ever since pas has resorted to politics of hate n kafir menkafir to create fanaticism n fear
this joe black must be a yong ciku who only knows how to haye mahathir coz he is his only pm he knows.