Friday, October 11, 2013

Jatuh atau bangun UMNO di PRU14 ditangan perwakilan


HARI Sabtu esok akan berlangsung mesyuarat Perwakilan dan Pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO peringkat bahagian secara serentak. Pemilihan bagi jawatan-jawatan utama dan Exco Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Malaysia juga diadakan serentak esok.

Pemilihan kali ini memberi lebih ruang untuk proses demokrasi berlaku kerana pemimpin yang dipilih bukan lagi di tangan sekumpulan perwakilan seperti dahulu. Jika sebelum ini, saf kepimpinan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO pusat hanya ditentukan oleh hampir 1,000 orang perwakilan, kini pemilihan ditentukan oleh lebih 10 kali ganda jumlah perwakilan sayap masing-masing.

Kini pemimpin ketiga-tiga sayap UMNO mesti berani dan yakin pada perjuangan diri kerana mereka dalam suasana yang boleh 'makan diri sendiri' apabila memilih langkap yang tidak diterima akarumbi. 


Terbuka dan demokratik


Cara pemilihan kali ini membezakan pemimpin UMNO yang lebih jujur dan ikhlas berbanding dengan pemimpin pembangkang.

UMNO jauh lebih terbuka dan demokratik berbanding dengan DAP, PKR dan Pas yang sekadar melaungkan keterbukaan, namun tidak berani memberi kuasa kepada akar umbi untuk memilih pemimpin.

Lihat kekecohan pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP pada Disember 2012 hingga keputusan pemilihannya dibatalkan. PKR pun sama apabila pelantikan Ketua Umumnya langsung tidak dipilih ikut proses demokrasi. Begitu juga Pas yang mana kuasa utama ada pada Mursyidul Amnya.


Dalam soal memilih pemimpin, UMNO dilihat lebih terbuka. UMNO meletakkan kepercayaan kepada perwakilan yang terdiri daripada pelbagai peringkat golongan dalam UMNO.

Empat tahun lalu (Oktober 2009), perwakilan Perhimpunan Agung Khas UMNO meluluskan pindaan perlembagaan iaitu 146,500 perwakilan bakal menentukan kepemimpinan parti itu. Serentak pindaan itu sistem kuota dihapuskan.

Sistem kuota yang diguna pakai sebelum ini dilihat antara punca amalan rasuah dan lebih memihak kepada individu tertentu terutama penyandang jawatan.

Penghapusan sistem kuota itu memberi mesej kepada umum bahawa UMNO serius untuk berubah dan memberi ruang sebebas-bebasnya kepada ahli parti untuk memilih pucuk pimpinan mereka daripada peringkat cawangan, bahagian hingga Majlis Tertinggi (MT).

Pemilihan pemimpin peringkat sayap UMNO - Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri - yang bermula esok dan diikuti seminggu kemudian pemilihan peringkat bahagian dan MT jelas menunjukkan pimpinan parti itu kelak adalah pilihan akar umbi.

Pemilihan kali ini juga memberi lebih ruang untuk proses demokrasi berlaku kerana pemimpin yang dipilih bukan lagi di tangan sekumpulan perwakilan seperti dahulu.

Masa depan


Bermula esok dan kemudian pada 19 Oktober nanti, perwakilan UMNO akan menentukan saf kepimpinan parti di semua peringkat, dengan agenda utama ialah memastikan calon yang dipilih perlu bekerja keras untuk mempertahankan UMNO sebagai tunggak utama Kerajaan Pusat dan pembentukan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Jadi ruang pemilihan yang besar ini harus dimanfaatkan para perwakilan untuk memilih pemimpin yang benar-benar layak dan diterima juga oleh rakyat untuk menerajui peringkat pergerakan sayap, MT dan bahagian UMNO.

Pertembungan beberapa penjuru dalam merebut jawatan utama dalam Wanita, Pemuda dan Puteri membuktikan UMNO mempunyai banyak bakat pelapis yang sedia untuk menawarkan khidmat dan bakti kepada orang Melayu dan rakyat negara ini secara keseluruhannya.

Banyak pihak melontarkan pandangan bahawa pemilihan UMNO kali ini sangat penting kerana ia adalah landasan dalam menyediakan pemimpin untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).


Tentu sekali, umum akan melihat siapa pilihan akarumbi UMNO untuk melihat petunjuk samada UMNO sudah berubah, atau sensitif dengan kehendak semasa. Pandangan orang luar yang bukan ahli UMNO akan menentukan sokongan masa depan ketika PRU14 kelak.


Ada ahli UMNO dan orang luar mahu lihat halatuju perjuangan UMNO. Jika beralih arah tuju perjuangan, untung nasib UMNO pun akan dialihtujukan.

Ramai pihak mahukan UMNO dan sayap-sayap kembali kepada menjadi suara yang tidak lagi apologetik dan takut tapi terus kekal berani, tegas dan kental dalam memperjuangkan kepentingan ummah, bangsa dan negara sambil mengimbangi hak-hak pihak lain.



Ada pihak melihat bahawa keadaan dan suasana sudah berubah dan pendekatan UMNO harus berubah kepada pendekatan yang lebih pragmatik dan sesuai dengan suasa sekeliling. Ini terselindung disebalik seruan untuk dipilih mereka yang sudah berada dalam sesuatu jawatan, maka mudah mereka menunjukkan pretasi.

Realitinya prestasi yang ditunjukkan bukan pencapaian UMNO tapi untuk pihak lain. Suara mereka membisu dan tidak kedengaran apabila hak dan kepentingan Islam dan Melayu yang tersurat dan tersirat dipersoalkan dan diperlecehkan.


Jika terus dibiarkan keadaan, akan bertambah angkuh dan kuat suara-suara sumbang hingga rakyat mudah dilencungkan pemikiran. Maka suara politik Melayu perlu kedengaran dan tidak hanya diserahkan kepada suara luar dan berkecuali. Lama kelamaan kredibiliti UMNO juga terhakis.

Buat perwakilan yang akan mengundi besuk, ingat bahawa undi anda adalah rahsia. Maka anda tidak terkongkong untuk membalas budi atau dibeli tetapi letakkan pilihan untuk menguatkan parti demi kesinambungan parti.

Dikala parti UMNO berada dipersimpangan jalan, anda perlu memberi pertimbangan besar kepada penerimaaan pengundi untuk memastikan sokongan kepada UMNO akan berterusan dengan barisan kepimpinan baru yang akan menjadi tarikan dan mengguatkan kepercayaan rakyat kepada UMNO.

Selamat bersidang dan mengundi. Gunakan kuasa itu dengan bijak dan berhemah. Ingatlah masa depan UMNO di  tangan anda.

3 comments:

  1. marhaem10:13 PM

    Brader

    Kena standby juga unsur luar... Dap dgn pkr tengah cari silap dalam pemilihan umno kali ni....

    Dapat bullet siap la korang depa kerjakan. Kelmarin lu kutuk wa.. Sekarang wa nak balas balik...

    Yg best nya bullet tu org dalam jugak yg bagi.... politik...

    ReplyDelete
  2. Anonymous10:28 AM

    a crocdile story

    http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8888

    ReplyDelete
  3. pemuda bangkit4:35 PM

    Powerful Invisible hands from hq making sure Hamidah Osman lost her Gopeng post....
    The same thing happen during the last GE to make sure she lost...
    The same hands make sure she canx her plan to contest the top post..
    The same hand make sure she didnt hold any top post in Perak..
    And the same hands will make sure she wont make it to the MT...

    Ops Cantas has long started in Umno.. Because those hands believe that umno belong to their grandfathers..

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.