Tuesday, February 19, 2008

Anwar Menuduh Najib Rasuah RM940 Juta

Manakala Abdullah dikecuali dari kritikan

Dato Seri Anwar Ibrahim menuduh Dato Seri Najib mengambil rasuah sejumlah RM940 juta dari pembelian kapal selam dan kapalterbang pejuang dalam ceramah Barisan Alternatif di AU2, Taman Keramat, Kuala Lumpur malam tadi.

Ceramah Barisan Alternatif malam tadi dihadiri hampir 10,000 penyokong-penyokong Barisan Alternatif dan pendudok kawasan Parlimen Ampang, Gombak dan Setiawangsa yang ingin tahu.

Dr Hatta Ramli, Bendahari PAS Pusat merangkap YDP PAS Gombak mengatakan jumlah hadhirin menyerupai ceramah di tempat yang sama sepuloh tahun dahulu. Ceramah pada masa itu adalah sebelum perarakan hari sabtu yang ingin menyerahkan memorandum kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang diPertuan Agong untuk menuntut penyiasatan keracunan arsenik terhadap Anwar.

Namun, suasana dan kehangatan kali ini tidak sehangat dan bertenaga seperti yang penulis blog pernah meninjau sepuloh tahun. Sebahagian besar hadhiran adalah pendudok yang ingin tahu dan termasuk juga penyokong-penyokong dan pengundi-pengundi Barisan Nasional.

Dalam tuduhan terhadap Najib, Anwar dengan jelas menyatakan rasuah itu berupa komisyen RM530 juta bagi pembelian dua kapal selam Scorpene dan lebih RM400 juta bagi pembelian jet-jet pejuang Sukhoi. Azmin memberi angka lebih tepat RM410 juta kepada tuduhan rasuah membabitkan Sukhoi.

Walaupun penjelasan rasmi telah dikeluarkan oleh Kementah semasa pilihanraya kecil Ijok, Anwar amat jelas kekal dengan strategi mengkritik Najib untuk merosakkan reputasinya. Dia mengaku dirinya sudah matang terhadap kezaliman, fitnah dan penafian keadilan di mahkamah, namun tuduhan itu tidak disertakan dengan sebarang bukti.

Kritikan sedemikian adalah lumrah dalam majlis ceramah pembangkang. Walau bagaimana pun, Anwar jelas begitu terkawal dalam kritikan terhadap Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Tidak ada langsung perincian terhadap tuduhan-tuduhan rasuah dan nepotisma, kelemahan-kelemahan keputusan pentadbiran dan penyalahgunaan kuasa terhadap Abdullah, anaknya Kamaluddin dan menantu Khairy. Walaupun pelbagai tuduhan-tuduhan rasuah disebut begitu meluas diketahui ramai, isu-isu yang beraitan Abdullah seperti Scomi, ECM Libra, Patrick Lim, Kalimullah, dan lain-lain tidak disebut langsung.

Penulis blog ini masih tidak lupa alasan Anwar semasa ditanya penulis dalam suatu perjumpaan pada bulan Mei tahun lepas. Kononnya dia perlu menjaga hati kaum keluarga yang mempunyai kaitan kepada kedua-dua mereka di Penang.


Kempen PKR masih bertunjang kepada Anwar. Walaupun Anwar tidak bertanding di PRU, slogan PKR adalah Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang akan datang. Dalam ucapan Azmin terdahulu dari itu, beliau meluahkan rasa kesal terhadap Abdullah kerana tidak menunggu lagi sebulan untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan Anwar bertanding dalam pilihanraya umum.

Sebagaimana ceramah yang lain, ucapan Anwar banyak menyentuh mengenai isu-isu kenaikkan harga barang dan minyak. Dia lebih membelokkan salah kenaikkan harga barang kepada rasuah dari menjelaskan masaalah kenaikkan harga komoditi dunia yang mendadak dan jumlah subsidi yang meningkat.

Anwar menuduh kerajaan menaikkan minyak untuk mengaut untung berdsarkan alasan mudah perbandingan keuntungan Petronas sebanyak RM20-30 billion setahun semasa dia memegang jawatan dan RM70-80 billion setahun sekarang. Bagi menguatkan alasannya dia menyatakan harga minyak kekal di tahap RM1.10 segelen sepanjang lapan tahun dia menjawat tugas Menteri Kewangan.

Anwar mengakhiri ceramahnya yang agak menghiburkan dengan menjanjikan para hadirin untuk menurunkan harga minyak sehari selepas BA menguasai kerajaan. Selain itu, dia menjanjikan pelajaran menengah ke Universiti dan perkhidmatan kesihatan kerajaan yang percuma.

Dalam keasyikan mendengar penceramah Barisan Alternatif mengkritik Abdullah dan Menteri-Menteri berkenaan kelemahan pengurusan ekonomi, kesalahan fakta ekonomi dan kesilapan kenyataan, penulis hanya berharap pengundi tidak terbawa-bawa dalam kemarahan terhadap Abdullah Badawi hingga hilang objektiviti.

Barisan Alternatif pun tidak mempunyai tidak mempunyai solution penyelesaian yang realistik dan kreatif kepada dilemma yang dihadapi oleh pentadbir-pentadbir dalam kerajaan untuk mengatasikan masaalah kenaikkan harga barang yang mendadak.

2 comments:

  1. One anon one out there! I have used my veto to refuse publication of yr comment.

    Do speak abt the content of the posting - agree, disagree, or whatever - but not abt me. Yuck ... so stereotype melayu!!!

    I am not important. Neither do I give a damn abt was said. If you wish to be personal, call me and confront.

    Kalau jenis mudah berkecil hati dan suka take things personel, baik tak payah. Biar kita kekal berkawan ...

    ReplyDelete
  2. Huh! sapa yang tak kenal Anwar Ibrahim dengan bukti yang 'berkotak-kotaknya'...!

    Kenapa perlu di latam orang ke2, kenapa tidak orang pertama dalam kerajaan. Nampak sangat si Anwar ni ada agenda tersendiri..!

    ReplyDelete

Plainly state opinion. Only mature and sensible views welcome.

Hostile, insulting and bad language comments NOT RELEASED.